Monday, 10 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 30

Cara Mengenal SCAM Dalam Pelaburan atau Aplikasi

0

“Hello admin, ini SCAM tak? Kawan ajak masuk”

“Admin, boleh tolong hack tak? Duit saya kena SCAM RM8,000”

Antara soalan paling popular yang saya selalu dapat adalah sama ada sesuatu skim atau aplikasi sekian-sekian scam atau tidak. Sebenarnya, bukan tak nak jawab tapi banyak skim dan aplikasi di Malaysia tumbuh macam cendawan. Macam-macam nama. Ada tu, memang dah jelas nampak dan modus operandinya scam, tapi kami pun tak boleh cakap scam sebab kabel mereka besar dan kami tak ada duit nak bauar saman. Bab ni, boleh tanya Pendakwah Teknologi sebab dia pun ada pengalaman naik turun mahkamah walaupun cakap benda betul.

Jadi hari ini, saya ambil inisiatif untuk tulis satu garis panduan ringkas untuk kita semua mudah mengenal sama ada sesuatu pelaburan itu scam atau tidak. Boleh baca dan kongsikan semula post ini pada ahli keluarga, kawan, jiran, kucing dan sebagainya. Elakkan orang terdekat kita terjebak dan rugi.

Baik, langkah pertama untuk kita mengenal scam adalah kenalpasti dulu jenis scam. Dalam konteks pelaburan dan dapat duit, biasanya ia adalah varian daripada ponzi scam. Tak kiralah sama ada MLM, palaburan, skim, aplikasi, kripto, token, task, kebiasaannya dalam konteks scam moden, ia adalah ponzi scam. Kenapa ponzi scam? Sebab ponzi scam adalah cara scam paling moden, paling mudah, paling nampak real dan paling senang tipu orang ‘terpelajar’. Ia juga scam yang tak nampak macam tipu sampailah saat-saat akhir. Dalam istilah Malaysia, TERSONTOT.

Sejarah kerugian skim ponzi terbesar dunia.

Ponzi Scam boleh dikenal dengan beberapa tanda amaran berikut:

  1. Pulangan yang tinggi tanpa risiko atau risiko rendah
  2. Keuntungan yang konsisten dan tetap
  3. Pelaburan yang tidak berdaftar dengan badan sekuriti
  4. Syarikat yang tidak berlesen
  5. Strategi dan sistem yang rahsia dan rumit
  6. Masalah dengan dokumentasi
  7. Kesukaran mendapatkan wang

Pulangan Tinggi Tanpa Risiko dan Keuntungan yang Konsisten

Ini tanda yang paling ketara malah merupakan nasihat rasmi daripada kerajaan melalui agensi seperti BNM, SSC dan MKN. Adalah mustahil untuk sesebuah pelaburan untuk menjanjikan keuntungan yang pasti dalam tempoh yang tetap dan tanpa risiko. Ini adalah perangkap yang paling besar dan banyak memperdaya golongan penjawat awam dan profesional seperti guru dan pensyarah. Golongan ini begitu mudah menjadi mangsa pelaburan scam kerana norma kerja mereka yang sentiasa ‘mengajar’ orang dan dilihat sebagai orang yang sentiasa betul dan sentiasa berpengetahuan dalam pelbagai bidang.

Ponzi akan menggunakan iklan-iklan yang hebat dengan bahasa-bahasa yang moden seperti dana, bond, pelaburan, saham dan sebagainya. Malah, pelaburan ini akan disandarkan kepada aset yang biasa dijadikan pelaburan yang untung seperti hartanah, emas, kripto, bahan galian dan nilai tukaran matawang. Dalam bahasa pelaburan, ini dipanggil arbitaj.

Bank Negara pun dah selalu ingatkan suruh hati-hati. Masih lagi ada yang terpedaya.

Apa Itu Arbitaj?

Arbitaj adalah sejenis pelaburan yang mengambil peluang di atas perbezaan harga sesuatu barang di dua tempat berbeza. Seperti yang dikatakan tadi, contohnya emas, matawang dan sebagainya. Ponzi akan mengiklankan arbitaj mereka kononnya membuka peluang pelaburan untuk mengeksploit julat perbezaan harga ini sebagai keuntungan mudah dengan segala risiko ditanggun oleh syarikat, bukannya pelabur. Golongan terpelajar ini apabila mendengar perkataan-perkataan baru ini akan cuba untuk Google sendiri dan dapat membaca daripada sumber-sumber kewangan yang dipercayai lalu terus percaya kepada ponzi walaupun tidak faham pun lagi apa skim yang dibawa oleh ponzi tersebut.

Ponzi pula akan sentiasa menanamkan keyakinan bahawanya pelaburan mereka tidak akan pernah rugi. Ia akan disulami dengan beberapa contoh yang moden juga dan mungkin akan disaluti dengan sentimen lain seperti sentimen agama dan bangsa. Contohnya, pelaburan kripto tidak akan rugi kerana Elon Musk juga melabur dalam kripto dan pelaburan emas tidak akan rugi kerana ia matawang akhir zaman. Golongan terpelajar ini akan merasakan bahawa merekalah yang paling pandai mengambil peluang dan merupakan sebahagian daripada sebilangan kecil umat manusia terpilih untuk mengaut keuntungan daripada sistem ini.

Pelaburan yang Tidak Berdaftar dan Syarikat yang Tidak Berlesen

Ini juga strategi yang kerap digunakan dan mudah menipu mangsa yang agak ‘tech savvy’. Saya akan berikan contoh dalam bentuk sebuah senario.

Katakan saya menubuhkan sebuah syarikat dengan nama Wongso Maju. Saya kemudiannya akan mendaftarkan syarikat saya Wongso Maju dengan SSM. Jika saya ligat, saya boleh juga mendaftarkan syarikat saya sebagai syarikat yang disahkan sebagai status bumiputera. Proses ini tidak sukar cuma perlu banyak dokumen dan birokrasi. Seterusnya, katakan saya ingin berniaga dengan sah di sisi undang-undang. Maka saya akan melancarkan sebuah pelaburan, katalah dengan nama Wongso Fund. Wongso Fund ini pula akan saya ikuti segala garis panduan BNM, AMLA dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Nak lagi best, saya boleh usaha dapatkan panel syariah dan dapatkan sijil pematuhan syariah.

