Utama Blog Laman 29

HONOR X9b 5G hadir dengan storan 512GB pada harga RM1,699

0

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Berikutan kejayaan HONOR X9b 5G antara telefon pintar terlaris di Malaysia tahun lalu, HONOR kini melancarkan versi baharu dengan storan besar 512GB bagi memenuhi permintaan pengguna. Sebelum ini, HONOR X9b 5G dilancarkan dengan storan 256GB. Selain dikenali dengan storan besar, peranti ini juga mencuri tumpuan ramai kerana paparan yang ultra kukuh serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga tiga hari. 

Sebagai tambahan kepada storan 512GB, HONOR X9b 5G turut menawarkan RAM 20GB (fizikal 12GB dan RAM virtual 8GB). Teknologi UFS 3.1 yang lebih canggih dari generasi sebelumnya memastikan peranti ini berfungsi pada prestasi tinggi, seterusnya mengurangkan masalah lengah ketika memuat turun fail. Pengguna juga dapat menikmati sepenuhnya sambungan kependaman rendah 5G.

Peranti yang dinaik taraf ini boleh dibeli di laman web rasmi HONOR dan di kedai HONOR seluruh negara pada harga RM1,699. Peranti ini ditawarkan dalam warna jingga Sunrise Orange dan hitam Midnight Black. Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM759, termasuk HONOR Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.

Selain itu, varian 20GB RAM dengan storan 256GB kekal tersedia untuk pembelian pada harga diskaun RM1,399 di laman web HONOR untuk waktu terhad. Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM858 yang terdiri daripada HONOR Choice Earbuds X5, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari, dan sarung telefon. Ia tersedia dalam tiga warna Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black.

Bateri 5800mAh dengan Jangka Hayat 3 Hari Menerima Label ‘Gold’ DXOMARK 

HONOR X9b 5G terkenal dengan ketahanan 360 darjah dan adalah peranti pertama di dunia untuk menerima pensijilan Overall Drop Resistance bertaraf Lima Bintang daripada SGS. Baru-baru ini, peranti tersebut diiktiraf DXOMARK bagi kategori Bateri dengan mengumpul 156 mata dan berada di tempat kedua selepas HONOR Magic6 Pro. Kapasiti bateri 5800mAh peranti ini turut menerima label ‘Gold’ dan adalah yang terbesar dalam julatnya.

Kapasiti besar tersebut membolehkan bateri HONOR X9b 5G mampu bertahan sehingga 3 hari dengan penggunaan biasa. Dengan hanya sekali pengecasan, pengguna boleh menonton sehingga 19 jam main balik video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih atau 22 jam melayari media sosial. Mengenai ketahanan bateri, HONOR X9b 5G mampu mengekalkan 80% kapasiti walaupun melalui 1,000 kitaran pengecasan dan selepas tiga tahun digunakan.

Kamera Ultra Jelas 108MP 

Hadir dengan Kamera Ultra Jelas 108MP, HONOR X9b 5G mampu memberi hasil gambar yang sangat jelas. Sensor seluas 1/1.67 inci dan apertur f/1.75 membolehkan kamera menangkap lebih banyak cahaya untuk menghasilkan imej lebih terang dan jelas. Dengan teknologi Millisecond Capture pada peranti ini, pengguna dapat menangkap gambar menarik dengan lancar. 

Paparan Resolusi Tinggi 1.5K Menakjubkan 

Peranti ini mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci dengan 1.07 Bilion Warna, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan setinggi 1200nits. Ciri tersebut menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik. Penglihatan lebih selesa dengan ciri perlindungan mata Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik serta mempunyai Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk hiburan tanpa gangguan.

Prestasi Tiada Tandingan

HONOR X9b 5G dimuatkan dengan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 bersama Qualcomm® Kryo™ CPU dan Adreno™ GPU. Cipset tersebut meningkatkan kepantasan HONOR X9b sebanyak 40% untuk prestasi GPU yang lebih laju dan 35% peningkatan kecekapan CPU untuk pengalaman pengguna yang lancar dan responsive.

HONOR X9b 5G versi 20GB+512GB boleh didapati di Kedai HONOR, pengedar sah, termasuk syarikat penyedia telekomunikasi Yes dan Umobile menerusi pelan menarik, makanala Maxis akan bermula pada 15 April ini.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9b 5G, layari https://www.hihonor.com/my/ 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

HONOR Pad 9, tablet terbaik untuk berhibur dan kerja mula dijual seluruh negara pada 28 Mac

0

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Selepas dilancarkan bersama telefon pintar flagship baharu Siri Magic HONOR pada minggu lalu, HONOR Pad 9 boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai esok. Tablet terbaharu ini mempunyai reka bentuk menawan dan memberi pengalaman audiovisual menakjubkan. Ia adalah peranti terbaik untuk melakukan kerja dan berhibur. 

HONOR Pad 9 tersedia dalam dua warna menarik iaitu Space Gray dan Cyan Lake. Tablet ini didatangi dalam dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G. Model Wi-Fi ditawarkan pada harga RM1,499 dan akan mula dijual seluruh negara pada 28 Mac. 

Turut disertakan adalah hadiah percuma bernilai RM698, termasuk papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pen HONOR CHOICE Pencil. Dengan aksesori tersebut, HONOR Pad 9 pasti melancarkan tugasan pengguna sama ada untuk belajar, kerja atau menghasilkan seni. 

HONOR Pad 9 boleh dibeli di pelbagai platform seperti laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan juga pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic. 

Sementara itu, HONOR Pad 9 edisi 5G akan mula dijual pada 19 April ini. Berikut beberapa ciri menarik tentang tablet tersebut. 

Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci

Pengguna pasti terpesona dengan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci yang menakjubkan. HONOR Pad 9 mempunyai kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan adalah 88%, menghasilkan imej yang jelas dan terang. Menampilkan resolusi 2560×1600 piksel dan menyokong 1.07 bilion warna, tablet ini menjanjikan pengalaman visual menyeronokkan.

HONOR Pad 9 turut mengutamakan kesihatan mata dengan menyertakan ciri-ciri keselesaan mata Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Kini pengguna tidak perlu bimbang keletihan mata selepas menggunakan tablet ini untuk tempoh lama. Paparan peranti ini turut menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan yang meghasilkan warna lebih warm bagi tontonan lebih selesa.

Lapan Pembesar Suara Keliling

Tablet ini didatangi dengan lapan pembesar suara dengan dua di bahagian bawah peranti untuk menghasilkan audio 360 darjah bertenaga dan dinamik dari pelbagai arah untuk menghasilkan bunyi keliling yang sinematik.

Teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement menghasilkan bunyi yang sangat jelas, sesuai untuk membuat panggilan audio atau strim video.

Storan Besar 256GB

HONOR Pad 9 hadir dengan HONOR RAM Turbo 8GB yang boleh dipertingkatkan kepada 16GB dan mempunyai 256GB untuk menyimpan lebih banyak koleksi gambar, dokumen atau video. Pada masa sama, memberi prestasi melakukan pelbagai tugas dengan lancar.

Sambungan Sepantas Kilat

HONOR Pad 9 menawarkan dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G. Tablet ini menjanjikan penyambungan sepantas kilat bagi membolehkan muat turun yang lebih pantas dan penstriman lancar.

Dikuasakan oleh cipset mudah alih Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, HONOR Pad 9 dimuatkan bateri berkapasiti besar 8300mAh untuk kegunaan sepanjang hari.  Dengan sekali cas, HONOR Pad 9 mampu bertahan sehingga 11 jam penstriman video, 11 jam melayari media sosial atau 15 jam penstriman muzik. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 35W.

Produktiviti Tahap PC

Kebolehan HONOR Pad 9 dipertingkatkan dengan dua aksesori pintar iaitu papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard yang memberi pengalaman seperti menggunakan laptop. Papan kekunci tersebut mempunyai sudut lebar ergonomic untuk keselesaan. 

Manakala pen HONOR CHOICE Pencil memberikan ketepatan dan kelancaran dalam setiap seretan. Pen ini mempunyai aliran dakwat dan kepekaan tekanan responsif yang mencapai tahap 4096 yang mengagumkan, sekaligus melancarkan pengalaman menulis.

Pengalaman Pintar

HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman pengguna yang canggih dengan akses kepada ciri-ciri pintar dan diperibadikan. Antaranya ialah HONOR Connect yang menyelaraskan kerjasama antara peranti untuk perkongsian rangkaian yang lancar, panggilan, pemberitahuan dan mengakses aplikasi merentas tablet dan telefon pintar. Ciri ini menyokong kolaborasi multi skrin, memperkasakan pengguna untuk menggunakan sehingga empat aplikasi serentak dengan mudah di satu skrin. 

Keupayaan pintar ini digabungkan dengan ciri keselesaan mata, kecekapan dan paparan sinematik terbaik untuk mengimbangi kerja dan berhibur.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Pad 9, layari https://www.hihonor.com/my/

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

HONOR Magic6 Pro mula dijual di seluruh negara pada 28 March

0

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Telefon pintar flagship terbaharu Siri Magic HONOR yang dinanti-nantikan, HONOR Magic6 Pro mula dijual di seluruh negara esok. Selepas pelancaran pada minggu lalu, telefon pintar terkemuka dalam industri ini menjadi bualan hangat ramai kerana menawarkan inovasi terkini. Peranti ini berjaya mencapai lima rekod DXOMARK bagi kategori Kamera, Paparan, Audio, Swafoto dan Bateri. Malah, HONOR Magic6 Pro turut menerima lima Gold Label bagi kesemua kategori tersebut. 

HONOR Magic6 Pro hadir dengan 12GB RAM dan storan besar 512GB. Ia ditawarkan dalam warna hijau cair Epi Green dan hitam Black pada harga RM4,499. Dengan setiap pembelian, pelanggan akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM1,197 merangkumi HONOR Earbuds X6, Satu Tahun Jaminan Tambahan serta Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari.

Mulai 28 Mac, HONOR Magic6 Pro tersedia di pelbagai platform, termasuk laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic. 

HONOR turut menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan kini boleh membeli HONOR Magic6 Pro dengan bayaran serendah RM187 sebulan*.

*Berdasarkan pelan ansuran 24 bulan dan tersedia untuk bank terpilih. Sila semak dengan kedai berkaitan atau bank anda mengenai ketersediaan pelan ansuran.

Kamera Magis: Kamera Tele-falcon 180MP  

Tangkap gambar jarak jauh yang jelas dan terang dengan Kamera Tele-falcon 180MP, sekaligus menjadikan HONOR Magic6 Pro peranti terbaik untuk fotografi sukan. Ia turut didatangi Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP untuk menghasilkan gambar menawan.

Skrin Magis: Pelindung NanoCrystal HONOR, 10 kali ganda lebih rintangan jatuh 

Mengenai ketahanan pula, skrin HONOR Magic6 Pro sangat tahan lasak kerana diperbuat daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah 10 kali ganda lebih rintangan jatuh berbanding kaca biasa. Skrin ini turut menerima pensijilan Overall Glass Drop Resistance Ability lima bintang daripada SGS dalam pelbagai senario. 

