Iron : Web Browser Alternatif Kepada Google Chrome!

Salam..sejak dua menjak ni Hac asyik menumpukan perhatian kepada web browser..apabila Hac dah mula tergilakan Lunascape, Hac terjumpa pula dengan web browser Iron ni..nak download? tunggu review dulu..baca sampai habis ya!

Paparan antaramukanya adalah sama dengan Google Chrome..akan tetapi boleh dikatakan Iron lebih mesra pengguna..hendak tahu mengapa Hac mengatakan begitu? lihat sini –> Chrome vs Iron

Dapat dilihat disitu banyak kekurangan Google Chrome telah berjaya di atasi oleh Iron contohnya Adblocker di mana Iron sudahpun mempunyai Adblocker terbina dalaman (Built-in Adblocker, sama seperti MAXTHON)..anda semua dapat melihat sendiri, Hac sudah mencuba web browser ini, dan bagi Hac Google Chrome perlukan lebih masa untuk mencapai ‘kematangan’..

Bukan Hac tak sukakan Google Chrome, tetapi Hac tidak gemarkan beberapa masalah yang dialami ketika menggunakannya..dalam mencari kesempurnaan, sememangnya kita tidak akan dapat berjumpa dengan sesuatu yang betul-betul memuaskan hati..jika Google Chrome berjaya mengatasi masalah ini, soal web browser ‘gantian’ mungkin tidak akan wujud..tetapi apalah salahnya jika kita hendak mencuba sesuatu yang baru kan!

Web Browser Iron ni bagi Hac, yang seronoknya, adalah kerana ia mempunyai versi mudah alih (portable), yang mana ianya adalah satu-satunya ciri yang tidak ada pada Google Chrome..sekiranya ada sekalipun, ianya merupakan versi yang telah dilakukan modifikasi..

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Web Browser Iron ini,
silakan memuat turunnya di sini —> Iron Full Installer

Jika anda mahukan versi mudah alih (portable), anda boleh memuat turunnya disini —> Iron Portable

Oh ya! dan semestinya ia dapat berintegrasi dengan Internet Download Manager!
selamat mencuba!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

8 Comments

8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
eszol raar

better than luna ke?

Freaky

sejibik macam chrome je. hehe tapi ok ke dari segi speed, mesra pengguna dan crash ?

Arya Putra

@ eszol nope..!!
but better then chrome..

@ Freaky aku dah test..sama aje macam chrome lajunya..tapi takde plak crash..dari segi mesra pengguna, sebijik macam chrome la..leh install extension jugak..

Anonymous

bro mana satu lagi bagus luna @ iron?

Arya Putra

@ Anonymous Of course la LUNASCAPE!

Iron ni web browser alternatif aje kepada Google Chrome..bagi yang dah biasa pakai chrome, tapi nak cari kelainan sikit, kemudian nak cari jalan penyelesaian kepada masalah chrome yang selalu chrash, boleh la cuba Iron..

Tapi Lunascape tak boleh nak dibandingkan dengan Iron..Lunascape jauh lebih baik..dengan 3 enjin renderring Lunascape, kelajuan web browser yang jauh lebih baik, design yang pelbagai, memang tak terbanding!

Ayie

bro, aku pinjam entry nih bole dak..?? aku nak masuk dalam blog aku..

*bro, boleh tak review pasal ''bitcomet''.. member aku cakap, senang pakai.. Aku nk taw kekurangan dia.. Aku nih bukan pandai sgt bende alah semua nih.. hehe.. ^.^

Ayie

Thanx yep bro.. bukan hapa, best gak kalau taw kelemahan dia.. at least bole sedia..

*kat shoutbox, Hac tulis, "mane entry web browser iron tu?"..
err bro, dah kasi kebenaran ke belum..?? kang aku main rembat kang, kene cap kaki copy paste plak kang.. hehehe..

Arya Putra

Ok bro..kalau aku ingat (hehe) aku buat entry pasal tu eh..

spot_imgspot_img