Wongso Fund ini akan saya jalankan selama beberapa tahun dan dapatkan kredibilti. Mungkin boleh buat majlis tahunan dan jemput nama-nama besar termasuk selebriti dalam majlis rasmi. Model perniagaan Wongso Fund sememangnya bersih, telus dan berkredibilti. Sehinggalah suatu hari, saya tubuhkan satu lagi skim pelaburan. Katalah, skim Murung Rich Academy (MRA). Saya akan jaja kata MRA ini adalah skim baru dan tempat adalah terhad tapi keuntungan dapat dijamin kerana ia tidak terbuka kepada ramai. Dalam setahun, pulangan yang diterima adalah di antara 100% ke 700%.

Saya akan jaja segala macam penarafan dan gambar-gambar majlis bisnes halal saya, Wongso Fund tadi. Bila sudah ada pelabur yang masuk MRA saya, segala kerja propaganda ini akan dilakukan secara automatik oleh pelabur MRA termasuklah lokasi syarikat utama, sijil SSM, BNM, gambar perasmian majlis dan sebagainya. Walaupun kaunter urusan MRA tiada, tapi oleh kerana MRA telah dikaitkan dengan syarikat saya yang sah, maka pelabur baru yang masuk berduyun-duyun. Selepas itu, saya bolehlah kenalkan skim sampingan yang lain seperti Murung Gold Account (MGA), Murung Cash, MurungFX dan sebagainya. Tak perlu syarikat, tak perlu daftar baru, tak perlu buat kenyataan rasmi. Segala dakwaan, saya biarkan peserta yang sebarkan sendiri.

Maklumat ini apabila sampai ke lingkaran mangsa pelaburan yang tidak kenal pun bisnes asal saya, tidak akan mencari maklumat sendiri. Yang mereka tahu, kawan mereka tunjuk syarikat saya selalu buat majlis dan dihadiri oleh pelbagai VVIP. Tak kan lah VVIP nak menipu dan mudah kena tipu? Jadi, dengan angan-angan untuk jadi kaya seperti VVIP, mereka tanpa berfikir panjang terus melabur sama.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Strategi dan Sistem yang Rahsia dan Rumit

Ini antara perangkap yang paling ampuh. Biasanya ponzi akan pancing mangsa dengan emosi seperti impian melancong dan bina rumah idaman. Bila ditanya cara bisnes, mereka banyak berdalih dan mengelak dari bercerita di tempat awam seperti media sosial. Nak tahu? Kena masuk group WhatsApp, kena masuk kelas, kena masuk Telegram. Dia ingat di James Bond? Mat Bond? Penyelamat dunia?

Bila kita masuk ‘personal coaching’ mereka, mereka akan mula melemparkan pelbagai jargon dan perkataan-perkataan besar bagi menampakkan pelaburan mereka ini sangat wow. Compounding, blockchain, trade, exchange, dan ada pelbagain sistem dan pangkat yand boleh dicapai dalam sistem ini. Biasanya, mereka ada aplikasi ataupun laman web sendiri. Orang yang tak ada ilmu pembangunan laman web, akan mudah taksub dengan laman web ponzi. Walhal, laman web ponzi ini biasanya guna templat percuma saja. Laman web pun berat. Ada tu siap guna domain .xyz lagi dengan maklumat WHOIS yang entah apa-apa. Adalah mustahil untuk sebuah perniagaan berbilion ringgit menggunakan laman web dan server cap ayam. Ingat tu.

Dalam pelaburan, jangan semakkan kepala dan mudah termakan dengan sistem. Ingat asas utama perniagaan dan pelaburan. Apa yang dijual, apa yang dibeli dan mana aset yang dibeli. Aset mestilah berbentuk fizikal. Jika emas, mana emasnya? Jika tanah, mana tanahnya? Sijil dan gambar yang dicetak sendiri tak ada nilainya. Nak tahu ada nilai atau tidak? Cuba anda pajak ke bank sijil pelaburan anda, diterima atau tidak?

Masalah Dokumentasi dan Kesukaran Mendapatkan Wang

Paling akhir, bagaimana kita nak tahu skim ponzi itu sudah nazak dan sudah di hujung nyawa? Kita masuk ke point terakhir iaitu masalah dokumentasi dan kesukaran mengeluarkan wang. Apabila sudah ada masalah ini, maka beringatlah. Anda bakal TERSONTOT. Itu tandanya syarikat sudah mula bersedia untuk cabut lari membawa baki wang yang ada dalam tabung skim. Masa ini, pelabur-pelabur awal yang dah biasa bermain ponzi akan mula berdrama. Nak pencen, nak berehat, nak balik kampung, dah rasa cukup berjaya, nak hidup sederhana, ada tekanan perasaan dan sebagainya.

Masalah dokumentasi ni bila kita dah susah nak dapatkan rekod pelaburan kita. Kononnya sistem tengah maintenance, server tengah upgrade, ramai sangat orang buat pelaburan (taktik nak besarkan tabung scam sebelum cabut lari) dan macam-macam lagi alasan. Peliknya, bila kita nak tambah modal pelaburan, sistem tak jem pula? Masa ni syarikat akan kata jangan risau, pelaburan baru tetap akan ada rekod cuma lambat sikit. Siapa yang nak tambah modal, kena cepat-cepat sebab makin ramai orang masuk skim sampai server jem. Jangan lepaskan peluang kononnya.

