Pernah terfikir tak, majoriti yang rajin gaming dekat sini lepas beli dedicated GPU pun masih lagi sibuk nak overclock dan buat bermacam jenis ‘tweaking’ supaya dapat prestasi gaming paling maksimum.
Tapi boleh saja yang bermasalah itu bukan permainan dibeli, apatah lagi CPU & GPU – tidak lain tidak bukan ianya adalah sistem operasi WINDOWS – terutamanya Windows 11.
Sebelum kemunculan Steam Deck dan SteamOS, Linux sering dianggap tidak sesuai untuk permainan. Namun sejak Proton diperkenalkan pada 2018 dan semakin matang menjelang pelancaran Steam Deck pada 2022, prestasi permainan di Linux melonjak naik.
Contohnya, dalam ujian XDA menggunakan Lenovo Legion Go S yang menyokong SteamOS dan Windows, permainan Horizon: Zero Dawn Remastered mencatat purata 19–20FPS di Windows, tetapi mencapai 35FPS di SteamOS — peningkatan sebanyak 75% walaupun menggunakan perkakasan yang sama.
Permainan lain seperti Cyberpunk 2077, Shadow of the Tomb Raider, dan Guardians of the Galaxy juga menunjukkan prestasi lebih baik di SteamOS, sama ada menggunakan bateri atau sambungan kuasa.
Ujian menunjukkan bahawa Windows mengalami penurunan prestasi lebih ketara apabila tidak disambungkan ke kuasa AC berbanding SteamOS. Walaupun ada pengecualian seperti Shadow of the Tomb Raider, permainan seperti Cyberpunk 2077 menunjukkan SteamOS mengekalkan prestasi lebih stabil.
Laporan dari TechSpot, Ars Technica, dan Tom’s Hardware turut menyokong dapatan ini.
Walaupun sokongan pemacu perkakasan di Linux kadangkala lambat, kernel Linux kini lebih responsif terhadap perubahan. OEM seperti Framework dan Lenovo mula menawarkan sistem seperti Bazzite dan SteamOS sebagai pilihan lalai untuk pengalaman permainan yang dioptimumkan.
Anda boleh cuba ubah suai Windows menggunakan sistem seperti Atlas OS untuk kurangkan ciri invasif dan tingkatkan prestasi. Namun, hasil ujian menunjukkan peningkatan prestasi tidak begitu ketara, dan mungkin perlu korbankan banyak ciri Windows yang biasa digunakan.
Masalah utama Linux untuk permainan kompetitif ialah sokongan anti-cheat. Perisian seperti Easy Anti-Cheat dan Vanguard tidak menyokong Linux, menjadikan permainan seperti Fortnite dan Apex Legends tidak boleh dimainkan. Ini mungkin menjadi penghalang besar bagi sesetengah pengguna.
Berpindah ke Linux bukan untuk semua orang. Ya, abam akui perkara itu. Tetapi jika anda sanggup berbelanja untuk prestasi maksimum, beralih ke Linux mungkin lebih berbaloi.
Dengan Proton, mod permainan Steam, dan sistem Linux yang lebih ringan, pengalaman permainan kini lebih lancar, bahkan kadangkala melebihi Windows.
Duk tunggu apa lagi? Mulalah belajar Linux dari sekarang.
Suit perisian pejabat WPS ni dah lama. Tapi masih ada yang tertipu hingga ‘servis’ memasang perisian ini saja dikenakan bayaran sebanyak RM80.
Weh.. serius la?
Tengok dalam gambar di bawah, ada berapa banyak anak panah abam bubuh situ. Kalau tak nampak jugak sila pakai cermin mata atau buat pembedahan lasik – tak pun tampal sticker jimat minyak dekat dahi.
Melainkan anda melanggan pakej Pro atau AI, ianya percuma sahaja. Kalau nak langgan plan berbayar pun masih tidak terlalu mahal berbanding Microsoft punya, tinggal lagi kalau tidak biasa menggunakan perisian ini, anda akan terasa sedikit janggal. Itu sahaja.
