Format + Formula Menulis Artikel Online

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Saya ingat nak tulis pada blog saya iaitu Blog Danialde4. Tapi, tengok macam tak ramai yang membacanya.

Jadi, saya rasa lebih baik kalau tulis pada blog OMG! Hackers? Kerana ramai pembaca.

Boleh ke? 😉

Kalau anda seorang yang masih baru dalam dunia blog. Mesti menulis artikel adalah masalah yang paling susah nak diatasinya.

Menulis online dan menulis offline sangat berbeza dan lain.

Menulis online = perenggan yang pendek.

Menulis offline = perenggan yang panjang.

Jadi, bagaimana nak menulis online? Bagaimana? Apakah formulanya? Mesti ada kan? Mestilah.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu 5 kebenaran tentang pembaca blog.

Selepas sahaja anda memahami pembaca blog. Maka mudahlah anda nak menulis artikel 🙂

P.S: Ada Bahagian Bonus + Rahsia menulis artikel online

– Format Artikel Online

Read and Learn.

Headline

        Pendahuluan

    Sub-Heading
   
    CTA

   
Anda lihat betul-betul apa yang saya tulis diatas tadi. Lihat dan kaji. Perhatikan betul-betul. Memang anda akan merasakan kurang jelas sebab saya belum jelaskan lagi.

Baiklah. Itu adalah format artikel online yang akan digunkan di mana-mana blog. Tidak kiralah blog itu jenis lama atau baru. Pakar blog atau tidak. Tapi mereka tetap akan menggunakan format diatas tadi.

Penerangan:

= Headline

Headline memainkan peranan yang amat penting. Headline akan menentukan sama ada artikel tersebut hebat atau tidak. Semuanya bermula daripada Headline. Untuk pengetahuan anda, 90% pembaca akan menilai artikel tersebut bagus atau tidak berdasarkan headline. Kalau bagus? Maksudnya “Trafik Kaw-Kaw“.

Jadi bagaimana nak menghasilkan headline yang begitu memukau para pembaca?

Mesti susahkan? Mestilah.

Anda cari blog yang lain. Blog yang popular dan hebat. Ambil headline tersebut, dan ubahsuai menjadi headline post tersebut.

Itulah cara yang sering kali blogger gunakan. Tidak kiralah mereka seorang yang pro blogger atau masih mentah dalam blogger. Mesti orang akan ambil headline kita dan “tweak” menjadi headline post tersebut.

Fakta:
Harian Metro merupakan surat khabar yang paling terlaris di Malaysia. Tapi apakah rahsianya? Rahsianya ialah “Headline“.

Headline yang memukau juga dipanggil “Magnetic Headline“.

Anda boleh belajar “Mangentic Headline” di blog Copyblogger.com

Kalau saya, saya suka guna “Headline Hacks” yang telah dibuat oleh Jon Morrow.

= Pendahuluan

Headline dah dapat. Maka permulaan cerita mestilah menarik dan tertarik.

Permulaan cerita = Mukadimah = Pengenalan = Intro = Pendahuluan.

Dimulakan dengan Salam.

Beri salam. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tujuan?

Untuk menunjukkan kita seorang yang merendah diri di depan pembaca.

Selalunya, blogger selepas sahaja memberi salam. Terus tulis macam ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Menggodam adalah…. dot.. dot… dot….

Kita dah bosan dengar intro macam itu. Dah jemu.

Jadi, apakah yang perlu anda lakukan untuk membuatkan intro post menjadi menarik??

Anda perlu pancing + Guna 5 teknik ini:

  • Kouta yang “ingin tahu” (Curios).
  • Gambar yang hebat lagi mengkagumkan.
  • Barisan ayat yang baris demi baris (Saya guna dalam post ini).
  • Memukau pembaca dengan bercerita.
  • Ayat permulaan yang sangat kreatif.

Ambil 2 atau 3 senarai diatas tadi. Ambil dan pratikkan. Kalau berjaya. Anda sudah mahir dalam menarik perhatian orang dengan ayat 😀

= Sub-Heading

Hrmmm…. Subheading. Anda tahukan.

Subheading = Tajuk kecil.

Tajuk kecil memainkan peranan yang amat penting selepas Headline.

Untuk mudah faham saya akan bagi satu contoh.

Katakanlah saya nak membuat satu post tentang “3 Syarat Sah Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya”

Post saya pun macam inilah…..

