Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan

Abam buka Google Discover dan ternampak iklan dari Astro. Bila diklik, rupa-rupanya ialah iklan untuk pelancaran Disney+ Hotstar dengan countdown timer menunjukkan 27 hari lagi.

Kalau dibuka pada URL hotstar.com/my, tarikh pelancaran menunjukkan 1 Jun, dengan harga langganan adalah sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan, bererti anda bayar RM18.30 untuk sebulan tempoh penggunaan.

Apa yang ada dalam Disney+ Hotstar? Anda boleh strim filem-filem dan dokumentari kegemaran dari Disney, Star Wars, Pixar, Marvel, National Geographic, dan filem-filem Melayu yang pecah panggung.

Pada abam andai kata kerjasama antara Astro dan Disney ini membuahkan hasil yang baik, contohnya harga langganan yang memuaskan hati, kali ini kita bolehlah beri peluang kepada mereka untuk membuktikan bahawa dunia masa depan adalah dunia penstriman, dan mereka perlu menjadi sebahagian darinya.

Sebelum ini Astro telah berganding bahu bersama HBO Asia dengan hadirnya HBO GO untuk rakyat Malaysia. Harga langganan sebulan untuk HBO GO ialah RM34.90.

Sumber: Astro dan Hotstar

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 Comments

Apa pendapat anda?

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Eirekus

terbaik!
*min, ada pembetulan pada url hotstart.com/my

Murung Mohowongso

terima kasih! sudah diperbetulkan. 🙂

spot_imgspot_img
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x