Sebelum ni pun banyak dah abam tulis pasal perisian pejabat alternatif yang lain, seperti OpenOffice, OnlyOffice, LibreOffice, dan sebagainya lagi.
Dapat 600-900 USD sebulan dari Meta dengan tunggang hashtag Zara dan buat content sampah AI!
Salah seorang dari rakan kami hubungi saya selepas posting AI Zara. Dia juga bersetuju dengan isu penunggang tragedi dan mangsa dengan AI. Mereka ini bukannya nak keadilan dan nak sebarkan kesedaran sangat pun. Tapi kejar monetization, duit dan trafik semata-mata.
Ada yang siap bangga tayang Meta payout tapi kemudiannya delete semula lepas dikecam. Rakan saya ini mahir dalam SEO dan monetization jadi mudah saja untuk membuat semakan di akaun-akaun media sosial yang terlibat dari segi metrik dan anggaran pendapatan.
Guna AI untuk buat content tragedi dan “menyawakan” orang yang telah meninggal dunia hanyalah perbuatan jijik dan keji. Banyak fantasi dan rekaan semata-mata. Hanya sekadar menimbulkan fitnah dan cerita palsu.
Dapat 600-900 USD sebulan dari Meta dengan tunggang hashtag Zara dan buat content sampah AI!
Salah seorang dari rakan kami hubungi saya selepas posting AI Zara. Dia juga bersetuju dengan isu penunggang tragedi dan mangsa dengan AI. Mereka ini bukannya nak keadilan dan nak sebarkan kesedaran sangat pun. Tapi kejar monetization, duit dan trafik semata-mata.
Ada yang siap bangga tayang Meta payout tapi kemudiannya delete semula lepas dikecam. Rakan saya ini mahir dalam SEO dan monetization jadi mudah saja untuk membuat semakan di akaun-akaun media sosial yang terlibat dari segi metrik dan anggaran pendapatan.
Guna AI untuk buat content tragedi dan “menyawakan” orang yang telah meninggal dunia hanyalah perbuatan jijik dan keji. Banyak fantasi dan rekaan semata-mata. Hanya sekadar menimbulkan fitnah dan cerita palsu.
Kalau anda masih buat semua kerja sendiri di Windows 11.. anda dah ketinggalan.
Sekarang ada Copilot – pembantu AI yang boleh meringkaskan artikel, tulis posting, jawab soalan, dan beri panduan terus dari desktop atau Microsoft Edge.
Tak perlu buka banyak tab, tak perlu pening fikir ayat, tak perlu buang masa cari info. Klik ikon Copilot di Taskbar atau Microsoft Edge, taip atau cakap, dan siap.
Ya, anda boleh bercakap dengan Copilot bagai bercakap dengan manusia. Well.. ‘macam’ la, bukan 100% sama. Tapi seronok, terutama buat mereka yang single dan takda kawan nak ajak borak.
Ehh.
Cara Guna Copilot di Windows 11:
1. Pastikan Windows 11 anda versi 23H2 atau lebih baharu. 2. Klik ikon Copilot di Taskbar (sebelah ikon Search). 3. Taip soalan atau arahan… siap! Tip: Tekan Win + C untuk buka Copilot dengan pantas.
Cara Guna Copilot di Microsoft Edge:
1. Buka Microsoft Edge. 2. Klik ikon Copilot di penjuru kanan atas. 3. Minta dia ringkaskan laman web, cari info tambahan, atau tulis teks untuk anda.
Copilot dengan ciri Voice:
Di Windows 11, Microsoft Edge, atau aplikasi mudah alih Copilot, anda boleh aktifkan mod suara untuk berinteraksi secara lisan. Anda bercakap, Copilot membalas dengan suara. Ia bukan Copilot versi berbeza, tapi mod interaksi dalam Copilot yang membolehkan perbualan dua hala tanpa perlu menaip.
