Lynk.my, From Malaysian to Malaysian

Macam hari hari biasa,
Abu akan singgah sebentar di Warung VPN yang terletak berdekatan dengan sawah
padi miliknya. Pada kebiasaan harinya, dia akan lepak kat situ guna wifi si
Delan, pemilik Warung VPN untuk nak tengok apa budak-budak sekarang update kat
facebook, blog dan lain lain untuk trik trik internet percuma, yelah, Abu ni,
orangnya kaya, pakai Lambongbini, henpon SNSV 8GB RAM, laptop pun SNSV 24GB RAM,
GTX960M berserta dengan Intel i7 Skylake duh, tapi, semua benda tu dia sanggup
beli, tenet je dia nak free. Hari ni, dia tengok, ada sorang kawan baik dia,
Ahmad. Selalunya, Ahmad akan lepak kat kedai Delan ni dengan hati yang gumbira,
acah acah kira duit bawah meja, tapi, lain benar muka Mad ni hari ini.
Abu
Assalamualaikum. Hoi mad, pasepa muka hang macam
ikan masin hari ni ? monyok semacam ja ?
Ahmad
Waalaikummusalam. Hurm…. Aku… Aku…
Abu
Sat , sebelum hang bagitau, aku order ayaq dulu.
Dahaga baq hang. Delannn!! Kopi susu suam kuku dua cawan!
Delan
Siappp!
Abu
Nahh, tak buat lagi dah siap. ._. Haaa, Mad, you
may continue. Tedia English aku keluaq dah.
Ahmad
Hang tau kan, aku baru buat bisnes dua bulan
lepaih ? Baru baru ni..
Abu
*mencelah* Haaa! Aku dah habaq hang! Natang tu tak
halal. Ada khinzir dalam tu. ._. Mad mad. Haih.
Ahmad
Kepala hotak hang aku tak habih cakap lagi dah
mencelah. Ciskek. ._. Tak pun, benda tu halal. Tapi, baru baru ni, owner
syarikat tu lari. Duh. Habis aku kena bayaq duit downline aku. Hurm.
Abu
Mad, Mad, berapa kali dah hang kena tipu dengan
skim kaya tak kaya kaya ni ?
Delan
Kopi susu suam kuku, bang.
Abu
Masih Delan. Alang alang hujung taun nie, hang pi
la tukaq pakej wifi kedai hang ni. 1mbps takleh hidup baq hang. Alang alang
upgrade ke 4mbps teruih la. Hujung tahun nie pakej dia baru RM88 untuk promosi.
Delan
Wuuu itu macam ka. Toce toce bang. Nanti saya pi
usha. * beredar *
Ahmad
Hm, aku taktau lah Bu. Aku…
Abu
*mencelah* Tedia la hang. Aku dah habaq hang mula
mula dulu. Dari lepas SPM lagi, aku ajak hang meniaga ayaq tebu Pak Man kat
tepi jalan tu, hang taknak. Hang duk pi join PlanktonSains , Skim Print Dapat
Duit, TelefonSatuDunia apa semua. Aku ajak hang meniaga, hang takmau. Kan dah
kena sontot, fikir sendiri laaa.
Ahmad
Ya lah Bu, benda dah jadi kan. Sigh. Tengah pikiaq pasai hutang hutang downline aku ni. Hurm *mengeluh*
Abu
Haaaaa Mad, hang dulu lejen buat esei karangan kaw
kaw punya masa sekolah dulu kan ? Sampai cikgu cikgu puji hang kat tapak
perhimpunan dulu kan ? * cuit pinggang Ahmad*
Ahmad
Aah, hehe. Sikit sikit ja tu.
Abu
Erm, hang minat menulis lagi dak ?
Ahmad
Ada la sikit sikit, duk tulis gak puisi ka pantun
ka apa kalau aku bosan. Lepas tu, aku post la kat group puisi kat MukaBuku tu. Hehe.
Abu
Haaaa! Nais. Hang nak bayaq balik hutang hutang
downline hang kan ? Nak aku ajaq satu benda ?
Ahmad
Apa ? *mata terbeliak*
Abu
Camni cerita dia, masa aku kat KL dulu, dua tiga
bulan lepas kot, ada sorang member aku ni, blogger. Nama dia Araya Putera.
Aku ada la tumpang dia punya blog tulis sikit sikit pasal IT. Ya la, macam
hang takkenal aku , minat IT dari dulu. Hehe. Blog dia OMG! Hejes? yang aku
tumpang tu. Kadang kadang dia suruh buat post reviu pasal software software
baru yang company macam WonderFox buat giveaway. Lepas tu, aku ada terbaca,
abam Araya post kat blog tu, pasal satu site ni, dia boleh buat duit, tapi
tak semudah MLM la. Nak tau tak pasal website tu ? Sekurang kurangnya, dengan
site tu, hang boleh bayaq hutang downline downline hang.
Ahmad
Hang dok kencing tikuih apa kat sini ? Macam mana dengan
website tu aku boleh bayaq balek duit duit downline aku semua ?
Abu
Sabaq la hang ni, aku haria hang satgi naya ja.
Meh aku reviu sikit kat hang macam mana website ni boleh buat duit. Nak  ?
Ahmad
Hurm, boleh gak. Jangan lama lama sangat. Aku nak
makan tengah hari ni, bini aku masak dah.
Abu
Tedia sejak kahwin duk ingat bini saja. Kahkah.
Macam ni cerita dia. Website tu nama dia lynk.my. Pelancaran
dia masa tahun 2014 lepas. Tapi, dia punya sistem, mesti boleh buat hang
tekejut beruk punya. Mula mula, aku sarankan hang buat blog Mad, sebab hang
suka menulis kan ? Takkesah la genre apa sekalipun, tapi, ikut minat hang
gak. Aku tumpang blog orang ja mampu, tak mampu nak buat blog lagi. Hihi.
Sebelum tu, meh aku cerita pasal lynk.my ni.

 

 

Lynk.my ni merupakan
First Malaysian URL shortener atau dalam Bahasa Melayu, dia dipanggil Sistem
Pemendek URL Pertama di Malaysia. Yang PERTAMA kayyy. Sistem dia yang unik tu,
yang boleh membuatkan, sapa sapa saja dalam kalangan rakyat Malaysia boleh buat
duit dengan mudah, tapi, ikut kerajinan jugak. Hehe.
Dengan lynk.my ni, hang
boleh buat dua benda dalam satu masa. Hang boleh pilih, sama ada nak jadi
publisher, ataupun advertiser. Kebanyakan, buat pengguna baru, disarankan
menggunakan akaun publisher untuk berjinak jinak dengan sistem lynk.my ni. Meh aku tunjuk kat hang
sikit nak bagi hang paham pasai lynk.my . Pinjam laptop boleh tak ?
Ahmad
Haaa, amik la. Nanti bagi balek, bini aku marah
nanti nak berDoTA takleh. Dah la ada update baru. Habis la quota wifi aku
huhu.
Abu
Berehhh, sat ja ni. *bukak laptop Abu* Haa, ce
hang tengok ni, dia ada explain pasai lynk.my punya account publisher dan advertiser. Kalau ada tak
paham, tanya la. Hehe.
Ahmad
Kiranya, account publisher ni, sesuai untuk orang
baru yang macam aku nak start blogging or nak main kongsi kongsi link kat
kawan kawan la ? Gitu?
Abu
Haaa! Tepat sekali Mad! Tu dah paham kan ? Akaun
advertiser pulak, sesuai untuk orang yang dah start bisnes, dan nak
kembangkan bisnes depa kat orang ramai nak bagi kenai. Hang tengok macam
Delan tu. Customer Warung VPN dia makin banyak kan ? Padahal baru seminggu ja
dia buat account advertiser, tapi , bisnes dia dah dikenali ramai. Hehe.
Pawer kan ?
Ahmad
Wew, insyaALLAH bu, aku cuba ubah hidup aku.
Doakan aku bu. Aku nak bayaq semua hutang downline aku ni. Kesian depa. Huhu.
Abu
InsyaALLAH Mad. Pelan pelan kayuh, insyaALLAH. Eh,
haaaa, baru baru ni, aku ada dengaq yang lynk.my ada buat pertandingan review
sistem depa, lepas tu ada hadiah hadiah lumayan sebanyak RM4000 yang
disediakan. Nak tau tak ?
Ahmad
Gila hang macam tak kenai aku, bab pertandingan ni
aku mana pernah tak masuk, semua hadiah aku nak rodok punya. Hehe. Sat,
RM4000 ? *bepeluh*
Abu
Haaa, gini cerita dia. Hang kena tulis satu review
tentang contest yang lynk..my ni buat. Contest dia senang ja, hang kena
review system lynk.my, dan tulis pasal hadiah hadiah yang depa bagi. Dia ada
tiga kategori. TOP SEO, TOP CREATIVE dan TOP lynkUNDI. Ni dia punya senarai
hadiah.
TOP lynkUNDI
TOP SEO
TOP CREATIVE
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM500
Tempat Ketiga – RM200