Bateri Magis: Bateri Karbon Silikon 2.0 5600mAh

HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh yang mampu bertahan sepanjang hari. Ia turut disokong dengan pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mencapai bateri penuh dalam tempoh kurang daripada 40 minit. 

Pengalaman Magis: MagicOS 8.0 dan Magic Portal

Peranti ini dikuasakan dengan Android 14 dan cip mudah alih terbaharu Snapdragon 8 Gen 3, menjadikan HONOR Magic6 Pro telefon pintar berkuasa yang menyampaikan prestasi luar biasa dan kebolehan kecerdasan buatan (AI) untuk keterhubungan lancar. Menerusi sistem operasi MagicOS 8.0, seret, kongsi maklumat dan berhubung kini di hujung jari sahaja. Ciri Magic Portal menggunakan teknologi AI untuk memahami apa yang ingin dilakukan pengguna dan memudahkan tugas tersebut. 

Sebagai contoh, sekiranya pengguna menerima mesej mengenai alamat ke sesuatu lokasi, hanya perlu menekan lama pada teks tersebut dan menarik ke aplikasi pilihan dalam menu di kanan peranti. Selain itu, teks atau imej juga boleh diseret ke dalam emel atau memuatnaik di media sosial dengan mudah. Perkongsian kandungan kini lebih pantas dan cekap.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila layari

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Fon Kepala Mondo On-Ear Freestyle: Estetika Retro, Mekanika Moden!

0

Era 80an menjanjikan kepelbagaian produk berkualiti, terutama dalam niche audio. Setidaknya andai kualiti audionya tidak segah diharap hati, pasti sekali ia tahan lama – tidak seperti produk zaman kini yang baru dibeli sudah dikait waranti.

Tetapi sekarang bukan kita hendak mengungkit atau terlampau mengenang kisah lama zaman 80-90an. Artikel ini ingin membicarakan tentang satu produk terbaru oleh Mondo by Defunc iaitu Fon Kepala Mondo On-Ear Freestyle.

Melalui reka bentuk luaran, dapatlah kita mengenali kumpulan sasar bagi pembelinya, iaitu mereka yang rindu kepada rekaan lama, dalam masa yang sama masih inginkan kemodenan dari segi ciri lainnya.

Jika anda inginkan TL;DR, cukuplah sekadar saya katakan ini ialah cinta terbaru saya dalam dunia pendengaran muzik. Jika anda masih tegar mahu mengetahui secara keseluruhan ciri dan pelbagai lagi elemen menarik diketengahkan oleh fon kepala ini, ayuhlah kita teliti terlebih dahulu segmen buka kotaknya. Mari!

Berikut ialah foto-foto yang sempat saya ambil. Tataplah dengan nikmat, maklum saja bulan puasa (ketika artikel ini ditulis) kita tidak dapat menjamah, hanya dapat menatap sahaja makanan dengan penuh kesabaran.

Spesifikasi Teknikal (untuk membantu anda yang kebosanan tidur lebih pantas):

  • Bluetooth 5.3
  • USB-C untuk pengecasannya
  • Bateri berkapasiti 200mAh
  • Pemacu bersaiz 36mm
  • Mikrofon berkembar
  • Jangkaan hayat bateri: 22 jam
  • Waktu bercakap: 20 jam (telinga tak terbakar ke?)
  • Mikrofon dengan ciri ENC
  • Masa pengecasan: 1.5 jam
  • Kadar sensitiviti: 105 DBSL
  • Jarak frekuensi: 20Hz-20kHz
  • Penyahkodan HD

Apa ada dalam kotak?

1x fon kepala Mondo On-Ear Freestyle
1x Bag penyimpanan
1x Kabel pengecas USB-C
1x Set Ganti Bagi Span Telinga
1x Buku Manual Panduan Pengguna

Apa boleh saya katakan mengenai fon kepala ini?

Pertama sekali, saya ingin mengetengahkan seperkara, iaitu ‘HD Decode‘ atau ‘penyahkodan HD’ seperti yang dicatat pada laman web Mondo by Defunc. Untuk sesiapa yang tidak tahu, ‘decode‘ dimaksudkan ialah codec AAC. Tidak terdapat codec aptX setakat diuji cuba oleh saya. Apa pun, adakah kualiti audio dihasil oleh fon kepala ini tidak memuaskan?

Disinilah seperkara lagi yang mengejutkan terjadi kepada telinga saya yang tidak bersalah ini. Ia mula mendapati pelbagai jenis bunyi serta instrumen yang sebelum ini tidak terdengarkan. Bukan kerana saya pekak (boleh jadi juga), tetapi ia adalah kerana pemacu diguna pakai kali ini oleh Mondo Freestyle berjaya menghasilkan audio luar biasa enak.

Atas kerana itu, saya merasa agak aneh, apabila mendapati sangat kurang ulasan bagi produk ini. Pada saya ini tidaklah adil dek kerana pertamanya harga bagi Mondo Freestyle ini tidak begitu tinggi. Kedua dengan harga sebegini, anda memiliki sebuah fon kepala berkualiti premium. Jadi, bagaimanakah dapat digambar bunyi pemacu di telinga?

Begini – dum dum ceng. Dum dum ceng.

Ok, gurau.

Pada hemat telinga saya yang sudah sekian lama bergelumang bersama muzik metal ini, soundstage atau pentas bunyi kedengaran agak luas. Setelah memainkan lagu NSYNC – Tearin’ Up My Heart, saya merasakan walau ia tidaklah seakan berada secara langsung dalam konsert NSYNC, audio terhasil mampu membuat diri ingin bersedekah roti Gardenia di seluruh tadika dalam negeri Perak ini. Begitulah, hebat bukan?

