DesignCap: Cipta Poster Profesional Melalui Atas Talian Dengan Mudah

DIY atau Do It Yourself ibaratnya sudah menjadi satu minat baru kepada masyarakat kita. Dari ‘servis’ kenderaan sendiri, kepadalah pembaikan alat-alat elektrik di rumah.

Tetapi tidak lupa juga ada yang berminat hendak mencipta sendiri sesuatu yang berkaitan dengan bidang IT. Selain penyuntingan gambar, pembuatan poster juga adalah niche yang mula mendapat perhatian.

Poster adalah salah satu cara yang berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai acara yang dianjurkan oleh syarikat anda atau usaha untuk mengiklankan sesuatu. Dengan rekaan poster yang menarik, ia pasti dapat menyampaikan mesej dengan lebih efektif.

DesignCap ialah laman pembuat/penciptaan poster atas talian yang dapat digunakan secara percuma. Sama seperti Fotor, anda boleh terus mengaplikasikan laman tersebut bagi tugas-tugas mereka bentuk poster tanpa perlu mendaftar.

Iklan Google

Laman ini menawarkan beberapa alat reka bentuk seperti clipart, font, dan gambar latar untuk dipilih oleh anda. Walaupun anda bukanlah pakar dalam penyuntingan gambar, anda tetap akan dapat mencipta poster menarik tanpa masalah.

Para pembangun laman ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni reka bentuk grafik dan pembangunan perisian. Oleh itu tidak hairan apabila terdapat beratus templat poster di laman DesignCap untuk dipilih.

Anda boleh mulakan ia dengan klik pada pautan berikut: DesignCap.

Di bahagian hadapan laman ada tertera butang ‘Make a Free Poster/Flyer‘. Klik pada butang tersebut.

Senarai fungsi bagi setiap elemen pada panelnya adalah seperti berikut:

Template – Senarai ratusan templat percuma dengan reka bentuk sedia ada yang boleh diubah mengikut citarasa.

Photo – Anda boleh muat naik gambar pilihan sendiri dari komputer mahupun dari Facebook anda.

Text – Seperti namanya, anda boleh masukkan teks beserta font pilihan.

Iklan Google

Clipart – Masukkan unsur clipart ini bagi menyerlahkan lagi mood poster. Ia dibahagikan mengikut kategori, atau anda boleh gunakan bar carian bagi mendapatkan clipart khusus.

BKGround – Ini ialah pilihan latar (background). Anda boleh pilih dari senarai warna atau reka bentuk sedia ada bagi memberikan katakter kepada latar belakang poster.

Iklan Google

Di sebelah panel akan terdapat kategori atau bahagian pilihan ciri khusus. Anda boleh ubah, tambah, dan sesuaikan ia mengikut reka bentuk poster yang anda ingin siapkan.

Gambar berikut ialah contoh dari apa yang telah saya buat sendiri, semuanya menggunakan laman DesignCap.

Iklan Google

Apa yang paling penting, ia adalah hasil DIY dari saya. Anda boleh gunakan semula poster ini untuk diposkan di Facebook anda. Silakan. Sesiapa sahaja boleh mencipta poster walaupun tidak mahir dalam proses penyuntingan gambar.

Hanya perlu pilih templat, masukkan elemen, dan buatlah penyesuaian semahunya hingga ia siap mengikut kehendak anda. Kalau anda mahu mencari ‘duit lebih’ dengan perkhidmatan membuat poster juga tiada masalah, kerana anda boleh muat naik gambar latar belakang sendiri dan ia dapat menjadikan poster anda unik tanpa perlu bergantung kepada reka bentuk stok.

Demotivational quote untuk hari ini. Heheheh.

Anda boleh dapat gambaran sekarang bukan, bagaimana mudahnya untuk membuat sesuatu poster? Tiada latihan diperlukan, cukup sekadar anda gunakan kreativiti diri sebaik mungkin. Selepas ini jika anda diberikan tugas menyiapkan poster, anda sudah tahu laman manakah yang anda boleh buka bagi mendapat hasil paling memuaskan.

Jika anda hendak cuba, silakan hala ke laman DesignCap sekarang.

Iklan Google

Tiada sebarang pendaftaran, tiada juga apa-apa pembayaran, terus gunakan DesignCap dan mulalah mencipta poster dari sekarang.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img