Baru sahaja kami terima mesej dari sebuah entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim Cyber Army (MCA) di laman Instagram rasmi kami. Mesej daripada mereka hanya sekadar alamat URL yang membawa kepada Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.
Semakan di Laman Utama laman sesawang Kerajaan Negeri Kelantan itu mendapati tiada sebarang defacement dilakukan.
Cuma yang menariknya, URL yang ditunjukkan di dalam mesej mereka menunjukkan logo yang mereka telah berjaya dimuatnaik ke dalam laman sesawang kerajaan negeri Kelantan itu. Logo MCA dan logo Malaysia Darknet telah dimuatnaik.
Setakat ini, tiada lagi laporan kehilangan mahupun kebocoran data oleh kerajaan negeri Kelantan. Motif serangan dan pencerobohan juga masih tidak dapat dipastikan. Ini satu peringatan kepada para pengendali laman untuk lebih berhati-hati pada masa sekarang kerana serangan siber kini datang dalam pelbagai bentuk dan arah.