Jika anda berminat hendak melayan senarai main lagu-lagu cinta yang ‘evergreen’, tak luput dek zaman dan tak lekang dek heatwave, di sini ada kesemuanya:

Jika anda ingin membaca ulasan lebih terperinci tentang audionya, saya tidak boleh menghalang kemahuan tersebut. Maka ini ialah sebahagian daripada apa yang saya dapati menerusi beberapa senarai main dan beberapa waktu hilang akal sementara dek kerana lagu-lagu dilayan membawa roh keluar berjalan-jalan dalam alam astral sebentar:

Pentas Bunyi Keseluruhan: Pentas bunyi merujuk kepada lebar dan kedalaman muzik yang dirasakan. Disebabkan reka bentuk pada telinga (on-ear), pentas bunyi Mondo Freestyle mungkin dianggap sempit atau tertutup berbanding fon kepala atas telinga. Ini boleh menjejaskan perasaan tenggelam dalam muzik. Pun begitu, jika jiwa sudah ke arah dunia muzikal, ini bukanlah halangan besar.

Bass: Lazat. Perlukah perkataan lebih panjang lagi? Barangkali talaan pemacu 36mm fon kepala ini sememangnya dihala ke arah kesedapan bass. Tiada apa yang tidak kena mengenai hal itu, cuma bagaimana pula dengan yang lain? Teruskan membaca. Mungkin anda akan berjumpa dengan apa dicari.

Mid (Pertengahan): Kedengaran agak baik, tidak terlalu tenggelam diakibatkan oleh talaan bass yang mantap seperti ditulis di atas.

Treble: Ketika mendengarkan lagu Sil Khannaz – Saktimuna, saya berpendapat mungkin bahagian ini sahaja ia tidak terlalu ‘lazat’ untuk santapan halwa telinga. Ya, lagu-lagu cinta 80an sudah boleh menjadi ‘makanan’ kepada Mondo Freestyle ini, namun bagi lagu-lagu metal, ia perlukan talaan lain. Untuk itu, aplikasi MONDO by defunc dimuat turun di Google Play Store.

Setelah membuat penalaan sendiri, barulah bunyi treble dapat didengarkan dengan lebih enak berbanding talaan lalai. Anda boleh lihat gambar-gambar berikut untuk paparan antaramuka pengguna aplikasi MONDO by defunc:

Kalau pun ada sesuatu tidak digemari, saya katakan ia hanya pada nilai estetik luaran yang apabila cuba diraba untuk diguna dalam kegelapan bilik tidur, maka agak sukarlah penggunaan kerana segalanya gelap belaka.

Kalau tidak percaya, lihatlah pada gambar di bawah ini. Agak sukar juga mencari di manakah kedudukan butang untuk menghidupkannya.

Konklusi:

Fon kepala Mondo On-Ear Freestyle ini adalah sebuah manifestasi rasa cinta dan rindu kepada nostalgia reka bentuk gajet sezaman Sony Walkman, manakala audionya pula ialah gabungan kepakaran moden jurutera bunyi masa kini.

Ia sesuai dijadikan sebagai peneman, sementelah saiznya yang agak kecil, beserta beratnya yang begitu ringan. Letakkan saja di leher, tidak akan terasa ia setia bersama. Bila hendak mendengarkan lagu, sarung terus di kepala, dan nikmati irama muzik di mana saja anda berada.

Sekiranya berminat, pembelian boleh dibuat di Shopee: Mondo On-Ear Freestyle Headphones

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Siri Garmin Run Asia 2024 Kembali oleh Permintaan Popular pada Oktober ini

0

Malaysia, 22 Mac 2024 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan pemulangan Siri Garmin Run Asia 2024 yang dinanti-nantikan akan berlangsung Oktober ini. Menerima tema ‘From Zero To Hero’, larian ini bertujuan untuk mencabar peserta pada satu lagi larian yang hebat dan menggembirakan yang akan mendorong mereka melepasi zon selesa dan menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang lebih aktif.

Kembali kukuh untuk tahun ketiga, Garmin Run Asia Series 2024 – Malaysia akan diadakan pada 27 Oktober 2024 di Dataran Putrajaya, bermula dari 5 pagi dan seterusnya. Kategori perlumbaan ialah 5km, 10km dan 21km, menampilkan hadiah menarik yang menanti peserta yang menang. Pendaftaran akan bermula dari 25 Mac 2024.

“Siri Garmin Run Asia ialah siri acara larian merentas benua yang merangkumi beberapa bandar di Asia termasuk Kuala Lumpur, Tokyo, Hong Kong, Bangkok, Jakarta, Manila, Ho Chi Minh, Singapura, Taipei. Dengan pengiktirafan di sembilan bandar Asia terkemuka, kami telah menyasarkan untuk mempromosikan budaya berlari, menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk hubungan yang pelbagai di Asia. Kami berbangga menyaksikan keghairahan yang semakin meningkat untuk berlari dan kekal aktif dalam komuniti setempat. Selaras dengan moto kami ‘Beat Yesterday’, kami memperkasakan individu untuk melebihi had mereka dengan setiap larian, tanpa mengira lokasi” kongsi En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Penggemar larian juga akan mendapat peluang menarik untuk berlari berdampingan dengan duta Garmin untuk siri luar, Alif Satar sambil menyertai larian untuk menceriakan rakan-rakan pelarinya.

