Utama Blog Laman 7

OnlyOffice – Satu Lagi Perisian Pejabat Percuma Dan Sumber Terbuka

0

Tak payah gebang la kalau nak kata orang Malaysia tak suka barang percuma. Asal beli barang je tanya “Ada tak free gift.” – walaupun barang dia beli tu baru RM10.

Kaulah, yang selalu beli crack apps dalam Shopee tu.

Jadi bersempena dengan keseronokan orang kita mendapat benda-benda percuma, abam nak kongsikan pula OnlyOffice – satu lagi alternatif kepada perisian pejabat Microsoft.

Abam tak nafikan, bahawa Microsoft Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya lagi ni dah menjadi satu penanda aras kepada mana-mana perisian pejabat lain yang ingin menjadi alternatif apatah lagi pengganti.

Cuma bak kata ‘otai’ dalam dunia Linux dan perisian alternatif – Windows ni macam funfair. Penggodam boleh suka-suka hati masuk, suka-suka hati keluar. Tapi Linux ibarat konsert metal. Sekali seseorang yang ingin tahu dah masuk, dia punya seronok (headbanging) tu sampai tak ada rasa nak singgah funfair.

Boleh dapat tak?

Senang cerita kalau boleh jangan campur aduk, maka janganlah campur aduk. Orang yang dah pakai macOS abam tengok jarang bertanya sama ada sesuatu perisian Microsoft itu serasi (compatible) atau tidak dengan sistem operasi dia.

Tapi kalau yang pakai Microsoft (Windows, Office) ni entah kenapa gemar benar menggelejat. Itu tak kena, ini tak kena. Pemacu pencetak (driver untuk printer) tak ada lah, nanti karang edit dalam LibreOffice tak sama margin lah.

Macam tak boleh nak mikir solusi langsung.

Ehh. Ter-membebel pula saya. Maafkan hamba.

Apa pun OnlyOffice ni paparan antaramukanya memang sedikit lainlah. Nanti kalau tak tulis karang, orang nampak perisian ni seperti melihat alien – janggal dan menyeramkan pulak.

Semua benda kena belajar dek. Janganlah malas. Alasan banyak sangat dah kau ni.

“Do you know what I consider to be the worst disability of all? Procrastination and laziness. Give me blindness over that any day of the week.” – Richard Turner, The Blind ‘Card Mechanic’.

OnlyOffice boleh dimuat turun di:

https://www.onlyoffice.com/download-desktop.aspx

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

AMD Kata iGPU Baru Mereka Boleh Lawan RTX 4060 – Fakta atau Gimik?

0

Selama ini, iGPU (grafik terbina dalam CPU) dianggap tak mampu lawan kad grafik berdedikasi macam Nvidia RTX 4060. Tapi sekarang, AMD buat kejutan dengan dakwaan bahawa generasi CPU seterusnya mampu bawa iGPU setaraf RTX 4060.

iGPU jadi pilihan sesetengah pemilik PC kerana mereka tidak mahukan kuasa pemprosesan grafik yang tinggi. Dengan iGPU, mereka tidak perlu beli kad GPU kerana pemprosesan grafik dilakukan semuanya dalam satu pada CPU. Selain daripada menjimatkan kos, iGPU juga jadi pilihan bagi mereka yang mahukan sebuah PC yang bersaiz kecil. Dengan kemajuan besar iGPU, pembina PC bajet dan PC kecil kini boleh menikmati sebuah CPU dengan kuasa pemprosesan grafik setara dengan kad GPU terpisah. Tak perlu korbankan nikmat gaming lagi!

Apa yang ada sekarang?

iGPU paling kuat AMD sekarang ialah Radeon 780M. Ia mampu capai sekitar 4.1 – 4.3 TFLOPS, tapi hanya kira-kira 30–40% prestasi RTX 4060 versi Laptop sahaja (9–14 TFLOPS). Maksudnya, masih jauh ketinggalan untuk gaming AAA. Hanya sekadar mampu untuk gaming ringan-ringan dengan tetatan rendah pada 1080p.

Apa yang bakal datang (RDNA 3.5)?

