“Manusia Tanpa Nama Bahagian 3“
Berada dalam talian dengan cita-cita menjadi ‘manusia tanpa nama’ a.k.a ‘Anonymous’ tidak bermaksud anda perlu menjadi seorang manusia yang sukar dijejak oleh sesiapa, atau menjadi manusia yang tidak dikenali dengan jelas identitinya. Ia lebih dari sekadar itu. Usah tertipu dengan penampilan yang bisa menjahilkan. Usah terpedaya dengan manifesto pejuang-pejuang bertopeng, sedangkan kesemuanya tidak bermakna apabila perkara-perkara asas tidak anda kuasai.
Pintu gerbang kepada internet adalah komputer dan alamat IP anda. Saya sudah memberikan tips pada artikel sebelumnya, jadi anda bolehlah membaca artikel-artikel tersebut terlebih dahulu. Melalui pintu gerbang pula, ‘kenderaan’ untuk anda sampai ke destinasi anda iaitu laman-laman web, blog, dan pelbagai lagi sasaran anda di internet adalah pelayar web anda.
Terdapat pelbagai pilihan pelayar web di internet. Anda boleh muat turun dan menggunakan ia kerana ianya terdapat secara percuma. Bagi anda yang masih menggunakan Internet Explorer, apa kata anda buka mata dan pelbagaikan lagi pilihan dalam sistem operasi. Sewaktu saya masih belajar di sekolah menengah, cyber cafe adalah tempat wajib singgah selepas waktu persekolahan. Waktu itu, saya hanya mengenali Internet Explorer, sehinggalah saya termanggu seketika apabila ketik di sana sini, ianya tidak dijumpai dalam komputer. Jenuh bertanya dengan ‘orang sebelah’, malu jadinya apabila beliau selamba berkata “Bang, saya guna ini.”, sambil menunjuk ikon pelayar web Firefox.
Bermula dari hari itu saya tidak menoleh ke belakang lagi. Pelbagai pelayar web telah saya cuba dan terokai cirinya. Anda boleh baca contoh-contoh melalui artikel saya pada tahun 2011 di sini : Senarai 10 Web Browser Yang Jarang Didengari
Melalui ‘kenderaan’ anda ini, anda akan lalui ‘pintu-pintu’ lain pula, yang kebanyakannya mempunyai pengawal tersendiri, dan biasanya mereka akan meminta kata laluan. Laman-laman web seperti laman perbankan, e-mail, dan lain-lain akaun akan meminta kata laluan anda. Di sinilah segalanya bermula.
Peranan Penggodam
Ketahuilah, bahawa kata laluan anda tidak perlu hilang untuk jatuh ke tangan yang salah. Kata laluan biasanya akan dibobol, dicuri, dirampas dari anda tanpa pengetahuan anda sendiri. Lengkapkanlah diri anda dengan asas-asas keselamatan IT sebelum ‘bergerak jauh ke deep web’.
Adakah salah penggodam apabila mereka mengancam data peribadi anda? Ya, salah apabila ia dilakukan tanpa tujuan yang jelas. Tetapi jangan dilupa, tanpa mereka ini kita masih akan lalai dengan keselesaan. Kita menyangka kata laluan ‘abcd1234’, ‘adminpassword’, ‘admin123’, dan lain-lain contoh adalah perkara enteng.
Sedangkan walau siapapun anda, anda tetap perlu menjaga data peribadi dengan baik. Tambahan jika anda merupakan peniaga, atau anda menjaga laman web syarikat, kata laluan adakah kunci keselamatan.
Mari kita singkapi apakah serba-sedikit extension untuk Google Chrome yang mampu membantu anda menjaga privasi. Saya pilih Google Chrome, adalah kerana ia pelayar web yang saya gunakan setiap hari.
1. Blur
Jika anda benar-benar mengambil berat, akan privasi anda ketika berada dalam talian, adalah lebih baik untuk anda menggunakan extension ini, iaitu Blur. Sesuai dengan namanya, ianya satu untuk semua. Selain password manager, ia juga merupakan trackers blocker. Beratus-ratus tracker boleh disekat hanya dengan menggunakan extension ini. Tak lupa juga cirinya yang paling menarik, ia mampu membuat ‘Masked Inbox’ dan juga ‘Masked Card’. Katakan anda dari jenis orang yang selalu menggunakan debit/credit card untuk membayar sesuatu dalam talian, Blur akan ‘mengaburkan’ info debit/credit card anda yang sebenar. Hei, debit/credit card pun kena ‘anonymous’.
Blur juga ada menawarkan akaun Premium. Anda boleh lihat pada pautan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut : Blur
2. Disconnect
‘Premium Privacy’ dan ‘Track the trackers’ adalah moto mereka. Selain menyekat trackers, Disconnect juga menawarkan akaun premium yang mempunyai ciri-ciri menarik seperti VPN. VPN dari Disconnect dikatakan bukan ‘VPN tipikal’ apabila ia sendiri bertindak sebagai trackers blocker. Dengan sambungan ke internet yang dienkrip melalui VPN, anda boleh menarik nafas lega setiap kali menggunakan pelayar web, tanpa perlu berfikir mengenai apa-apa jenis serangan siber. Disconnect adalah ALTERNATIF kepada Blur.
3. ZenMate, Hola, Ultrasurf, dan GOM
Jika anda merupakan pengguna akhir yang tidak mahu memikirkan tentang kaedah-kaedah teknikal apabila melibatkan VPN, maka Web-VPN adalah pilihan tepat untuk anda. Ketiga-tiganya berfungsi dengan cara yang sama, cara yang mudah. Anda cuma perlu pasang dan hidupkan (enable). Setalah itu, lokasi anda akan disembunyikan melalui sambungan kepada pelayan VPN servis-servis extension ini. Kesemuanya menawarkan akaun premium masing-masing (kecuali Ultrasurf), jadi silalah mencuba agar anda boleh pilih sendiri mana yang terbaik untuk anda.
4. Web Of Trust
Web Of Trust adalah extension yang boleh diibaratkan seperti lampu trafik. Hijau untuk ‘jalan’, kuning untuk ‘berhati-hati’ dan merah untuk ‘no no no’. Semua sumber info adalah datang dari komuniti pengguna-pengguna WOT itu sendiri. Jika anda menggunakannya, anda juga boleh memberikan rating kepada sesebuah laman web untuk dimasukkan ke dalam pengkalan data WOT. Jadi mana-mana pengguna lain yang akan memasuki sesebuah laman web yang telah anda berikan rating akan dapat lihat rating tersebut. Dari komuniti, untuk komuniti.
‘S’ adalah untuk sekuriti. Jadi dengan menggunakan extension HTTPS Everywhere ini, secara automatik sambungan anda akan dienkrip pada laman-laman yang menyokong fungsi ini. Serangan-serangan asas ‘eavesdropping’ dapat dielakkan dan seterusnya menambah satu lagi fungsi sekuriti pada sambungan anda.
Mungkin kita tak tahu, mungkin kita tidak perasan, akan sesuatu laman web yang kelihatannya sempurna pada mata kita, rupa-rupanya tidaklah seperti yang dilihat pada mata kasar. Credit Card Nanny ini akan menjaga anda dari laman-laman web seperti ini, pada zahir nampak bagus, tetapi sesudah anda selesai memasukkan data kad kredit anda, ianya dihantar ke administrator dalam bentuk teks. Ini yang kita tidak mahu terjadi, dan ini yang Credit Card Nanny akan cuba untuk cegah.
7. PasswordFail
PasswordFail juga berfungsi dengan cara yang lebih kurang sama dengan Credit Card Nanny. Mana-mana laman web yang tidak membuat enkripsi terhadap data sulit seperti nama pengguna dan kata laluan akan diberi tahu kepada anda melalui maklumat pada pengkalan data mereka. Moto mereka ‘Website Does Not Send Out Password’. Anda juga harus begitu, jaga kata laluan dengan ketat serta cipta kata laluan yang sukar untuk dipecahkan.
8. Click&Clean
Anda boleh membersihkan Google Chrome dari ‘sampah sarap’ melalui pilihan dari Settings yang diberi, tetapi dengan Click&Clean, tetapan pembersihan adalah di hujung jari. Paling penting sekali terdapat pilihan yang tiada dalam Settings. Jadi fungsinya memang sesuai untuk ‘power users’. Dari pembersihan cache dan cookies, sehinggalah kepada pilihan untuk membuka pelayar dalam mode Incognito, semuanya ada di extension ini.
9. AdBlock
Ramai yang tidak menyedari hakikat akan peranan besar yang dimainkan oleh AdBlock. Ia bukan sekadar menyekat iklan, tetapi dalam masa yang sama mengurangkan risiko PC anda dari dijangkiti malware. Kebiasaan kes yang saya lihat pada PC yang kerap kali disinggahi oleh malware ini, sama ada mereka tidak menggunakan AdBlock atau mengambil mudah dengan hanya menggunakan Internet Explorer yang ‘kosong’. Apabila selesai diperiksa, jelaslah malware tersebut datang dari iklan yang ditampal pada laman web yang mereka pernah buka.
Jadi jangan tunggu lebih lama lagi. Sekat iklan, sekat malware, lalu kurangkan risiko ke atas privasi anda.
Baiklah, saya harap artikel kali ini agak ‘kurang berat’ sedikit berbanding sebelumnya. Nak pupuk minat membaca di kalangan orang kita bukan kerja mudah. kalau Google pun malas berat jari, membaca apatah lagi. Tapi besar harapan saya agar apa yang saya nukilkan ini mampu untuk dihadamkan, seterusnya menjadi amalan semua.
Kita sambung lagi nanti.. Shazammm..!! Pufffff.. <— bunyi bom asap, lalu saya pun menghilang..