Thursday, 6 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 7

Jangan Buat Kesilapan Ini Masa Beli PSU Pertama Anda!

0

Kalau nak beli PSU, belilah yang besar dan bagus terus

Ini PSU saya. Banyak juga kajian dan bacaan yang saya buat sebelum beli. Akhirnya pilih yang ini. Rating dalam PSU Tier List A+. Saya beli 650W saja dulu sebab kononnya lepas setahun dia, saya upgrade masa nak beli GPU nanti.

Cukup 2 tahun, saya beli GPU bulan lepas. Maka saya pun carilah model sama tapi dengan kapasiti lebih besar. Rupanya-rupanya PSU ni dia keluar sekali saja pengeluaran. Memang tak ada stok lain. Lebih-lebih lagi kalau A+ tier dan harga menarik macam saya punya ni. A+ tier lain ada, tapi mahal sebab jenama macam ASUS dan NZXT.

Model ini memang bagus. Senyap, sejuk dan saya selalu ON PC saya sampai 3 hari tak tutup. Tak pernah ada masalah. Jadi sekarang, saya sangkut di GPU kelas pertengahan saja sebab PSU tak cukup power.

Saya ingat nak tukar ke 850W atau 1000W terus untuk future proof sikit. Cari yang fully modular dan ATX3.1xx terus untuk support RTX50xx dan RX90xx series ke atas. Paling minimum Gold standard.

Pengajaran.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Solidariti Nasi Goreng Indonesia? Jangan Lepaskan Anjing Tersepit!

0

Wartawan cabuk pun, jangalah main cedok saja berita dari media sosial dan tulis macam mewakili suara seluruh rakyat Malaysia!

Penuh laporan berita hari ini, kononnya rakyat Malaysia bersolidariti dengan para pemandu Grab dan Gojek di Indonesia dengan membuat pesanan jarak jauh untuk ‘belanja’ mereka makan nasi goreng. Berita yang dicedok dari Thread berkenaan yang memaparkan beberapa tangkap layar pesanan dan sembang dalam aplikasi Grab dijadikan berita penuh sensasi. Kononnya betapa pemurah dan memahaminya rakyat Malaysia dengan kemelut yang sedang berlaku di Indonesia.

Pertama sekali, semua perlu faham. Apa yang sedang berlaku di Indonesia sekarang adalah kemelut politik. Segala yang berlaku adalah dilakukan dengan penuh kesedaran dan pilihan mereka. Ia bukanlah bencana alam, kepungan oleh penjajahan, disekat akses dan sumber dari kuasa asing mahupun sebuah kemalangan. Ia adalah hal ehwal dalaman di antara pihak pemerintah dan rakyat warga mereka sendiri.

Demonstrasi yang diadakan secara berhimpun, dengan pantas bertukar menjadi rusuhan dan keganasan. Ia disertai oleh segenap lapisan masyarakat malah ada beberapa kumpulan dipacu dan diketuai oleh artis, selebriti dan hartawan. Saya tertonton satu video di YoutTube yang mana kumpulan perusuh sedang diketuai oleh Lucinta Luna, selebriti transgender Indonesia.

Indonesia juga merupakan sebuah negara yang sah dan berdaulat (sovereign nation). Bersolidariti dengan para perusuh bermakna anda secara jelas dan langsung menyatakan secara terbuka, anda sedang masuk campur urusan sensitif negara asing. Sebuah media negara yang menyatakan mereka bersolidariti bersama perusuh dan penentang kerajaan, samalah ertinya seperti itu pendirian yang turut dipegang oleh kerajaan negara media tersebut. Dalam erti kata mudah, kerajaan Malaysia sekarang sedang bersolidariti bersama perusuh untuk membubarkan parlimen Indonesia. Bayangkan jika media Singapura menyatakan solidariti bersama perusuh BERSIH yang membakar kereta polis dulu, apa rasa anda?

Rusuhan berlarutan di Indonesia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 6 jiwa mengikut laporan rasmi. 4 daripada angka ini merupakan korban rusuhan di dewan DPR Kota Makassar. 2 orang meninggal kerana terjun dari tingkat 4, seorang penjawat awam dewan dan seorang pengawal keselamatan. Seorang jurufoto dewan lelaki meninggal ketika proses menyelamat dan seorang wanita lagi meninggal kerana terperangkap dalam kebakaran. Mayat mangsa yang rentung hanya dapat diselamatkan setelah kebakaran padam.