“Ketika kami melangkah ke tahun ketiga Siri Garmin Run Asia di Malaysia, kami teruja dengan apa yang akan datang dan dengan Alif bersama kami, kami menjangkakan sambutan positif daripada para peserta. Tahun ini menjanjikan lebih besar, didorong oleh budaya berlari yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan semangat berterusan peminat Malaysia, kami meluaskan lagi jangkauan kami. Di samping larian fizikal kami di Dataran Putrajaya pada bulan Oktober, kami memulakan Larian Maya Garmin Asia pada bulan Ogos, menampilkan kategori 10km dan 21km dalam pendahuluan ke pusingan Malaysia Siri Garmin Run Asia. Semuanya bersedia untuk menjadi perjalanan yang menarik!” tambah Sheena Sim, Ketua Pasukan Pemasaran Garmin Malaysia.

Siri Garmin Run Asia 2024 – Malaysia akan dibuka untuk pendaftaran mulai 25 Mac 2024 kepada pemohon berumur 5 tahun ke atas bagi kategori 5km, 13 tahun ke atas bagi kategori 10km dan 18 tahun ke atas bagi kategori 21km. Peserta di bawah 17 tahun mesti ditemani oleh seorang dewasa berumur 18 tahun ke atas. Larian ini terbuka kepada peserta dari semua bangsa.

Yuran pendaftaran akan bermula dari RM50 untuk kategori 5km untuk jualan kilat 72 jam mulai 25 Mac dan berakhir pada 11:59 malam pada 27 Mac. Senarai penuh yuran pendaftaran di bawah:

KATEGORI JUALAN 72 JAM

25 – 27 MAC

SUPER EARLY BIRD

28 MAC – 3 APR

JUALAN EARLY BIRD

4 APRIL – 31 MEI

TIKET BIASA

1 JUN – 30 SEPT

5KM Terbuka RM50 RM60 RM70 RM75
10KM Terbuka/Veteran RM60 RM70 RM80 RM85
21KM

Terbuka/Veteran

RM80 RM90 RM100 RM105

Nota: Bayaran tidak termasuk Insurans Kemalangan Diri Kumpulan RM4/pax dan Yuran Penghantaran.

Pendaftaran Garmin Asia Virtual Run bermula pada 24 Julai dan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos untuk kedua-dua kategori 10km atau 21km. Penyertaan adalah percuma pada aplikasi Garmin Sports dan eksklusif kepada pengguna Garmin. Butiran lanjut akan diberikan kemudian.

Tahun lepas, Garmin Run Asia 2023 mencatatkan penyertaan lebih 10,000 rakyat Malaysia yang muncul untuk menewaskan pemain terbaik peribadi dan mencabar diri mereka satu langkah pada satu masa. Peserta dapat memecahkan rekod peribadi, memenangi hadiah menarik, menikmati promosi eksklusif pada barang boleh pakai Garmin, dan mengambil bahagian dalam keseronokan di pelbagai gerai penaja acara.

Nantikan maklumat lanjut mengenai Garmin Asia Run Series 2024 di platform media sosial kami. Peserta yang berminat boleh mula mendaftar untuk slot mereka di https://raceroster.com/events/2024/86562/garmin-run-asia-series-2024-malaysia mulai Isnin, 25 Mac 2024.

Kejuruteraan di dalam untuk kehidupan di luar, produk Garmin telah merevolusikan kehidupan untuk pelari, penunggang basikal, perenang dan atlet dari semua peringkat dan kebolehan. Komited untuk membangunkan teknologi yang membantu orang ramai kekal aktif dan meningkatkan prestasi, Garmin percaya setiap hari adalah peluang untuk berinovasi dan peluang untuk mengalahkan semalam. Jenama kecergasan Garmin yang lain termasuk Tacx dan Firstbeat Analytics. Untuk maklumat lanjut, lawati bilik akhbar maya Garmin di garmin.com.my/news/pressroom/ , atau ikuti kami di facebook.com/GarminMalaysia , instagram.com/GarminMalaysia , youtube.com/GarminMalaysiaAsia . atau ikuti pengembaraan kami di Blog Garmin Malaysia .

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

HONOR Melancarkan Tiga Flagship Siri Magic Baharu, Harga Bermula Dari RM4,499

0

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2024 – HONOR hari ini mengumumkan pelancaran tiga telefon pintar flagship baharu iaitu HONOR Magic6 Pro, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR. Peranti baharu dalam Siri Magic HONOR ini ditawarkan pada harga bermula dari RM4,499. Selain itu, HONOR turut melancarkan tablet terbaharu HONOR Pad 9 yang direka untuk kerja dan hiburan.

Susulan pelancaran global telefon boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, HONOR Malaysia turut mengumumkan kerjasama terbaharu jenama ini dengan Porsche iaitu PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR.

Discover the Magic Dengan HONOR Magic6 Pro 

HONOR Magic6 Pro menawarkan kemajuan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan AI. Peranti ini tampil dengan Sistem Kamera Falcon yang dinaik taraf terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP. Kamera Tele-falcon mempunyai keupayaan zum digital 100X mengagumkan untuk menangkap imej zum dekat dengan lebih jelas, sangat sesuai untuk acara sukan. Menariknya, algoritma HONOR AI Motion Sensing Capture mampu meramalkan detik terbaik dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra tinggi.

Bagi memberi pengalaman pengguna terbaik, skrin HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah sepuluh kali lebih kuat daripada kaca biasa. Selain itu, peranti ini didatangkan dengan Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci yang terkemuka dalam industri untuk kesihatan mata pengguna. 

Sama ada menonton filem atau melayari media sosial, paparan peranti ini mempunyai Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri bersama Pensijilan Bebas Kerlip TÜV Rheinland untuk tontonan mengasyikan.

