Saturday, 8 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 340

Servis dan Perisian VPN Percuma : Free OpenVPN

0

Assalamualaikum..apa kabo anda semua? dah ready nak kutip ilmu baru lagi hari ni?
untuk bulan Jun ni, rasanya nak dekat 10 entry semua Mr.Hac duk cerita pasal bypass internet restriction (melepasi sekatan internet)..buat mereka yang baru follow blog ni, Hac harap anda terjah semua entry-entry lama yang berkaitan supaya tidak ketinggalan..Hac tak nak berikan anda pautan (link)..anda perlu cari sendiri, baru tahu tinggi darjat ilmu itu..

Intro : Apa Itu VPN?

VPN ialah singkatan dari perkataan Virtual Private Network..menurut wikipedia, VPN ditafsirkan sebagai:

A virtual private network (VPN) is a secure way of connecting to a private Local Area Network at a remote location, using the Internet or any unsecure public network to transport the network data packets privately, using encryption. The VPN uses authentication to deny access to unauthorized users, and encryption to prevent unauthorized users from reading the private network packets. The VPN can be used to send any kind of network traffic securely, including voice, video or data.

VPNs are frequently used by remote workers or companies with remote offices to share private data and network resources. VPNs may also allow users to bypass regional internet restrictions such as firewalls, and web filtering, by “tunneling” the network connection to a different region.

Technically, the VPN protocol encapsulates network data transfers using a secure cryptographic method between two or more networked devices which are not on the same private network, to keep the data private as it passes through the connecting nodes of a local or wide area network.

Kata mudahnya, segala data anda yang dihubungkan melalui internet ke satu destinasi yang lain dienkrip oleh sambungan VPN, dan data tersebut tidak dapat dibaca, dicuri, atau digodam..IP asal anda juga akan disembunyikan, dan hanya IP dari pelayan/penyedia servis VPN sahaja yang akan ‘kelihatan’..sambungan VPN dapat membantu anda melindungi data dan diri dari penggodam, dan juga dapat membantu anda melepasi sekatan internet melalui firewall..

Servis VPN Percuma : Free OpenVPN Service

Terdapat banyak servis dan perisian VPN percuma..kali ini Hac nak memperkenalkan kepada anda satu servis VPN percuma yang berbaloi untuk dicuba, iaitu Free OpenVPN..Freeopenvpn adalah pakar dalam servis VPN sejak beberapa tahun yang lalu, dan servis yag disediakan sememangnya berkualiti tinggi..pengguna tidak perlu membayar apa-apa kerana servis yang ditawarkan sememangnya percuma 100% (mereka disokong oleh sumbangan derma dan iklan)..bukan apa..banyak servis VPN yang mendakwa servis mereka percuma 100% tetapi…hanya muslihat semata-mata..kelajuan yang diberikan sangat lambat/lembab sehingga memaksa pengguna melanggan akaun premium untuk mendapatkan kelajuan yang lebih atau menghilangkan iklan yang kelihatan pada pelayar web..

Tutorial : Cara Menggunakan Free OpenVPN

1. Muat turun OpenVPN Portable di sini : Free OpenVPN Portable

2. Ekstrak fail OpenVPN POrtable..(ektrak ke Desktop kalau nak senang
anda akan mendapati satu folder baru tercipta di desktop: OpenVPNPortable

3. Muat turun fail konfigurasi Free OpenVPN di sini : freeopenvpn.zip

4. Ekstrak kesemua fail konfigurasi tersebut dalam folder OpenVPNPortable -> data -> config

5. Dalam folder OpenVPNPortable terdapat satu fail exe dengan nama yang sama..klik pada fail OpenVPNPortable itu..jika ada tetingkap yang meminta anda untuk menjalankan program atau tidak, hanya klik ‘continue’..tetingkap seperti di bawah akan muncul setelah pemasangan sambungan VPN berjaya dilakukan pada PC anda..