AMD sekarang ini dikatakan sedang menguji iGPU mereka yang baru, Radeon 8050S & 8060S (Strix Halo). Bocoran benchmark 3DMark menunjukkan Radeon 8050S mencatat skor 10,106. Manakala RTX 4060 versi desktop mencatatkan skor 10,365. 10,106 vs 10,365, hampir sama!

Radeon 8060S dengan 40 Compute Unit pula mencecah 12,516 markah, ada review dari beberapa laman web teknologi yang kata prestasinya lebih tinggi daripada RTX 4060 versi laptop Tapi bila dibandingkan dengan RTX 4070 laptop, masih kalah sekitar 40–55%. Pun begitu, bagi kami, secara jujurnya, boleh tahan!

Kenapa ini besar?

Kalau betul iGPU AMD boleh lawan RTX 4060, gamer boleh main game AAA tanpa perlu bawa laptop bak batu bata dengan GPU terpisah.

Laptop akan jadi lebih nipis, ringan, jimat bateri, dan mungkin lebih murah sebab tak perlukan GPU tambahan. Pembina PC mini juga tak perlu pening-pening nak fikir GPU apa yang muat dalam casing kecil mereka. Tak perlu belanja lebih mahal untuk dapatkan GPU low profile atau small form factor.

Untuk content creator, ini bermakna rendering, editing video dan AI task boleh dibuat dengan lebih lancar hanya dengan APU tunggal dengan CPU yang berkuasa.

Ringkasnya:

  • Radeon 780M sekarang → kuat, tapi hanya 1/3 prestasi RTX 4060.
  • Radeon 8050S → hampir setara RTX 4060 desktop.
  • Radeon 8060S (Strix Halo) → boleh lawan RTX 4060 Laptop, tapi masih di bawah RTX 4070 desktop.

Jadi, kali ini nampaknya dakwaan AMD bukan gimik semata-mata. AMD betul-betul cuba pecahkan dominasi Nvidia dalam dunia grafik laptop. Kalau berjaya, kita mungkin akan nampak laptop nipis tapi power gaming macam desktop mid-range.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

LibreOffice – Kenapa Bayar Kalau Boleh Guna Secara Percuma?

0

Sebelum ni, page kami ada 160k jumlah followers dan sudah ada tersedia berbagai perkara yang abam kongsikan.

Tapi lepas kena benam, semua post hilang lalu tiada lagi boleh dijadikan sebagai rujukan. Kena pulak waktu abam tulis tentang WPS hari tu, ada pulak yang menggelupur.

“Woi min kenapa kau share malware ni bla bla bla. Banyak lagi software lain min.”

Pada hal kita kongsi atas sebab tak mahu lagi ada orang lain yang MEMBAYAR untuk perisian tersebut. Laju sangat nak komen tanpa mahu berfikir dulu sebab kenapa kami tuliskan sesuatu.

Nak tunjuk balik post lama dah tak boleh, maka terpaksalah abam tuliskan yang baru.

Kali ini abam nak kongsi semula tentang perisian pejabat PERCUMA dan sumber terbuka, iaitu LibreOffice (sesiapa yang kenakan caj pemasangan perisian ini, tolong starlight dahi dia, dan tunjal lampu basikal dia).

LibreOffice ini seringkali menjadi perisian lalai (default) dalam kebanyakan distro Linux, dan ada sebab yang signifikan dalam justifikasi para pembangun memilih perisian ini.

Ia berasaskan perisian asal iaitu OpenOffice, dan digelar sebagai ‘successor’ kepada perisian tersebut.

Kalau DULU, memang setiap kali kita gunakan LibreOffice, apabila disunting semula (re-edit) ke dalam perisian pejabat Microsoft seperti Word, formatting akan ‘lari’. Tak sama.

Ini yang menyebabkan kebanyakan orang enggan untuk mencuba apatah lagi terus menggunakannya.

Tetapi itu dulu. Bak kata Malique – yang dulu-dulu dah habis.

Sekarang, apabila disunting semula, ibarat anda telah mencipta dokumen tersebut seakan berasal dari perisian Microsoft itu sendiri. Mudah, memang mudah.

Abam dah pasangkan di PC pejabat, dan sudah pun cuba macam-macam dokumen. Setakat ini belum ada lagi yang ‘lari’ dari segi ‘rupa’ dan formatting.