Dengan generasi kedua bateri karbon silikon 5,600mAh, pengguna usah bimbang tentang bateri cepat habis. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mampu membekalkan kuasa yang penuh dalam tempoh kurang 40 minit.

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh cipset terkini Snapdragon 8 Gen 3 untuk prestasi hebat serta keupayaan AI generatif untuk perhubungan lancar. Peranti ini beroperasi dengan MagicOS 8.0 terbaharu sistem pengendalian berasaskan Android HONOR. Ia merupakan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri yang boleh memahami bahasa, imej, gerak isyarat dan pergerakan mata untuk memahami kemahuan pengguna. Ciri seperti Magic Portal memudahkan tugas berdasarkan tingkah laku pengguna, manakala Magic Capsule menyediakan akses segera kepada maklumat tanpa perlu membuka beberapa aplikasi untuk pengalaman pengguna yang cekap.

HONOR Pad 9 – Perfect Work-Play Balance

HONOR Pad 9 dilengkapi Paparan Keselesaan Mata 12.1-inci 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz, sistem audio pembesar suara lapan keliling yang menggabungkan teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1. Ia menawarkan pengalaman pengguna yang luar biasa dan reka bentuk menarik.

Tablet ini hadir dengan 8GB HONOR RAM Turbo yang boleh ditingkatkan kepada 16GB dan memori 256GB bagi membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak koleksi multimedia serta, melakukan pelbagai tugas dengan lancar dan prestasi cekap. HONOR Pad 9 didatangi dengan dua versi iaitu Wi-Fi dan 5G. Model 5G adalah pilihan baharu yang tidak ditawarkan dari model sebelumnya. Penambahbaikan membolehkan pengguna berhubung dan muat turun fail dengan lebih pantas serta penstriman lebih lancar.

Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, HONOR Pad 9 juga mempunyai bateri berkapasiti tinggi 8300mAh untuk bertahan lama sepanjang hari.

Memperkenalkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR

Bersama siri Magic6, HONOR turut memperkenalkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR. Telefon boleh lipat edisi khas HONOR Magic V2 ini telah dilancarkan di Malaysia awal tahun ini. Peranti eksklusif ini diilhamkan oleh sukan permotoran, tampil dengan reka bentuk hud Porsche 911. Berat peranti ini 234g dan hanya 9.9mm tebal. Ini menjadikannya telefon boleh lipat ini paling nipis dan ringan di dunia.

Engsel Titanium Super Ringan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RS menambah kebolehpercayaan dan menampilkan gaya. Menambahkan ciri-ciri inovatif telefon boleh lipat ini ialah Pelindung NanoCrystal Anti Calar yang pertama dalam industri, memberikan rintangan terhadap calar sepuluh kali ganda. Dengan penarafan kekerasan melebihi tujuh pada skala Mohs, Pelindung NanoCrystal Anti Calar menawarkan perlindungan unggul terhadap kerosakan.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan mempunyai tiga kamera terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto 20MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP. Peranti ini dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon 5000mAh dan menyokong pengecasan pantar berwayar HONOR Wired SuperCharge 66W dan disertakan dengan stylus.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR 

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR merupakan inspirasi daripada reka bentuk kereta mewah Porsche Taycan. Bahagian belakang dan bingkai logam peranti ini menyerupai penggayaan vertical hadapan kereta, manakala modul kamera belakang meniru struktur heksagon Porsche, sepadan dengan warna dan teksturnya.

Tersedia dalam warna Agate Grey dan Frozen Berry, peranti ini menampilkan sensor Super Dynamic HONOR Falcon Camera H9800 dan julat dinamik 15EV dipertingkatkan yang adalah enam kali lebih banyak daripada generasi sebelumnya. Tangkap video dan foto dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar. Selain itu, peranti ini mempunyai Sistem Autofokus Matriks LiDAR yang canggih untuk tangkapan lebih pantas dan tepat.

Selain itu, bahagian hadapan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR didatangi dengan HONOR Anti-calar NanoCrystal Shield yang terkemuka dalam industri dan dibuat daripada silikon nitrida, bahan kukuh dalam industri aeroangkasa dan automotive bagi memberi ketahanan jangka panjang. Peranti ini turut menyertakan HONOR NanoCrystal Shield di bahagian belakang yang berupaya meningkatkan penyerapan hentakan sehingga sepuluh kali ganda untuk menahan jatuh secara tidak sengaja serta meningkatkan ketahanan.

Dari segi bateri, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR mempunyai Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua HONOR 5600mAh, dan Power Enhanced Chip HONOR E1 untuk ketahanan dan prestasi optimum walaupun dalam keadaan suhu rendah.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang termaju dan beroperasi pada MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Harga dan Ketersediaan 

HONOR Magic6 Pro direka untuk pengguna yang menggemari gaya anggun dan moden. Peranti ini hadir dalam 12GB RAM dan storan 512GB. Ia ditawarkan dalam Epi Green dan Black pada harga RM4,499. Prapesanan bermula hari ini hingga 27 Mac dengan deposit RM66. Hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,960, termasuk HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari. Pembeli juga akan mendapat rebat deposit 5 kali selepas pembayaran penuh.

HONOR Pad 9 didapati dalam dua warna menarik iaitu Space Grey dan Cyan Lake. Mulai 28 Mac, versi Wi-Fi akan tersedia untuk pembelian di seluruh negara pada harga RM1,499. Hadiah percuma menarik bernilai RM698 menanti, termasuk papan kekunci Pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE Pencil. Sementara itu, versi 5G akan tersedia di pasaran pada 19 April.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR didatangkan dalam warna Agate Grey dan berharga RM10,999. Mereka yang sebelum ini mendaftar untuk mencuba peranti ini akan menerima pautan eksklusif untuk pembelian.