Sebuah hentian bas di Senen, hancur musnah dibakar api oleh perusuh.

Kemarahan rakyat Indonesia terhadap ahli DPR malahan tidak sampai kepada sasaran pun. Tiada satu pun ahli DPR yang dapat diserbu oleh para perusuh. Hanya rumah dan harta benda mereka sahaja yang jadi sasaran diceroboh dan dijarah segala isinya. Ironi sekali apabila perusuh melaungkan slogan anti penjarahan, tapi sebaliknya tetap juga menjarah apabila mendapat peluang. Lebih teruk lagi, kucing dan coli isteri ahli DPR pun turut dicuri!

Selain itu, bangunan, kediaman dan perniagaan yang berjiran dengan rumah ahli DPR juga turut menjadi mangsa. Rumah mereka turut dicerobohi dan harta benda mereka dicuri dan dirompak walaupun mereka bukan ahli DPR, hanya sekadar berjiran. Fasilti awam, kedai runcit, pasaraya dan hotel turut menjadi korban. 7 pondok tol dimusnahkan, puluhan stesen bas dibakar, stesen LRT, lampu jalan turut dirosakkan atau besinya dicuri. Kedai kecil milik warga dipecahkan dan barangan jualan dicuri termasuk basikal lipat. Pasaraya juga diserbu dan beberapa pasaraya terpaksa ditutup awal. Butik-butik mewah juga terpaksa mengosongkan barang dagangan mereka bagi mengelakkan risiko looting.

Perusuh mencuri basikal lipat dari kedai warga awam di Jakarta.
Tak ada yang selamat, kerusi pun dicuri. Janji BESI.

Gerai makan banyak yang musnah sepenuhnya. Jika tidak musnah pun, ramai masih lagi tidak mahu kembali berniaga kerana risaukan keselamatan harta dan diri mereka. Jadi, jika anda tempah nasi goreng, siapa yang nak masak nasi goreng tadi? Pesanan di Grab tidak akan ditutup melainkan pemilik kedai sendiri yang tutup. Jika ada pesanan walau kedai ditutup, wah, seronok juga berniaga! Sekali lagi saya tekankan, mereka bukannya dikepung, tidak boleh bergerak, tiada sumber makanan, ataupun dilanda bencana alam. Mereka memilih untuk berada dalam keadaan sekarang, maka mereka perlu bertanggungjawab dengan semua kesan dan akibat pilihan mereka.

Pemandu Gojek dan Grab mereka pun berlaku tidak adil sesama mereka. Video tular sejak beberapa hari lalu menunjukkan seorang pemandu Gojek ditahan oleh seorang pemandu Gojek yang lain kerana tidak menyertai demonstrasi. Pemandu Gojek yang sedang membawa penumpang itu dipaksa menurunkan penumpang untuk menyertai demonstrasi mencari keadilan kejadian seorang pemandu Gojek yang digilis maut oleh kenderaan perisai polis anti rusuhan (BRIMOB) beberapa hari sebelum hari kejadian rusuhan besar.

Mana dia para jutawan dan selebriti yang begitu ligat memacu para perusuh tempoh hari? Bersolidariti lah dengan para kumpulan dan warga anda sendiri. Populasi jutawan Indonesia juga jauh lebih ramai berbanding populasi jutawan Malaysia. Ahli DPR yang diburu, masih lagi jadi ahli DPR, menerima gaji dan elaun. Hanya sekadar di’nonaktif’ (digantung) saja, bukan dibuang. Seronok betul dapat cuti panjang di saat sudahpun berada di luar negara kerana lari dari perusuh, boleh kemaskini status media sosial dan muat naik video. Mereka ini jauh lebih afdhol untuk bersolidariti dengan rakyat sendiri, bukan kita.

Pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian ikut protes di DPR Senayan

Prabowo sendiri dalam kenyataan rasmi mengatakan tidak akan tunduk kepada tuntutan para perusuh yang disifatkan beliau sebagai mafia. Prabowo malah mengarahkan pasukan keselamatan untuk mengambil langkah apa pun secara setegas-tegasnya untuk mengawal rusuhan dan penjarahan. Tiada ahli DPR yang diumumkan akan dipecat pun. Walaupun ahli DPR yang paling dibenci rakyat.