6. anda akan dapati terdapat satu icon pada dulang sistem (system tray)..klik ‘Connect’..

7. Sila set-kan tetapan proksi pada pelayar web anda kepada ‘Auto-detect proxy settings for this network’ (Firefox)..jika anda memakai pelayar web yang lain, sila tetapkan pada tetapan yang sama fungsinya (lihat screenshot)..

8. Setelah sambungan telah berjaya, anda boleh cuba melayari mana-mana laman web yang disekat..
jika anda di bawa ke laman ‘freeopenvpn’, klik pada ‘Free VPN Service’..

untuk menguji sambungan anda telah berjaya atau tidak, pergi ke laman What Is My IP Address? dan semak alamat IP anda..

9. Berikut adalah screenshot alamat IP yang diberikan:

Screenshot 1

Screenshot 2

9. Aii..tunggu lagi? cuba la sekarang dan berikan pendapat anda!
Salam hormat dari Hac..(yang penting boleh layan HULU.COM! hahaha!)

P/S: SILA AMBIL PERHATIAN pada pesanan dari laman pembangun servis OpenVPN ini:

Notes about our Free SSL VPN service

To make sure everyone has same priority to use our free VPN service, the VPN connection session will be reset every 8 hours. Each time after OpenVPN VPN connection is established, users need access our web site http://www.freeopenvpn.com for one time to activate the Free SSL VPN session. So please bookmark this page and visit back every time you need use our free openvpn service in your computers or mobile phones.

Bookmark This Page Now
We guarantee maximum 1200Kbit/s download bandwidth and 800Kbit/s upload bandwidth for each free VPN session – suppose you have enough bandwidth from local ISP side;

To maintain high quality of VPN service, no P2P and Bit Torrent traffic is allowed;

Sekian..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Sekali Lagi Terima Kasih Apesal

0

Sekarang Hac sedang menaip entry seterusnya..so sekarang layan gambar je la eh?

Tak sangka boleh kekalkan trafik 1000++..

Boleh tengok kat situ, apesal.com menjadi antara referral trafik yang terbanyak..cuma yang dapat buat Hac bangga bila google.com menjadi penyumbang terbanyak..maknanya orang dah mula ‘jumpa’ blog ni dari google..

Alhamdulillah..tak tahu la berapa lama rank ni boleh kekal (ye la, bergantung kepada trafik)..tapi harap-harapnya boleh kekal bawah 1000 dah cukup bagus..
Yang pasti terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong My Hackers Are Here!

P/S: buat masa ni apesal.com sedang down..kena sabar sikit la..bagi yang nak mendaftar, kena tunggu apesal ok balik..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tutorial SSH Tunneling Versi II

0

Assalamualaikum semua..Hac harap semua yang datang baca blog ni sihat-sihat la ye..
Ok..bagi yang belum baca lagi Tutorial SSH Tunneling versi yang pertama, anda bolehlah pergi baca sekarang di sini —> Tutorial SSH Tunneling

Sebenarnya versi kedua ini tidak jauh berbeza dengan versi pertama..cuma versi ini lebih mudah dan tidak memerlukan anda untuk mendaftarkan akaun shell, kerana ia telah disediakan..jika anda nak gunakan akaun anda dari shellmix.com pun boleh!

Tutorial SSH Tunneling (bypass corporate firewall):

1. Muat turun perisian MyEnTunnel di sini —> MyEnTunnel

MyEnTunnel adalah singkatan dari perkataan My Encrypted Tunnel

2. Klik pada myentunnel (warna hijau) dan paparan tetingkap seperti di bawah akan muncul:

Anda boleh dapatkan kesemua maklumat terperinci untuk diisi dalam MyEnTunnel pada pautan di bawah:

Klik —> LiveSSH

Anda boleh ikut tutorial pada screenshot yang diberikan..atau jika nak Mr.Hac terangkan, kata mudahnya: IKUT MANA-MANA BUTIR AKAUN SHELL DI BAWAH

Bandingkan dengan screenshot dari perisian MyEnTunnel yang Mr.Hac dah tunjukkan di atas, dan isikan butir-butir akaun shell mengikut panduan dari screenshot Mr.Hac tu..mudah bukan?

