Utama Blog Laman 352

Kaedah Melepasi Sekatan Websense

0

Kebanyakan Syarikat atau Institusi Kerajaan menggunakan perisian penapisan laman web seperti Wensense untuk menyekat akses pengguna/pekerja daripada melawati laman-laman web tertentu ketika bekerja dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti.

Konsep Websense adalah mudah. Apabila seseorang pekerja membuat percubaan untuk melayari sesebuah laman web, satu permintaan akan dijana dan ia akan melepasi firewall. Websense ‘membaca’ permintaan tersebut dan akan memberikan ‘laluan’ kepada pemintanya atau menyekat bergantung kepada database yang ada pada Websense.

Di sini, disenaraikan beberapa kaedah yang telah ditulis untuk melepasi sekatan Websense. Ia adalah kaedah yang benar-benar berkesan dan bukan hanyak teori sahaja. jadi jika anda tidak menemukan sebarang kaedah yang anda tahu di sini, bermakna ia tidak tersenarai dalam kaedah yang benar-benar memberikan kesan.

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan Ultrasurf

Ultrasurf ialah sebuah perisian yang bersaiz kecil, yang mampu membantu pengguna untuk melayari laman web yang telah disekat oleh Websense. ia menggunakan kaedah Tunneling yang termaju dalam kategorinya.

Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai Ultrasurf, klik di sini —> Ultrasurf : Hide Your IP and Use anonymous Web Browsing

Untuk mengetahui soalan-soalan lazim mengenai Ultrasurf. klik di sini —> Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan Circumventor

Circumventor ialah sebuah halaman (page) yang berasaskan web (web-base) yang ‘mengambil’ sebuah laman web yang disekat dan ‘membawanya’ melalui sebuah laman yang tidak disekat untuk membolehkan pengguna melihat laman web tersebut..

Untuk melayari laman Circumventor dan melanggani Circumventor yang terbaru,
sila klik di sini —> Peacefire

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan Toonel

Toonel.net telah ditulis sepenuhnya dengan menggunakan skrip/kod Java (sapa kata Java tak power tu?)
pada asalnya ia dicipta untuk menjimatkan penggunaan bandwidth bagi yang membayar untuknya (contohnya pengguna broadband, Streamix, P1 Wimax, dan lain-lain..).
Namun kaedah ia berfungsi telah menyebabkan ia menjadi perisian anti Blocking Software secara pasif..
Ia mengkompresi/memadatkan hampir kesemua lalu lintas (traffic) seperti HTTP, Email, FTP, dan data TCP/IP yang lain melalui satu ‘terowong’ (tunnel) dalam perisian Toonel.net. Ia mengurangkan sumber kuasa yang dipindahkan antara pelayan dan pelanggan (server and client) yang menjadikan kadar penggunaan bandwidth lebih menjimatkan..Data yang terenkrispsi melalui terowong Toonel.net ini telah menyebabkan kekeliruan pada server asal sehingga menyebabkan ia menyangka pengguna ingin membuka laman yang tidak berada dalam senarai Blocking Software.

Cuma setelah menggunakan Toonel, kelajuan internet akan menjadi berkurangan. namun setiap laman web yang telah disekat mampu dilayari dengan baik kecuali laman web video streaming seperti Youtube, Metacafe dan lain-lain.

Untuk mencuba Toonel, klik di sini —> Anti Office Blocking Software (Siri Pertama)

Melepasi sekatan Websense dengan menggunakan VPN

VPN adalah singkatan daripada perkataan Virtual Private Network..apa pula Virtual Private Network tu? ok..begini..ianya adalah rangkaian peribadi (private network) yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna yang lain, atau remote sites menggunakan rangkaian awam (public network) iaitu internet..ia menggunakan sambungan ‘maya’ ke internet melalui rangkain peribadi syarikat yang menyediakannya terus kepada remote sites dan bukannya melalui sambungan fizikal..secara ringkas ia adalah rangkaian peribadi yang dibina dalam insfrastruktur rangkaian awam..