Sementara itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR ditawarkan pada harga RM7,499 dengan 24GB RAM dan storan 1TB. Mereka yang berminat untuk mencuba telefon ini boleh mendaftar untuk mendapatkan jemputan eksklusif melalui laman web rasmi HONOR di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari  

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Early Bird Special HONOR Magic6 Pro Habis Terjual Hari Ini

0

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 – HONOR Magic6 Pro telah mencetuskan bualan hangat dalam kalangan media antarabangsa dan peminat gajet sejak pelancaran global di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024.

Selepas mengumumkan pelancaran HONOR Magic6 Pro di Malaysia pada 20 Mac ini, HONOR telah menawarkan Early Bird Special untuk pembeli mendapatkan peranti flagship ini dengan bayaran deposit RM66.

Promosi Early Bird Special telah bermula pada 11 Mac lalu dan HONOR Magic6 Pro telah menerima sambutan hangat sehingga kehabisan stok pada hari ini! Namun jangan risau, HONOR Magic6 Pro masih tersedia pada tempoh prapesanan yang akan bermula selepas pengumuman harga peranti ini pada 20 Mac. HONOR telah memastikan stok HONOR Magic6 Pro mencukupi bagi tempoh prapesanan ini. Hadiah percuma eksklusif turut menanti pembeli yang membuat prapesanan.

Untuk maklumat terkini mengenai prapesanan HONOR Magic6 Pro, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari

HONOR Magic6 Pro – Discover the Magic

HONOR Magic6 Pro menjadi tumpuan di MWC 2024 dan digelar sebagai ‘telefon Magis’ oleh media antarabangsa. Peranti ini mengetengahkan empat teknologi ‘Magis’ yang tercanggih iaitu Kamera Magis, Skrin Magis, Bateri Magis dan Pengalaman Magis. HONOR Magic6 Pro merangkumi inovasi dan kecemerlangan dalam dunia telefon pintar.

Kamera Magis

HONOR Magic6 Pro menampilkan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP dengan zum digital 100X untuk mengambil gambar jarak jauh. Ia mempunyai HONOR AI Motion Sensing Capture yang cekap menangkap objek bergerak pantas, seterusnya memilih momen terbaik dan menghasilkan imej beresolusi tinggi dan jelas. Peranti ini juga dilengkapi Kamera Utama 50MP dan kamera Ultra Lebar 50MP. HONOR Magic6 Pro telefon pilihan terbaik untuk sportografi, ia pasti meningkatkan kemahiran fotografi ke tahap seterusnya!

Skrin Magis

Baru-baru ini HONOR Malaysia telah memuatnaik beberapa video di halaman Facebook rasmi memaparkan ketahanan luar biasa skrin peranti yang dibuat dengan Pelindung NanoCrystal HONOR. Salah satu video menunjukkan skrin HONOR Magic6 Pro masih kukuh dan tidak tercalar selepas beberapa bilah pisau keluli dijatuhkan ke atasnya. Manakala skrin telefon pintar pesaing pecah kesan daripada impak mata pisau keluli.

Ini kerana Pelindung NanoCrystal HONOR sepuluh kali ganda lebih kuat berbanding kaca biasa. Pelindung ini menjaminkan skrin HONOR Magic6 Pro tidak mudah rosak walaupun terjatuh. Ia juga menerima pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability oleh SGS dalam pelbagai senario.

Bateri Magis

HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon 5600mAh Generasi Kedua yang canggih dan mampu bertahan sepanjang dengan sekali cas. Ia disokong oleh pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 80W dan wayarlas 66W yang mampu mencapai kuasa penuh dalam tempoh hampir 40 minit. Walaupun dalam suhu -20 °C, bateri masih berfungsi dengan baik serta boleh merakam video selama 11 minit dengan hanya tinggal 10% hayat bateri.

Pengalaman Magis

HONOR magic6 Pro beroperasi dengan MagicOS 8.0, UI terbaharu HONOR untuk Android 14. UI baharu ini didatangi AI yang boleh memahami bahasa, imej dan gerak isyarat untuk keperluan pengguna.

Bersama MagicOS 8.0, HONOR turut memperkenalkan ciri Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dan peranti dengan mudah.

Sementara ciri Magic Capsule membolehkan pengguna mengakses maklumat tambahan dengan pantas daripada banner pemberitahuan tanpa perlu membuka beberapa aplikasi.

Saksikan strim langsung pelancaran HONOR Magic6 Pro pada Rabu ini, jam 3 petang di Facebook HONOR Malaysia.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

HONOR Akan Buka Pusat Perkhidmatan Eksklusif Pertama di Pavilion Embassy

0

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2024 – HONOR akan melancarkan pusat perkhidmatan eksklusif yang pertama di Pavilion Embassy, Kuala Lumpur pada 17 Mac ini. Kemudahan ini menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Pengguna HONOR yang mengunjungi pusat perkhidmatan eksklusif HONOR pada hari pelancaran akan mendapat beberapa tawaran istimewa seperti di bawah:

  1. Untuk tempoh satu minggu dari 17 Mac, perkhidmatan penggantian pelindung skrin adalah percuma bagi mana-mana peranti HONOR;
  2. Untuk tempoh tiga hari dari 17 Mac, pembaikan percuma diberikan untuk mana-mana peranti HONOR yang telah tamat jaminan; dan
  3. Pada 17 Mac, pengguna HONOR akan membawa pulang satu hadiah misteri, sementara stok masih ada.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special dan tawaran ini sehingga 20 Mac. Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari. Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Nantikan Pelancaran HONOR Magic6 Pro Pada 20 Mac

Jangan lupa menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro pada 20 Mac ini. Siaran langsung pelancaran boleh disaksikan menerusi laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang. The HONOR Magic6 Pro akan menjadi peneraju dalam dunia telefon pintar, inovasi dan teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila layari

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

HONOR Magic6 Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac

0

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 – HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro, flagship baharu yang dinanti-nantikan pada 20 Mac ini. Pelancaran ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang.