Bagaimana ia berfungsi?
• Di PC (Windows 11): Buka Copilot, klik ikon mikrofon di dalam tetingkap chat untuk mula bercakap. • Di telefon (iOS/Android): Tekan butang mikrofon di sudut kanan bawah skrin Copilot. • Anda boleh tanya soalan, minta penjelasan, atau beri arahan dan Copilot akan jawab secara lisan. • Dalam tetapan, anda boleh pilih suara dan kelajuan percakapan.
Bezanya dengan Copilot biasa:
• Copilot biasa → anda taip, dia balas dengan teks. • Copilot dengan Voice → anda bercakap, dia balas dengan suara (tapi anda masih boleh gabungkan dengan teks).
Tahukah anda, ada juga ‘Copilot Vision’?
Bayangkan kalau komputer anda boleh melihat apa yang anda lihat di skrin, faham konteksnya, dan terus bantu anda, itulah Copilot Vision.
Dengan Copilot Vision, anda boleh:
• Baca & faham kandungan bersama – Copilot boleh meringkaskan artikel, menjelaskan istilah, atau memberi cadangan berdasarkan laman web atau dokumen yang anda buka. • Bantu beli-belah – Semak produk di laman web dan cadangkan pilihan yang sesuai dengan keperluan anda. • Belajar & bermain – Contohnya, belajar cara main permainan baru sambil Copilot memberi panduan langkah demi langkah. • Dapatkan idea & panduan masa nyata – Sama ada menulis, mengedit, atau merancang projek, Copilot boleh beri cadangan terus berdasarkan apa yang ada di skrin.
Cara Menggunakannya di Windows 11:
1. Pastikan anda ada kemas kini Copilot terkini. 2. Klik ikon cermin mata 👓 dalam Copilot. 3. Pilih sama ada nak kongsi seluruh desktop atau tetingkap tertentu. 4. Copilot akan terus memberi panduan atau jawapan berdasarkan apa yang anda tunjukkan.
Cara Menggunakannya di Microsoft Edge:
1. Buka Edge dan klik ikon Copilot. 2. Aktifkan Copilot Vision. 3. Layari laman web, dan Copilot akan membantu menganalisis atau meringkaskan kandungan yang anda lihat.
‘Masalah’ dengan orang kita ni bila buka Copilot tak habis-habis prompt dia duk jana gambar, walhal ‘kuasa’ atau kepintaran yang ada pada Copilot tu dah cukup overkill jika sekadar hendak main janaan gambar semata.
Ramai antara kita suka guna pembayaran tanpa sentuh (contactless) kerana cepat dan mudah — cuma sentuh kad atau telefon, dan siap. Tapi di sebalik kemudahan ini, ada sebab kenapa setiap transaksi ada had maksimum.
Had ini bukan sekadar peraturan bank. Ia adalah lapisan keselamatan. Bila jumlah belian melebihi had, sistem akan minta kita masukkan PIN. Inilah peluang untuk kita berhenti sekejap, semak jumlah, dan pastikan tiada caj tersalah atau cubaan penipuan.
Kesilapan paling biasa? Tak periksa jumlah yang dipaparkan. Dalam suasana sibuk atau tergesa-gesa, kita mudah terlepas pandang. Sekali tersilap, mungkin kita bayar lebih daripada sepatutnya dan baru sedar selepas terlambat.
Jadi, walaupun teknologi memudahkan hidup, kita tetap perlu peka dan bertanggungjawab. Ambil masa beberapa saat untuk semak skrin sebelum tekan ‘OK’ atau masukkan PIN. Langkah kecil ini boleh selamatkan wang dan elakkan masalah besar.
Ingat: Keselamatan kewangan bermula dengan kita sendiri.
