Uncategorized

Mematikan Proses ‘Not Responding’ Dengan Trik Mudah

Assalamualaikum semua..The Hykerz dan pembaca sekalian, Mr.Hac harap korang semua ok-ok la hendaknya..

Orait..entry ni, Hac nak berikan kredit kepada Devil-404 kerana entry ni Hac ambil dari blog dia..Hac dah lama bertegur sapa dengan Devil-404 ni..cuma yang buat Hac agak terkejut, umurnya baru belasan tahun (dah lupa berapa belas tahun) tapi dah jadi seorang yang pakar dalam bidang pengkomputeran (lebih tepat lagi seorang hacker)..

Oleh itu Hac nak kenalkan korang semua dengan beliau melalui entry Hac kali ni..

Kaedah yang beliau ajarkan sangat mudah..mulakan dengan klik kanan pada desktop dan pilih
New > Shortcut
Isikan pada kotak tetingkap shortcut itu dengan baris perintah berikut:

Taskkill /F /FI “NOT RESPONDING”

kemudian klik Next..namakan shortcut ini dengan nama Kill Not Responding dan klik Finish..
Korang akan mendapati ada satu shortcut baru telah berada pada desktop..
Setiap kali apa-apa program mengalami crash, cukup sekadar klik dua kali pada shorcut ini untuk mengakhiri proses tersebut..

Untuk lebih faham, sila klik di sini —> Kill Not Responding

P/S: Entry akan datang Hac akan ambil entry dari blog dgodam pula..tungguuuuuu…(Hac nak merapatkan silaturrahim sesama hackers aje..)

Arya Putra
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]
https://omghackers.com/

5 Replies to “Mematikan Proses ‘Not Responding’ Dengan Trik Mudah

Comments are closed.