Setegas-tegasnya ya…

Saya tidak lupa bagaimana timbal balas rakyat mereka terhadap kita walau sudah sebegitu banyaknya bantuan disalurkan atas dasar persabahatan. Bukannya kita minta dibalas, cukup sekadar menghargai. Bila media asing datang buat dokumentari, dikutuknya kita kata bantu sikit, orang putihlah yang paling bagus dan mulia. Media mereka pun turut jadi batu api, sangat suka menyebarkan berita palsu untuk menghina Malaysia. Rakyat pun sama, mudah dipancing provokasi dan bertindak secara emosi. Sampaikan kedutaan Malaysia dibaling tahi, bendera Malaysia dibakar dan dipijak. Walhal, kemarahan mereka banyak yang tidak berasas kerana laporan media mereka yang tulis berita merapu. Tiada satu pun media Indonesia yang melaporkan kejadian jijik ini.

Apa yang kita boleh buat? Doakan saja agar situasi negara mereka aman dan semakin baik. Doakan agar tiada lagi korban dan kerosakan berlaku di negara mereka. Jangan masuk campur urusan kenegaraan mereka. Sebarang bantuan kewangan dan fizikal boleh dilihat sebagai intervensi asing. Kalau kerajaan Indonesia mahu, mereka boleh suruh Bank Negara Malaysia siasat ‘sumbangan’ anda sebagai aktiviti keganasa dan penajaan intervensi asing untuk menggulingkan kerajaan. Berbaloi ke kena tahan bawah AMLA sebab nak perasan diri terpaling simpati dan wira dengan derma nasi goreng?

Lihat sajalah komen-komen warga mereka di Facebook page media kita yang melaporkan berita ‘solidariti’ ini. Diberi bantuan pun diejek-ejek. Bagi sikit, kutuk kata tak cukup. Bagi banyak, kutuk kata nak menunjuk. Bagi lebih, kutuk lagi kata mereka tak pernah minta pun!

Dari buat benda tak ada faedah tu, baiklah tempah nasi goreng untuk orang kita sendiri. Jiran-jiran dekat kita pun ramai yang kelaparan! Nak beli barang MyKasih, SYSTEM DOWN!!!!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Korupsi Perolehan Kerajaan, ‘PC Bodoh’ dengan Stock Cooler dan HDD Dibeli dengan Harga RM740,909!

0

PSU 750W tanpa rating, stock cooler Intel, HDD, tak ada GPU dan mATX. Tapi harga server enterprise!

Sebuah PC yang dijual dibeli sebagai ‘server’ dengan nilai RM740,909 menjadi perdebatan hangat minggu ini. Mana tidaknya, dengan hanya stock cooler Intel dan masih lagi menggunakan HDD berbanding NVMe ataupun setidaknya SATA SSD. ‘Server’ ini juga hanya menggunakan PSU CVS 750W, dengan papan induk ASUS PRIME H610-R mATX.

Pakai HDD jer. Rabak…
GPU pun tak ada!

Pembelian tak masuk akal ini didedahkan oleh Datuk Bandar baru Filipina, Sally Lopez yang telah dibuat oleh Datuk Bandar sebelumnya, Darwin Bajada. Tambah beliau lagi, ‘server’ itu malahan belum pun lagi diuji sama ada berfungsi ataupun tidak.

Datuk Bandar Sally Lopez

Di Malaysia, dengan sistem rundingan tender terbuka dan konsep MADANI, saya yakin pastinya perkara ini tidak berlaku.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Realme Menggegarkan Dunia Di 828 Fan Festival: Bateri 15000mAh & Kipas Penyejuk Telefon

0

Kuala Lumpur, Malaysia, 27 Ogos 2025 – Hari ini, sempena realme meraikan ulang tahun ke-7, jenama telefon pintar berorientasikan belia — kini berkhidmat kepada lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia — melancarkan dua teknologi terobosan yang mentakrifkan semula sempadan inovasi mudah alih: Bateri Ketumpatan Ultra-Tinggi 15000mAh dan Telefon Kipas Sejuk realme.

Lahir daripada pandangan mendalam tentang kehidupan pengguna muda, inovasi ini bersedia untuk mengubah cara berjuta-juta pengguna berinteraksi dengan peranti mereka — menghapuskan masalah seperti kebimbangan bateri dan terlalu panas, serta memperkasa gaya hidup “bermain keras, tahan lebih lama”.