Kalau nak beli PSU, belilah yang besar dan bagus terus
Ini PSU saya. Banyak juga kajian dan bacaan yang saya buat sebelum beli. Akhirnya pilih yang ini. Rating dalam PSU Tier List A+. Saya beli 650W saja dulu sebab kononnya lepas setahun dia, saya upgrade masa nak beli GPU nanti.
Cukup 2 tahun, saya beli GPU bulan lepas. Maka saya pun carilah model sama tapi dengan kapasiti lebih besar. Rupanya-rupanya PSU ni dia keluar sekali saja pengeluaran. Memang tak ada stok lain. Lebih-lebih lagi kalau A+ tier dan harga menarik macam saya punya ni. A+ tier lain ada, tapi mahal sebab jenama macam ASUS dan NZXT.
Model ini memang bagus. Senyap, sejuk dan saya selalu ON PC saya sampai 3 hari tak tutup. Tak pernah ada masalah. Jadi sekarang, saya sangkut di GPU kelas pertengahan saja sebab PSU tak cukup power.
Saya ingat nak tukar ke 850W atau 1000W terus untuk future proof sikit. Cari yang fully modular dan ATX3.1xx terus untuk support RTX50xx dan RX90xx series ke atas. Paling minimum Gold standard.
Wartawan cabuk pun, jangalah main cedok saja berita dari media sosial dan tulis macam mewakili suara seluruh rakyat Malaysia!
Penuh laporan berita hari ini, kononnya rakyat Malaysia bersolidariti dengan para pemandu Grab dan Gojek di Indonesia dengan membuat pesanan jarak jauh untuk ‘belanja’ mereka makan nasi goreng. Berita yang dicedok dari Thread berkenaan yang memaparkan beberapa tangkap layar pesanan dan sembang dalam aplikasi Grab dijadikan berita penuh sensasi. Kononnya betapa pemurah dan memahaminya rakyat Malaysia dengan kemelut yang sedang berlaku di Indonesia.
Pertama sekali, semua perlu faham. Apa yang sedang berlaku di Indonesia sekarang adalah kemelut politik. Segala yang berlaku adalah dilakukan dengan penuh kesedaran dan pilihan mereka. Ia bukanlah bencana alam, kepungan oleh penjajahan, disekat akses dan sumber dari kuasa asing mahupun sebuah kemalangan. Ia adalah hal ehwal dalaman di antara pihak pemerintah dan rakyat warga mereka sendiri.
Demonstrasi yang diadakan secara berhimpun, dengan pantas bertukar menjadi rusuhan dan keganasan. Ia disertai oleh segenap lapisan masyarakat malah ada beberapa kumpulan dipacu dan diketuai oleh artis, selebriti dan hartawan. Saya tertonton satu video di YoutTube yang mana kumpulan perusuh sedang diketuai oleh Lucinta Luna, selebriti transgender Indonesia.
Indonesia juga merupakan sebuah negara yang sah dan berdaulat (sovereign nation). Bersolidariti dengan para perusuh bermakna anda secara jelas dan langsung menyatakan secara terbuka, anda sedang masuk campur urusan sensitif negara asing. Sebuah media negara yang menyatakan mereka bersolidariti bersama perusuh dan penentang kerajaan, samalah ertinya seperti itu pendirian yang turut dipegang oleh kerajaan negara media tersebut. Dalam erti kata mudah, kerajaan Malaysia sekarang sedang bersolidariti bersama perusuh untuk membubarkan parlimen Indonesia. Bayangkan jika media Singapura menyatakan solidariti bersama perusuh BERSIH yang membakar kereta polis dulu, apa rasa anda?
Rusuhan berlarutan di Indonesia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 6 jiwa mengikut laporan rasmi. 4 daripada angka ini merupakan korban rusuhan di dewan DPR Kota Makassar. 2 orang meninggal kerana terjun dari tingkat 4, seorang penjawat awam dewan dan seorang pengawal keselamatan. Seorang jurufoto dewan lelaki meninggal ketika proses menyelamat dan seorang wanita lagi meninggal kerana terperangkap dalam kebakaran. Mayat mangsa yang rentung hanya dapat diselamatkan setelah kebakaran padam.