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai SSH Tunneling dan akaun shell percuma, sila layari pautan di bawah:

Klik —> LiveSSH

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai perisian MyEnTunnel, sila layari pada pautan berikut:

Klik —> MyEnTunnel Official Website

Berikut adalah CONTOH screenshot yang Mr.Hac ambil setelah alamat IP bertukar apabila sambungan SSH Tunnel berjaya dilakukan (connection establish/stable):

Screenshot 1

Screenshot 2

Kelebihan SSH Tunneling Berbanding perisian/pelayan proksi:

Jika anda mahu membandingkan dengan perisian/pelayan proksi seperti Ultrasurf dan TOR, sambungan internet yang dibuat melalui kaedah SSH Tunneling memberikan anda lebih privasi, lebih kukuh keselamatannya dan segala apa yang anda lakukan ketika dalam talian tidak akan dapat dikesan oleh sesiapa..ia setanding dengan sambungan yang dibuat oleh perisian/pelayan Virtual Private Network (VPN)..dan bab kelajuan juga agak mengkagumkan..setakat yang Mr.Hac cuba, tiada satu kali pun sambungan yang terasa lembab atau mengecewakan..jika anda mahu cuba menganalisis sambungan yang dibuat oleh SSH Tunneling, anda boleh gunakan perisian Wireshark..

Kekurangan SSH Tunneling:

Beberapa perisian yang menggunakan proksi http tidak menyokong proksi socks contohnya IDM..dan anda perlu membuat beberapa langkah lagi untuk menjadikan ia menyokong sambungan proksi socks SSH Tunneling..itu sahaja kekurangan yang Mr.Hac nampak..yang lain? terbaik!!

Sedikit Tips Tambahan:

MyEnTunnel..apa yang menarik? apa yang menarik ialah ia boleh ‘disimpan’ atau disorokkan pada dulang sistem (system tray) dan ini adalah satu kelebihan berbanding sambungan SSH menggunakan putty, kerana putty hanya boleh di-minimize, tetapi ia tidak masuk ke dalam system tray..jadi bos anda atau encik ICT admin (contohnya laaa) masih boleh mengesan perbuatan anda..tetapi dengan MyEnTunnel, sekurang-kurangnya mereka tidak akan perasan kewujudannya selepas disorok dalam system tray..
dan jangan lupa untuk SIMPAN TETAPAN ANDA dengan menekan butang SAVE!

Screenshot di bawah pula adalah panduan kepada anda ketika MyEnTunnel berada pada system tray:

SOCKS PORT : 443 atau 22 atau 7777
SSH PORT : Ikut nombor sebelah alamat IP seperti screenshot akaun shell yang ditunjukkan di atas (contohnya IP Address: *** ** *** * – Port 5000 <- ambil Port ini)

CONTOH SETTING BROWSER :  

Apa lagi? Mr.Hac dah memudahkan langkah anda..silakan mencuba SSH Tunneling sekarang..mudah aje kan? happy surfing fellas! (boleh juga bypass sekatan HULU.COM!)
Pembetulan ralat pada gambar: Sila pilih SOCKS v4 untuk kelajuan maksima!

(This entry is tribute to Janjang..thanks bro for the link and for the test!)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Top 5 Perisian VPN Percuma

0

Jika sebelum ini Mr.Hac menulis senarai 10 VPN percuma, entry ini ialah entry kemaskini dari senarai tersebut..ye lah..dah ada yang kata senarai tu dah lapuk, outdated..Mr.Hac ok je..bak kata Syamsul Yusof, seluar jeans dah lama duk ada tapi sampai sekarang orang pakai..eh..ape aku melalut ni..ok..jom terjah senarai VPN percuma!