Bateri realme 15000mAh: Ketahanan Ditakrifkan Semula untuk Umum

Teknologi Bateri Ketumpatan Ultra-Tinggi 15000mAh adalah keajaiban kejuruteraan yang memecahkan penanda aras industri. Dikuasakan oleh teknologi anod silikon penuh 100%, bateri ini mencapai ketumpatan tenaga 1200 Wh/L yang belum pernah terjadi sebelumnya — tertinggi yang pernah dicapai dalam telefon pintar.

Bagi pengguna, ini bermakna kebebasan yang ketara: peranti yang dilengkapi dengan bateri ini akan memberikan sehingga empat hari penggunaan purata, dengan keupayaan untuk merakam video secara berterusan sehingga 18 jam dan memainkan video sehingga 53 jam.

Kipas Penyejuk Telefon realme: Penyejukan Ditakrifkan Semula untuk Permainan Intensif

Melengkapi kejayaan bateri adalah Telefon Kipas Sejuk realme. Inovasi pertama seumpamanya ini menangani salah satu isu paling mengecewakan bagi pemain dan pengguna berkuasa: terlalu panas.

Dengan menyepadukan kipas dalaman kecil dengan penyejuk termoelektrik (TEC), teknologi yang sama yang digunakan dalam penyejuk luaran telah dikecilkan untuk kegunaan dalaman telefon pintar. Ia pada asasnya seperti mempunyai penghawa dingin dalam telefon. Sistem penyejukan ini secara aktif mengurangkan suhu teras peranti sehingga 6°C semasa penggunaan intensif.

Kuasa penyejukan ini membuka kunci prestasi berterusan: pengguna kini boleh menjalankan 20+ permainan mudah alih berskala besar yang popular — termasuk Honkai: Star Rail dan Genshin Impact — pada kadar bingkai tinggi tanpa pendikitan. Bagi pengguna yang menuntut prestasi lancar semasa sesi yang panjang, ini adalah pengubah permainan.

Berakar Umbi dalam Budaya Belia: realme Tahu Cara Bermain

Kedua-dua inovasi ini berakar umbi dalam pemahaman realme tentang gaya hidup pengguna muda. Mereka menuntut peranti yang menyesuaikan diri dengan tabiat “sentiasa dalam talian” mereka — penstriman, permainan, melancong dan mencipta — tanpa kompromi. Bateri 15000mAh menangani kekecewaan penutupan pertengahan permainan; Telefon Kipas Sejuk menghilangkan kerengsaan prestasi yang didikitkan semasa sesi yang panjang.

Bersama-sama, ia merangkumi misi realme untuk menjadi jenama telefon “paling sejuk” — jenama yang bukan sahaja bersaing, tetapi memimpin untuk 300 juta pengguna yang mempercayainya setiap hari.

Pelancaran hari ini bukan sekadar keluaran produk; ia menandakan sambutan perjalanan realme dari permulaan ke jenama global, kini berkhidmat kepada lebih 300 juta pengguna. Semasa realme memasuki tahun kelapan, ia mengesahkan semula komitmennya untuk menjangka keperluan pengguna, mendorong sempadan teknikal, dan menyampaikan peranti yang memperkasa lebih 300 juta pengguna untuk hidup dengan berani.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Malaysia Terlepas Peluang Emas dalam Pelancongan Filem, Kata Ahli Parlimen

0

SHAH ALAM – Ketika siri terkenal HBO The White Lotus mencari lokasi penggambaran di Asia Tenggara, Malaysia turut dipertimbangkan. Malah, kru produksi telah melawat sebuah resort mewah di pulau tempatan. Namun, resort tersebut menolak tawaran itu dan akhirnya penggambaran dijalankan di Thailand.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, menyifatkan insiden ini sebagai simbol kegagalan Malaysia mengenal pasti potensi besar pelancongan filem sebagai pemacu ekonomi kreatif.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengakui isu ini di Parlimen dan menjelaskan tentang insentif Film In Malaysia Incentive (FIMI) yang menawarkan rebat kepada produksi antarabangsa dan tempatan yang memenuhi syarat perbelanjaan di Malaysia.

Syerleena menegaskan perlunya satu pelan induk atau blueprint untuk pelancongan filem agar Malaysia tidak terus ketinggalan dalam industri bernilai tinggi ini.

