Thursday, 15 January 2026
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 344

Kemahiran Asas Penggodam – Password Hacking

0

Kemahiran Asas Penggodam (Basic Hacker’s Skills) BAHAGIAN PERTAMA ini ditulis oleh Mr.Hac setelah agak lama Hac tak menulis entry mengenai hacking..maklum la..duk terkejar entry HOT untuk tingkatkan trafik..sekarang dah ada widget apesal, boleh duduk tenang sikit la..heheh..

Untuk entry Bahagian Pertama ini, biarlah Hac mulakan dengan Jenis Password Hacking..Jenis/Cara Password Hacking boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:

  • Passive Online Attack
  • Active Online Attack
  • Offline Attack
  • Non-Technical Attack

1. Passive Online Attack

Dalam kaedah ini penyerang iaitu penggodam tidak berhubung secara terus dengan sasaran untuk mendapatkan kata laluan dari mereka..dengan kata pendek penggodam cuba untuk menggodam kata laluan para pengguna akan tetapi tanpa berhubung dengan akaun pengguna.

2. Active Online Attack

Ianya boleh diterjemahkan secara mudah iaitu kaedah meneka kata laluan pengguna..penyerang akan mencuba satu demi satu kata laluan sehingga dapat memecah masuk ke akaun pengguna.

3. Offline Attack

Kaedah ini dilakukan di lokasi berbeza dari komputer tempat kata laluan digunakan (faham ke ayat ni?)..Offline Attack termasuklah penggunaan kaedah Dictionary Attack, Brute Force Attack, Hybrid Attack dan sebagainya..(akan dijelaskan kemudian)

4. Non-Technical Attack

Kaedah ini tidak memerlukan sebarang ilmu teknikal (dah nama pun Non-Technical kan?)..kaedah ini termasuklah social engineering, shoulder surfing, keyboard sniffing dan juga dumpster diving..

Untuk entry ini, Hac berikan kepada anda semua ASAS, atau pengenalan terhadap kemahiran asas/pengetahuan asas yang perlu ada pada seorang hacker..selepas ini Hac akan berikan penerangan yang lebih terperinci berkenaan dengan entry ini..oleh itu, jangan lupa datang lagi ke mari esok!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

X-Men First Class 2011 DVDRiP

0

Salam..ahaha..kalau korang cari tempat lain belum jumpa DVDRip, korang cari kat sini jumpa, jangan tanya kenapa ya..bukan tipu-tipu ni..memang betul, ini ialah video X-Men First Class 2011 DVDRiP..

Nak tahu macam mana nak cari? klik sini —> Cara Pantas Mencari Fail Yang Telah Dimuat Naik

Nak tahu pula klasifikasi video? klik sini —> Klasifikasi Filem/Video Di Internet

Tiada akaun premium tapi nak download? klik sini —> Premium Account Generator Terbaik

Mr.Hac bagi anda cuma SATU sahaja pautan (link)..
yang selebihnya boleh cari sendiri ya!!
sedikit tips, gunakan General Files!

Selamat menjadi Doxer yang berjaya ya!

Klik sini —> X-Men First Class 2011 DVDRiP

UPDATED:

P/S: Kalau tak puas hati boleh cari sendiri..senang je..cuma Hac belum dapat jumpa dengan link Mediafire..terpaksa tunggu la..
KENA TULIS jugak ni..memang link tu bukan ke video tersebut..aduh..susah betul nak bagi orang faham cara Mr.Hac ajar..ni hanye tutorial aje..dekat Jieazzmovie.net pun belum keluar lagi DVDRip kan? jadi kena tunggu la..psss..takdenye ade orang dari U.S.A yang boleh sampai ke blog Mr.Hac ni dengan keyword ‘X-Men First Class DVDRip’ tu..takdenya nak main SEO dengan entry ni..ia tak lebih dari sesi pembelajaran aje..tengok balik LINK kat atas tu ya..ni entry nak bagi FAHAM aje..jadi jangan marah pulak!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Klasifikasi Filem/Video Di Internet

0

Kepada semua downloader tegar, anda pasti tertanya-tanya apa itu camrip, TS, R5, PPVRip, DVDrip, BRRip?bukan?

