SHAH ALAM – Ketika siri terkenal HBO The White Lotus mencari lokasi penggambaran di Asia Tenggara, Malaysia turut dipertimbangkan. Malah, kru produksi telah melawat sebuah resort mewah di pulau tempatan. Namun, resort tersebut menolak tawaran itu dan akhirnya penggambaran dijalankan di Thailand.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, menyifatkan insiden ini sebagai simbol kegagalan Malaysia mengenal pasti potensi besar pelancongan filem sebagai pemacu ekonomi kreatif.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengakui isu ini di Parlimen dan menjelaskan tentang insentif Film In Malaysia Incentive (FIMI) yang menawarkan rebat kepada produksi antarabangsa dan tempatan yang memenuhi syarat perbelanjaan di Malaysia.
Syerleena menegaskan perlunya satu pelan induk atau blueprint untuk pelancongan filem agar Malaysia tidak terus ketinggalan dalam industri bernilai tinggi ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memperketat pemantauan terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal mematuhi piawaian kualiti perkhidmatan, khususnya di kawasan luar bandar. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, langkah ini diambil susulan peningkatan aduan pengguna terhadap mutu perkhidmatan yang diterima.
Sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2025, MCMC telah menjalankan sebanyak 2,781 ujian kualiti rangkaian di seluruh negara. Hasilnya, sebanyak 1,684 kes ketidakpatuhan telah dikenal pasti di 815 lokasi. Daripada jumlah tersebut, hanya 462 kes berjaya diselesaikan, manakala 1,222 kes masih dalam proses semakan kerana melibatkan kerja naik taraf menara sedia ada atau pembinaan tapak baharu.
Bagi menangani isu ini, MCMC telah mengeluarkan Arahan Suruhanjaya kepada beberapa penyedia perkhidmatan utama. YTL Communications menerima 154 arahan, diikuti oleh CelcomDigi (50), TM Technology Services (38), U Mobile (27), dan Maxis (10). Arahan ini bertujuan memastikan syarikat-syarikat berkenaan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.
Piawaian Kualiti Perkhidmatan Mandatori (MSQoS) yang ditetapkan oleh MCMC merangkumi beberapa indikator utama, termasuk kelajuan muat turun minimum 10 Mbps untuk rangkaian 4G dan 5G, kelajuan muat naik minimum 1.3 Mbps, latensi tidak melebihi 100 milisaat untuk 4G dan 40 milisaat bagi 5G di Lembah Klang, serta masa akses video tidak melebihi enam saat. Selain itu, kadar capaian rangkaian perlu mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus, manakala ketersediaan rangkaian teras mestilah melebihi 99.97 peratus.
Kegagalan mematuhi arahan ini boleh membawa kepada tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM500,000 bagi setiap kes, atau hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM1 juta.
MCMC turut menggalakkan pengguna untuk membuat aduan melalui aplikasi MCMC NEXUS sekiranya mengalami masalah perkhidmatan. Aduan yang melibatkan kelajuan muat turun di bawah paras minimum akan disiasat dan boleh mencetuskan audit rasmi terhadap penyedia perkhidmatan terlibat.
Kuala Lumpur, Malaysia, 26 Ogos 2025 – realme Malaysia meraikan Pesta Peminat Ulang Tahun 828 seiring dengan Hari Kebangsaan dengan kempen promosi jualan eksklusif yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 1 September. Untuk masa terhad sahaja, peminat boleh menikmati diskaun eksklusif dan tawaran beli dengan beli (PWP) untuk model telefon pintar realme terpilih, menjadikannya masa yang tepat untuk menaik taraf peranti sambil turut serta dalam semangat perayaan.
Untuk masa terhad, model popular seperti realme GT7 (12GB+512GB) ditawarkan pada harga RM2,499 (turun dari RM2,599) dengan hadiah percuma termasuk Watch T16C dan Selfie Stick, manakala realme 14 5G (12GB+256GB) hanya RM1,099 (asalnya RM1,299) dan disertakan dengan Buds T01 percuma. Pembeli juga boleh menikmati tawaran PWP seperti realme Buds Air 7 pada harga hanya RM128 atau realme Magnetic Cooling Clip pada harga RM28 dengan pembelian terpilih. Promosi ini hanya tersedia di Kedai Jenama realme terpilih.