Sumber: Sinar Daily

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lebih 1,200 Aduan Perkhidmatan Telco Masih Belum Diselesaikan – MCMC Tingkatkan Pemantauan

0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memperketat pemantauan terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal mematuhi piawaian kualiti perkhidmatan, khususnya di kawasan luar bandar. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, langkah ini diambil susulan peningkatan aduan pengguna terhadap mutu perkhidmatan yang diterima.

Sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2025, MCMC telah menjalankan sebanyak 2,781 ujian kualiti rangkaian di seluruh negara. Hasilnya, sebanyak 1,684 kes ketidakpatuhan telah dikenal pasti di 815 lokasi. Daripada jumlah tersebut, hanya 462 kes berjaya diselesaikan, manakala 1,222 kes masih dalam proses semakan kerana melibatkan kerja naik taraf menara sedia ada atau pembinaan tapak baharu.

Bagi menangani isu ini, MCMC telah mengeluarkan Arahan Suruhanjaya kepada beberapa penyedia perkhidmatan utama. YTL Communications menerima 154 arahan, diikuti oleh CelcomDigi (50), TM Technology Services (38), U Mobile (27), dan Maxis (10). Arahan ini bertujuan memastikan syarikat-syarikat berkenaan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

Piawaian Kualiti Perkhidmatan Mandatori (MSQoS) yang ditetapkan oleh MCMC merangkumi beberapa indikator utama, termasuk kelajuan muat turun minimum 10 Mbps untuk rangkaian 4G dan 5G, kelajuan muat naik minimum 1.3 Mbps, latensi tidak melebihi 100 milisaat untuk 4G dan 40 milisaat bagi 5G di Lembah Klang, serta masa akses video tidak melebihi enam saat. Selain itu, kadar capaian rangkaian perlu mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus, manakala ketersediaan rangkaian teras mestilah melebihi 99.97 peratus.

Kegagalan mematuhi arahan ini boleh membawa kepada tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM500,000 bagi setiap kes, atau hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM1 juta.

MCMC turut menggalakkan pengguna untuk membuat aduan melalui aplikasi MCMC NEXUS sekiranya mengalami masalah perkhidmatan. Aduan yang melibatkan kelajuan muat turun di bawah paras minimum akan disiasat dan boleh mencetuskan audit rasmi terhadap penyedia perkhidmatan terlibat.

Sumber: Malaysian Wireless

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kombinasi Ulang Tahun & Merdeka: Realme Menawarkan Tawaran Masa Terhad Untuk Telefon Pintar Terlaris

0

Kuala Lumpur, Malaysia, 26 Ogos 2025 – realme Malaysia meraikan Pesta Peminat Ulang Tahun 828 seiring dengan Hari Kebangsaan dengan kempen promosi jualan eksklusif yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 1 September. Untuk masa terhad sahaja, peminat boleh menikmati diskaun eksklusif dan tawaran beli dengan beli (PWP) untuk model telefon pintar realme terpilih, menjadikannya masa yang tepat untuk menaik taraf peranti sambil turut serta dalam semangat perayaan.

Untuk masa terhad, model popular seperti realme GT7 (12GB+512GB) ditawarkan pada harga RM2,499 (turun dari RM2,599) dengan hadiah percuma termasuk Watch T16C dan Selfie Stick, manakala realme 14 5G (12GB+256GB) hanya RM1,099 (asalnya RM1,299) dan disertakan dengan Buds T01 percuma. Pembeli juga boleh menikmati tawaran PWP seperti realme Buds Air 7 pada harga hanya RM128 atau realme Magnetic Cooling Clip pada harga RM28 dengan pembelian terpilih. Promosi ini hanya tersedia di Kedai Jenama realme terpilih.

PerantiHarga PromosiHarga Runcit Disyorkan AsalTawaran PWP
realme GT7 (12GB+512GB) *\Percuma Watch T16C dan Selfie StickRM2,499RM2,599Beli realme Buds Air 7 pada harga RM128
realme GT 7T (12GB+256GB) *\Percuma Watch T16C dan Selfie StickRM1,899RM1,999
realme GT7 Dream Edition (16GB+512GB) *\Percuma Selfie StickRM2,999
realme 14 Pro 5G (12GB+512GB) *\Percuma Buds T01RM1,799Beli realme Magnetic Cooling Clip pada harga RM28
realme 14 5G (12GB+256GB) *\Percuma Buds T01RM1,099RM1,299
realme 14T 5G (8GB+256GB) *\Percuma sarung jari permainanRM849RM999
realme 13 Pro+ 5G (12GB+512GB)RM1,799RM2,099
realme 13 Pro 5G (12GB+512GB)RM1,599RM1,799
realme 13+ 5G (12GB+512GB)RM1,399RM1,799
realme 13+ 5G (12GB+256GB)RM1,099RM1,299
realme 13 5G (12GB+256GB)RM999RM1,199

