Microsoft Dalam Perancangan Sertai Pasaran Handheld PC, Saingi SteamDeck

Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak khabar angin dan klu diberikan berhubung satu peranti baru dari Microsoft untuk permainan desktop mudah alih. Peranti yang dijuluk dengan nama “XBOX Mobile” itu disimpan kemas sebagai rahsia oleh Microsoft. Tiada langsung gambar tiris setakat ini.

Khabar angin ini bertiup kencang semula setelah Microsoft dilihat semakin giat memperbaiki sistem perisiannya untuk menyokong cipset dengan binaan ARM. Memberi gambaran bahawa Microsoft benar-benar serius ingin menggunakan dan menyertai perlumbaan peranti mudah alih.

ARM adalah binaan yang digunakan oleh cipset mudah alih seperti Snapdragon dan MediaTek pada telefon pintar. Cipset konvensional pada desktop seperti Intel i9 dan AMD Ryzen 5 pula menggunakan binaan X86. Binaan ARM kini sedang giat dihasilkan di Intel dan juga AMD sebagai cipset generasi baru yang lebih jimat tenaga dan berkuasa.

Dengan pengumuman Valve yang akan menyokong SteamOS pada peranti PC mudah alih lain seperti ROG Ally minggu lalu, ramai pemerhati teknologi mengatakan ini akan ‘memaksa’ Microsoft untuk mempercepatkan pelancaran “XBOX Mobile” mereka.

Iklan Google

Macam mana? Adakah anda berminat dengan peranti seperti SteamDeck tapi dengan sistem operasi Windows?

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img