Mr.Hac ingin menjawab persoalan ini supaya selepas ini anda tidak lagi ragu-ragu untuk memuat turun apa jua jenis fail yang telah anda cari di internet..Mr.Hac hanya menyenaraikan jenis yang paling KERAP dimuat turun dan disediakan oleh mereka yang ‘mengusahakannya’, oleh itu sekiranya ada yang tidak terdapat di sini, harap anda google lah sendiri..

1. CAMrip

Kalau anda memang jenis yang rajin muat turun filem dari internet, tetapi ketika menonton filem tersebut, tiba-tiba keluar kepada orang di tengah-tengah skrin, ataupun ada ‘bayang’ orang yang sedang turun dari tangga (nak pegi tandas la tu!), itu adalah filem dari jenis ini, iaitu CAMrip..CAM ialah filem yang direkodkan di panggung dengan menggunakan kamera digital..adakalanya ia direkodkan dengan bantuan mini tripod tetapi kebiasaannya direkodkan secara manual, jadi filem itu biasanya ‘bergoyang’ atau bergetar..kedudukan kamera juga tidak tetap, adakalanya ia diambil dari sudut tepi panggung, dan suara direkodkan dari mikrofon terbina dalaman, menyebabkan suara penonton lebih jelas kedengaran berbanding suara dari filem itu sendiri..faktor ini menyebabkan kualiti bunyi agak rendah..

2. Telesync (TS)

Sama seperti CAMrip, kecuali ia menggunakan sumber audio luaran (external audio source) untuk mengurangkan bunyi bising di panggung, tetapi ia tidak menjamin kualiti audio yang sempurna..pada kebanyakan masa filem berkualiti TS direkodkan di panggung wayang yang kosong dengan kamera yang professional, memberikan kita lebih kualiti pada visualnya..

3. PPVRip

PPVRip ialah singkatan dari Pay-Per-View Ripped..ia dikatakan datang dari sumber Pay-Per-View, dan apa yang menarik ialah kebanyakannya merupakan filem baru yang belum dikeluarkan di panggung apatah lagi DVD tetapi khusus untuk pelanggan hotel sahaja..jangan tanya banyak-banyak pula dari mana hotel tu datang, di negara mana pula hotel tu ada..Mr.Hac memang tak tahu sebab ini adalah dari jenis video yang baru..

4. R5 Retail (R5)

R5 merujuk kepada format DVD yang spesifik yang dikeluarkan dalam bentuk DVD Region 5, bertujuan untuk melawan kegiatan cetak rompak..cara pengeluaran DVD tradisional agak lama, jadi industri memilih untuk mengeluarkan format DVD yang baru, yang lebih cepat lagi dengan harapan dapat melawan kegiatan lanun-lanun cetak rompak daripada mengaut untung begitu sahaja..(kalau nak maklumat lanjut mengenai R5 boleh google ya, macam biasa la..hahaha..)

5. DVDRip

Salinan daripada pengeluaran terakhir DVD..biasanya DVDRip dikeluarkan dalam format SVCD dan DivX/XviD..kualiti terbaik dan berbaloi untuk dimuat turun..kalau rasa sayang bandwith, maka bersabarlah sikit dan tunggulah video berformat DVDRip keluar, barulah muat turun..

6. BRRip

Salinan daripada pengeluaran terakhir Blue-Ray..format terbaik untuk dimuat turun akan tetapi saiznya agak besar berbanding DVDRip..terdapat perbezaan antara BRRip dan BDRip iaitu:

BRRip = fail XviD yang di-encode dari keluaran Blue-Ray

BDRip = fail XviD yang di-encode secara terus dari sumber disk Blu-Ray.

(biasanya Mr.Hac download DVDRip je..)