Sebuah hentian bas di Senen, hancur musnah dibakar api oleh perusuh.
Kemarahan rakyat Indonesia terhadap ahli DPR malahan tidak sampai kepada sasaran pun. Tiada satu pun ahli DPR yang dapat diserbu oleh para perusuh. Hanya rumah dan harta benda mereka sahaja yang jadi sasaran diceroboh dan dijarah segala isinya. Ironi sekali apabila perusuh melaungkan slogan anti penjarahan, tapi sebaliknya tetap juga menjarah apabila mendapat peluang. Lebih teruk lagi, kucing dan coli isteri ahli DPR pun turut dicuri!
Selain itu, bangunan, kediaman dan perniagaan yang berjiran dengan rumah ahli DPR juga turut menjadi mangsa. Rumah mereka turut dicerobohi dan harta benda mereka dicuri dan dirompak walaupun mereka bukan ahli DPR, hanya sekadar berjiran. Fasilti awam, kedai runcit, pasaraya dan hotel turut menjadi korban. 7 pondok tol dimusnahkan, puluhan stesen bas dibakar, stesen LRT, lampu jalan turut dirosakkan atau besinya dicuri. Kedai kecil milik warga dipecahkan dan barangan jualan dicuri termasuk basikal lipat. Pasaraya juga diserbu dan beberapa pasaraya terpaksa ditutup awal. Butik-butik mewah juga terpaksa mengosongkan barang dagangan mereka bagi mengelakkan risiko looting.
Perusuh mencuri basikal lipat dari kedai warga awam di Jakarta.
Tak ada yang selamat, kerusi pun dicuri. Janji BESI.
Gerai makan banyak yang musnah sepenuhnya. Jika tidak musnah pun, ramai masih lagi tidak mahu kembali berniaga kerana risaukan keselamatan harta dan diri mereka. Jadi, jika anda tempah nasi goreng, siapa yang nak masak nasi goreng tadi? Pesanan di Grab tidak akan ditutup melainkan pemilik kedai sendiri yang tutup. Jika ada pesanan walau kedai ditutup, wah, seronok juga berniaga! Sekali lagi saya tekankan, mereka bukannya dikepung, tidak boleh bergerak, tiada sumber makanan, ataupun dilanda bencana alam. Mereka memilih untuk berada dalam keadaan sekarang, maka mereka perlu bertanggungjawab dengan semua kesan dan akibat pilihan mereka.
Pemandu Gojek dan Grab mereka pun berlaku tidak adil sesama mereka. Video tular sejak beberapa hari lalu menunjukkan seorang pemandu Gojek ditahan oleh seorang pemandu Gojek yang lain kerana tidak menyertai demonstrasi. Pemandu Gojek yang sedang membawa penumpang itu dipaksa menurunkan penumpang untuk menyertai demonstrasi mencari keadilan kejadian seorang pemandu Gojek yang digilis maut oleh kenderaan perisai polis anti rusuhan (BRIMOB) beberapa hari sebelum hari kejadian rusuhan besar.
Mana dia para jutawan dan selebriti yang begitu ligat memacu para perusuh tempoh hari? Bersolidariti lah dengan para kumpulan dan warga anda sendiri. Populasi jutawan Indonesia juga jauh lebih ramai berbanding populasi jutawan Malaysia. Ahli DPR yang diburu, masih lagi jadi ahli DPR, menerima gaji dan elaun. Hanya sekadar di’nonaktif’ (digantung) saja, bukan dibuang. Seronok betul dapat cuti panjang di saat sudahpun berada di luar negara kerana lari dari perusuh, boleh kemaskini status media sosial dan muat naik video. Mereka ini jauh lebih afdhol untuk bersolidariti dengan rakyat sendiri, bukan kita.
Pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian ikut protes di DPR Senayan
Prabowo sendiri dalam kenyataan rasmi mengatakan tidak akan tunduk kepada tuntutan para perusuh yang disifatkan beliau sebagai mafia. Prabowo malah mengarahkan pasukan keselamatan untuk mengambil langkah apa pun secara setegas-tegasnya untuk mengawal rusuhan dan penjarahan. Tiada ahli DPR yang diumumkan akan dipecat pun. Walaupun ahli DPR yang paling dibenci rakyat.
Setegas-tegasnya ya…
Saya tidak lupa bagaimana timbal balas rakyat mereka terhadap kita walau sudah sebegitu banyaknya bantuan disalurkan atas dasar persabahatan. Bukannya kita minta dibalas, cukup sekadar menghargai. Bila media asing datang buat dokumentari, dikutuknya kita kata bantu sikit, orang putihlah yang paling bagus dan mulia. Media mereka pun turut jadi batu api, sangat suka menyebarkan berita palsu untuk menghina Malaysia. Rakyat pun sama, mudah dipancing provokasi dan bertindak secara emosi. Sampaikan kedutaan Malaysia dibaling tahi, bendera Malaysia dibakar dan dipijak. Walhal, kemarahan mereka banyak yang tidak berasas kerana laporan media mereka yang tulis berita merapu. Tiada satu pun media Indonesia yang melaporkan kejadian jijik ini.
Apa yang kita boleh buat? Doakan saja agar situasi negara mereka aman dan semakin baik. Doakan agar tiada lagi korban dan kerosakan berlaku di negara mereka. Jangan masuk campur urusan kenegaraan mereka. Sebarang bantuan kewangan dan fizikal boleh dilihat sebagai intervensi asing. Kalau kerajaan Indonesia mahu, mereka boleh suruh Bank Negara Malaysia siasat ‘sumbangan’ anda sebagai aktiviti keganasa dan penajaan intervensi asing untuk menggulingkan kerajaan. Berbaloi ke kena tahan bawah AMLA sebab nak perasan diri terpaling simpati dan wira dengan derma nasi goreng?
Lihat sajalah komen-komen warga mereka di Facebook page media kita yang melaporkan berita ‘solidariti’ ini. Diberi bantuan pun diejek-ejek. Bagi sikit, kutuk kata tak cukup. Bagi banyak, kutuk kata nak menunjuk. Bagi lebih, kutuk lagi kata mereka tak pernah minta pun!
Dari buat benda tak ada faedah tu, baiklah tempah nasi goreng untuk orang kita sendiri. Jiran-jiran dekat kita pun ramai yang kelaparan! Nak beli barang MyKasih, SYSTEM DOWN!!!!
PSU 750W tanpa rating, stock cooler Intel, HDD, tak ada GPU dan mATX. Tapi harga server enterprise!
Sebuah PC yang dijual dibeli sebagai ‘server’ dengan nilai RM740,909 menjadi perdebatan hangat minggu ini. Mana tidaknya, dengan hanya stock cooler Intel dan masih lagi menggunakan HDD berbanding NVMe ataupun setidaknya SATA SSD. ‘Server’ ini juga hanya menggunakan PSU CVS 750W, dengan papan induk ASUS PRIME H610-R mATX.
Pakai HDD jer. Rabak…GPU pun tak ada!
Pembelian tak masuk akal ini didedahkan oleh Datuk Bandar baru Filipina, Sally Lopez yang telah dibuat oleh Datuk Bandar sebelumnya, Darwin Bajada. Tambah beliau lagi, ‘server’ itu malahan belum pun lagi diuji sama ada berfungsi ataupun tidak.
Datuk Bandar Sally Lopez
Di Malaysia, dengan sistem rundingan tender terbuka dan konsep MADANI, saya yakin pastinya perkara ini tidak berlaku.