Bila dah ada masalah dokumentasi, maka bermulalah episod susah nak keluarkan duit dari skim. Kena tunggu 3 hari, kemudian tunggu 7 hari, kemudian tunggu 14 hari dan tunggu sampai abang jamil tidak hidup. Para pentaksub dan orang atas akan mula buat propaganda supaya sabar dan jangan risau kerana jumlah duit dalam akaun skim masih ada dan tak berubah. Ayat-ayat biasa yang paling popular dalam skim ponzi Malaysia fasa hujung seperti “kita boleh sabar bertahun-tahun tunggu keuntungan, tak kan tunggu seminggu dua tak boleh?”. Lagi best, “syarikat kena akur dengan perintah BNM. Buat masa ni bursa ada masalah”. Tak pasal-pasal BNM dan bursa kena fitnah. Dia ingat bursa tu macam drive-thru McD ke ada buka tutup sampai berminggu-minggu?

Ada juga skim yang lebih berani dan mengambil risiko dengan menggantikan nilai duit kepada benda lain seperti koin, bintang, mata ganjaran, matawang kripto dan sebagainya dengan alasan penambahbaikan sistem baru. Sudahlah duit tak dapat keluar, digantikan pula dengan barang sampah yang tak ada nilai pun di dunia sebenar. Awak ingat koin tu boleh buat bayar beras di Mydin ke? Baik lagi eMadani, boleh juga buat beli makanan. Ada juga ponzi yang meminta anda membayar jumlah tambahan jika ingin keluarkan duit pelaburan. Sudahlah duit kena pegang, nak ambil semula kena bayar lagi?

Kenapa masalah ini terjadi? Biasanya sebab skim ponzi ini sudah mula popular dan dapat perhatian pihak berkuasa dan pakar-pakar kewangan dan penipuan di media sosial. Apabila banyak kritikan dan amaran dikeluarkan, persepsi dan pengikut tegar skim akan goyah. Pelabur baru akan berhenti dan ini akan meruntuhkan sistem ponzi yang pada asasnya hanyalah sebuah skim piramid. Orang baru akan bayar duit kepada orang lama. Apabila tiada lagi orang baru, maka tiadalah bayaran kepada ahli lama. Sebab itulah segala pengiklanan skim mereka dibuat secara rahsia dengan sistem yang sangat kompleks. Untuk melengahkan masa daripada dikesan oleh pihak berkuasa dan pakar-pakar kewangan untuk mengkaji skim mereka.

Jadi, sentiasalah ikuti agensi kewangan dan media sosial pakar kewangan yang banyak memerangi jenayah scam ini bagi mengenalpasti sebarang skim ponzi yang baru. Akhir tulisan, ingatlah dialog paling lagenda ketua peleburan Malaysia,

“Nama pun pelaburan, mesti ada untung rugi! Tak nak rugi, masuklah ASB! Aku tak paksa korang masuk dulu!”

Rujukan berguna:

  1. Ponzi Scheme
  2. Arbitrage

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

PD Proxy: Sebuah Relik Masa Lalu Untuk “Internet Unlimited”

0

Zaman Nakal Sudah Berlalu. Sekarang Yang Tinggal Hanyalah Halal.

Semalam Abam Arya tunjuk khazanah lama Ultrasurf. Jadi, hari ni saya pun nak tunjuk juga khazanah lama saya masa zaman kolej dulu. Masuk makmal, buka IDM portable dan tinggal. Esok pagi, siap download. Inilah, PD-Proxy. Gunanya adalah untuk unblock website dan laman torrent supaya kita boleh muat turun fail daripada laman tadi.

PD-Proxy, dulu guna dekat komputer makmal sebab nak download fail besar.

 

Ultrasurf pun ada juga. Tapi biasa banyak kolej block UltraSurf.

Selain PD-Proxy dulu, ada juga UltraSurf. Tapi dulu kami semua tak suka UltraSurf sebab UltraSurf ni kena install dulu di PC. Senang kantoi. Lagi pula, entah kenapa, PC kalau install UltraSurf ni dia akan mula jadi bengong-bengong sikit. Kalau dah mula jadi masalah tu, pensyarah dan penjaga makmal mulalah bising-bising dan format terus PC. Habis hilang fail yang dah download. Haha.

Walaupun masa tu orang tak tahu lagi UltraSurf adalah malware, tapi memang saya dan admin AtotheP dah syak yang UltraSurf ni ada something wrong somewhere. Sebab kalau guna UltraSurf, kuota broadband cepat saja habis walau tak download apa-apa. Macam dia guna banyak data dalam background. Maka, terputus lah cinta saya terhadap UltraSurf.

PD-Proxy ni best sebab dia boleh beroperasi secara portable. Simpan saja dalam pendrive, dan copy ke PC bila nak guna. Sama juga dengan IDM, simpan saja versi portable. Lepas siap download, delete lah fail PD-Proxy dan IDM portable tadi. Siap. Kalau nak install, biasanya tak lepas sebab admin akan sekat kebolehan untuk install software baru.

Zaman-zaman masuk makmal komputer malam-malam banyak betul kisah dan kejadian suka dan duka. Kena kejar dengan pak gad, tangkap orang bercengkerama, jumpa hantu, jatuh tangga tergolek sebab gelap, tingkap terkopak sebab salah pijak, banyak lagi lah. Tapi itu dulu lah…zaman jahiliyah dulu. Huhuhuhu….

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Filem Home for Rent (2023)

0

Berbulan juga rasanya dah tak menulis. Terasa kekok sedikit. Cuma kali ni terasa nak berkongsi tentang sebuah filem seram Thailand yang boleh dikatakan agak mantap dari segi penceritaannya.

Filem itu bertajuk Home for Rent.

Kebiasaannya filem seram melibatkan rumah, ia pasti akan mula menceritakan tentang keadaan rumah yang sudah sedia didiami makhluk halus lalu menghantui rumah tersebut.

Tetapi berbeza dengan Home for Rent, yang dikatakan telah digarap berdasar kepada kisah benar.

Filem ini berdurasi lebih daripada 2 jam, dan plot-plot cerita yang diarahkan adalah amat baik. Ia tidak sama sekali mempunyai gaya penceritaan perlahan atau ‘slow burn’, tetapi dikupas sedikit demi sedikit.

Apa yang paling menghibur, ialah bagaimana secara satu persatu perkara sebenar yang telah berlaku dihurai dan diperjelas melalui sudut pandang watak-watak penting.