Ehh, tadi ada cakap ia PERCUMA kan?

LibreOffice boleh dimuat turun di:

https://www.libreoffice.org/download/download-libreoffice

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Cara Dapatkan Lossless Audio di Spotify

0

Spotify Lancar Penstriman Muzik Lossless untuk Pengguna Premium

Selepas bertahun-tahun menunggu, Spotify akhirnya memperkenalkan penstriman muzik berkualiti tinggi lossless sehingga 24-bit/44.1 kHz dalam format FLAC untuk pelanggan Premium. Format ini mengekalkan kualiti audio asal tanpa pemampatan.

Pelancaran sedang berlangsung di lebih 50 negara sepanjang Oktober, termasuk Australia, Jepun, UK, dan AS. Pengguna akan menerima notifikasi dalam aplikasi apabila ciri ini tersedia.

Cara aktifkan:

Pergi ke Tetapan & Privasi > Kualiti Media dan pilih ‘Lossless’ untuk penstriman melalui Wi-Fi, data mudah alih, dan muat turun. Ciri ini perlu diaktifkan secara berasingan pada setiap peranti.

Fail lossless bersaiz besar, jadi penggunaan data mungkin meningkat. Penstriman lossless tidak boleh dilakukan melalui Bluetooth kerana had jalur lebar, tetapi boleh menggunakan Spotify Connect untuk sambungan Wi-Fi ke peranti seperti Bose atau Yamaha.

Spotify agak lewat berbanding pesaing seperti Apple Music (2021) dan Amazon Music (2019), namun kini hampir semua 100 juta lagu dalam pustakanya menyokong format ini, dengan hanya sedikit pengecualian.

Views: 20

Iklan Newspaper Inline

Meta Lebih Suka Kandungan dari Pemalas, AI dan Kaki Copy

0

Hubungi Meta sebentar tadi melalui panggilan. Berkenaan Content Monetization yang tidak adil.

Seperti yang kita semua maklum, pengguna Malaysia sudah mula menerima tawaran Content Monetization di Facebook. Pengguna individu dan pemilik Facebook Page kini boleh menjana pendapatan di Facebook dengan membenarkan Meta melakukan pengiklanan di Status, gambar ataupun video kita di Facebook.

OMG Hackers juga tidak terkecuali menerima jemputan ini. Malahan, jemputan telah diterima kami lebih awal lagi sebelum ramai menerimanya. Mungkin kerana admin ada melanggan Meta Verified.

Masalahnya apa?

OMG Hackers sehingga ke hari ini masih lagi belum menerima kelulusan Content Monetization. Jadi, walaupun artikel dan kandungan kami asli, kami tidak menerima sebarang bayaran dari Meta. Dalam tragedi arwah Zara, kami dapati banyak akaun individu berjaya menjana pendapatan dari Content Monetization dengan hasil AI, berita palsu dan juga maklumat tidak sahih. Walau reach traffic hanya berbelas ribu saja, pendapatan Content Monetization agak tinggi.

Berbanding kami, yang mana 1 muat naik secara purata mencecah 40,000 hingga ke 1,000,000 reach tidak menerima sebarang pendapatan atau peluang Content Monetization. Reach bulanan kami juga mencapai 4 juta atau lebih trafik setiap bulan.

Hal ini tidak hanya terjadi kepada kami, malah kepada rakan-rakan media dan pencipta kandungan juga. Kami tidak layak mendapat Content Monetization walaupun mencipta kandungan asli dan berkualiti.

Saya katakan terus kepada Meta tadi, Meta nampaknya tidak komited dengan kandungan asli. Sebaliknya lebih menggalakkan kandungan tidak berkualiti, malas, meniru dan tidak sahih. Manakala, pihak media dan pencipta kandungan asli dipinggirkan. Seolah-olah cuba memotong motivasi para penulis dan pencipta kandungan ilmiah.

Kesimpulan dari aduan di Meta? TUNGGU. Ya, sampai sudah dia suruh kami tunggu saja untuk dapat kelulusan Content Monetization. Sampai bila? Mungkin sampai Abang Jamil menopos.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Perkenalkan Fungsi AI Pada Pelayar Web Mereka Dengan Edge Copilot Mode

0

Tadi Google dengan AI Mode. Dalam Edge ada Copilot Mode. Korang dah try belum?