Peranti
Harga Promosi
Harga Runcit Disyorkan Asal
Tawaran PWP
realme GT7 (12GB+512GB) *\Percuma Watch T16C dan Selfie Stick
RM2,499
RM2,599
Beli realme Buds Air 7 pada harga RM128
realme GT 7T (12GB+256GB) *\Percuma Watch T16C dan Selfie Stick
realme 14T 5G (8GB+256GB) *\Percuma sarung jari permainan
RM849
RM999
realme 13 Pro+ 5G (12GB+512GB)
RM1,799
RM2,099
–
realme 13 Pro 5G (12GB+512GB)
RM1,599
RM1,799
–
realme 13+ 5G (12GB+512GB)
RM1,399
RM1,799
–
realme 13+ 5G (12GB+256GB)
RM1,099
RM1,299
–
realme 13 5G (12GB+256GB)
RM999
RM1,199
–
Telefon 10,000mAh+ Akan Hadir dan Lebih Banyak Lagi Akan Diperkenalkan
Selain itu, sebagai salah satu pelopor utama dalam inovasi, realme sedang bersiap sedia untuk Sambutan Ulang Tahun 828 yang sangat dinanti-nantikan pada 27 Ogos, yang akan mempamerkan dua teknologi terobosan yang menyerlahkan komitmennya terhadap inovasi, termasuk bateri berketumpatan tinggi revolusioner dengan kapasiti lebih 10000mAh, yang direka untuk menghapuskan kebimbangan bateri dan mentakrifkan semula ketahanan untuk pengguna berat, serta sistem penyejukan aktif AC terbina dalam.
Nantikan halaman Facebook rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2025 — Infinix dengan bangganya meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 melalui kempen nasional yang menawarkan lebih daripada sekadar peranti baharu. Bermula dari 25 Ogos hingga 21 September 2025, kempen “Gadget Baru, Semangat Baru” membawakan ganjaran eksklusif bersama model telefon pintar terpilih, diskaun untuk produk AIoT, serta peluang untuk menyambut bulan kemerdekaan dengan teknologi yang mendorong kemajuan.
Daripada permainan video dan penstriman hinggalah fotografi dan kekal berhubung, telefon pintar kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sempena Merdeka ini, Infinix menghargai hubungan tersebut dengan menggabungkan prestasi canggih dan manfaat gaya hidup bermakna — membantu anak muda Malaysia menikmati teknologi yang seiring dengan cita-cita dan aspirasi mereka.
“Infinix sentiasa percaya dalam memperkasakan golongan muda dengan teknologi yang berkuasa, bergaya dan mudah diakses,” kata [Nama Jurucakap], Pengurus Negara Infinix Malaysia. “Merdeka kali ini, kami ingin meraikan semangat kebebasan dan perpaduan negara dengan memberi rakyat Malaysia alat untuk mengekspresikan diri melalui permainan, penciptaan kandungan dan produktiviti harian — sambil menikmati nilai tambahan dengan setiap pembelian.”
Hadiah Eksklusif Bersama Model Terpilih:
Infinix GT 30 Pro — Pemegang Kad Magnetik Percuma (bernilai RM39) Direka khas untuk pemain yang mahu menguasai setiap perlawanan, GT 30 Pro dilengkapi cip Dimensity 8350 5G Gaming yang ultra-pantas dan paparan AMOLED 144Hz yang lancar. Dengan sistem FPS Penuh Sepanjang Hari, anda boleh menikmati kadar bingkai stabil dan kekal sejuk di bawah tekanan.
Infinix NOTE 50 Pro+ 5G — Beg Galas Putih Infinix Percuma (bernilai RM89) Untuk mereka yang mahukan segalanya, NOTE 50 Pro+ 5G menggabungkan prestasi hebat dengan fotografi tahap profesional. Rasai permainan 120FPS yang ultra-lancar, rakam gambar menakjubkan dengan kamera periskop 50MP OIS, dan cas semula dalam hanya 32 minit dengan pengecasan pantas 100W.
Infinix NOTE 50X & NOTE 50S 5G — Pemegang Telefon Boleh Putar Percuma (bernilai RM29) Kukuh di luar, pintar di dalam — NOTE 50X 5G menawarkan ketahanan gred tentera, bateri tahan lama 5200mAh dan pengecasan pantas 45W, sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak. Sementara itu, NOTE 50S 5G tampil bergaya dengan paparan AMOLED melengkung, kamera Sony 64MP dan sensor cap jari dalam skrin — gabungan gaya dan fungsi.
Ganjaran Tambahan Merdeka
Selain hadiah telefon pintar, pelanggan juga boleh menikmati diskaun 10% untuk produk audio dan boleh pakai AIoT Infinix terpilih — daripada fon telinga bergaya hingga peranti kesihatan — memudahkan anda melengkapkan gaya hidup digital yang bersambung.