Plot twist bukan hanya ada satu, bahkan ada di beberapa bahagian dalam filem. Pengakhiran filem ini ialah antara sesuatu yang boleh menyebabkan sesiapa saja bergelar ibu-bapa boleh mengalirkan air mata.

Maaf, bukan nak kongsi spoiler, tetapi hanya ingin memberi makluman awal. Sediakan tisu sebelum menangis.

Ia boleh distrim di Netflix: Home for Rent

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Guru Kantoi Menciplak Hasil Inovasi Orang Lain dan Menang Anugerah?

0

Saya tertarik dengan isu yang baru tular semalam. Menurut pengadu, projek inovasi tahun 2023 yang menang anugerah ini sebenarnya telah menciplak ideanya pada tahun 2020.
Dalam hantaran sama, pengadu mengaku bahawa kit warna dalam kit asal dan kit “ciplak” sebenarnya memang sudah dijual lama dalam Shopee dan pasaran antarabangsa. Bagi mengukuhkan dakwaannya, beliau menunjukkan surat pendaftaran MyIPO bagi projek asalnya di tahun 2020 dahulu.

Sebagai “orang inovasi”, ataupun orang yang selalu “dipaksarela” sertai inovasi, saya terpanggil jugalah untuk memberi sepatah dua kata. 😂

  1. Daftar MyIPO bukanlah daftar paten. Ia hanyalah sebagai daftar atau “cop tempat” bagi sebuah milikan atau tanda dagang. Bayaran hanya sekali saja semasa pendaftaran dan boleh dibuat online. Hanya perlu sediakan dokumen sedikit bagi membuktikan kita “memiliki” nama yang ingin didaftar.
  2. Jika ingin melindungi keseluruhan produk anda daripada ditiru atau dijual, anda perlu mendaftar Harta Intelek dan membuat permohonan paten. Prosesnya lebih rumit dan perlu lebih banyak bukti bahawasanya andalah yang mencipta produk anda. Pendaftaran perlu dibuat by-hand atau berdepan di pejabat pendaftaran. Mungkin perlu buat sedikit pembentangan jika diminta.

Perlu sediakan blueprint dalam cakera untuk diserahkan kepada pendaftar harta intelek. Jika lulus, barulah produk anda dilindungi dan anda berhak penuh ke atas produk anda. Kalau ada orang tiru, boleh pasang peguam dan dakwa di mahkamah atas pelanggaran paten.

Dalam kes ini, saya tengok hanya gambar saja yang sama dengan kit asal. Susuan petak berbeza. Walau ideanya sama, tapi ada penambahbaikan. Produk baru hadir dalam kotak yang lebih kemas dan nampak komersial. Produk asal nampak lebih seperti alat bantu mengajar di dalam kelas. Kit asal nampak ringkas dan hanya mempunyai 3 petak warna. Kit baru nampak lebih tersusun dan mempunyai 6 petak warna. Walau sakit hati, sudah jelas ada inovasi.

Tambahan lagi, idea ini saya dah lama nampak dalam laman kraf seperti Etsy dan Pinterest. Bukanlah benda yang baru dan original. Kit warna tu pun memang dah meluas dijual pun sebelum ini. Melainkan penulis boleh membuktikan gambar itu pun beliau yang lukis sendiri, barulah kuat sedikit untuk membuat saman plagiat. Tapi, saya tengok produk baru ini sudahpun ada daftar Harta Intelek. Makanya, boleh kata kalau saman pun mungkin auto kalah sebab pengadu asal tiada daftar paten, hanya daftar nama di MyIPO.

Perlu faham apa itu inovasi dan apa itu rekacipta. Walaupun ubah sedikit, sudah menjadi inovasi. Samalah macam Apple dan Android. Walau fungsi asalnya di Android, tapi Apple tiru dan buat lebih baik. INOVASI.

Sebab tu lah saya rasa pertandingan inovasi kerajaan ni buang masa. Kita masuk hanya sebab dipaksa. Setiap tahun perlu buat produk baru. Dengan kerja hakiki tak siap, anda ingat kami ada masa nak buat kajian, uji cuba dan masuk bengkel? Akhirnya, google dan beli saja produk sedia ada. Buat dokumentasi, ubah sana, ubah sini sikit. Tahun depan ulang benda sama untuk produk lain dan pertandingan lain. Tambah pula sekarang zaman Canva, lagilah senang bab “ubah-mengubah” ni. Klik-klik saja dah siap.

Kenapa staf kerajaan selalu tak ada di pejabat? Kadang-kadang tu sebab terlibat dengan benda ni lah. Buang masa dan tak mencapai matlamat pertandingan pun.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Pengurusan Kerajaan Malaysia Payah Nak Maju?

0

Saya tak pandai nak berdebat atau buat esei panjang-panjang macam ahli politik. Jadi saya akan cerita saja apa yang berlaku, apa yang diceritakan kepada saya, dan apa yang saya lihat sendiri sepanjang berkhidmat 10 tahun dalam bidang kerajaan. Bukanlah nak kata saya ni bekerja dengan penuh sempurna dan hebat. Tapi marilah kita semua ambil iktibar dan berazam untuk jadi lebih baik.

Bagi saya, perancangan kerajaan semuanya baik belaka. Tambah-tambah lagi kalau melibatkan pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan. Setiap keputusan yang ingin dibuat dan diluluskan, akan melalui proses dan perbincangan yang panjang di banyak peringkat. Bila sudah diluluskan dan ingin dilaksana, semua peringkat pegawai akan dipanggil dan akan diberi kursus dan latihan dengan sistem baru.

Bila bab kursus ni, macam biasalah. Kalau anda pegawai, kursus lah tempat best. KLCC, Genting, PWTC, dan macam-macam lagi. Yang peringkat pelaksana ni, kalau dapat kursus di luar pejabat pun dah kira untung. Biasanya online Google Meet atau Zoom saja. Pendek kata, latihan dan penerangan sistem baru akan diberi secara menyeluruh sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan kepada rakyat jelata.