Untuk mengetahui senarai VPN PERCUMA yang boleh digunakan, klik di sini —> Free VPN Service : Senarai 10 Servis VPN Percuma

Setakat ini, senarai kaedah di atas ialah cara-cara melepasi sekatan Websense yang paling BERKESAN dan paling MUDAH. sekiranya ada lagi kaedah yang lebih baik, akan ada lagi entry terbaru yang bakal menyusul..sekian sahaja buat masa ini..
Salam hormat.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Websense?

0

Websense ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan perisian penapisan laman web yang dipanggil dengan nama yang sama – Websense. Perisian ini direka untuk menyekat akses pengguna ke laman web tertentu di Internet. Websense bermula pada tahun 1994 oleh Phil Trubey dan merupakan salah satu perisian penapisan laman yang paling popular digunakan. Perisian ini boleh digunakan oleh pelbagai jenis organisasi dan untuk pelbagai tujuan.

Organisasi Yang Menggunakan Websense dan Apa Tujuan Utama Websense Digunakan:

Banyak organisasi yang boleh menggunakan perisian Websense kerana pelbagai alasan. Sebagai contoh:

* Sekolah : boleh menapis kandungan dewasa (Adult Content) sehingga pelajar secara haram boleh mengakses laman-laman lucah.
* Perniagaan : organisasi juga boleh menapis akses terhadap bahan-bahan untuk orang orang dewasa (18SX) bersama-sama dengan jenis lain dari laman web yang boleh melambatkan produktiviti.
* Setiap syarikat swasta juga boleh membeli perisian Websense dan menyekat laman-laman tertentu untuk melindungi dirinya atau ahli keluarga dari pemangsa internet, laman web scam, dan lain-lain.
* Banyak negara dan pemerintah daerah juga saat ini menggunakan Websense di pejabat mereka bersama-sama dengan perpustakaan yang membolehkan masyarakat untuk mengakses maklumat di dalam komputer kerajaan.
* Juga harus diingat bahawa kerajaan seperti China dan Yaman juga telah menggunakan perisian ini untuk menyekat akses warga negaranya ke laman web tertentu.

Apakah Jenis Laman Web Yang Boleh Disekat Oleh Websense:

Ada lebih dari 3 dozen jenis laman web yang dapat dihalang oleh Websense dan perlu dicatat bahawa pengguna individu atau organisasi boleh membuat senarai mereka sendiri terhadap laman web yang khusus untuk disekat. Namun disenaraikan disini adalah sepuluh kategori paling popular yang banyak digunakan oleh organisasi-organisasi di seluruh dunia:

* Bahan Dewasa (18SX)
* Pertemuan dan Peribadi (Dating and Personal)
* Rangkaian Peer to Peer
* Laman Untuk Memuat Turun Perisian Freeware dan Shareware
* Laman Berbentuk Perjudian
* Laman Pembenci (Hate Sites)
* Laman Proxy
* Laman Video Streaming
* Laman Permainan
* Laman yang Mempromosikan Kegiatan Haram

Perkhidmatan Tambahan Yang Ditawarkan oleh Websense

Selain sekatan terhadap halaman khusus atau halaman yang terbahagi kepada kategori, dengan bayaran tambahan, Websense juga menawarkan pelbagai produk; di sini adalah hanya beberapa dari tawaran produk mereka yang paling popular.

Perlindungan Kebocoran Maklumat

Selain penapisan, Websense juga mempunyai produk yang direka untuk lembaga perniagaan dan kerajaan yang ingin melindungi data peribadi dan sensitif. Websense Content Protection Suite direka untuk mencegah semua jenis maklumat yang sensitif (data pelanggan, kekayaan intelektual) dari bocor kepada umum. Kebocoran boleh merangkumi penggodaman dari luar atau oleh persatuan sama ada secara sengaja atau tidak dengan memindahkan data tanpa keselamatan atau protokol yang tepat.

WebBlazer : Pencegahan Malware

Produk lain yang ditawarkan adalah WebBlazer Websense, rangkaian pencegahan virus dan malware. Produk ini menapis laman phishing dan laman penipuan yang dikenali, seperti laman web yang cuba untuk merekodkan keystroke (taipan kekunci keyboard pada komputer) anda dan laman web yang cuba untuk memuat turun perisian (seperti adware, spyware dan trojan) ke komputer anda. WebBlazer boleh diintegrasikan dengan perisian Websense lain, sehingga mudah untuk menguruskannya.

Websense ThreatSeeker : Pengesanan Ancaman

Direka untuk melindungi rangkaian anda dari ancaman-ancaman pencerobohan. Websense menggunakan sistem anti pencegahan pencerobohan dan perisian antivirus. Websense ThreatSeeker dapat membantu mengurangkan kemungkinan rangkaian anda terganggu dengan terus-menerus mencari dan menilai ancaman keselamatan dan perlindungan firewall.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Free VPN Service : Senarai 10 Servis VPN Percuma

0

Apa itu VPN? ianya adalah singkatan daripada perkataan Virtual Private Network..apa pula Virtual Private Network tu? ok..begini..ianya adalah rangkaian peribadi (private network) yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna yang lain, atau remote sites menggunakan rangkaian awam (public network) iaitu internet..ia menggunakan sambungan ‘maya’ ke internet melalui rangkain peribadi syarikat yang menyediakannya terus kepada remote sites dan bukannya melalui sambungan fizikal..secara ringkas ia adalah rangkaian peribadi yang dibina dalam insfrastruktur rangkaian awam..

Kenapa anda memerlukan VPN?

1. Untuk melindungi privasi sama ada pada LAN ataupun pada hotspot awam (public WiFi seperti di KFC, Hentian Rehat dan Rawat dan lain-lain).

2. Pelayaran internet secara anonymous (tidak dikenal pasti).

3. Anonymity yang penuh dengan menyembunyikan IP asal anda.

4. Melepasi sekatan terhadap sesuatu laman web.

5. Tidak seperti proxy, anda mendapat sambungan yang dilindungi untuk semua program yang anda gunakan.

6. Rangkaian yang berkualiti menjamin servis VPN anda adalah pantas tidak kira dimana jua anda berada.

7. Perlindungan terhadap ISP anda.

8. Melepasi sekatan ISP untuk aplikasi VOIP seperti Skype.

Senarai 10 Servis VPN Percuma: (Top 10)

1. UltraVPN

– Percuma
– Perlu memasang (install) dan perlu membuka satu akaun sebelum dapat digunakan.

2. Logmein Hamachi

– Percuma
– Mudah untuk digunakan
– Komunikasi yang lebih selamat

3. Packetix

– Anda boleh membuat Hub Virtual VPN anda sendiri
– Antara muka laman yang mudah difahami

4. Open VPN

– Tahap keselamatan yang lebih tinggi
– Perlukan kepada pemasangan (installation)

5. Your Freedom

– Ianya bukan servis VPN, namun ia menyediakan fungsi yang serupa dengan kemudahan yang sama
– Ia menyediakan servis percuma. akan tetapi terdapat limitasi terhadap penggunaannya (6 jam sehari dan 18 jam seminggu)

6. Macro VPN

– Sama seperti servis yang lain, ia menyediakan sambungan ke internet yang lebih selamat
– Kebiasaannya menggunakan IP dari US

7. Hotspot Shield

– Perlukan kepada pemasangan
– Melindungi sambungan internet melalui HTTPS

8. It’s Hidden

– Tidak perlu kepada sebarang pemasangan perisian
– Perlu membuat satu akaun untuk menggunakannya

9. Linkideo

– Servis ini perlu membayar untuk menggunakannya
– Apa yang percuma? ya..pendaftaran adalah percuma..hahaha..=D

10. Gpass

– Anda perlu memasang sebelum dapat digunakan
– Dicipta di negara China, negara yang sama mengeluarkan Ultrasurf

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Hakin9 : Majalah IT Yang Boleh Di Muat Turun

0

Assalamualaikum..setelah blog ini berwajah baru, maka entry pun kena la tambah yang baru..bukan apa..template sebelum ni buatkan mata Hac jadi kelabu..hahaha..
kemudian, untuk template yang baru ni, ia compatible dengan Intense Debate and Comment Luv..akhirnya terpasang juga kedua-duanya pada blog Mr.Hac ni..
jadi untuk pagi ni, Hac nak kongsikan pula tentang satu laman yang mana anda semua boleh memuat turun secara percuma majalah IT dalam bentuk PDF (e-book)..