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Pantas Mencari Fail Yang Telah Dimuat Naik

0

Entry ini santai sahaja..senang untuk difahami..Hac akan berikan kepada anda semua senarai beberapa laman yang selalu Hac gunakan untuk mencari fail-fail yang telah dimuat naik di akaun-akaun hosting seperti Mediafire, Hotfile, Megaupload, dan lain-lain lagi secara pantas dan berkesan!
(baru la boleh jadi Doxer yang mahir!)
Laman-laman ini bertindak sebagai enjin carian, hanya untuk mencari fail yang telah dimuat naik ke dalam laman hosting sahaja..jadi kerja-kerja pencarian apa juga jenis fail menjadi lebih mudah bukan?

1. General-Files

Laman ini membenarkan anda mencari kesemua fail-fail, apa jua jenisnya, yang telah dimuat naik ke dalam mana-mana laman hosting dari apa jua saiz..ia amat memudahkan terutama kepada mereka yang pernah tertipu dengan laman-laman web yang menawarkan filem/lagu untuk dimuat turun tetapi perlu mendaftar itu dan ini terlebih dahulu..abaikan itu semua dan carilah dengan lebih aman di General-Files!

2. Filestube

Sama seperti General-Files, ia adalah antara enjin carian fail terbail yang pernah Mr.Hac gunakan..ada diberikan sekali sumber dari mana pautan tersebut datang dan ini memudahkan kita sekiranya fail yang telah dimuat turun ada kata laluan..jadi cari sahaja pada laman sumber pautan itu dan muat turun seperti biasa..

3. FileTram

Satu lagi enjin carian fail yang banyak membantu Mr.Hac..Hac pernah membuat ulasan mengenai FailTram di sini —> FileTram : Kaedah Pantas Pencarian Fail!

Ok..cukup sudah 3 enjin carian yang dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mencari fail-fail yang telah dimuat naik dengan lebih pantas, efisien, dan berkesan..Hac berikan kepada anda 3 yang terbaik supaya anda dapat membuat perbandingan antara hasil carian satu dengan yang lain..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Mendapatkan Bandwith Penuh Di Rangkaian

0

Salam..entry ini Hac tujukan untuk mereka yang selalu perlahan internetnya, hasil dari perkongsian rangkaian contohnya di kolej, di tempat kerja, ataupun di rumah..

Apa-apa pun Hac nak buat penafian dulu ya, Hac tidak akan bertanggungjawab terhadap segala masalah anda nanti..ini kerana Hac tidak bersetuju sangat dengan perbuatan ni dan tidak menyokongnya..tetapi gunakanlah ia untuk tujuan pembelajaran..

1. Muat turun terlebih dahulu perisian NetCut di sini —> NetCut

2. Ekstrakkannya dan pasang seperti biasa.

3. Buka perisian NetCut dan anda akan dapat lihat rangkaian PC dalam talian.

4. Pilih sahaja mana-mana PC yang ingin anda ‘matikan’ sambungan internetnya dan klik pada ‘Cut Off’..

5. Selesai..sekarang anda sudah dapat melayari internet dengan pantas kerana setiap bandwith disalurkan kepada PC anda..

Ia bertindak berdasarkan kepada ARP Spoofing..ia amat digemari oleh mereka yang suka kepada WiFi percuma (yang kena hack tu tak kira lagi tu)..

Boleh di atasi dengan perisian Anti NetCut (Google sendiri)..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Angry Birds Rio For PC Full Cracked

0

Angry Birds Rio For PC Full Cracked!! Salam..ahaha..jangan marah haaa..ni memang entry nak kejar SEO ya..maklum la..game ni sedang ‘hot’ dan melotop cakap ngko..so Hac nak bagi la game ni versi penuh, cracked..versi portable pun ada tau!

Jadi tak payah la nak susah-susah beli game ni kalau dah ada yang crack kan?
baru tadi Hac cari sebenarnya..agak menarik juga kerana paparannya sudah berubah, dan lebih cantik dari yang dahulu serta matlamat game juga sudah berubah..