Apa yang menjadi masalah? Bila buat kursus tempat best, para pegawai akan masuk kursus dan tandatangan. Lepas tandatangan kehadiran, maka bergerombolanlah keluar bersiar-siar. “Tak apa, nanti kita tanya mereka yang masuk kursus.” Habis kursus, nak tanya pun tak boleh sebab tak kenal dan tak ada contact orang lain yang masuk berkursus. Maka baliklah dia ke tempat asal dan teruskan saja cara lama walaupun kerajaan sudahpun laksanakan sistem baru.

Begitu juga dengan kursus online. Ada yang berdedikasi, tapi ada juga yang sekadar log masuk dan tidak mendengar pun penerangan kursus. Sekadar ambil kehadiran. Bila tak dengar, macam mana nak faham? Habis sesi online, kembali bekerja dengan cara lama.

Sebab tu lah, bila ada benda baru dalam kerajaan kita boleh dengar menteri bercakap dengan sangat hebat. Tapi bila turun ke lapangan, rakyat tidak merasai pun ‘kehebatan’ tersebut. Apa yang menteri sebut dan apa yang berlaku, tak sama. Ya, kelemahan kerajaan seperti pengabaian infrastruktur dan keluhan golongan pelaksana juga menjadi penyumbang utama pembaharuan-pembaharuan agresif kerajaan gagal dilaksanakan. Tapi, anda tak boleh nafikan yang masalah ‘ponteng kelas’ ini juga turut menyumbang.

Tak kan lah nak semak roadtax dalam sistem pun sampai kena bersidai tepi jalan 2 jam kan? Kalah orang seludup beras kena tahan lama-lama. Menteri kata penguatkuasa boleh semak dalam sistem mereka, tapi bila kena tahan penguatkuasa suruh print letak dalam kereta.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Redmi 13C: Hiburan yang menakjubkan dan pengalaman kreatif yang memberi inspirasi

0

Kuala Lumpur, MALAYSIA 16 November 2023 – Xiaomi hari ini mengumumkan Redmi 13C serba baharu, menawarkan pengalaman hiburan dan fotografi yang luar biasa untuk memenuhi keperluan kreatif Gen Z, bermula pada RM 499.

Mempunyai profil 8.09mm yang sangat nipis , reka bentuk bingkai rata yang bergaya dan penampilan bergaya dengan warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi: Midnight Black, Navy Blue, Clover Green, Glacier White. Redmi 13C menampilkan paparan 6.74” yang mengagumkan dengan kadar segar semula 90Hz 2 , memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan. Peranti ini mengutamakan keselesaan menonton dengan paparan LCD, menampilkan pemalapan DC dan pensijilan TÜV untuk teknologi Cahaya Biru Rendah dan Tanpa Flicker, meminimumkan keletihan mata.

Redmi 13C memperkasakan pengalaman fotografi anda untuk memenuhi semua keperluan media sosial anda dengan peningkatan perkakasan dan perisian yang mengagumkan. Ia menampilkan kamera tiga kali ganda 50MP yang dipertingkatkan dan kamera hadapan 8MP yang dinaik taraf yang bukan sahaja memastikan potret dan swafoto yang sempurna walaupun dalam keadaan cahaya malap tetapi juga memberikan 34.9% peningkatan yang luar biasa dalam kelajuan tangkapan semasa menggunakan mod malam, untuk kedua-dua tangkapan cahaya malap dan video. menangkap. 3 Selain itu, Redmi 13C menawarkan 10 penapis kamera filem dan pilihan bingkai filem, memberikan pengguna kemungkinan visual kreatif yang lebih luas.

Dilengkapi dengan pemproses okta-teras MediaTek Helio yang berkuasa dan dioptimumkan dengan sistem pengendalian MIUI 14, Redmi 13C memberikan prestasi selicin sutera yang ideal untuk permainan dan tontonan video sambil menyokong sehingga 1TB storan boleh dikembangkan. Penyelesaian memori baharu yang inovatif malah menawarkan sehingga 8GB RAM sebagai tambahan kepada 8GB RAM sambungan memori, untuk jumlah sehingga 16GB. 4 Bateri 5000 mAh (taip) yang besar juga memastikan penggunaan berprestasi tinggi yang tahan lama dan menampilkan port USB Type-C yang dinaik taraf yang menyokong pengecasan pantas 18W PD untuk memastikan anda sentiasa dalam perjalanan. 5

Redmi 13C didatangkan dalam varian storan 6GB+128GB pada harga RM499. Redmi 13C akan tersedia di semua kedai Xiaomi Sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia dan di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee .

Ikuti perkembangan terkini dengan promosi, berita dan pengumuman produk terkini di Halaman Facebook Xiaomi Malaysia .

 

Muat turun bahan akhbar Redmi 13C di sini .

———————————————————————————————– 

1 Data diuji dalam Makmal Xiaomi.

2 Kadar penyegaran boleh dilaraskan kepada sehingga 90Hz untuk apl yang disokong.

3 Data diuji dalam Makmal Xiaomi.

4 Sambungan Memori hanya tersedia apabila terdapat ruang storan yang mencukupi pada peranti anda. Lanjutan kapasiti storan RAM berbeza-beza mengikut model yang berbeza.

5 Redmi 13C menyediakan dua varian merentasi wilayah yang berbeza (satu dengan penyesuai kuasa dan satu tanpa). Penyesuai kuasa yang menyokong pengecasan 18W dijual secara berasingan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

PRISM+ Melancarkan Outlet Kelima di Malaysia di Setia City Mall

0

Kuala Lumpur, 16 November 2023 – Jenama elektronik pengguna PRISM+ melancarkan cawangan fizikalnya yang kelima minggu ini di Setia City Mall, pada 18 November 2023. Terletak di L1-137, jenama itu akan meraikan pelancaran dengan tawaran eksklusif untuk beberapa pilihan paling popular, dengan diskaun dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,719 sementara stok masih ada.