Telefon 10,000mAh+ Akan Hadir dan Lebih Banyak Lagi Akan Diperkenalkan

Selain itu, sebagai salah satu pelopor utama dalam inovasi, realme sedang bersiap sedia untuk Sambutan Ulang Tahun 828 yang sangat dinanti-nantikan pada 27 Ogos, yang akan mempamerkan dua teknologi terobosan yang menyerlahkan komitmennya terhadap inovasi, termasuk bateri berketumpatan tinggi revolusioner dengan kapasiti lebih 10000mAh, yang direka untuk menghapuskan kebimbangan bateri dan mentakrifkan semula ketahanan untuk pengguna berat, serta sistem penyejukan aktif AC terbina dalam.

Nantikan halaman Facebook rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Gadget Baru, Semangat Baru: Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

0

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2025 — Infinix dengan bangganya meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 melalui kempen nasional yang menawarkan lebih daripada sekadar peranti baharu. Bermula dari 25 Ogos hingga 21 September 2025, kempen “Gadget Baru, Semangat Baru” membawakan ganjaran eksklusif bersama model telefon pintar terpilih, diskaun untuk produk AIoT, serta peluang untuk menyambut bulan kemerdekaan dengan teknologi yang mendorong kemajuan.

Daripada permainan video dan penstriman hinggalah fotografi dan kekal berhubung, telefon pintar kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sempena Merdeka ini, Infinix menghargai hubungan tersebut dengan menggabungkan prestasi canggih dan manfaat gaya hidup bermakna — membantu anak muda Malaysia menikmati teknologi yang seiring dengan cita-cita dan aspirasi mereka.

“Infinix sentiasa percaya dalam memperkasakan golongan muda dengan teknologi yang berkuasa, bergaya dan mudah diakses,” kata [Nama Jurucakap], Pengurus Negara Infinix Malaysia. “Merdeka kali ini, kami ingin meraikan semangat kebebasan dan perpaduan negara dengan memberi rakyat Malaysia alat untuk mengekspresikan diri melalui permainan, penciptaan kandungan dan produktiviti harian — sambil menikmati nilai tambahan dengan setiap pembelian.”

Hadiah Eksklusif Bersama Model Terpilih:

  • Infinix GT 30 Pro — Pemegang Kad Magnetik Percuma (bernilai RM39) Direka khas untuk pemain yang mahu menguasai setiap perlawanan, GT 30 Pro dilengkapi cip Dimensity 8350 5G Gaming yang ultra-pantas dan paparan AMOLED 144Hz yang lancar. Dengan sistem FPS Penuh Sepanjang Hari, anda boleh menikmati kadar bingkai stabil dan kekal sejuk di bawah tekanan.
  • Infinix NOTE 50 Pro+ 5G — Beg Galas Putih Infinix Percuma (bernilai RM89) Untuk mereka yang mahukan segalanya, NOTE 50 Pro+ 5G menggabungkan prestasi hebat dengan fotografi tahap profesional. Rasai permainan 120FPS yang ultra-lancar, rakam gambar menakjubkan dengan kamera periskop 50MP OIS, dan cas semula dalam hanya 32 minit dengan pengecasan pantas 100W.
  • Infinix NOTE 50X & NOTE 50S 5G — Pemegang Telefon Boleh Putar Percuma (bernilai RM29) Kukuh di luar, pintar di dalam — NOTE 50X 5G menawarkan ketahanan gred tentera, bateri tahan lama 5200mAh dan pengecasan pantas 45W, sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak. Sementara itu, NOTE 50S 5G tampil bergaya dengan paparan AMOLED melengkung, kamera Sony 64MP dan sensor cap jari dalam skrin — gabungan gaya dan fungsi.