 

Kalau hang nak tau Mad,
50 penyertaan yang terawal akan layak mendapat gajet khas dari ikedaikami yang
bernilai RM40. Tapi, dah cukup 50 penyertaan Mad. Huhu. Pertandingan ni dibuka
bebas kepada semua blogger kat luaq sana. Takkisah la, budak baru ka, otai ka,
asalkan memenuhi kriteria yang depa nak, boleh join pertandingan tu. Haaa, ni
la iklan pertandingan tu Mad. Selebihnya, hang boleh tengok detail pertandingan
dekat link ni Mad. Tapi, hang kena cepat ah. Tarikh tutup dia dah dekat dah tu.
27 Disember 2015 ni tarikh tutup dia.
Ahmad
Waw! Takkisah la dapat ka tak gajet tu, tapi , aku
nak cuba! Bukan setakat hadiah lumayan, tapi, aku nak asah balik bakat
menulis aku. Berkurun lah jugak tak menulis. Hehe. Tengs Bu tolong introduce
kat aku panjang lebaq pasai sistem lynk.my ni. Baru paham. Ada jugak rakyat
Malaysia yang buat sistem macam ni en. Tak penah tau pulak aku. Dulu, aku duk
main menda merepek repek dengan skim cepat kaya yang tak terlampau kaya
sampai ke papa kedana. Bukan apa, aku dulu nak fast money, nak pakai duit la
katakan. Bila aku dah capai apa yang aku nak, tiba tiba aku rasa nak lagi.
Hm. Aku taktau pulak benda ni boleh jadi sampai macam ni, makan diri aku
balik. Terima kasih banyak banyak na bu. Nanti aku cuba tulis review ni
secepat mungkin insyaALLAH.
Abu
No hal lah. Haaa. Hang cakap bini hang dah masak
kan ? Lupa dia ka ?
Ahmad
Eh, ya lah. Dah lambat. Satgi aku ada reja nak
buat ni, nak tolong mak aku kat kedai. Dia bukak kedai nasik ayam pensyen,
boleh la tolong sikit sikit. Doakan aku na bu.
Abu
insyaALLAH. Moga hang dapat settle down masalah
hang dengan secepat mungkin. Dan moga hang dapat ketenangan dalam hidup lepas
tu. Jangan lupa solat sunat dhuha hari hari tau, solat sunat dhuha ni pembuka
pintu rezeki. Semoga dipermudahkan segalanya Mad.
Ahmad
Aamiin. insyaALLAH, terima kasih remind aku. Aku
balik dulu naa. Delan! Ni berapa semua ni ?
Delan
Ems, RM2 ja bang, letak ja duit atas meja tu.
Nanti saya amik sat
Ahmad
Orait. Aku balik dulu naaa bu, Assalamualaikum.
Abu
Waalaikummusalam. Kirim salam kat bini hang na,
kata bekas pakwe sekolah menengah dia kirim salam. Kahkahkah
Ahmad
Aikkkk bu, melebih Nampak. Babap hang satgi naya.
Ahahahaha.
Abu
Ahahahahaha lek lek

 

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img