Senarai Perisian dan SERVIS VPN Percuma:

1. ProXPN

2. SecurityKiss

3. Hotspot Shield

4. ExpatShield

5. Loki VPN

Ok..cukuplah 5 dahulu..sebenarnya terdapat banyak lagi servis/perisian VPN sama ada percuma mahupun berbayar..tetapi bagi Mr.Hac ada banyak-banyak kalau dapat tahu 5 yang terbaik, itu dah cukup kan? kalau ditanya pada Mr.Hac mana satu yang jadi favorite, dah tentu ProXPN..percuma, cuma kepantasan itu terletak pada pandangan anda sendiri..bagi Mr.Hac, cukup dah la tu..SecurityKiss dan ExpatShield juga tidak ketinggalan..apa pula pilihan anda?

Sila cuba terlebih dahulu dan berikan pendapat anda..jika semua servis VPN di atas tidak memenuhi kriteria yang anda harapkan, sila maklumkan melalui komen..Hac pasti akan mencari sumber yang lebih baik..

Jom tengok video tentang ProXPN di bawah dan anda nilaikan:


Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Firefox 5 Final Release Download

0

Aduh..letih rasanya bila kita mengikuti ‘peperangan’ antara pelayar-pelayar web utama dunia..satu demi satu versi dikeluarkan sehingga tak pasti versi mana satu hendak dicuba dahulu..Firefox 5, yang dikatakan akan dikeluarkan akhir bulan ini (21 Jun), telah dikeluarkan lebih awal walaupun belum rasmi dari laman pembangunnya..anda boleh mendapatkan Firefox versi 5 pada pautan FTP (akan Mr.Hac berikan nanti)..

Dengar ura-ura juga, Firefox versi 6 dan Firefox versi 7 akan dikeluarkan dalam tahun ini juga..waaahhh..bagi peminat Firefox, tentu ini berita yang sangat menggembirakan..Hac dah mencuba versi 7 (Nightly), ternyata lebih smooth dan steady..walaupun ada sesetengah orang yang telah mencuba Firefox 7 Nightly mengatakan ia kerap crash dan belum stabil, tetapi bagi Hac ia cukup memuaskan hati..cuma bab kelajuan, Lunascape kekal pelayar web terpantas yang pernah Hac gunakan..walaupun ia hanya menggunakan enjin gecko (Firefox) versi 3.6.17, ia lebih pantas dari Firefox versi 7 Nightly!

Oh..maaf la..ini entry untuk Firefox..lupa pula..ok..tak banyak yang boleh Hac katakan mengenai Firefox versi 5 ini..cuma ada beberapa Add-on penting seperti Add-on untuk integrate Firefox dengan IDM tak compatible..namun ia boleh dilaporkan kepada pihak Firefox melalui butang ‘Feedback’ yang disediakan, atau gunakan Add-on Compatibility Reporter, atau nak lebih senang, gunakan sahaja versi 4 yang sudah stabil..(koh koh koh)..

Anda boleh cuba Firefox versi 5 dengan memuat turunnya di sini:

Klik —> Firefox 5 Beta 7

Alternatif —> Firefox Beta 7

P/S: Terpaksa bagi versi beta 7 sebab versi yang diletakkan dalam direktori FTP Firefox di dapat di muat turun..

Kalu nak cuba nasib boleh aje..Hac bagi direct link, amacam?

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux

Atau boleh cuba pada pautan di bawah ni:

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux

Bagaimana pula dengan anda? Pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Menggunakan Hotspot Shield (Lepasi Sekatan Internet)

0

Assalamualaikum semua..sebelum ini Mr.Hac pernah menulis tentang Hotspot Shield..namun entry itu rasanya macam ‘tak best’..ye lah..masa tu blog baru buka..domain pun tak pakai lagi..gaya penulisan masih belum ‘jumpa’ lagi dengan identiti sendiri..tulis pun malas-malas je..