Ganjaran Tambahan Merdeka

Selain hadiah telefon pintar, pelanggan juga boleh menikmati diskaun 10% untuk produk audio dan boleh pakai AIoT Infinix terpilih — daripada fon telinga bergaya hingga peranti kesihatan — memudahkan anda melengkapkan gaya hidup digital yang bersambung.

Promosi “Gadget Baru, Semangat Baru” boleh didapati di Kedai Rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, Kedai Jenama Infinix serta Pengedar Sah Infinix di seluruh negara. Untuk maklumat terkini, lawati laman web, Facebook, Instagram dan TikTok Infinix Malaysia.

Sertai Sambutan Ini

Tangkap gambar, kongsi dan tunjukkan semangat patriotik anda dengan tanda pagar #MerdekaDenganInfinix dan #InfinixMalaysia sepanjang tempoh promosi.

Hadiah percuma dan diskaun AIoT tersedia selagi stok masih ada.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Baiki PC/Laptop dengan Error C:/windows/system32/logfiles/srt/srttrail.txt

0

Mungkin ramai dah tahu, kemaskini terbaru Windows 11 bulan Ogos, KB5063878 dan KB5062660 menyebabkan SSD dan HDD gagal berfungsi.

Mereka yang terjejas akan dihidangkan dengan skrin biru kematian Windows dan gagal log masuk ke Windows. Automatic Repair, Reset, Uninstall Update tidak berfungsi dalam Recovery Screen ini.

Mujurlah, saya telah jumpa penyelesaian untuk laptop saya. Mungkin anda boleh cuba:

1. Dari Recovery Screen, pergi ke Advanced>command prompt

2. Taip “sfc /scannow”. Tunggu hingga habis scan dan repair.

3. Taip “chkdsk c: /f /r”. Tunggu habis scan dan repair.

4. Bila habis, tutup. Kembali ke Recovery Menu dan pilih Continue to Windows

Anda sekarang boleh masuk ke Windows. Tapi banyak perisian tak boleh dibuka dan Admin Access akan hilang. Saya sendiri, tak boleh access hard disk C: saya.

Jadi, pergi C:>right click>properties>security>change ownership dan cari username anda. Kalau tak ada, tambahkan.

Kemudian, bolehlah anda guna DISM tools pula di CMD dengan run as administrator.

Boleh berikan maklumbalas jika anda berjaya.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Bateri Pixel 10 Merosot Selepas 200 Kitaran Disebabkan Oleh Satu Ciri Yang Tidak Boleh Dimatikan

0

Google Pixel 10 hadir dengan ciri Battery Health Assistance yang diaktifkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan oleh pengguna. Ciri ini direka untuk mengurangkan kadar pengecasan dan mengehadkan voltan bateri bagi melambatkan kerosakan sel dari masa ke masa.

Battery Health Assistance pertama kali diperkenalkan pada Pixel 9a, mula bertindak selepas 200 kitaran pengecasan dan terus menyesuaikan voltan sehingga mencapai 1,000 kitaran. Menurut laporan, perubahan ini dibuat secara berperingkat untuk membantu bateri ‘menua’ dengan lebih seragam.

Akibatnya, pemilik Pixel 10 boleh menjangkakan pengecasan yang lebih perlahan dan kapasiti bateri yang boleh digunakan menjadi berkurang berbanding sebelumnya — walaupun Google belum mendedahkan sejauh mana jumlah kapasiti yang hilang selepas 200 kitaran.

Google pada dasarnya mensasarkan supaya bateri kekal 80% daripada kapasiti asal selepas 1,000 kitaran, tetapi ciri yang sentiasa aktif ini mungkin menambah pengurangan kapasiti yang boleh digunakan.

Perbandingan dibuat dengan beberapa pengeluar lain: contohnya, telefon pintar Samsung disebut mempunyai penarafan kitaran yang lebih tinggi (sekitar 2,000 kitaran) untuk mengekalkan 80% kapasiti, menyebabkan pendekatan Google kelihatan lebih ketat.

Tindakan Google dipercayai langkah berjaga-jaga, kemungkinan sebagai respons kepada isu pemanasan yang pernah dialami model terdahulu seperti Pixel 6a.

Bagi sesetengah pengguna, keputusan Google untuk mengunci ciri ini dianggap membatasi, kerana pengeluar lain sering memberi pilihan kepada pengguna untuk mengawal tetapan bateri.

Abam: Harga nak dekat RM7k pun masih kusut pasal bateri, pasal ‘overheating’. Hek eleh.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline