Salam semua The Hykerz dan pembaca-pembaca sekalian..
Pada entry hari ni, Hac akan ceritakan kaedah mudah untuk menggodam akaun administrator hanya dari akaun guest..
Sebelum ni Hac pernah menulis kaedah hacking akaun administrator
di sini —> Tips Hacking Untuk Permulaan
Itu la antara artikel/entry terawal Mr.Hac di arena blogging ini..Kali ni Hac nak berkongsi satu lagi cara mudah untuk kita godam akaun administrator ni supaya kita mendapat kesemua hak-hak istimewa yang hanya boleh digunakan oleh akaun administrator..
Konsep Kaedah Godam:
Tekan kekunci shift 5 kali dan komputer akan menunjukkan kekotak dialog sticky key.Ia berfungsi biarpun pada skrin logon. Tetapi jika kita mengganti sethc.exe yang bertanggungjawab untuk Kotak dialog sticky key, dengan cmd.exe, dan kemudian kita ‘keluarkan’ sethc.exe dengan menekan butang shift 5 kali pada paparan logon, kita akan mendapatkan command prompt dengan hak istimewa administrator kerana tiada pengguna yang telah log masuk. Dari sini kita boleh godam kata laluan administrator, bahkan dari sebuah akaun Guest.
Berikut adalah kaedah untuk melakukannya:
Anda harus berada dalam akaun tetamu (Guest) dengan write access ke system32.
* Pergi ke C: / windows/system32
* Cari Cmd.exe, salin dan tampal (copy and paste) pada desktop.
* Cmd.exe rename menjadi sethc.exe
* Salin (copy) sethc.exe kepada folder sistem 32 tadi, dan ketika ketika tetingkap meminta untuk overwrite file tersebut, klik ‘Yes’.
Kemudian log out dari akaun Guest, dan ketika tetingkap untuk memilih akaun pengguna (user account) ditampilkan, tekan kekunci Shift 5 kali..
Kekotak dialog sticky key, yang sepatutnya terbuka ketika kekunci shift ditekan sebanyak 5 kali, telah digantikan dengan Tetingkap Command Prompt dengan hak penuh akaun Administrator akan terbuka..
Setelah itu, taip ‘net user administrator 12345’ (tanpa pembuka dan penutup kata) dimana 12345 adalah kata laluan yang akan digunakan..sekiranya ada ‘error’, sila tukar 12345 kepada kata laluan yang lebih kompleks/sukar untuk diteka..habis taip, tekan enter..
Korang akan nampak “The Command completed successfully”..tutup tetingkap Command Prompt tadi dan login dengan akaun administrator beserta kata laluan yang baru tadi..Selesai!
Tips Ekstra:
Selanjutnya korang juga boleh mencipta lebih akaun pengguna dari Command Prompt dengan menaip ‘net user namauser/add’ dimana namauser ialah nama akaun pengguna baru yang ingin korang cipta..(nama tu boleh letak apa-apa aje)
Seterusnya korang sorokkan akaun tersebut dengan cara:
pergi ke registry editor dan cari key berikut:
(untuk pergi ke registry editor, pergi ke butang start, run… dan taip regedit)
Buat satu DWORD value yang baru, dan rename ia kepada nama akaun pengguna yang korang dah cipta tadi..valuenya tukarkan kepada 0..selesai! akaun tu dah disorok bersama dengan akaun administrator..
kalau nak tukarkan ia supaya tidak disorok (un-hide), hanya ubah valuenya kepada 1..
Seperti biasa jangan lupa tinggalkan komen dan pandangan korang yang membina kat bawah ya.. :)
cayalah mr Hac.. pasni bole la freaky hack admin user komputer kat lab
sungguh. demam aku membacanya =="
no hal la freaky..lepas ni request je ape2 entry..kalau hac mampu cari, hac akan letak kt blog ni eh..
jangan demam skandaldarilangitke7..heheh..mudah je ni..hac bagi tips yg kacang2 je..
bro hac: baru aku nak tanya, macam dah buat post nih..
camni, aku punya pc tempat keje dah set dia punya time. kita nak ejas tak buleh.. sebab dicontrol oleh admin katanya. ada cara tak?
sebab aku tengok ada yang dah buat pc tu lari 3-4 minit (kes nak punch out awal laa nih) heheheehe
selalunya pakai linux lagi senang.. boot guna pendrive, masuk c:/windows/System32/SAM… delete password admin…
salam..
klu window 7 step dia sama ker??
JEBAT cadangan ko bagus, tp makan masa yg lama..
sama bro..kalau tak percaya cuba la..
salam bro,nk tnya cikit,bila dh brjaya hack psword,nnt x kantoi ke kt admin bila diorg nk log in nnt,coz psword dh tukar…
Wah..boleh digunakan bila memerlukan nih.. :)
salam bro..kat ofis sy pun kena block ngan admin..yg menyakitkan hati tu,org yg pegang password admin tu access com kita n delete file2 yg ada..nak kenakan kita.. windows vista sama gak cara ke..tp still tak ley bila copy and paste balik ke cmd.exe tu..ada kuar error nak minta kebenaran admin…aiiih stress tulll