Mastodon, Pixelfed, PeerTube: Alternatif Sumber Terbuka Untuk Twitter, Instagram, Dan YouTube

Sebelum ini, abam ada menulis mengenai Minds, iaitu satu alternatif sumber terbuka kepada Facebook:

Di Laman Facebook

Di Web

Kemudian, abam juga ada menulis mengenai Signal, alternatif sumber terbuka kepada WhatsApp:

Iklan Google

Di Laman Facebook

Di Web

Percayalah, nak mencuba sesuatu yang baru memang seronok. Nak beralih barangkali sukar, tambah pula apabila sudah ada bisnes yang kukuh. Tak perlu beralih, tetapi cukup sekadar berbisnes di halaman ‘proprietary‘ sana.

Untuk bersosial? Barulah kita guna alternatif sumber terbuka yang ada.

Kenapa kali ini abam tulis tiga sekaligus? Kerana aplikasi perantara yang digunakan boleh dipakai untuk kesemua media sosial ini.

Memang, bila kita masuk ke alam sumber terbuka, alternatif yang ada ini tidaklah ‘semeriah’ seperti sumber asal yang diguna, contohnya Facebook, Instagram, dan Twitter. Tetapi apabila kita sudah mula menceburi sedikit demi sedikit dan melangkah kaki ke alam ‘sebelah’, kita akan nampak bahawa ada lagi ‘universe‘ lain yang belum kita terokai.

Alam sumber terbuka merupakan sebuah multiverse yang luar biasa.
Mastodon ialah satu medan bersuara seakan Twitter. Di Mastodon, kita tidak memanggil post sebagai ‘Tweet‘, tetapi kita memanggilnya sebagai ‘Toot‘. Ok, Toot lebih comel.

Mastodon

Manakala Pixelfed pula satu ruang berkarya bebas menggunakan gambar, tak ubah seperti Instagram. Kedua-dua platform ini mengguna pakai kaedah ‘instances‘ – iaitu domaindomain dalam kategori tertentu yang boleh disertai oleh mana-mana pengguna.

Iklan Google
Pixelfed

PeerTube adalah alternatif kepada YouTube dengan ‘peers‘ sebagai sumber yang menjana penstriman video. Ia mengguna pakai teknologi WebTorrent, di mana setiap pelayan mengehos penjejak torrent dan setiap pelayar web yang menonton video tersebut juga berkongsi video yang sama.

Peertube

PeerTube juga mengimplimentasi instances, dan anda boleh ikuti mana-mana saluran di mana-mana instances yang ada.

Apa yang menarik, anda boleh satukan ketiga-tiga platform di atas dalam telefon pintar dengan menggunakan hanya satu aplikasi sahaja iaitu Fedilab.

Fedilab boleh dimuat turun secara percuma di F-Droid, tetapi jika anda ingin menyokong pembangunannya, anda boleh beli secara terus di Google Play Store pada harga RM10.99 sahaja.

Iklan Google

Ini maksudnya apa?

Untuk Facebook, kita ada Minds. Disaspora juga satu lagi alternatif yang menarik.

Untuk Instagram, kita ada Pixelfed.

Bagi Twitter, semestinya Mastodon.

YouTube? Kita boleh cuba PeerTube, atau Dtube, atau LBRY.

Iklan Google

Lepas ni, jangan kata abam tak payung pula.

Kesemua pautan di bawah adalah untuk rujukan anda.

Muat turun Fedilab: https://f-droid.org/en/packages/fr.gouv.etalab.mastodon/

Beli melalui Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details…

Daftar akaun Mastodon: https://joinmastodon.org/

Untuk aplikasi iOS boleh rujuk di: https://joinmastodon.org/apps

Sertai Pixelfed: https://pixelfed.org/

Sertai PeerTube: https://joinpeertube.org/

Sebutan Terhormat (Honorable Mention):

Karma (alternatif/klon Instagram): https://karmaapp.io/

Iklan Google

Diaspora (alternatif Facebook): https://diasporafoundation.org/

Dtube (alternatif YouTube): https://d.tube/

LBRY (alternatif YouTube):

https://lbry.tv/$/invite/@TheAryaPutra:d

https://lbry.com/

https://odysee.com/

#OMGHSharing #OMGHInfo #KeepItReal #AlternativesTo #SumberTerbuka

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img