Cara Membeli Aplikasi Di Google Play Store

Sejak saya dengan kuat ‘mempromosi’ gaya hidup yang lebih baik iaitu dengan menyokong pembangun aplikasi melalui pembelian aplikasi mereka, saya mendapat beberapa cadangan dari pembaca yang mahukan tutorial ini.

Betapa pentingnya sokongan kita terhadap mereka biarpun cuma RM1 namun ia mampu menaikkan lagi semangat mereka untuk terus mengekod aplikasi dan mengemaskini ia dari semasa ke semasa. Relakah kita untuk melihat Google Play Store dipenuhi aplikasi-aplikasi ‘sampah’ dek kerana kita yang selalu menggunakan aplikasi lanun?

Baiklah. Untuk membeli aplikasi dari Google Play Store, apa yang diperlukan ialah sama ada kad kredit atau kad debit. Itu sahaja. Saya tidak pasti kalau-kalau ada antara kita yang Google Play Store-nya mempunyai pilihan untuk membayar melalui PayPal, namun kalau ada baguslah. Anda boleh terus ‘setup’ dan terus membeli.

Tetapan Kad Kredit/Debit

Caranya mudah sahaja. Buka Google Play Store pada peranti anda, jika belum log masuk akaun Google, log masuklah terlebih dahulu dan sahkan akaun anda itu. Setelah itu, pilih mana-mana aplikasi yang ingin anda beli, lalu klik pada butang ‘Buy’. Setelah itu, anda akan diberi pilihan untuk memasukkan nombor kad kredit atau debit anda. Sila klik pada ‘Add credit or debit card‘, lalu masukkan butiran kad kredit/debit anda. Butiran ini mudah sahaja, anda cuma perlu masukkan nombor yang tertera pada kad, dan juga tarikh luput kad serta nombor 3 digit yang berada di belakangnya (CVC).

Sesudah itu, jika tiada sebarang masalah dengan butiran kad, anda boleh terus tekan ‘Buy’, dan sejurus selepas itu aplikasi yang anda pilih untuk beli akan terus dimuat turun.

Selain dari cara ini, anda juga boleh memilih untuk membuat tetapan melalui laman Google Wallet. Pada laman tersebut, pilih Payment MethodsADD A CREDIT OR DEBIT CARD, dan anda boleh masukkan butiran kad anda sepertimana cara di atas. Apabila siap sahaja tetapan ini, butiran kad anda secara automatik akan terus keluar pada pilihan menu di Google Play Store.

Selamat mencuba!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img