Promosi “Gadget Baru, Semangat Baru” boleh didapati di Kedai Rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, Kedai Jenama Infinix serta Pengedar Sah Infinix di seluruh negara. Untuk maklumat terkini, lawati laman web, Facebook, Instagram dan TikTok Infinix Malaysia.
Sertai Sambutan Ini
Tangkap gambar, kongsi dan tunjukkan semangat patriotik anda dengan tanda pagar #MerdekaDenganInfinix dan #InfinixMalaysia sepanjang tempoh promosi.
Hadiah percuma dan diskaun AIoT tersedia selagi stok masih ada.
Mungkin ramai dah tahu, kemaskini terbaru Windows 11 bulan Ogos, KB5063878 dan KB5062660 menyebabkan SSD dan HDD gagal berfungsi.
Mereka yang terjejas akan dihidangkan dengan skrin biru kematian Windows dan gagal log masuk ke Windows. Automatic Repair, Reset, Uninstall Update tidak berfungsi dalam Recovery Screen ini.
Mujurlah, saya telah jumpa penyelesaian untuk laptop saya. Mungkin anda boleh cuba:
1. Dari Recovery Screen, pergi ke Advanced>command prompt
2. Taip “sfc /scannow”. Tunggu hingga habis scan dan repair.
3. Taip “chkdsk c: /f /r”. Tunggu habis scan dan repair.
4. Bila habis, tutup. Kembali ke Recovery Menu dan pilih Continue to Windows
Anda sekarang boleh masuk ke Windows. Tapi banyak perisian tak boleh dibuka dan Admin Access akan hilang. Saya sendiri, tak boleh access hard disk C: saya.
Jadi, pergi C:>right click>properties>security>change ownership dan cari username anda. Kalau tak ada, tambahkan.
Kemudian, bolehlah anda guna DISM tools pula di CMD dengan run as administrator.
Google Pixel 10 hadir dengan ciri Battery Health Assistance yang diaktifkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan oleh pengguna. Ciri ini direka untuk mengurangkan kadar pengecasan dan mengehadkan voltan bateri bagi melambatkan kerosakan sel dari masa ke masa.
Battery Health Assistance pertama kali diperkenalkan pada Pixel 9a, mula bertindak selepas 200 kitaran pengecasan dan terus menyesuaikan voltan sehingga mencapai 1,000 kitaran. Menurut laporan, perubahan ini dibuat secara berperingkat untuk membantu bateri ‘menua’ dengan lebih seragam.
Akibatnya, pemilik Pixel 10 boleh menjangkakan pengecasan yang lebih perlahan dan kapasiti bateri yang boleh digunakan menjadi berkurang berbanding sebelumnya — walaupun Google belum mendedahkan sejauh mana jumlah kapasiti yang hilang selepas 200 kitaran.
Google pada dasarnya mensasarkan supaya bateri kekal 80% daripada kapasiti asal selepas 1,000 kitaran, tetapi ciri yang sentiasa aktif ini mungkin menambah pengurangan kapasiti yang boleh digunakan.
Perbandingan dibuat dengan beberapa pengeluar lain: contohnya, telefon pintar Samsung disebut mempunyai penarafan kitaran yang lebih tinggi (sekitar 2,000 kitaran) untuk mengekalkan 80% kapasiti, menyebabkan pendekatan Google kelihatan lebih ketat.
Tindakan Google dipercayai langkah berjaga-jaga, kemungkinan sebagai respons kepada isu pemanasan yang pernah dialami model terdahulu seperti Pixel 6a.
Bagi sesetengah pengguna, keputusan Google untuk mengunci ciri ini dianggap membatasi, kerana pengeluar lain sering memberi pilihan kepada pengguna untuk mengawal tetapan bateri.
Abam: Harga nak dekat RM7k pun masih kusut pasal bateri, pasal ‘overheating’. Hek eleh.
Nasib badanlah dik dapat warden askar original. Admin dulu dapat warden askar celup pun dah nak tercirit. Warden admin dulu bekas kadet.