Ikutkan Microsoft keluar dulu benda ni, dan Google baru lagi. Eloklah kedua-duanya berlaga angin, kita juga yang mendapat manfaatnya.

Copilot Mode ni senang cerita kalau buka tab baru, tiada lagi enjin carian, tetapi digantikan terus dengan ‘pertanyaan’ kepada Copilot.

Kalau pun tidak dihidupkan ciri ini, Microsoft Edge sememangnya sudah diimplementasi dengan Copilot. Ia boleh diakses bila-bila masa dan ia sentiasa ‘ada’ pada mana-mana tab yang korang buka.

Korang boleh juga menekan kekunci Windows + C untuk membuka Copilot di Taskbar dengan pantas. Senang cerita bab menerapkan AI ke dalam sistem operasi, Windows 11 sudah sedia digunakan bersamanya (Copilot). Google sedikit terlambat dalam hal ini.

Tak lupa juga sekarang Copilot sudah mempunyai GPT-5. Sedikit sebanyak ia semakin pintar dan kemas berbanding dulu (tetapi semestinya tidak 100% sama dengan ChatGPT).

Harap perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

WINUX: ‘Windows 11’ Untuk Pemula Linux – Hidupkan Semula PC Lama Dengan WINUX

0

Ramai agaknya yang nak mencuba Linux tapi tak habis-habis dimomokkan dengan susahlah, tak support games lah, tak banyak apps lah — pada hal yang cakap tu pun bukannya pernah pakai. Dia sejenis netizen yang bila orang nak bercakap tentang sesuatu, dia pun nak bercakap jugak.

Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Windows 10 pada 14 Oktober 2025. Bagi pengguna yang tidak dapat menaik taraf ke Windows 11, ada satu alternatif menarik iaitu WINUX, distro Linux berinspirasikan Windows yang menawarkan pengalaman mirip Windows 10 dan Windows 11 tanpa kerenah birokrasi Microsoft.

WINUX, dibangunkan oleh Linuxfx, adalah sistem operasi Linux yang meniru rupa dan rasa Windows 10/11 — daripada menu Mula hingga ikon desktop.

Ciri menarik Winux. Ia:

  • Ringan: Tiada keperluan perkakasan ketat, hanya memerlukan CPU dwi-teras 64-bit dan 2GB RAM (4GB disyorkan).
  • Mesra Peranti Lama: Berfungsi lancar pada PC lama, membolehkan pengguna mengekalkan aliran kerja dan permainan sedia ada.
  • Kemas Kini Terbaru: Versi terkini menambah kelajuan, tema baharu ‘Redsand’ untuk gaya Windows 10/11, kernel 6.14.0-29 dengan sokongan perkakasan lama dan moden, serta asas Ubuntu 24.04.3 LTS yang menerima kemas kini percuma sehingga lima tahun.

Dengan sumbangan (donation), pengguna boleh membuka ciri premium seperti:

  • Integrasi OneDrive dengan antara muka grafik.
  • Sokongan Active Directory asli.
  • Alat AI yang dipertingkatkan.

Muat turun di: https://winuxos.org/

Views: 26

Iklan Newspaper Inline

Tiny11builder – Ciptakan ISO Windows 11 Tanpa Bloatware

0

Ramai dah tahu EOL Windows 10 bulan depan je. Selepas tarikh itu, tiada lagi sokongan dari Microsoft untuk sebarang kemas kini sistem operasi dan kemas kini keselamatan – melainkan anda bayar untuk Extended Security Updates (ESU).

Biasalah, Microsoft bukan charity. Nak lebih, bayar la.

Untuk menggunakan Windows 11, anda memerlukan peranti dengan perkakasan khusus. Lebih terkini, lebih baik.

Windows 11 dikatakan berprestasi tinggi, melebihi Windows 10 sebanyak 2.3x (wow?).

Tetapi bloatwares yang hadir bersamanya memang tak boleh mintak ampun. Punya banyak, mengalahkan telefon pintar dari Xiaomi banyaknya bloatwares tersebut.