Nampak tak pra tonton kepada laman tersebut?
ya..ianya ialah Hakin9, sebuah laman yang membenarkan anda semua untuk memuat turun majalah mereka secara percuma..anda hanya perlu memasukkan emel (Sebenar) dan selepas itu anda akan diberikan pautan kepada majalah tersebut untuk dimuat turun..

Untuk melihat dengan lebih lanjut, klik di sini —> Hakin9 :: Magazine

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Untuk Hack WEP Keys (WiFi) Dengan Menggunakan Backtrack 4

75

Salam semua..harap semuanya sihat belaka..
Hac menerima e-mail yang begitu banyak meminta tutorial untuk hack wifi, tutorial penggunaan net stumbler dan lain-lain yang seumpama dengannya..
kali ini Hac nak bawakan kepada anda semua kaedah penggunaan Backtrack 4 (latest version of Backtrack) untuk menggodam WiFi WEP Keys..

Untuk mengetahui apa itu Backtrack, sila tonton video dibawah:

Untuk memuat turun Backtrack 4, sila klik di sini —> Backtrack-Linux

Untuk mengetahui kaedah hack WiFi WEP Keys, sila tonton video dibawah:

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Silent Hackers Akhirnya Kembali!

29

Assalamualaikum..kepada semua forumer Silent Hackers Malaysia, sila lihat screenshot dibawah:

Oleh itu kepada semua forumer Silent Hackers, anda semua sudah boleh log masuk kembali dan selamat berforum kepada semua!

Sila klik di sini untuk melayari forum Silent Hackers Malaysia —> Silent Hackers Malaysia

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

FileTram : Kaedah Pantas Pencarian Fail!

0

Salam..Entry hari ini mengupas serba sedikit tentang kaedah pantas pencarian fail yang disimpan di Rapidshare, Megaupload, Hotfile, Letibit, Ziddu, 4shared, dan lain-lain web hoting simpanan fail yang Hac anggarkan lebih kurang 50 kesemuanya..

Jadi bagaimana kaedah pencarian fail yang lebih mudah tanpa perlu TERTIPU dengan laman web yang KONONNYA menyediakan fail yang ingin anda muat turun, tetapi sebenarnya hanya ingin mengaut keuntungan dengan meminta anda untuk melanggan pakej kelajuan muat turun yang disediakan..ya..ada caranya..

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Anda semua boleh menggunakan FileTram : Enjin carian untuk fail yang disimpan di web hosting penyimpanan fail seperti Rapidshare, Hotfile dan lain-lain..anda hanya perlu memasukkan kata kunci atau nama fail yang ingin anda cari, dan FileTram akan menyenaraikan kesemua fail-fail yang telah disimpan di lebih 50 buah web hosting penyimpanan fail..

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Triknya di sini, anda tidak perlu mendaftar di FileTram untuk mendapatkan bandwidth maksimum seperti yang dijanjikan..cukup sekadar highlightkan URL tempat fail itu disimpan (seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas) dan copy serta paste URL itu di bar carian web browser anda, dan tekan enter..sekiranya web hosting tersebut meminta kata laluan, anda hanya perlu copy URL laman web asal yang ditulis sebagai Source dan paste pada bar carian web browser anda..sangat mudah dan pantas!

Jadi untuk mencuba menggunakan kemudahan yang dah lama Hac rahsiakan ini, sila klik pada pautan di sebelah —> FileTram


Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf

0

Salam..mari kita semua mengkaji dan memahami sedikit sebanyak mengenai perisian Ultrasurf tentang bagaimana cara ia berfungsi dan soalan-soalan lazim yang sering terkait dengan Ultrasurf..

buat masa ini, Ultrasurf sudahpun memasuki versi 10.08..masih tiada sebarang perubahan pada antaramukanya..port untuk Ultrasurf juga masih kekal 9666..
Entry ini Hac olah sedikit dari laman pembangun Ultrasurf dengan gaya dan bahasa Hac sendiri..jadi silakan membacanya, semoga anda semua faham tentang perisian ini..

