Malaysia perlu segera laksanakan Lemon Law!

Ahli politik berhentilah berbahas dan bergaduh benda yang tidak berfaedah. Sudah-sudahlah berlakon dan bergurau senda dengan kenyataan-kenyataan kononnya saling berbalah. Sampai bila rakyat perlu menanggung kerugian dengan lambakan produk dan perkhidmatan tidak berkualiti? Ahli politik ada sijil palsu, tak ada SPM, suka joget lambak, mata tak nampak, itu semua tak mendatangkan kudis kepada rakyat. Rakyat sedikit pun tak kisah. Ada kami rugi apa-apa?

Yang kami kisahkan, sampai bila kami perlu terima bulat-bulat penindasan dari syarikat dan pengilang? Rakyat juga, perlu ubah minda. Janganlah bila ada saja berita kerosakan produk yang baru dibeli, dikutuk pula pembeli dengan kata-kata dan sindiran seperti manusia tidak berpelajaran. Ingat ‘cool’ la tu bila bela barang rosak?

“Biasalah barang China”

“Mana ada barang tak rosak”

“Nak kualiti belilah yang mahal!”

“Rosak sikit-sikit tu biasalah…”

Bila produk atau perkhidmatan tidak boleh berfungsi seperti yang diiklankan, itu adalah penipuan dan kerajaan mesti mengambil tindakan. Produk yang rosak mesti diganti baru atau diberikan semula wang pembelian secara penuh! TUNTAS!

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x