Ehh.

Di sini tiny11builder — satu skrip dibangunkan oleh NTDEV, dibuat khusus untuk membuang semua bloatware dalam ISO Windows 11.

Sedikit sebanyak walaupun tidak dapat menyebabkan prestasi PC — terutamanya PC kerajaan yang kebanyakannya masih menggunakan HDD, meningkat naik seakan menggunakan processor dan SSD yang mahal, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangi ‘beban’ yang tidak diperlukan terutamanya oleh pengguna akhir.

Pergh. Bukan main panjang ayat abam karang semata-mata nak bahan performance PC kerajaan di tahun 2025 yang begitu damai tetapi sudah menghampiri penghujungnya ini.

I’ve kept it real. Have you?

Kalau berminat nak bereksperimen dan gunakan terus Windows 11 tanpa bloatware, boleh muat turun di sini:

https://github.com/ntdevlabs/tiny11builder

Rasa susah nak buat? Pakai Windows sudah sekian lama sejak kecil tapi masih tak reti nak gunakan CMD atau PowerShell?

Tak apa. Nanti abam up artikel tentang alternatif lain, sementara menanti Windows 10 menghampiri batu nisannya.

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Menangkap “Hantu Scroll” di WhatsApp Web

0

Solusi :

1) Install TamperMonkey kat browser korang
2) Create satu script dalam Tampermonkey tu, copy dari link bawah ni
–> https://pastebin.com/MwbYBWqy

Kalau takut min hejes pc korang boleh lah rajin-rajin godek-godek Gemini ai dengan Tampermonkey tu

Permulaan Cerita

Pagi tadi, min tengah sembang santai dengan geng OMG Hackers dalam WhatsApp group. Topik pun macam-macam, kejap pasal laptop, kejap pasal phone baru seperti OnePlus 15 dan Oppo Find X9 yang dah lepas 3C certification.

Tiba-tiba, bila min guna WhatsApp Web di Chrome, scroll jadi pelik. Mula-mula min ingat salah Chrome. Arya Putra sempat bahan min, katanya dia guna Edge (engine sama) tapi tak ada masalah. Amir OMGH pula cadangkan cuba:

  • Tutup buka balik WhatsApp Web
  • Atau install versi desktop dari Microsoft Store

Katanya dia pernah terbaca di Reddit, bug ni wujud sejak 3 tahun lepas. Lama gila umur bug ni.


Eksperimen Browser

Min cuba Firefox, tapi masalah sama juga. Scroll kejap ok, kejap tersekat-sekat macam flow sangkut bila taip sambil reply mesej.
Anehnya, Arya cakap kat dia semua ok, tapi bila min wasap dia direct, terus kat dia pun jadi rosak. Macam kena sumpahan pula!

Masa tu min yakin masalah bukan dari browser sebab website lain ok je. Jadi fokus min beralih kepada WhatsApp Web itu sendiri.


Minta Bantuan AI (Gemini)

Min tanya Gemini untuk buat skrip checklist troubleshoot. Dia bagi 3 skrip JavaScript untuk test dalam Dev Console Chrome.

Skrip 1: Check “Penjaga Pintu”

const chatPanel = document.querySelector('div[data-testid="conversation-panel-messages"]');
console.log(getEventListeners(chatPanel));
  • Tujuan: nak tengok kalau ada event listeners block scroll.
  • Hasil: kosong. Tiada event pelik.

Skrip 2: Pasang “CCTV”

window.addEventListener('wheel', function(event) {
  console.log('Is "preventDefault()" being called?:', event.defaultPrevented);
}, true);
  • Tujuan: kesan siapa tahan scroll.
  • Hasil: console asyik keluar true → confirm ada skrip tahan scroll dengan preventDefault().

Skrip 3: Cari Dalang Sebenar

const originalPreventDefault = Event.prototype.preventDefault;
Event.prototype.preventDefault = function() {
  if (this.type === 'wheel') {
    console.warn('"preventDefault()" was called…');
    console.trace();
  }
  originalPreventDefault.call(this);
};
  • Tujuan: trace siapa panggil preventDefault().
  • Hasil: Console tunjuk function bernama a.maybePreventScroll dalam file WhatsApp Web JS.
  • Konklusi: punca masalah memang datang dari WhatsApp Web sendiri.