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf:

Mengenai Keselamatan:

1. Adakah selamat menggunakan Ultrasurf untuk melayari laman-laman web? bolehkah perisian pihak ketiga memantau laman web yang sedang dilayari?
Jawapan: UltraReach (laman pembangun Ultrasurf) menggunakan teknologi paling maju dalam kaedah enkripsi (perlindungan data)..kesemuanya terlindung dengan teknologi ini dan tiada pihak ketiga yang dapat memantau laman apa yang sedang dilayari..hak peribadi adalah prioriti utama Ultrasurf dicipta dan dibangunkan..

2. Jika saya melakukan Ultrasurf di dalam forum atau melawati laman web, bolehkah forum atau laman web itu mengetahui IP saya?
Jawapan: Tidak sama sekali..Ultrasurf menggunakan teknologi proxy termaju..tiada laman web yang dapat mengesan IP asal anda..

3. Adakah sebarang web history yang tersimpan di dalam PC saya?
Jawapan: Tidak..selepas anda selesai menggunakan Ultrasurf, ia akan memadam kesemua rekod laman yang pernah anda lawati.

4. Adakah Ultrasurf ini sejenis virus atau trojan?
Jawapan: Tidak sama sekali..Ultrasurf memberikan kepada pengguna teknologi termaju dan paling baru untuk melepasi sekatan dan halangan firewall dengan cara yang selamat..ia merupakan salah satu dari jenis perisian anti-censorship yang paling dikenali pada waktu ini, bukan virus mahupun trojan..beberapa syarikat perisian anti-virus mengklasifikasikan Ultrasurf sebagai virus atau trojan kerana ia mampu melepasi sekatan firewall dan websense..ini adalah satu kesalahan dan klasifikasi yang tidak betul..pihak UltraReach dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini dengan syarikat-syarikat pembangun anti-virus melalui saluran teknik dan saluran undang-undang..ianya adalah misi kami untuk melindungi hak privasi pengguna ketika melayari internet..

Mengenai Tetapan:

5. Apa yang harus saya lakukan jika UltraSurf tidak boleh disambungkan ke internet?
Jawapan: Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1) Semak sama ada PC anda boleh disambungkan ke internet.
2) Jika internet anda OK, sila disable firewall, dan perisian anti-virus. Restart UltraSurf.
3) Jika anda masih tidak dapat terhubung ke internet, itu mungkin kerana server kami terlalu sibuk. Sila cuba lagi nanti. Jika masalah ini sering berulang, sila hubungi kami dan berikan maklumat rangkaian persekitaran secara terperinci.

6. Mengapa UltraSurf adakalanya tidak menemukan server?
Jawapan: Jika ianya adalah masalah dari rangkaian anda, anda boleh mencubanya kemudian. Jika anda melihat antara muka pengguna UltraSurf memaparkan “network connection failure, check your network and proxy setting”, sila semak sambungan rangkaian atau tetapan proxy anda, dan juga tetapan firewall. Jika anda masih tidak dapat terhubung ke laman web kami, sila hantar platform terperinci dan maklumat rangkaian persekitaran.

7. Setelah memulakan UltraSurf, web browser IE tidak dapat terbuka secara automatik.
Jawapan: Anda boleh membuka web browser IE secara manual. Anda mungkin telah mematikan pilihan ‘start auto IE’. Anda boleh mengaktifkannya dengan mengklik Advance Setting pada antara muka UltraSurf. Sila lihat bahagian UltraSurf –> User’s Guide –> Advance Setting (Sila klik ‘Help’ untuk membuka User’s Guide’)

8. Apa yang boleh saya lakukan jika kelajuan lebih lambat dari biasanya?
Jawapan: Sila klik retry pada UltraSurf, kemudian cuba langkah-langkah berikut:
1) Pilih pelayan proxy (proxy server) yang berbeza
2) Semak sama ada anda sudah menetapkan proxy anda sendiri
3) Semak tatarajah “Advance Setting” -> “Proxy Setting”, dan sila lihat User’s Guide –> Advance Setting.

9. Jika mengaktifkan pakej firewall ZoneAlarm, apabila memulakan UltraSurf, ZoneAlarm mengeluarkan sebuah tetingkap yang memaparkan “UltraSurf MFC Application is trying to access the web.”
A: Cukup sekadar klik “Allow”.

10. Saya menggunakan pelayan proxy saya sendiri dan tidak boleh disambungkan ke internet, kenapa?
Jawapan: Mungkin proxy anda tidak sah. Sila semak kembali proxy anda. Ramai pengguna proxy mencari melalui saluran mereka sendiri dan beberapa proxy sudahpun tidak sah lagi untuk digunakan. Salah satu teknologi yang memberi sumbangan besar dari UltraReach adalah untuk menyambung semua sumber daya proxy server yang stabil di seluruh dunia, untuk memberikan sejumlah besar sumber daya yang stabil dari pelayan proxy. Pengguna pada masa kini dapat melayari internet secara bebas dengan langkah mudah.

11. Beberapa syarikat menyekat port 9666, yang digunakan oleh UltraSurf, bagaimana cara untuk melepasi sekatan itu?
Jawapan: 9666 adalah port tempatan. Kami akan menambah pilihan untuk membolehkan pengguna menetapkan port.

Mengenai Kepenggunaan:

12. Ultrasurf mengeluarkan satu tetingkap kecil dan menyuruh saya untuk mengemaskini..apa yang perlu dilakukan?
Jawapan: Ini adalah ciri UltraSurf’s Auto-Upgrade. Versi baru disimpan ke lokasi yang sama secara automatik dengan versi yang lama.

13. Mengapa laman utama (Homepage) UltraSurf’s mempunyai bar carian Google?
Jawapan: UltraSurf dapat menyembunyikan IP pengguna dan setiap sambungan internet dienkrip oleh Ultrasurf. Apabila pengguna melakukan carian Google di bawah perlindungan UltraSurf, mereka mendapat privasi dan keselamatan.

14. Jika UltraSurf sedang berfungsi dan PC saya shutdown secara tiba-tiba, adakah itu akan memberikan kesan kepada web browser saya?
Jawapan: Ya. Tapi itu boleh dipulihkan dengan mudah. Jika web browser anda tidak dapat disambungkan ke internet, restart UltraSurf dan exit secara normal. ia akan dapat berfungsi secara normal..

15. Beberapa gambar tidak dapat dipaparkan semasa penggunaan UltraSurf.
Jawapan: Mungkin kerana rangkaian sedang sibuk dan UltraSurf tidak boleh mendapatkan gambar dari pelayan. Anda boleh refresh web browser anda atau cuba untuk membersihkan cache web browser tersebut. Contohnya, jika anda menggunakan IE, klik Tools-> Internet Option-> Delete Files. UltraSurf automatik membersihkan cache jika anda menamatkannya (exit) secara normal.

Ingin Hac tegaskan disini bahawa Ultrasurf menggunakan teknik tunnelling yang termaju..ia akan meng-enkrip data dan sambungan internet anda daripada ‘dibaca’ oleh websense..namun jika sambungan internet anda agak LAMBAT sedikit dari biasa, anda KENA BERSABAR..Ultrasurf sudah banyak membantu dalam melayari laman web yang telah disekat oleh WEBSENSE..jadi jika anda tidak sukakannya, CARI KAEDAH LAIN..JANGAN BISING..bersyukur la ada perisian macam ni..

p/s: ayat last ni aku tujukan dekat orang yang menyalahkan Ultrasurf apabila sambungan internet mereka agak lambat setelah menggunakan Ultrasurf..kadang-kadang memang agak lambat tapi pada kebanyakan masa sambungan internet tetap laju seperti biasa..Hac sendiri selalu melakukan ujian kelajuan internet dengan memuat turun movie yang bersaiz besar..tiada masalah! cuma perlu setting pada IDM sahaja supaya protokol proxynya sama dengan Ultrasurf..jadi SEDAR DIRI sebelum menyalahkan perisian ULTRASURF ni..kalau benda ni takde, kau pun tak dapat nak bukak Youtube, Facebook, Nuffnang dekat pejabat kan??

Maaf..ayat agak tak formal sebab emosi sikit..

Anda boleh memuat turun e-book mengenai Ultrasurf
di sini (cara untuk block Ultrasurf) —> Ultrasurf-User’s Guide Of Blocking

dan juga di sini (Panduan Penggunaan) —> Ultrasurf6 – User’s Guide

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ping Device : Laman Untuk Ping Blog Anda

6

Salam untuk semua The Hykerz dan para pembaca blog Mr.Hac..oh..maaf..sekarang, nama followers blog Hac adalah The Aryan Nation..nama tu nampak lebih matang berbanding sebelumnya..
Orait..untuk hari ni Hac nak berkongsi tentang satu laman untuk kita semua membuat Ping untuk blog kita tanpa ada sekatan iklan ataupun captcha..

Klik Di Sini —> Ping Device

Berikut adalah senarai enjin carian dimana ping tersebut akan dihantar:

Weblogs.com, Blo.gs, Technorati, Feed Burner, Syndic8, NewsGator, My Yahoo!, PubSub.com, Blogdigger, BlogRolling, BlogStreet, Moreover, Weblogalot, Icerocket, News Is Free, Topic Exchange, Google Blog Search ,Spinn3r, Bloglines, AideRSS, SkyGrid, Bitacoras, Collecta, Audio.Weblogs, RubHub, GeoURL, A2B GeoLocation, BlogShares.

Pssssttss…korang boleh nampak kat screenshot tu yang Hac memang dah tak pakai web browser lain..
Lunascape memang terbaik! Kat situ boleh nampak Lunascape memang cantik selepas ditukar skin-nya!
kalau korang perhatikan betul-betul, korang akan nampak garisan berwarna cyan/biru laut..itulah dia Sandboxie! sangat berguna untuk mengelakkan PC korang daripada terkena serangan malware..yeah..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Iron : Web Browser Alternatif Kepada Google Chrome!

8

Salam..sejak dua menjak ni Hac asyik menumpukan perhatian kepada web browser..apabila Hac dah mula tergilakan Lunascape, Hac terjumpa pula dengan web browser Iron ni..nak download? tunggu review dulu..baca sampai habis ya!

Paparan antaramukanya adalah sama dengan Google Chrome..akan tetapi boleh dikatakan Iron lebih mesra pengguna..hendak tahu mengapa Hac mengatakan begitu? lihat sini –> Chrome vs Iron

Dapat dilihat disitu banyak kekurangan Google Chrome telah berjaya di atasi oleh Iron contohnya Adblocker di mana Iron sudahpun mempunyai Adblocker terbina dalaman (Built-in Adblocker, sama seperti MAXTHON)..anda semua dapat melihat sendiri, Hac sudah mencuba web browser ini, dan bagi Hac Google Chrome perlukan lebih masa untuk mencapai ‘kematangan’..

Bukan Hac tak sukakan Google Chrome, tetapi Hac tidak gemarkan beberapa masalah yang dialami ketika menggunakannya..dalam mencari kesempurnaan, sememangnya kita tidak akan dapat berjumpa dengan sesuatu yang betul-betul memuaskan hati..jika Google Chrome berjaya mengatasi masalah ini, soal web browser ‘gantian’ mungkin tidak akan wujud..tetapi apalah salahnya jika kita hendak mencuba sesuatu yang baru kan!

Web Browser Iron ni bagi Hac, yang seronoknya, adalah kerana ia mempunyai versi mudah alih (portable), yang mana ianya adalah satu-satunya ciri yang tidak ada pada Google Chrome..sekiranya ada sekalipun, ianya merupakan versi yang telah dilakukan modifikasi..

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Web Browser Iron ini,
silakan memuat turunnya di sini —> Iron Full Installer

Jika anda mahukan versi mudah alih (portable), anda boleh memuat turunnya disini —> Iron Portable

Oh ya! dan semestinya ia dapat berintegrasi dengan Internet Download Manager!
selamat mencuba!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline