Biasanya apabila anda hendak memasang Sistem Operasi seperti Windows 7 dan Linux anda akan sibuk mencari Pendrive anda yang bila anda perlu ia hilang bila tak perlu ia menyemak sahaja.
DriveDroid membolehkan anda untuk memasang ISO/IMG Sistem Operasi kegemaran anda dengan hanya aplikasi DriveDroid dan sebuah telefon pintar Android.
Apa yang anda perlu adalah:
1. Telefon Pintar dengan Android 4.1 ke atas(ROOT) + kabel USB
2. DriveDroid
3. Imej Sistem Operasi (ISO/IMG)
Pastikan anda sudah memuat turun dan menyimpan fail ISO/IMG anda ke dalam telefon anda sebelum melakukan langkah yang berikut:
Tiga gambar di atas merupakan contoh untuk menyuap fail ISO/IMG bagi DriveDroid untuk dijalankan nanti. Berikan nama Title yang sesuai dan klik simpan.
Jika berjaya , apabila anda menyambungkan kabel USB kepada komputer anda , BIOS akan mengesan telefon anda sebagai bootable device. Kalau tak pasti cara nak pasang Windows melalui USB (atau kali ini dengan DriveDroid) boleh rujuk artikel Tutorial Memasang Windows 8 Melalui Pendrive.
Itu sahaja untuk artikel ini, jangan lupa kongsi post artikel ini di Facebook,Twitter untuk rakan-rakan anda belajar bersama.
Selamat mencuba! XD XD XD
~AtotheP