Jangan cakap banyak la kan? jom sama-sama kita download game ni dan main sekarang!

Klik —> Fileserve

Klik —> Filesonic (Versi Portable)

Dalam tu dah siap ada patch dan serial number..pertama sekali, kena patch dahulu..kemudian, baru diikuti dengan memasukkan serial number..siap! dah boleh main Versi Penuh a.k.a Full Version!

Tiada akaun premium? tak mengapa..klik sini —> Hlusoe

Enjoy!!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Doxing?

0

Apa itu doxing? apa pula kegunaannya?

Doxing ialah proses mendapatkan maklumat tentang seseorang atau sesuatu dari sumber carian internet..

Mungkin ada antara anda yang terfikir, secara asasnya, kita mendapatkan maklumat dengan mencari e-mel seseorang di enjin carian seperti Google..secara logik akalnya, ya..akan tetapi, ada cara yang lebih mudah dari itu, iaitu dengan menggunakan sebuah laman web —> PIPL..

Pipl membenarkan anda mencari nama penuh, e-mel, username, bahkan juga nombor telefon..ada juga yang menggunakan Facebook, kerana Facebook membenarkan anda mencari nama penuh, namun kebanyakan penggodam menggunakannya untuk mencari e-mel pengguna..

Matlamat utama ialah untuk mencari e-mel pengguna (jika anda tidak mempunyainya)..e-mel adalah satu keperluan wajib ketika anda di dalam talian (online)..ia ibarat passport online, anda mendaftar masuk ke mana-mana laman web, forum, atau blog dengan menggunakannya, dan jika seseorang itu mempunyai akses terhadapnya, mereka boleh bertindak seolah-olah yang menggunakan akaun itu adalah anda..apabila seseorang penggodam mempunyai e-mel anda, mereka boleh memasukkannya pada Facebook atau Pipl, dan mereka akan dapat mencari anda, dengan menganggap e-mel yang dipunyai oleh mereka ketika itu terhubung dengan beberapa lagi akaun yang anda ada dalam talian..di sebalik itu, untuk mendapatkan e-mel anda, seseorang penggodam akan mencarinya dengan cara meneka alamat e-mel anda, menjadi rakan anda di Facebook atau menggodam akaun rakan anda yang telah terancam (vulnerable) dan melihat e-mel anda di disitu..

Mungkin ada juga antara anda yang terfikir, “Bagaimana mereka boleh menggodam akaun saya dengan mendapat e-mel saya sahaja?” Di sinilah kaedah Doxing membantu..jika penggodam boleh melihat akaun Facebook anda, atau dapat mencari maklumat mengenai anda di Pipl, mereka boleh membuat satu proses yang dinamakan sebagai ‘Reverting’..Reverting ialah proses menggunakan ciri ‘Soalan Pemulihan Kata Laluan’ pada e-mel sasaran (E-mel recovery question)..ada pula pertanyaan “Bagaimana mereka hendak meneka soalan pemulihan kata laluan akaun saya?”..Ok..lihatlah kembali kepada soalan tersebut dan tanya diri anda, “Dapatkah seseorang mencari soalan dan jawapan ini dalam talian?”..jika anda jawab ya, maka anda terdedah kepada ancaman teknik Reverting..

Jika anda adalah seorang penggodam yang tidak pernah tahu mengenai teknik ini, mungkin anda akan berkata “Teknik ini tidak akan berkesan”..akan tetapi anda perlu ingat, kita semua adalah manusia dan kita sering melakukan kesilapan..apa yang mengejutkan, teknik ini lebih berkesan dari kebanyakan teknik yang lain, cuma ia hanya sesuai kepada mereka yang RAJIN sahaja kerana teknik ini perlukan masa untuk mencari kesemua maklumat..