Cara Menggunakan Hotspot Shield:

1. Set-kan pelayar web mana yang anda mahu gunakan sebagai default browser..

2. Muat turun Hotspot Shield di sini : Hotspot Shield

3. Selepas itu anda perlu memasangnya pada PC dan jalankan program Hotspot Shield..jika anda menggunakan Internet Explorer, maka anda akan dapat melihat seperti gambar di bawah:

4. Setelah itu, anda sudah dapat melayari kesemua laman web tanpa sekatan lagi! jika anda sudah selesai melayari internet dan ingin menutupnya, anda klik icon Hotspot Shield pada dulang sistem (system tray), dan klik pada ‘Disconnect’..

5. Selesai!

Kekurangan Hotspot Shield yang paling ketara ialah iklan..namun ia boleh diatasi dengan Add On Ad-Block atau boleh juga gunakan cara di bawah:

1. Pasang Add On Greasemonkey

2. Kemudian pergi ke Tools —> Greasemonkey —> New User Script

3. Masukkan maklumat Name, Namespace, Description, dan tambahkan ‘*’ (ini akan membuatkan skrip digunapakai di semua laman yang dibuka)

4. Selepas anda klik ok, anda akan diminta untuk memilih teks editor untuk digunakan bagi mengedit kod..anda pilih Notepad..

5. Masukkan kod berikut:

nodes = document.evaluate(“//div”, document, null,
XPathResult.UNORDERED_NODE_SNAPSHOT_TYPE, null);

for (var i = 0; i < nodes.snapshotLength; i++) { thisLink = nodes.snapshotItem(i); if(thisLink.className.indexOf(‘AF’) == 0) thisLink.parentNode.removeChild(thisLink); }var css = “html {margin-top:0px !important;}”; if (typeof GM_addStyle != “undefined”) { GM_addStyle(css); } else if (typeof addStyle != “undefined”) { addStyle(css); } else { var heads = document.getElementsByTagName(“head”); if (heads.length > 0) {
var node = document.createElement(“style”);
node.type = “text/css”;
node.innerHTML = css;
heads[0].appendChild(node);
}
}

6. Simpan fail tersebut.

7. Selesai!

Selain dari iklan, terdapat satu lagi kelemahan Hotspot Shield yang tidak dapat diatasi iaitu had kuota penggunaan bandwidth hanya 3GB sahaja sebulan..namun, ia mencukupi untuk pengguna biasa..apapun, ia adalah alternatif terbaik untuk Ultrasurf..tambahan pula ia menggunakan kaedah VPN dan bukan proksi..

Apa pula yang anda gunakan untuk melepasi FIREWALL?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

FoxyProxy : Add On Firefox Untuk Melepasi Firewall

0

Assalamualaikum..dah banyak yang kita belajar tentang cara untuk melepasi firewall, supaya dapat melayari laman-laman yang disekat..Hac ingin sesiapa yang disekat oleh firewall yang hebat seperti websense, sonic wall, dan barracuda tolong beritahu tips yang mana berkesan untuk mereka..kerana sekian banyak tips, Hac masih tak pasti mana satu yang betul-betul berkesan..

Tips hari ini mudah sahaja..anda cuma perlu menggunakan Add On Firefox (bagi mereka yang menggunakan pelayar web lain, tips ini tidak dapat digunakan) yang dinamakan sebagai FoxyProxy..ia adalah Add On yang memudahkan anda untuk melayari laman web yang disekat dengan menggunakan proksi (proxy)..

Cara Menggunakan FoxyProxy:

1. Muat turun Add On FoxyProxy di sini : FoxyProxy

2. Selepas memasangnya pada Firefox dan restart kembali Firefox anda, anda boleh melihat Add On lebih mudah dengan menggunakan fungsi ‘Add On Bar’..anda perlu klik pada ‘Add-on Bar’ untuk menghidupkan fungsinya..