Langkah untuk melancarkan cawangan terbaharunya datang selepas tahun yang berjaya untuk jenama itu kerana ia terus mencipta impak kepada pasaran Malaysia. Jenama itu secara konsisten mengungguli kategori jualan pada platform e-dagang utama tahun lalu, yang terbaru dianugerahkan anugerah terlaris untuk TV serta Monitor di Lazada semasa jualan Hari Bujang 11.11. Secara tradisinya, hari jualan terbesar tahun ini untuk kebanyakan jenama pengguna di rantau ini, pertumbuhan PRISM+ dalam pasaran dicerminkan pada prestasinya untuk jualan 11.11 Singles Day – dengan jenama itu merekodkan pertumbuhan hasil tahun ke tahun melebihi 40%.

Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, memperluaskan pelancaran kedai terbaharu itu dengan berkata, “Pada awal tahun ini, kami bercakap tentang komitmen kami untuk mengembangkan kehadiran kami di Malaysia, dan pelancaran kedai fizikal kelima kami dalam masa kurang setahun menggariskan perkara ini. Pasaran telah menerima kami dengan sangat baik sejak pelancaran kami, dan sudah pasti ada tempat untuk kami di Malaysia, memandangkan permintaan kukuh untuk peralatan rumah berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.”

Setia City Mall: Ciri Tawaran Pelancaran Besar

Untuk meraikan pelancaran kedai runcit baharu itu, jenama itu akan menjalankan promosi eksklusif pada pembukaan besarnya pada hari Sabtu, 18 November 2023 jam 10 pagi. Semua item promosi pada hari pelancaran adalah sementara stok masih ada:

  • Q55-QE 4K Android TV pada harga RM1,499 dengan hadiah PERCUMA Papan Kekunci Wayarles Logitech K400 Bernilai RM129
  • Q75 Ultra 4K QLED Google TV pada harga RM4,299 dengan hadiah PERCUMA Ripple Soundbar Bernilai RM1,599
  • X340 PRO 165Hz 34” Ultrawide Gaming Monitor pada harga RM1,599 dengan hadiah PERCUMA G304 (Bernilai Rm149) dan Elevate X1 stand (bernilai RM299)
  • F240N 165Hz 24” Flat Gaming Monitor pada harga RM599

Peminat Logitech G juga akan mendapat manfaat daripada diskaun tambahan 15% untuk semua harga promosi ( Maksimum satu papan kekunci, satu tetikus dan satu set kepala bagi setiap pelanggan. Sementara stok masih ada ).

Gaya Hidup Memenuhi Inovasi: Setia City Mall

Terletak di tengah-tengah Setia Alam, Setia City Mall berdiri sebagai mercu tanda inovasi dan gaya hidup, di mana teknologi termaju memenuhi intipati kehidupan moden yang bertenaga. Sebagai destinasi membeli-belah utama, Setia City Mall menggabungkan inovasi dengan lancar dengan pelbagai tawaran runcit, mewujudkan ruang unik di mana keluarga, peminat teknologi dan penggemar fesyen berkumpul.

Pada pelancaran, pelanggan akan dapat merasai secara fizikal semua produk popular PRISM+, termasuk siri TV Google Ultra mampu milik Siri Q 4K QLED terbaharu yang dilancarkan baru-baru ini di pasaran Malaysia – dan sejak itu telah menjadi model TV terlaris 11.11 Hari Bujang Lazada. . Peningkatan kehadiran fizikal jenama itu adalah sejajar dengan rancangannya untuk melancarkan barisan peralatan rumah pintarnya, yang diusiknya pada awal tahun ini.

Sebagai tambahan kepada produknya sendiri, outlet itu juga akan menawarkan rangkaian luas peralatan permainan Logitech G yang terkini – termasuk tetikus, papan kekunci dan set kepala, melengkapkan rangkaian monitor permainan mampu miliknya sendiri untuk menjadi kedai sehenti untuk hiburan.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Aktif dengan Xiaomi Watch 2 Pro pada 11.11 ini

0

Kuala Lumpur, MALAYSIA 9 November 2023 – Xiaomi mengumumkan tambahan terbaharunya kepada peranti boleh pakai pintar mereka, Xiaomi Watch 2 Pro di Malaysia. Xiaomi Watch 2 Pro boleh didapati dengan harga RM999 mulai November dan seterusnya. Selain itu, Xiaomi juga telah mengumumkan Jualan Mega Xiaomi 11.11 untuk semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan telefon pintar Xiaomi kegemaran mereka dan produk AIoT pintar yang lain.

Xiaomi Watch 2 Pro kini boleh didapati di Malaysia

Xiaomi mengalu-alukan Xiaomi Watch 2 Pro yang meningkatkan cara hidup pengguna yang lebih bijak berkat kehebatan teknologinya yang inovatif. Dilengkapi dengan Wear OS by Google, Xiaomi Watch 2 Pro memperkasakan pengguna untuk menyesuaikan pengalaman jam tangan pintar mereka mengikut keutamaan unik dan keperluan produktiviti mereka. Dengan kapasiti bateri 495mAh, Xiaomi Watch 2 Pro menawarkan penyelesaian yang lancar untuk pengguna yang mencari keupayaan pengesanan kesihatan dan kecergasan yang komprehensif sambil kekal berhubung dan bermaklumat. Dengan lebih 150 mod sukan, Xiaomi Watch 2 Pro menyediakan analisis senaman dan statistik prestasi terperinci.

Peranti ini tersedia dengan kulit mewah atau tali fluororubber yang teguh; pengguna boleh memilih yang terbaik untuk melengkapkan gaya hidup mereka. Paparan AMOLED 1.43″ resolusi tinggi memastikan muka jam adalah terang, jelas dan mudah dibaca untuk menyemak mesej dan aplikasi dengan mudah. Akhirnya, tali boleh tanggal dalam pelbagai warna juga tersedia, membolehkan pengguna meneroka gaya mereka melalui satu lagi lapisan penyesuaian dan pilihan.