Antara disiplin ala askar admin lalu dulu:
1. Cadar kena tegang. Cara ukur? Mesti boleh pusing duit syiling atas tu.
2. Baju jemur kena angkat sebelum pukul 6 petang.
3. Kasut mesti berkilat.
4. Baju kemeja mesti kena ada “line”.
5. Tidur sebelum jam 12 malam.
6. Jam 5:30 pagi mesti dah ada terpacak di surau lengkap beruniform.
7. Jam 7:15 pagi ada perhimpunan sebelum masuk kelas.
8. Roll call di asrama jam 11 malam.
9. Kalau lambat, denda lari padang. Lepas lari padang, masuk kelas pun lambat. Denda lagi.
Dan banyak lagilah. Menipu lah kalau kata kami semua seronok. Tapi bila dah habis sekolah, itulah memori paling seronok rasanya. Daripada denda itulah yang membentuk disiplin bila bekerja. Bila awak dah kerja nanti, jangan kata sebelum Subuh, jam 4 pagi dah kena gerak ke pejabat pun ada dik…
Pendapat saya, biarlah pelajar stress dengan peraturan. Daripada stress akibat buli. Stress dengan peraturan, makin lama akan rasa makin senang sebab alah bisa tegal biasa. Stress kerana buli, makin lama makin membarah.
Lagipun, bagus juga warden tentera ni. Barulah kita boleh pupuk generasi baru yang lebih maskulin dan feminin. Ini tidak, yang lelaki sibuk nak jadi perempuan. Yang perempuan sibuk nak jadi lelaki. Apa nak jadi pun tak tahulah…
Kontraktor tempatan kongsi cara warga asing bekerja dan menindas warga tempatan dalam bidang pembinaan
Pendapat saya? Biarlah…orang kita kan suka mereka. Puji melangit. “Bangladesh kerja rajin, makan nasi dengan bawang saja simpan duit sampai kaya raya”. Anak gadis kita pun ramai gila bayang dengan Bangladesh.
Walhal mereka boleh kerja lama sebab guard pun keluarga mereka. Orang kita kahwin dengan mereka pun kena kurung dalam rumah. Jangan kata duit raya, baju dalam pun tak beli. “Tak keluar rumah buat apa baju dalam!”. Kahwin hanya sekadar untuk jadi kilang anak. Setahun sekali bersalin. Mana tidaknya, bersalin “free”.
Itu yang baru kahwin 5 tahun, dari anak dara badan dah lanjut macam nenek cucu 9. Anak-anak ramai tak ada disiplin. Meminta-minta, kasar, tak ikut peraturan.
Tapi kalau kahwin dengan orang tempatan, balas Whatsapp lambat pun dah berjela karang fantasi suami redflag di media sosial.
Kerajaan tak perlulah susah-susah fikirkan penyelesaian. 5-10 tahun lagi, pasti ada keturunan mereka yang jadi ADUN dan Ahli Parlimen.
Bayangkan, Rohingya jika berkahwin dengan warga tempatan pun, anaknya dapat jadi warganegara. Sekarang mereka sudah 4 generasi. 1 kampung ada yang mereka jadi majoriti. Ketua mereka malah jadi “tok penghulu” di kampung-kampung.
Mana tidaknya, sebarang urusan, orang kampung mesti akan jumpa ketua mereka. Nak gali parit, gali telaga, ikat dinding. Mereka ini akan berkahwin dan beranak pinak sampai 1 kampung akan bertukar jadi keturunan mereka. Jika mereka masuk bertanding, anda rasa mereka tak boleh menang mudah? Ingat, sudah 3 generasi mereka sudah ada kad pengenalan.
Apa pun, kita rileks sajalah.
1. Pakistan tauke laptop dan kedai makan.
2. Bangladesh tauke kontraktor
3. Rohingya tauke buruh
Orang tempatan cukuplah sekadar jadi penjawat awam untuk memenuhi keperluan mereka. Apa sangat kuasa penjawat awam nak bertegas dengan mereka kalau undang-undang pun lindungi mereka. Mana tidaknya, pelarian pun boleh buat mengadu macam-macam tentang perkhidmatan kerajaan. Ada ahli politik yang sokong pula tu.
Tak perlu buang masa kejar kurier atau rider, biasakan lapor pada SKMM jika barang anda diperam kurier
Sebenarnya, malas nak mengadu hal kurier ni. Sebab bila kita buat aduan, mulalah kita kena mark dengan pekerja dia. Tapi kalau saya buat aduan, memang saya follow-up habis sampai ke Shopee dan seller sampai kurier tu tak lagi akan masuk dalam sistem di rumah saya.