Headline: 3 Syarat Sah Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya

Pendahuluan…

Sub-heading: Penyabar

Sub-heading: Pemurah

Sub-heading: Berkeyakinan

Kalau anda nak tulis mana-mana artikel, tulis Headline dan sub-heading dahulu. Macam diatas tadi. Tapi jangalah tulis Sub-Heading: pula. Itu cuma nak bagi tahu kepada anda. Biar jelas dan terang =)

Faham? (Alhamdulillah)

Selepas sahaja anda dah tulis Sub-Heading. Maka, langkah seterusnya ialah huraikan Sub-Heading.

Contoh:

3 Syarat Sah Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya

Pendahuluan…

Penyabar
Penyebar ialah… dot….. dot…. dot….

Pemurah
Pemurah ialah… dot….. dot…. dot….

Berkeyakinan
Berkeyakinan ialah… dot….. dot…. dot….

= CTA

( C.T.A = Call To Action / Panggilan Untuk Bertindak )

CTA adalah bahagian post yang paling akhir sekali.

Selalunya, kalau saya. Saya akan buat satu Sub-Heading: Kesimpulannya, Daripada Penulis atau sebagainya.

Contoh:

Headline: 3 Syarat Sah Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya

Pendahuluan…

Sub-heading: Penyabar

Sub-heading: Pemurah

Sub-heading: Berkeyakinan

CTA: Kesimpulannya

Dalam kesimpulannya saya selalu tulis.

Contoh-1:

“Kalau anda merasakan post ini amat bagus dan berguna untuk anda, apa kata tolong share di Facebook atau dimana sahaja”.

Lebih kurang begitulah. Tapi, kalau nak buat CTA power. Daya tarikan daripada ayat mestilah power.

Contoh-2:

“Kalau anda masih tidak percaya sama saya? Tepuk dada, komen dibawah”

Contoh-2 lebih berkuasa daripada Contoh-1. Jadi, kalau pembaca tidak percaya. Pembaca akan komen.

Contoh-3:

“Mohon share dan like. Dan kalau anda nak bertanyakan sesuatu. Komenlah dibawah. Komen anda amatlah berharga.”

Kalau boleh merayu kepada pembaca sampai habis. Merayu suruh dia buat itu ini. Jangan biarkan pembaca lari disebabkan ending tak menarik. Suruh lah pembaca buat sesuatu. Mesti kena buat 🙂

– Bonus

Seperti dijanjikan bahagian bonus akan juga saya berikan kepada anda. Bahagian ini sebenarnya ialah FAQ iaitu Frequently asked questions atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil: Soalan-soalan lazim

S = Soalan
J = Jawapan

S: Berapa patah perkataan untuk satu artikel?

A: Tidak ada limit. Tapi, kebiasaanya panjang artikel ialah 350 patah perkataan. Itu kebiasaannya (Selalunya). Kalau jenis blog yang pro blogger, kebiasaannya ialah minimum 800 patah perkataan.

Tak pentingpun kalau post anda panjang-panjang. Yang penting isi dalam post tersebut bermanfaat. Itu yang penting. Kalau post itu jenis yang memang banyak fakta (info) maksudnya kena tulis panjang-panjanglah. Tapi kalau sikit jangan melalut pula 😉

S: Bagaimana nak menghasilkan artikel yang berkualiti?

A: Nak menghasilkan artikel yang berkualiti ialah dengan banyak membaca. Lagi banyak anda membaca lagi banyak anda dapat idea.

Saya bagi satu contoh:

Saya diberi tugasan untuk menghasilkan artikel tentang SEO untuk blogspot. Jadi, untuk menghasilkan artikel tentang SEO Blogspot saya perlu banyak membaca tentangnya. Lagi banyak saya baca, lagi tinggilah kualiti post saya. Mudahkan?

Ada apa-apa lagi nak tanya soalan yang sedang bermain difikiran anda? Tanyalah. Usah segan dan malu. Kerana orang yang malu dan sombong itu selalu rugi 🙂

( Rahsia untuk menulis artikel online ialah….. menulis seperti bercakap (Write as talk). Tapi, di Malaysia ada pantang larangnya. Jangan guna Bahasa Rojak 😉

body{font: 13px Arial;}
.post-body{font: 14px/1.6 verdana;}

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img