Mengenang Kembali Sejarah Penahanan Penjenayah di Sebalik TOR Network

TOR network diangkat sebagai kawasan “kebal” dan “tidak mampu diakses” oleh penguatkuasaan undang-undang. TOR network bertempat di DeepWeb, sebuah relik zaman permulaan internet. Tidak wujud dalam lingkungan internet pengguna ataupun World Wide Web (WWW). TOR dan DeepWeb memerlukan kemahiran dan alatan khusus untuk diakses. Atas faktor ini, ia menjadi tempat pilihan penjenayah untuk menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Kenali Eric Eoin Marques, seorang warga Ireland yang memiliki laman Freedom Hosting dalam TOR. Selama 7 tahun, Marques telah membina empayar jenayahnya di dalam DeepWeb yang tidak dapat disentuh oleh undang-undang. Ini sekaligus menjadikan Freedom Hosting sebagai lokasi utama pemerdagangan barangan terlarang dan juga ekploitasi kanak-kanak. Namun, “kekebalan” Marques dan Freedom Hosting tidak lama. Menjelang tahun 2013, Freedom Hosting dicatatkan telah menyimpan hampir separuh kandungan di dalam DeepWeb.

Marques telah ditangkap pada tahun 2013 di Ireland. Marques bagaimanapun, menyalahkan NSA dan FBI dalam penangkapannya. Marques mendakwa NSA dan FBI telah dengan sengaja menyembunyikan kebolehan dan kaedah yang mereka gunakan untuk menjejaki beliau walaupun telah bersembunyi di sebalik TOR. NSA dan FBI dikatakan telahpun berusaha giat dalam meningkatkan kemahiran mereka dan menghasilkan kaedah untuk menembusi DeepWeb sejak dari tahun 2002 lagi. Kegusaran yang sama juga telah disuarakan oleh para hakim dan pihak pendakwaan atas faktor kegusaran isu privasi dan pencerobohan oleh kerajaan ke atas individu biasa.

Marques kemudiannya dipenjarakan di Ireland. Pada tahun 2019, kerajaan Amerika Syarikat berjaya mengekstradisi Marques daripada Ireland ke Amerika Syarikat. Marques akan didakwa atas jenayah eksploitasi kanak-kanak, pengedaran dadah dan senjata api, serta beberapa kesalahan lain. Ini adalah antara satu daripada banyak contoh kebolehan sesebuah kerajaan dan badan undang-undang untuk mengesan penjenayah walaupun mereka telah menggunakan pelbagai langkah licik yang kononnya “kebal”.

Bacaan lanjut:

  1. Eric Eoin Marques: Irish man jailed in US for child abuse images | BBC News
  2. A dark web tycoon pleads guilty. But how was he caught? | MIT Technology
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x