Mulai 11 November, Xiaomi Watch 2 Pro akan tersedia di semua kedai Xiaomi Sah di Malaysia dan dalam talian di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Xiaomi Watch 2 Pro boleh didapati pada harga istimewa hanya RM 999 (RRP: RM 1,199) semasa Jualan Mega Xiaomi 11.11, sementara stok masih ada.

Jualan Xiaomi 11.11 Mega

Xiaomi juga telah mengumumkan promosi terbaharunya di seluruh telefon pintar Xiaomi kegemaran peminat dan produk AIoT pintar di Malaysia pada 11 November. Untuk sehari sahaja, pembeli boleh menikmati pelbagai produk dan peranti pada harga yang memukau termasuk untuk Xiaomi Watch 2 Pro yang dilancarkan baru-baru ini .

Jangan lepaskan promosi 11.11, tersedia dalam talian di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee , sementara stok masih ada.

Tawaran 11.11

ProdukHarga Biasa (RM)Promosi 11.11 (RM)
Telefon Pintar
Xiaomi 13T Pro (12GB+512GB)2,6992,699
Xiaomi 13T Pro (16GB+1TB)3,4993,499
Xiaomi 12 Lite (8GB+128GB)1,699999
Xiaomi 12 Lite (8GB+256GB)1,8991,099
Redmi Note 12 (6GB+128GB)699629
Redmi Note 12 (8GB+128GB)799699
Redmi Note 12 (8GB+256GB)899799
Redmi Note 12S (8GB+256GB)999799
AIoT Pintar
Xiaomi Pad 6 (8GB+128GB)1,3991,299
Pen Gel Berkapasiti Tinggi Mi (10 Pek)179.9
Kabel USB Jenis-C Mi Jalinan 100cm249.9
Xiaomi Smart Band 8199159
Xiaomi Smart Band 8 aktif12989
Xiaomi Watch 2 Pro1,199999
Redmi Watch 3 Aktif179129
Xiaomi Smart Band 7 Pro299249
Redmi Band 214999
Jam Tangan POCO299189
Jam Tangan Xiaomi S1899509
Redmi Watch 2 Lite249159
Fon Kepala Dalam Telinga Mi Asas399.9
Redmi Buds 3 Pro299109
Redmi Buds 4 Pro369259
Redmi Buds 4239159
Redmi Buds 4 lite13969
Redmi Buds 4 Aktif (Hitam)11959
Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih Xiaomi (16W)199139
Pembersih Vakum Xiaomi Mini17999
Robot Vakum Xiaomi X10+3,7992,399
Vakum Robot Xiaomi E10899539
Vakum Robot Xiaomi S101,299719
Vakum Robot Xiaomi S10+2,099999
Sarung Berus Robot Vakum Xiaomi X10+/S10+4539
Monitor Permainan Melengkung 34” Xiaomi1,9991,459
Xiaomi TV A 32”849599
Xiaomi TV A 43” FHD1,199899
Xiaomi TV A 55”1,9991,399
Xiaomi TV A Pro 43”1,3991,199
Xiaomi TV A Pro 55”2,1991,799
Xiaomi TV A Pro 65”2,6992,299
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact459269
Penapis Udara Pintar Xiaomi 4799599
Penapis Udara Pintar Xiaomi 4 Pro1,059809
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite599419
Kamera Pintar Xiaomi C20014999
Kamera Pintar Xiaomi C300199119
Kamera Xiaomi 2K (Lekapan Magnet)11989
Kamera Luaran Xiaomi AW200149119
Xiaomi 33W Power Pocket Pro (Gading)199129
Xiaomi 33W Power Pocket Pro (Biru)199129
10000mAh Redmi Power Bank Hitam7959
10000mAh Mi Power Bank 3 Ultra Compact11989
Kombo Pengecasan Xiaomi 67W (Jenis-A)9959
Kombo Pengecasan Xiaomi 33W (Jenis-A)6939
Lampu sisi katil Xiaomi 2199169
Robot Memasak Pintar Xiaomi4,5992,999
Penggoreng Udara Pintar Xiaomi 3.5L359259
Skala Komposisi Badan Xiaomi 211979
Kipas Mini Boleh Dicas semula Xiaomi119109
Kipas Menara Pintar Xiaomi439369
Pengisar Pintar Xiaomi419369
Stick TV Xiaomi179139
Xiaomi TV Stick 4K219199
Pengering Rambut Xiaomi Ionic H300169109
Loceng Pintu Pintar Xiaomi 3359209
10,000mAh Redmi Power Bank Hitam7959
Xiaomi 50W Power Bank 20000259179
Xiaomi 33W 10000mAh Pocket Edition Pro (Biru)159139
Penyumpan Makanan Haiwan Pintar Xiaomi459369
Set 1S Pencetak Foto Segera Xiaomi619529

 

Ikuti perkembangan terkini dengan promosi, berita dan pengumuman produk terkini di Halaman Facebook Xiaomi Malaysia .

Untuk imej promosi 11.11, sila dapatkannya di sini .

Muat turun bahan akhbar Xiaomi Watch 2 Pro di sini .

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

ZoogVPN: Dapatkah Ia Menggantikan Surfshark Dan VPN Terkenal Lain?

0

ZoogVPN: Sebagus Mana Perkhidmatan Ini Berbanding Pesaing? Mari Kita Teliti Bersama

Saya sudah sekian lama menulis dan mengulas perkhidmatan VPN sebagai satu bentuk karier. Boleh dikatakan VPN ‘major’ yang sering disebut dalam laman web luar negara seperti ExpressVPN, NordVPN, dan Surfshark, kesemuanya sudah pun saya cuba dan gunakan.

Kini, tibalah masa untuk saya memperkenalkan perkhidmatan yang terbaru – mungkin bukan baru untuk seluruh dunia, tetapi baru untuk diri saya sendiri. ZoogVPN, sebuah perkhidmatan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013. Saya pun tidak pasti mengapakah hanya baru tahun ini saya mendengar namanya, walaupun sudah sekian lama ia wujud. Apa pun, saya rasa berbesar hati untuk mencuba dan mengulas serba sedikit mengenainya.