Solusi: Tampermonkey “Penghalau Hantu”

Bila dah tahu punca, min minta Gemini buat userscript ringkas untuk override perangai WhatsApp tu.
Min apply patch tu melalui Tampermonkey → hasilnya scroll kembali normal.


Refleksi

Bila semua ni selesai, min rasa betul-betul lega. Rasa puas bila dapat tahu masalah yang ganggu tu bukan berpunca daripada browser atau PC sendiri, tapi datang daripada kod WhatsApp Web itu sendiri. Dalam masa yang sama, pengalaman ni bagi satu rasa menarik sebab walaupun min bukan seorang programmer, dengan bantuan AI macam Gemini, min boleh faham apa yang berlaku dan cari jalan untuk betulkan balik. Macam ada kuasa tambahan bila kita tahu cara untuk melawan balik bug yang selama ni buat kita sakit hati.

Yang buat min senyum sendiri, terfikir jugak mungkin dekat pihak Meta ada developer junior yang guna AI untuk tulis sebahagian kod WhatsApp Web, dan sebab tu lah bug pelik ni wujud. Ironi betul kalau memang macam tu.

Tapi dari sudut lain, inilah sebenarnya dunia teknologi sekarang. Kadang kita bukan sekadar pengguna, kita kena jadi “doktor” untuk software juga. Hari ni min berjaya “sembuhkan” WhatsApp Web dengan bantuan Tampermonkey. Esok lusa, mungkin ada pula bug lain yang menunggu giliran. Apa pun, pengalaman ni buat min lebih yakin bahawa dengan gabungan kesabaran, sedikit keberanian, dan teknologi yang betul, banyak masalah boleh diselesaikan.


Views: 15

Iklan Newspaper Inline

Jangan Beli Charger Telefon Sebelum Tahu Benda Ni!

0

Benda yang paling abam tak boleh nak tengok ialah bila melihat kawan-kawan, tambah yang rapat dengan kita ni, main beli je adapter (kepala charger tu) apatah lagi powerbank tanpa mengira pakai teknologi apa yang digunakan olehnya.

Biasanya dibeli sebab harga murah la. Adapter atau powerbank yang disahkan dan autentik selalunya berharga ‘premium’, manakala OEM atau ‘after market’ ni memang mampu milik.

TAPI..

Kapasiti memang sedap mata membaca. 60,000, kekadang 100,000mAh. Kemain besar. Heh. Tapi output? 5V/2.1A = 10.5W.

Mende korang?

Cuba fahamkan dulu, bahawa kebanyakan peranti yang korang miliki sekarang ada charging protocol tersendiri.

Banyak telefon guna protokol khas, sebagai contoh VOOC/SuperVOOC, FlashCharge, HyperCharge, SuperCharge, USB-PD, PPS, Quick Charge.

Kalau powerbank / charger tak sokong protokol yang sama, ia akan cas lambat walaupun mAh besar. Ngerti?

Rugi beli walaupun harga murah, tambah kapasiti bateri telefon sekarang dah mula mencecah kapasiti powerbank itu sendiri. 6000-7000mAh sudah menjadi norma sekarang ni.

Jadi, jika pengecasannya lambat, bayangkan saja nak penuhkan 6000-7000mAh. Berdarah bijik mata menunggu, silap-silap kuasa powerbank habis dulu, telefon masih belum selesai dicas.

Checklist sebelum beli adapter / powerbank:

  • Semak output (W) port, bukan cuma mAh.
  • Pastikan protokol pengecasan serasi dengan telefon (USB-PD/PPS untuk kebanyakan telefon a.k.a universal; yang mana jenama lain ada protokol tersendiri).
  • Guna kabel yang betul (untuk >60W perlukan USB-C 5A, E-marked).
  • Periksa output per port — total ≠ output tiap port.
  • Tukar mAh → Wh kalau nak bawa naik kapal terbang (≥100Wh ada sekatan).

Telefon korang sokong protokol apa? Berapa watt adapternya keluarkan? Kalau tak tahu, tanya.

Ambil tahu, jangan keliru.

Views: 22

Iklan Newspaper Inline