3. Setelah itu, anda klik pada lambang FoxyProxy —> Add New Proxy —> Proxy Details

4. Sila masukkan proksi pada ruangan yang disediakan..

5. Nak lebih mudah faham? tonton video di bawah:

Atau anda boleh juga merujuk cara menggunakan FoxyProxy di sini: FoxyProxy

Silalah mencuba dan berikan komen anda mengenai cara ini..Mr.Hac tujukan entry ini khas kepada mereka yang masih gagal melepasi sekatan firewall biarpun telah menggunakan kesemua tips yang Mr.Hac tulis..semoga berjaya!

P/S: terdapat juga berbagai Add-On dengan fungsi yang serupa..anda boleh mencarinya di laman Add-ons for Firefox dan gunakan kata kunci ‘proxy’..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Review : Web Browser Comodo Dragon

0

Assalamualaikum semua..mungkin bagi yang membaca tajuk, jika mereka merupakan followers blog ini dari dahulu, pasti sudah tahu yang Mr.Hac amat sukakan web browser dan sering mengkaji mengenainya..kalau boleh memang nak cipta satu web browser jenama sendiri, made in Malaysia..tapi buat masa ni belum lagi kot..oleh itu hari ini Mr.Hac nak kongsi dengan anda semua satu lagi web browser yang menarik untuk dicuba iaitu Comodo Dragon..

Comodo Dragon ialah sebuah pelayar web berasaskan Chromium..cuma Comodo Dragon memberikan kepada anda ciri-ciri keselamatan ketika melayari laman web dengan lebih baik..
jom kita baca ulasan dari seorang blogger :

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, aku ada sedikit kisah yang hendak dikongsikan. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku nak guna Comodo Dragon berbanding Google Chrome ni.

Kepada korang yang tak tahu lagi, Google Chrome ni adalah stalker aka spyware. Apa yang korang buat, surfing ke mana-mana, Google tahu sebab Google Chrome akan menghantar data ke server Google. Perbandingan antara Google Chrome dengan Comodo Dragon akan aku tunjukkan kat bawah.

Dalam Google Chrome, korang akan dapat user ID, agar Google senang la nak track apa yang korang buat. Dan Google Chrome juga ada RLZ identifier. Jangan tanya aku apa itu, tapi korang boleh usha lagi detail pasal benda alah ni dekat wiki Google Chrome.

Dari segi kepantasan, Chrome dan Comodo ni tak jauh bezanya. Yang aku nak highlight-kan kat sini adalah Google Chrome ni ibarat legal spyware la.

Korang juga jangan risau, Comodo Dragon juga support plugin Google Chrome. Kalau boleh pasang dekat Chrome, kenapa tidak di Comodo? Keh keh keh. Aku dah cuba.

Kalau korang nak download Comodo Dragon, boleh ke laman rasmi Comodo. Dari tadi aku cakap pasal Comodo, tapi aku tak cakap pun pasal siapa Comodo ni kan? Kalau korang nak tahu, Comodo ni adalah kompeni yang buat antivirus, firewall dan lain-lain yang berkaitan dengan sekuriti la.

Sumber

Apa yang Mr.Hac suka dengan browser Comodo Dragon?
Mr.Hac suka tentang ciri-ciri keselamatannya..jauh lebih baik dari Google Chrome yang mengutip data penggunanya dan mengesan apa yang kita lakukan ketika dalam talian..yang lebih penting, Comodo Dragon dicipta/dibuat oleh pembangun antivirus+internet security..jadi tentang tahap keselamatannya boleh dipercayai..

Mr.Hac boleh jamin antara Comodo Dragon dengan SRWare Iron memang terdapat perbezaan..dan perbezaan ketara ialah dari segi kelajuan, di mana Comodo Dragon lebih laju lagi dan lebih smooth..pembukaan tab masih menggunakan kaedah bersambungan, sama seperti browser yang lain kecuali Lunascape yang membuka tab dengan susunan strata (bertingkat-tingkat), jadi bukaan tab Lunascape lebih bagus kerana ia mudah diselenggarakan..namun bukaan tab Comodo Dragon juga bagus kerana ia jauh lebih smooth berbanding Chrome dan SRWare Iron (Azrael, peminat SRWare Iron, jangan marah! heheh)..