Mari kita lihat bagaimana rupa paparan antara muka pengguna aplikasi ZoogVPN dalam Windows 11:

Di bawah pula ialah paparan antara muka pengguna dalam peranti Android:

Oh ya, sempat juga saya menyemak harga langganan untuk plan-plan yang ada:

Sesi Pengujian Bermula

Untuk pengetahun anda, saya menguji aplikasi ini dalam rangkaian pejabat, yang sememangnya diketahui menggunakan firewall ‘keras’ lagi sukar untuk ditembusi.

Oleh itu, bab kelajuan menjadi fokus nombor dua. Fokus utama ialah untuk melepasi sekatan terlebih dahulu.

Maka saya pun mencuba protokol sambungan yang ada, satu demi satu. Dari WireGuard hinggalah kepada OpenVPN TCP, tiada satu protokol pun yang mampu melepasi sekatan, hinggalah saya mencuba protokol SHADOW.

Protokol ini yang saya syak sebagai Anti-DPI, ialah sejenis sambungan proprietary oleh ZoogVPN yang dipanggil sebagai ZoogShadowing.

Ciri ZoogShadowing direka untuk memintas sekatan dengan mengubah cara rupa trafik VPN. Para pembangun telah menghapuskan semua penanda, protokol dan ‘tandatangan’ (signatures) yang terkenal untuk menjadikan trafik VPN kelihatan seperti trafik HTTPS harian.

Setelah saya mencuba protokol Shadow, akhirnya dapat juga ia bersambung ke pelayan dengan jayanya.

Seperti biasa, saya mesti menguji adakah ia akan membocorkan alamat IP asli setelah berjaya disambungkan ke pelayan.

Apabila ujian lanjutan (Extended Test) dipilih, jelaslah walaupun terdapat banyak DNS digunakan, tiada satu pun alamat IP yang asal terdedah kepada ‘orang luar’. Ini bererti ZoogVPN sudah melepasi isu kebocoran alamat IP.

Ini pula ialah kelajuan WiFi di pejabat.

Jangan ketawakan kelajuannya ya. Biasa-biasa saja.

Kemudian, apabila ia telah disambungkan ke pelayan ZoogVPN dengan menggunakan protokol Shadow, saya cuba memuat turun fail dari laman web Codec Guide.

Hasilnya, bolehlah daripada tak dapat langsung, kan?

Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada anda, ujian dijalankan dalam rangkaian pejabat, dan bukan rangkaian internet di rumah. Maka keputusan untuk anda yang menggunakan perkhidmatan ini di rumah haruslah berbeza (tambahan lagi jika anda menggunakan protokol berbeza, contohnya WireGuard).

Saya masih belum sempat mencubanya di rumah sendiri. Tetapi kalau dapat cuba pun, kelajuan fiber buat masa ini masih lagi 30Mbps. Tunggulah, kalau ada rezeki dapat pakai kelajuan yang lebih tinggi lagi, barulah saya rasa sesuai untuk buat ujian perbezaan kelajuan sebelum dan selepas penggunaan.

Tips Untuk Pengguna Baru:

Seperti biasa, tidak sah jika saya tidak kongsikan tips sebelum menggunakan sesebuah perkhidmatan baharu.

Sama seperti Surfshark, ZoogVPN juga tiada had penggunaan peranti.

Jadi, jika anda ingin menjimatkan perbelanjaan, tetapi dalam masa yang sama ingin menggunakan plan yang lebih lama seperti setahun, atau dua tahun, anda boleh kumpulkan kawan-kawan lain yang berminat hendak melanggan secara bersama-sama.

Kumpul semuanya dalam satu kumpulan WhatsApp atau Telegram, dan mulakanlah aktiviti anda dari situ.

Mudah bukan untuk berjimat tetapi dalam masa yang sama menggunakan servis premium?

Buat anda yang ingin melanggan, anda boleh gunakan pautan berikut bagi mendapatkan diskaun:

>>> ZoogVPN

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Geniemeow realme Hadir dengan Diskaun Sehingga 60% dalam Jualan Mega 11.11

0

Kuala Lumpur, Malaysia, 7 November 2023 – realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, meraikan 11.11 #WishComeTrueDay yang ajaib dengan tawaran eksklusif di kedai Lazada dan Shopee rasminya mulai 11 November 2023. Sementara itu, Geniemeow realme juga akan kembali ke realme peminat keinginan mereka dengan membayar untuk membeli-belah realme mereka.

Dari 11 November hingga 13 November, pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga RM600 apabila mereka membeli peranti terpilih di kedai Lazada:

ProdukHarga PromoHarga asal
realme 10 Pro+ 5G (12GB + 256GB)RM1,199RM1,799
realme 10 Pro+ 5G (8GB + 128GB)RM1,099RM1,599
realme C55 (8GB + 256GB)RM669RM799
realme C33 (4GB + 128GB)RM419RM599
Pad realme (6GB + 128GB)RM849RM1,199
realme Watch 3 ProRM339RM429

 

Pelanggan juga boleh mendapat diskaun sehingga 60% melalui kedai Shopee dari 11 November hingga 14 November:

ProdukHarga PromoHarga asal
realme 10 Pro 5G (8GB + 256GB)RM909RM1,299
realme 10 (8GB + 256GB)RM727RM999
realme Pad Mini (3GB + 32GB, WIFI)RM510RM599
realme Watch 2 ProRM159RM299
TV Pintar realme (43-inci)RM799RM1,299

 

Alami ‘Kuasa Ajaib’ Geniemeow

Tambahan pula, peminat realme juga boleh merasai kuasa pemberian hajat ajaib Geniemeow. Mulai hari ini hingga 10 November, peminat realme digalakkan untuk berkongsi tangkapan skrin troli beli-belah Lazada dan Shopee mereka pada siaran Facebook realme dan melengkapkan beberapa langkah mudah untuk berpeluang merealisasikan hasrat mereka oleh Geniemeow.

halaman Facebook realme .

Views: 2

Iklan Newspaper Inline