Netflix Kini Tersedia Bersama Unifi, Tapi Mahal

Pengguna Unifi kini boleh mendapatkan Netflix bersama pakej Unifi TV mereka! Saya agak teruja juga dengan berita ini lalu membuka Unifi Selfcare Portal saya untuk melanggan. Tapi hampa kerana harga yang tak masuk akal bagi saya. Netflix hanya tersedia bersama pakej Unifi TV yang paling mahal iaitu Ultimate Max dan Ultimate Plus yang berharga RM89.90 dan RM69.90 setiap bulan.

Unifi TV juga ada memberikan pilihan untuk hanya membayar langganan aplikasi streaming secara a la carte setiap bulan. Tapi sayangnya, Netflix tidak tersedia untuk langganan a la carte bulanan bersama Unifi. Saya tak pasti sama ada ini keputusan TM atau Netflix yang hanya menyertakan ia bersama pakej Unifi TV yang paling mahal. Kalau RM15 sebulan seperti aplikasi a la carte lain dalam Unifi TV, saya fikir pastinya mendapat sambutan.

 

Apa pun, yang pasti saya tak kan bayar RM89.90 atau RM69.90 sebulan hanya untuk Netflix. Aplikasi lain dalam Unifi TV Ultimate Max/Ultimate Plus tu bukannya best pun. Saya dapat Disney+ percuma 6 bulan pun jarang sekali buka. Yang lain tu apatah lagi. Unifi sepatutnya beri pelanggan pilihan a la carte untuk Netflix. Ini sekaligus dapat menambahkan bilangan langganan Unifi TV dan juga Netflix.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x