Hostizzle.com menawarkan dua plan kepada pengguna yang mendaftar dengannya iaitu versi percuma dan berbayar..namun bagi Mr.Hac, plan percuma juga sudah cukup berbaloi untuk kita menggunakannya..100GB cukup tak? lihat screenshot di bawah:
Apa yang penting, kelajuannya sangat memuaskan..disamping ciri sekuriti yang mengkagumkan dan kosnya adalah serendah RM0! lihat apa yang diperkatakan oleh pembangun laman Hostizzle.com:
We are the only VPN provider charging $0 for a real OpenVPN connection. No waiting, no queues.
You want OpenVPN because many countries block PPTP, and because PPTP-based VPN is not secure. Our OpenVPN uses 1024-bit SSL/TLS certificates to sign you into the server, and Blowfish encryption to keep your internet use private.
Cara menggunakannya juga sangat mudah..sila ikuti tutorial berikut..
Cara Mendaftar dan Menggunakan Servis VPN Percuma Hostizzle.com:
1. Klik pada ‘INSTANT FREE VPN‘..masukkan alamat e-mel anda dan taip ‘yes‘ di bawah kotak soalan ‘Are you human? Type ‘yes’ if you are!’
2. Kemudian klik pada ‘Get your VPN CODES‘
3. Muat turun fail konfigurasi VPN Hostizzle.com
4. Muat turun OpenVPN Portable pada pautan di sebelah : OpenVPN Portable
5. Ekstrak OpenVPN Portable ke desktop anda..kemudian ektrak pula fail konfigurasi Hostizzle.com ke direktori OpenVPNPortable -> data -> config
6. Set-kan tetapan browser kepada ‘No proxy’ atau ‘Auto-detect proxy settings for this network’ (Mozilla Firefox)
7. Klik pada fail exe OpenVPNPortable dan klik ‘Connect’ (klik kanan dahulu pada ikon OpenVPNPortable yang berada di system tray kemudian baru klik Connect)..
8. Buka browser anda..jika berjaya melayari internet tanpa masalah,
periksa alamat IP anda di sini -> What Is My IP Address?
9. Jika ia sudah bertukar kepada alamat IP dari US, maka anda telah berjaya mengikuti tutorial ini..
10. Untuk memudahkan anda menukar dari satu proxy kepada proxy yang lain,
sila gunakan Add-on FoxyProxy (Mozilla Firefox)
Jika terdapat masalah, sila tutup kedua-duanya terlebih dahulu (OpenVPNPortable dan Firefox)..kemudian buka kembali dengan turutan 1. OpenVPNPortable -> 2. Firefox
Untuk penggunaan Hostizzle VPN ini, anda perlu perbaharui certificate setiap 30 hari (1 bulan)..kenapa kena perbaharui? tujuannya untuk membezakan antara pengguna percuma dan berbayar..kalau dua-dua sama buat apa ambil yang berbayar kan? anda boleh perbaharui certificate sebanyak mana yang anda mahu (Seumur hidup pun boleh) asalkan dibuat sekali sebulan..untuk perbaharui certificate, rujuk gambar di bawah:
Untuk entri akan datang, Mr.Hac akan berkongsi lagi servis VPN percuma yang terbaik untuk anda..
jangan lupa, bulan Jun sememangnya Mr.Hac dedikasikan tutorial untuk cara melepasi sekatan terhadap laman web dan juga cara melayari laman web secara anonymous (dengan lebih selamat tanpa dapat dipantau)..jika anda mahu entri hacking, tunggu bulan Julai nanti, ok? salam hormat dari Mr.Hac..