Terdapat beberapa ciri-ciri yang Mr.Hac suka, tapi tak ketinggalan juga yang Mr.Hac kurang selesa..contohnya, pelayar Firefox memudahkan kita untuk blogwalking kerana apa yang sudah ditulis ada tersimpan dan kita cuma perlu klik sahaja..tapi memandangkan Comodo Dragon mengambil teknologi dari Chrome, maka sifatnya sama sahaja..untuk blogwalking kita terpaksa menaip semula..yang tak perlu ditaip hanyalah nama dan URL blog..

Namun tak banyak kelemahan yang Mr.Hac boleh katakan mengenainya..mungkin itu sahajalah kelemahan yang ada..yang lain? superb! buat masa ini web browser yang telah dipasang pada PC Mr.Hac ialah Lunascape, SRWare Iron, Firefox 4 dan ex-browser Mr.Hac iaitu Chrome..dengan adanya Comodo Dragon serta SRWare Iron, Mr.Hac boleh ucapkan selamat tinggal kepada Chrome yang telah banyak mencuri privasi dari penggunanya!

Comodo Dragon Mr.Hac gunakan untuk percubaan, SRWare Iron juga begitu..selepas beberapa minggu, Mr.Hac akan pilih yang terbaik untuk kekal berada dalam PC..kih kih kih..
Namun Lunascape KEKAL sebagai browser default, Firefox sebagai bahan eksperimentasi minda kronik Mr.Hac, dan yang lain-lain hanya digunakan untuk tujuan kajian (kelajuan, privasi dan sebagainya)..

Apa yang buat Mr.Hac teruja dengan Comodo Dragon? selain ia dicipta oleh pembangun perisian antivirus+internet security, sila lihat screenshot di bawah:

Jika anda pilih untuk menggunakan tetapan DNS Comodo Dragon, maka tetapan DNS anda akan ditukar, kepada DNS Comodo Dragon yang lebih selamat..tidak lupa juga Comodo Dragon tidak pernah crash lagi (setakat ini) dan menggunakan memori yang sedikit berbanding Chrome dan SRWare Iron..
apa tunggu lagi? cubalah hari ini! (macam iklan sabun basuh pinggan pulak)

P/S: Screenshot di bawah merupakan amaran pertama dari Comodo Secure DNS yang Mr.Hac terima tadi:

Apa komen anda?
pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?

Anda boleh muat turun pelayar Comodo Dragon di sini: Comodo Dragon Internet Browser

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

ESET Smart Security 5 Release Candidate

0

Dah beberapa hari Eset mengeluarkan versi terbaru perisian internet security nya iaitu ESET Smart Security 5 Release Candidate (RC)..seperti biasa, jika anda ingin memasangnya pada PC anda tetapi tiada lesen, sila dapatkan lesen anda dengan memuat turun dan memasang perisian TNOD..
anda boleh dapatkan TNOD di sini —> Eset Smart Security 4.2.71.2 Including Username and Password Finder

Mr.Hac dah cuba Eset Smart Security RC dan ternyata terdapat beberapa pembaharuan..kemaskini windows lebih mudah tanpa error..mungkin para pembangun perisian ini telah melakukan pembaikan terhadap ciri-ciri yang mengganggu proses kemaskini (update) perisian windows..yang pasti ESS 5 tak pernah menghampakan..ia tidak pernah membuat PC terasa BERAT, LEMBAB, atau PRESTASI/KELAJUAN RESPONS PC MENURUN, TIDAK PERNAH sama sekali! biarpun PC anda sedang di-scan, ia masih laju!
Mr.Hac beri 4.5 dari 5 bintang untuk ESS 5 RC!
selamat mencuba semua!

Anda boleh dapatkan perisian ESS 5 RC di sini —> ESET

Views: 0

Iklan Newspaper Inline