Cara Menyembunyikan Folder Dan Fail Dalam Komputer Atau Pendrive

Salam..sebelum ini, Hac pernah buat satu tool yang ringkas untuk menyembunyikan folder dan melindungi fail di dalamnya daripada dijangkiti virus yang bertindak melalui fail autorun yang dinamakan Safety Folder 1.0 dan juga Safety Folder 1.1..namun, ia hanya berguna untuk melindungi fail penting dari dijangkiti virus, ITU SAHAJA..fail yang tersembunyi masih boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan ‘Folder Options…’..

Jadi Mr.Hac, macam mana nak sembunyikan folder atau fail sulit/peribadi dalam pendrive ataupun dalam komputer? hmm..senang je tu..ada cara yang mudah, dan yang paling penting, PERCUMA untuk anda semua..

Bagaimana caranya tu Mr.Hac? ok..anda cuma perlu menggunakan perisian PERCUMA yang bernama WinMend Folder Hidden (v 1.4.4)..disebabkan ianya adalah percuma, maka anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari perisian crack..

Dengan perisian ini, apa yang paling penting ialah ciri-ciri yang diberikan adalah sangat berbaloi..antaranya ialah:

1. Boleh menyembunyikan folder dan fail sama ada dalam komputer atau dalam pendrive..

2. Setiap folder atau fail yang disembunyikan tidak terhad saiznya..

3. Menyembunyikan folder/fail dengan pantas..

4. Setelah ia disembunyikan, folder atau fail tersebut tidak akan dapat diakses oleh sesiapa walaupun mereka cuba menggunakan ‘Folder Options…’..

5. Ia juga tidak terhad kepada PC yang telah dipasang perisian WinMend Folder Hidden..kesemua PC yang tidak dipasang juga akan tidak dapat mengakses kepada folder serta fail yang telah disembunyikan itu..

Klik untuk muat turun—> WinMend Folder Hidden

Cara menggunakannya juga sangat mudah..untuk pertama kali setelah memasangnya, anda perlu memasukkan kata laluan, yang akan digunakan setiap kali anda ingin membuka perisian ini..setelah itu, anda hanya perlu klik pada ‘Hide Folder’, cari folder yang ingin anda sembunyikan dan klik padanya..sama juga jika anda ingin sembunyikan fail, klik pada ‘Hide File(s)’, pilih fail yang ingin disembunyikan dan klik padanya..mudah kan?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img