Entry ini adalah menjawab kepada persoalan yang dilontarkan oleh kawan baik Mr.Hac iaitu Azrael yang bertanyakan kaedah Mr.Hac mencari laman blog copy-paste..cuma cara yang Mr.Hac gunakan lebih advance dan lebih menyeluruh lagi..apa yang penting, anda perlu memanfaatkan keseluruhan kemudahan yang anda ada untuk menjadi seorang Doxer yang mahir..renung-renungkan, dan selamat mencuba!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Mengesan Laman Phishing/Laman Palsu Perbankan

0

Salam..Hac nak bagi tutor yang mudah dan simple je ni..biasa sebelum ni Mr.Hac ajar cara bagaimana nak buat laman phishing..cuma bezanya kali ni, Hac nak ajar pula bagaimana cara untuk mengesan laman phishing atau laman palsu ini..

Tutorialnya ringkas..cuma tutorial ini hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan pelayar web (web browser) Mozilla Firefox atau Lunascape, kerana cara ini menggunakan add-on dari laman pembangun add-on Mozilla Firefox..

Muat turun dan pasang add-on anda di sini —> DontPhishMe

Add-on ini telah dibuat oleh pakar-pakar IT dari Malaysia Computer Emergency Response Team atau MyCERT..
Selepas siap memasangnya pada pelayar anda, anda boleh mencuba sendiri mana-mana laman phishing yang menyerupai laman log masuk bank..anda akan diberi amaran terlebih dahulu oleh pelayar web anda dengan menyatakan bahawa ia berkemungkinan laman log masuk palsu..(contohnya lebih kurang kat bawah ni la nohhh)

Kalau anda mahukan lebih lagi add-on dengan fungsi yang serupa, anda boleh mencarinya sendiri dengan kata kunci ‘phishing’..selamat mencuba!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Menyembunyikan Folder Dan Fail Dalam Komputer Atau Pendrive

0

Salam..sebelum ini, Hac pernah buat satu tool yang ringkas untuk menyembunyikan folder dan melindungi fail di dalamnya daripada dijangkiti virus yang bertindak melalui fail autorun yang dinamakan Safety Folder 1.0 dan juga Safety Folder 1.1..namun, ia hanya berguna untuk melindungi fail penting dari dijangkiti virus, ITU SAHAJA..fail yang tersembunyi masih boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan ‘Folder Options…’..

Jadi Mr.Hac, macam mana nak sembunyikan folder atau fail sulit/peribadi dalam pendrive ataupun dalam komputer? hmm..senang je tu..ada cara yang mudah, dan yang paling penting, PERCUMA untuk anda semua..

Bagaimana caranya tu Mr.Hac? ok..anda cuma perlu menggunakan perisian PERCUMA yang bernama WinMend Folder Hidden (v 1.4.4)..disebabkan ianya adalah percuma, maka anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari perisian crack..

Dengan perisian ini, apa yang paling penting ialah ciri-ciri yang diberikan adalah sangat berbaloi..antaranya ialah:

1. Boleh menyembunyikan folder dan fail sama ada dalam komputer atau dalam pendrive..

2. Setiap folder atau fail yang disembunyikan tidak terhad saiznya..

3. Menyembunyikan folder/fail dengan pantas..

4. Setelah ia disembunyikan, folder atau fail tersebut tidak akan dapat diakses oleh sesiapa walaupun mereka cuba menggunakan ‘Folder Options…’..

5. Ia juga tidak terhad kepada PC yang telah dipasang perisian WinMend Folder Hidden..kesemua PC yang tidak dipasang juga akan tidak dapat mengakses kepada folder serta fail yang telah disembunyikan itu..

Klik untuk muat turun—> WinMend Folder Hidden

Cara menggunakannya juga sangat mudah..untuk pertama kali setelah memasangnya, anda perlu memasukkan kata laluan, yang akan digunakan setiap kali anda ingin membuka perisian ini..setelah itu, anda hanya perlu klik pada ‘Hide Folder’, cari folder yang ingin anda sembunyikan dan klik padanya..sama juga jika anda ingin sembunyikan fail, klik pada ‘Hide File(s)’, pilih fail yang ingin disembunyikan dan klik padanya..mudah kan?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline