GIF: Perbaharui Sebuah Gambar Yang Pegun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis sekadar berkongsi sebuah artikel untuk hilangkan kebosanan dan mungkin juga tekanan. Mungkin artikel ini amat sesuai untuk bro Freddie yang mungkin mengalami tekanan akibat daripada pemasangan Gentoo. Jadi,untuk sesiapa yang mungkin mengalami tekanan atau kebosanan. Anda boleh melawat laman sesawang ini dan hiburkan hati anda dengan kebijaksanaan para penggiat projek gif. 

Mengapa penulis katakan gif ini sebagai sebuah projek? Jika diperhatikan dengan lebih dalam,anda akan mendapati terdapat separuh daripada gambar gif yang dihasilkan berpunca daripada individu (perorangan) atau organisasi yang sama. Jadi,kesimpulan yang penulis dapat andaikan bahawa mereka berminat menjalankan projek yang hebat ini.

Mengapa penulis katakan projek ini hebat? Ya! Bukan mudah untuk mencari gambar yang menunjukkan suatu reaksi yang mencuitkan hati seseorang. Untuk mendapatkan hal yang sedemikian. Seseorang itu memerlukan masa yang lama untuk membuat carian yang mantap melalui filem dan sebagainya. Kemudian gambar tersebut perlu digabungkan dan menetapkan masa yang sesuai untuk sesuatu gambar itu berubah kepada gambar yang seterusnya.

Penulis cukup meminati perkara seperti ini. Pada pendapat penulis,perkara seperti ini nampak ‘simple’ tapi membuatkan seseorang itu menjadi terhibur dan kadangkala membuatkan seseorang itu berfikir. 

1. Reaction Gifs

Memiliki antaramuka laman yang ringkas dan mudah membuatkan laman Reaction Gifs ini perlu diambil perhatian oleh anda yang memang sedang mengalami kekusutan. Memiliki ruangan yang dapat anda gunakan untuk mencari gambar berformat gif dengan lebih mudah mengikut apa yang sedang dirasakan oleh anda dan sebagainya. 

2. Emotion Reply (Beta)

 
Pada halaman utama laman sesawang Emotion Reply telah merangkumkan kesemua gambar yang menarik untuk dilihat oleh anda. Jika dilihat dengan mata kasar. Laman ini memang dibina bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk membuat pilihan mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka. Jadi,jika anda inginkan gambar gif berbentuk animasi,cukup hanya dengan klik kategori yang berkenaan.

Jadi,segalanya di tangan anda. Gunakannya secara berhemah dan selamat menjamu selera.

Sekian,Assalamualaikum. 

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img