Malaysia Laksana Visa Khas Digital Nomad. Saya Tidak Teruja.

Malaysia Memperkenalkan Visa Digital Nomad Dengan DE Rantau, Berazam Jadi Hab Utama di Asia Tenggara. Saya Tidak Teruja.

Malaysia mengambil langkah sama seperti negara jiran kita dalam memperkenalkan visa bagi warga asing yang ingin bekerja sebagai nomad digital. Terma Digital Nomad ini semakin popular digunakan di kalangan generasi muda. Ia menerangkan mereka yang bekerja tanpa pejabat dan bebas bekerja walau di mana jua dalam dunia.

Antara contoh mereka yang tergolong dalam Digital Nomad adalah mereka yang bekerja sebagai pempengaruh, programmer, malahan pelabur matawang digital. Mereka boleh bekerja dari mana sahaja dan hanya memerlukan internet untuk bekerja dari jarak jauh.
Saya secara peribadi, tidak teruja dengan langkah kerajaan ini.

Sebabnya? Bali. Bali sebuah lokasi paling popular di kalangan warga asing sebagai rumah kedua sudahpun menerima kesan buruk daripada kemudahan visa penginapan mereka. Warga tempatan juga sudah muak dengan pelancong asing yang menetap sebagai expat di Bali. Gabenor Bali malahan telah mengeluarkan arahan warga asing tidak dibenarkan memandu di Bali walaupun motosikal kerana banyaknya kes kemalangan yang diakibatkan oleh warga asing. Mereka juga memandu dengan melulu dan tidak mengikut undang-undang setempat.

Warga tempatan Bali juga dieksploitasi sewenangnya terutama sekali kaum wanita dan gadis bawah umur. Banyak kes serangan seksual dilaporkan terhadap warga tempatan yang dilakukan oleh warga asing. Polis Indonesia juga mengakui kes serangan seksual sukar diselesaikan kerana pelaku hanya tinggal sementara di Bali. Begitu juga kes penipuan dalam perkahwinan kerana mahukan visa pasangan.

Bagaimana Pula di Malaysia?

Malaysia masih lagi gagal menangani masalah gejala sosial warga asing. Kes pemandu mabuk masih lagi tiada akta yang tegas untuk membanteras kejadian sama. Begitu juga dengan hak pekerja terutama sekali umat Islam. Masih lagi terjadi kes pekerja Islam dipaksa membuka tudung, dilarang solat, dan dipaksa bersentuhan dengan bukan muhrim.

Apabila diadukan, sensitiviti dan had pergaulan mengikut hukum Islam ini malah dilecehkan. Saya masih ingat lagi isu pakaian pramugari, ada ahli parlimen malah dengan sombong mengatakan jika seksi, jangan tengok. Kalau mahu pakai tudung, cari kerja lain.

Belum lagi saya ungkit isu iklan kerja “mandarin speaking only”. Hak pekerja tempatan pun kerajaan tak mampu selesaikan, kita sudah mula menjemput pekerja warga asing datang bermastautin di negara kita. Inilah namanya kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kebuluran.

Hebat Sangatkah Jaringan Internet Kita Untuk Menampung Penghijrahan Digital Nomad?

Digital Nomad memang sinonim dengan data. Mereka perlu sentiasa berhubung dengan ibu pejabat mereka di serata dunia. Server utama mereka bukan berada dalam negara. Muat turun dan muat naik berpuluh GB data sudah menjadi kebiasaan. Hebat sangatkah kemampuan internet Malaysia untuk menampung bebanan ini? Main Valorant pun ping tinggi.

Liputan 5G pun tidak menyeluruh. VoLTE tidak tersedia di semua tempat dan sambungan mudah alih boleh saya katakan teruk di seluruh Malaysia. Jaringan fiber? Hanya ada di kayangan saja. Susah didapati dan terhad. Port penuh, port penuh. Adakah dalam fikiran kerajaan, 80,000 (kononnya) Digital Nomad ini ingin disumbat di Kuala Lumpur saja?

Bagaimana Kerajaan Ingin Menapis Pemohon Visa Yang Berkualiti?

Tuntasnya, bukan niat saya untuk membangkang langkah kerajaan ini. Jika dilaksanakan dengan teratur, ia akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan sejagat. Masalahnya adalah pelaksanaan dan polisi. Adakah kerajaan boleh mengekang masalah yang akan timbul dengan kebanjiran warga asing? Apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan pemohon visa adalah pekerja yang sah? Ingat, kita mahukan pekerja digital. Bukannya pengemis digital yang buat video puji-puji Malaysia dan mengutip pendapatan daripada pengiklanan. Kita juga sedang menghadapi masalah penipu warga asing yang mengoperasikan sindiket penipuan atas talian atau scammer.

Rakyat Perlu Lebih Berjati Diri Jika Ingin Hidup Bersama Warga Asing

Rakyat Malaysia ini memang tergila-gilakan pujian warga asing. Puji nasi lemak pun views cecah berjuta. Video pun tidak berkualiti. Penonton pula hanya terdiri daripada majoriti daripada warga tempatan. Jadi kandungan mereka sebenarnya tiada nilai tambah pun pada negara baik dari segi ekonomi ataupun promosi pelancongan. Hairan juga saya, kandungan sebeginilah yang dikongsikan oleh Tourism Malaysia dalam bahan promosi mereka di media sosial.

Pandangan saya, Malaysia perlu merangka undang-undang yang lebih ketat dan memperkemaskan penguatkuasaan. Kita tidak mahu Malaysia menerima nasib sama seperti Bali. Cukup-cukuplah kita terseksa dengan PATI dan penjenayah kulit hitam. Jangan pula visa Digital Nomad jadi visa Digital Beggar dan Digital Scammer.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x