LINE whoscall – Aplikasi Pintar Pengesan ID Nombor Telefon Bimbit

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh Alina Chen, salah seorang daripada team Business Development Gogolook, sebuah syarikat aplikasi telefon bimbit pintar dari Taiwan. Syarikat ini bertanggungjawab membangunkan aplikasi Linewhoscall, iaitu sebuah aplikasi pengesan ID pemanggil.

Secara jujurnya saya pernah menggunakan aplikasi sepertinya sebelum ini, cuma ada beberapa sebab yang menyebabkan saya menjadi tidak tertarik untuk terus menggunakannya. Selain paparan antaramuka yang tidak menarik, bugs juga mengganggu-gugat perasaan sabar saya.

Namun sebaik menggunakan Linewhoscall, saya rasa ianya agak bagus, meskipun terasa sedikit ‘heavy’ (maksud saya ianya agak ‘lambat’ sedikit). Dari segi paparan antaramuka pengguna, saya tiada komen yang tidak bagus mengenainya. Anda boleh lihat sendiri melalui paparan skrin di bawah:

Berikut adalah ciri-ciri Linewhoscall:

• Instant caller ID identification
Identify background information of incoming unknown calls in a blink through tags reported by other users, internet search results, and our comprehensive global database. 

• Block unwanted calls and SMSs forever
Block calls and SMSs intelligently to ensure a harassment-free calling experience. 

• Database with over 600 million phone numbers
Search global database of 600,000,000 phone numbers. 

• Tag Numbers
Tag phone numbers and create an integrated phone number database to create a reliable communication network for everyone.
Offline Database – Fast phone number search and offline accessibility
Get the complete offline database for FREE 

• Call Guard Database – Constantly updated list of malicious and unwanted phone numbers like spam, telemarketing, and fraud calls. 

• Yellow Page Database – Comprehensive phone number directory of local businesses and institutions.
By downloading these databases to your phone, you can instantly identify caller IDs even if there is no internet connection.
**The offline databases are available only in the following countries (Taiwan, Japan, Hong Kong, Korea and USA.)

Daripada paparan skrin yang telah saya muat naik itu, anda dapat lihat nombor telefon tidak dikenali telah pun di-tag oleh pengguna Linewhoscall yang sebelumnya. Apa yang menarik, ia juga punyai fungsi carian di internet untuk memudahkan lagi pengesanan ID pemanggil. Ini amat membantu dan berkesan sekali, kerana kadang-kala nombor telefon yang tidak dikenali tersebut masih lagi belum di-tag oleh sesiapa.
Baiklah. Cukup setakat ini entri pengenalan Linewhoscall. Anda yang berminat bolehlah muat turun aplikasi ini melalui pautan di bawah:
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img