Kuala Lumpur, Malaysia, 27 Ogos 2025 – Hari ini, sempena realme meraikan ulang tahun ke-7, jenama telefon pintar berorientasikan belia — kini berkhidmat kepada lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia — melancarkan dua teknologi terobosan yang mentakrifkan semula sempadan inovasi mudah alih: Bateri Ketumpatan Ultra-Tinggi 15000mAh dan Telefon Kipas Sejuk realme.
Lahir daripada pandangan mendalam tentang kehidupan pengguna muda, inovasi ini bersedia untuk mengubah cara berjuta-juta pengguna berinteraksi dengan peranti mereka — menghapuskan masalah seperti kebimbangan bateri dan terlalu panas, serta memperkasa gaya hidup “bermain keras, tahan lebih lama”.
Bateri realme 15000mAh: Ketahanan Ditakrifkan Semula untuk Umum
Teknologi Bateri Ketumpatan Ultra-Tinggi 15000mAh adalah keajaiban kejuruteraan yang memecahkan penanda aras industri. Dikuasakan oleh teknologi anod silikon penuh 100%, bateri ini mencapai ketumpatan tenaga 1200 Wh/L yang belum pernah terjadi sebelumnya — tertinggi yang pernah dicapai dalam telefon pintar.
Bagi pengguna, ini bermakna kebebasan yang ketara: peranti yang dilengkapi dengan bateri ini akan memberikan sehingga empat hari penggunaan purata, dengan keupayaan untuk merakam video secara berterusan sehingga 18 jam dan memainkan video sehingga 53 jam.
Kipas Penyejuk Telefon realme: Penyejukan Ditakrifkan Semula untuk Permainan Intensif
Melengkapi kejayaan bateri adalah Telefon Kipas Sejuk realme. Inovasi pertama seumpamanya ini menangani salah satu isu paling mengecewakan bagi pemain dan pengguna berkuasa: terlalu panas.
Dengan menyepadukan kipas dalaman kecil dengan penyejuk termoelektrik (TEC), teknologi yang sama yang digunakan dalam penyejuk luaran telah dikecilkan untuk kegunaan dalaman telefon pintar. Ia pada asasnya seperti mempunyai penghawa dingin dalam telefon. Sistem penyejukan ini secara aktif mengurangkan suhu teras peranti sehingga 6°C semasa penggunaan intensif.
Kuasa penyejukan ini membuka kunci prestasi berterusan: pengguna kini boleh menjalankan 20+ permainan mudah alih berskala besar yang popular — termasuk Honkai: Star Rail dan Genshin Impact — pada kadar bingkai tinggi tanpa pendikitan. Bagi pengguna yang menuntut prestasi lancar semasa sesi yang panjang, ini adalah pengubah permainan.
Berakar Umbi dalam Budaya Belia: realme Tahu Cara Bermain
Kedua-dua inovasi ini berakar umbi dalam pemahaman realme tentang gaya hidup pengguna muda. Mereka menuntut peranti yang menyesuaikan diri dengan tabiat “sentiasa dalam talian” mereka — penstriman, permainan, melancong dan mencipta — tanpa kompromi. Bateri 15000mAh menangani kekecewaan penutupan pertengahan permainan; Telefon Kipas Sejuk menghilangkan kerengsaan prestasi yang didikitkan semasa sesi yang panjang.
Bersama-sama, ia merangkumi misi realme untuk menjadi jenama telefon “paling sejuk” — jenama yang bukan sahaja bersaing, tetapi memimpin untuk 300 juta pengguna yang mempercayainya setiap hari.
Pelancaran hari ini bukan sekadar keluaran produk; ia menandakan sambutan perjalanan realme dari permulaan ke jenama global, kini berkhidmat kepada lebih 300 juta pengguna. Semasa realme memasuki tahun kelapan, ia mengesahkan semula komitmennya untuk menjangka keperluan pengguna, mendorong sempadan teknikal, dan menyampaikan peranti yang memperkasa lebih 300 juta pengguna untuk hidup dengan berani.