Setakat ini dah 3 kurier saya buat, Best Express, ABX Express dan Citylink (untuk Shopee). 3 kurier ini kalau saya beli di Shopee, memang dah tak lagi jadi kurier untuk kawasan rumah saya termasuk jiran-jiran. Saya tahu siapa budak-budak dia dan memang dah tak nampak. Jiran-jiran pun suka kata Shopee dah tak guna kurier budak tak ada adab.
Flash Express ni kalau hantar barang TikTok, ok saja. Malam pukul 12 malam, 1 pagi pun ada lagi hantar. Tapi untuk Shopee, budak muda yang hantar. Budak yang hantar rumah saya ni, bukan sekali saja hantar. Dah banyak kali. Saya dah bagi alamat GPS tepat, gambar rumah, landmark siap. Landmark rumah saya tu memang tak ada di rumah orang lain. Dalam kampung ni pun, rumah saya sorang saja warna lain. Rumah saya juga satu-satunya rumah yang ada papan tanda besar.
Kisahnya, bulan lalu dia hantar barang lagi. Dia pergi hantar rumah orang lain. Saya perasan sebab dia hantar gambar proof of delivery. Sebelum tu dia dah call, saya beritahu lagi rumah saya sekian-sekian. Saya kata sebelum kubur, dia lajak sampai dalam kubur. Saya kata sebelah tahfiz, dia pergi tangga tahfiz.
Bila saya mesej kata salah rumah, dia call lagi. Setiap kali call suara nak marah-marah. Mentang-mentanglah kita ni cakap sopan santun. Maklumlah, dia call pun masa saya tengah kerja. Saya ni kerja dengan orang ramai. Jadi suara angkat call pun mestilah ala-ala pramugara kapal terbang juga.
Kali ni, dapat lagi Flash Express. Terus jadi macam ni. Mesej nak hantar pun tak ada. Biasa ada dan kita siap dapat nombor rider dan pejabat lagi. Kali ini saja tak ada. Itu yang saya terus saspek tu. Tak apalah, kita tengok jauh mana dia pergi.
Saya ni jenis malas nak bertekak benda tak ada penyelesaian. Baik saya adu terus di tempat sesuai. Dia nak kena maki dengan HQ, kena penalti, kena gantung, itu masalah dia lah. Sendiri yang cari masalah.
California – Sekumpulan penyelidik di California telah menemui satu kaedah baharu yang berpotensi memulihkan masalah penglihatan tanpa memerlukan pembedahan laser seperti LASIK. Penemuan ini dilihat mampu menjadi alternatif yang lebih selamat, murah, dan kurang invasif berbanding kaedah sedia ada.
Kaedah tersebut, yang dinamakan Electromechanical Reshaping (EMR), berfungsi dengan membentuk semula kornea tanpa sebarang hirisan atau penyingkiran tisu. Proses ini menggunakan arus elektrik yang sangat kecil untuk menurunkan tahap pH kornea, menjadikannya lebih berasid dan lembut.
Apabila kornea berada dalam keadaan lembut, ia diletakkan di bawah plat platinum yang direka mengikut bentuk ideal. Kornea kemudiannya menyesuaikan bentuk mengikut acuan tersebut. Setelah pH dipulihkan ke tahap normal, bentuk baharu kornea akan “dikunci” dan kekal.
Dalam ujian awal yang dijalankan ke atas bola mata arnab yang direndam dalam larutan garam, kesemua 12 percubaan berjaya membentuk kornea mengikut acuan yang ditetapkan. Dalam beberapa kes, masalah rabun dekat berjaya dihapuskan sepenuhnya.
Berbanding pembedahan LASIK, kaedah EMR tidak melibatkan pemotongan atau penyingkiran tisu kornea, sekali gus mengurangkan risiko kesan sampingan seperti mata kering, silau pada waktu malam, atau komplikasi pada flap kornea. Selain itu, kos rawatan ini dijangka lebih rendah dan berpotensi untuk dibalikkan (reversible) sekiranya diperlukan.
Walau bagaimanapun, penyelidik menegaskan bahawa kaedah ini masih berada di peringkat awal. Setakat ini, ia hanya diuji pada tisu mata arnab dan belum diuji pada manusia hidup. Langkah seterusnya adalah menjalankan ujian ke atas haiwan hidup bagi menilai keberkesanan terhadap pelbagai masalah penglihatan termasuk rabun dekat, rabun jauh, dan astigmatisme.
Jika berjaya melalui ujian klinikal, EMR berpotensi menjadi satu revolusi dalam bidang rawatan penglihatan, menawarkan pilihan yang lebih selamat dan mudah diakses berbanding pembedahan laser konvensional.