LOIC Untuk Ubuntu [Bahagian 1]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kandungan pertama dalam laman OMG! Hackers?. Harap sahabat semua dapat terima kandungan ini dengan hati yang terbuka. Wa perkenalkan diri wa dahulu. Nama pena wa ialah Rakyat Siber sebelum ini dikenali dengan berbagai nama . Sekian perkenalan daripada wa. Sebelum ini wa ada laman (tak perlu untuk diberikan url/link laman tersebut) kerana hanya tinggal tulisan sahaja. Jika anda rasa penulisan wa perlu diperbaiki lagi,hantarkan sebarang komen/kata-kata pembakar semangat di ruangan komen di bawah. 

Apakah yang dimaksudkan dengan LOIC?
– LOIC juga dikenali sebagai Low Orbit Ion Cannon.
– Merupakan alat DDOS yang mempunyai ramai pengguna.
– Juga sebagai pembantu kepada alat ddos yang lain.
– Kehebatannya menjatuhkan sesuatu laman amat dahsyat (lagi ramai lagi bagus).
– Juga menjadi kegemaran kepada semua yang menyertai sebarang aktiviti DDOS yang diadakan.
– Cukup sampai disini,kerana sudah terlajak daripada maksud LOIC.

Walaupun kaedah DDOS sudah ketinggalan zaman. Namun,kaedah ini masih digunakan sehingga masa ini. Jadi,kaedah ini takkan lapuk ditelan zaman. Tersentuh hati ini apabila mengenangkan saudara Islam kita di Rohingya,Myanmar yang dibunuh dengan kejam dan tanpa berperikemanusiaan oleh pentadbiran dan kerajaan Myanmar. Apakah salah mereka? Sebelum memulakan perbicaraan kita untuk memasang LOIC pada sistem operasi ubuntu dan turunannya adalah lebih mutlak sekiranya kita menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh saudara kita ditempatkan dalam kalangan para anbia,syuhada dan wali-wali Allah di syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Apa kena mengena LOIC,DDOS dengan kekejaman yang berlaku di Myanmar? Seperti yang sudah kita ketahui bahawa beberapa laman kerajaan Myanmar berjaya dilumpuhkan beberapa hari lalu oleh sekumpulan rakyat yang menggelarkan diri mereka Anonymous. Anda mungkin dikalangan mereka. Kaedah DDOS yang digunakan oleh mereka ini untuk melumpuhkan laman kerajaan Myanmar. Cukup sehingga disini pengenalan berkenaan LOIC.

Kaedah pemasangan LOIC pada Ubuntu dan turunannya. (Wa menggunakan Xubuntu 12.04 untuk melakukan pemasangan dan tutorial penggunaan LOIC).

Secara amnya,sebenarnya cukup mudah untuk melakukan pemasangan dan penggunaan LOIC ini. Lihat kandungan dibawah.

Langkah 1. Masukkan skrip ini pada Terminal di sistem operasi Ubuntu anda.

sudo apt-get update (tujuannya adalah untuk mengemaskini sebarang aplikasi/fail sistem sistem operasi anda ke versi terbaru.)

Langkah 2. Masukkan skrip di bawah ini pada Terminal selepas selesai melakukan pengemaskinian sistem operasi anda.

sudo apt-get install mono-complete .Perisian mono ini digunakan bagi menggantikan perisian wine. Sebenarnya anda juga boleh menggunakan Wine. Saiz muat turun sekitar 48MB dan pemasangan memerlukan 110MB ruang pada hard disk.

Langkah 3. Taip exit atau klik tanda pangkah.

Disebabkan entri ini terlalu panjang jadi wa sekat sampai disini dan kita bersambung pada entri akan datang. (Bahagian 2). InsyaAllah esok. Masa belum ditetapkan. Tunggu!

Sekirannya anda suka mahupun tidak dengan penulisan pertama dari wa di laman ini sila berikan komen anda di ruangan yang disediakan.

Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img