Model terbaharu Siri HONOR Magic ini telah diperkenalkan pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 di Sepanyol dan menerima ulasan memberangsangkan yang meluas kerana pencapaian dalam menghasilkan inovasi baru dalam industri telefon pintar.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special yang bermula hari ini hingga 20 Mac. Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari. Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

  1. Kamera Magis: Peneman Sportografi untuk Menangkap Gambar Jarak Jauh

HONOR Magic6 Pro tampil dengan Sistem Kamera Falcon yang dinaik taraf terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP. Kamera Tele-falcon mempunyai keupayaan zum digital 100X mengagumkan untuk menangkap imej zum dekat dengan lebih jelas, sangat sesuai untuk acara sukan. Menariknya, ciri HONOR AI Motion Sensing Capture mampu meramalkan detik penting dan menghasilkan gamba dalam definisi ultra tinggi.

  1. Skrin Magis: Lebih Kuat daripada Pisau Keluli

Skrin HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah sepuluh kali lebih kuat daripada kaca biasa. Pengguna tidak perlu bimbang kerana skrin HONOR Magic6 Pro boleh menahan penggunaan harian dan tidak akan rosak sekiranya terjatuh.

Ia menerima pensijilan lima bintang Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability dari SGS untuk pelbagai senario. Paparan ini menawarkan perlindungan dan ketahanan yang tiada tandingan. Lebih menarik, HONOR Magic6 Pro didatangkan dengan Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci yang terkemuka dalam industri untuk kesihatan mata pengguna. Ia turut mempunyai Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri untuk mengurangkan ketegangan mata dan memberi pengalaman menonton yang selesa.

  1. Bateri Magis: Berkualiti Tinggi dan Jangka Hayat Bateri Panjang

Selain itu, HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh yang mampu menahan suhu rendah yang melampau. Bateri canggih ini membolehkan penggunaan lebih lama tanpa perlu kerap mengecas peranti.

Bateri ini disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan wayarlas HONOR Wireless SuperCharge 66W untuk mencapai kuasa sehingga 100% dalam masa lebih kurang 40 minit sahaja. Selain itu, walaupun pada suhu -20 °C, bateri ini mampu berfungsi dengan cemerlang, malah masih boleh merakam video selama 11 minit dengan hanya 10% hayat bateri.

  1. Pengalaman Magis: Memahami Anda Lebih Baik Daripada AI

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh cipset terkini Snapdragon 8 Gen 3 untuk prestasi hebat serta keupayaan AI generatif untuk perhubungan lancar. Peranti ini beroperasi dengan MagicOS 8.0 terbaharu sistem pengendalian berasaskan Android HONOR. Ia merupakan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri yang boleh memahami bahasa, imej, gerak isyarat dan pergerakan mata untuk memahami kemahuan pengguna. Semua Ini mampu dilaksanakan menerusi Magic Portal dan Magic Capsule.

Magic Portal menggunakan AI untuk memudahkan tugas berdasarkan mesej dan tingkah laku pengguna. Contohnya, ia boleh mengecam alamat dalam mesej teks dan membimbing pengguna dengan pantas ke Google Map untuk navigasi. Pengguna juga boleh berkongsi butiran tempahan atau hasil carian dalam talian terus dari media sosial mereka dengan mudah.

Magic Capsule pula membolehkan pengguna membuka banner notifikasi di bahagian atas skrin untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan serta-merta, tanpa perlu membuka banyak aplikasi. Ia menyediakan akses pantas kepada maklumat penting, sekaligus memberikan pengalaman pengguna yang cekap.

Untuk maklumat terkini mengenai HONOR Magic6 Pro yang akan datang, sila layari

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Golongan Remaja Lebih Banyak Buat Drama Berbanding Golongan Dewasa?

0

Percaya atau tidak, ia berkait rapat dengan proses perkembangan otak. Dan tidak, ia tidak semudah dan seringkas faktor “pengalaman”, “banyak makan garam”, atau “kematangan”. Kajian terkini mendapati, otak anda tidak mengalami tumbesaran sepenuhnya sehinggalah anda berusia 25 tahun ke atas. Ini memberikan makna baru untuk “usia kematangan” kerana secara tradisionalnya, umum menerima bahawa umur 18 tahun adalah ‘dewasa’.

Perkembangan otak bermula daripada belakang ke hadapan. Bahagian belakang otak ataupun dipanggil sebagai oksipital dalam perubatan, berfungsi sebagai bahagian otak yang menyimpan dan memproses maklumat visual, memori dan pengecaman wajah. Jadi, tidak hairan mengapa bayi baru lahir belajar untuk mengenal wajah ibu bapa mereka dahulu sebelum belajar bercakap.

Bahagian paling hadapan otak dipanggil sebagai korteks prefrontal pula tidak terbentuk sepenuhnya sehingga anda berusia 25 tahun atau ke atas. Bahagian otak ini berfungsi untuk proses menyelesaikan masalah dan memantau bahagian otak yang mengawal emosi dan tindakan. Jadi, tidak hairanlah mengapa remaja dan dewasa awal banyak bertindak dahulu sebelum memikirkan kesan tindakan mereka. Ini kerana, otak hadapan mereka tidak menyelesaikan dahulu masalah yang ada dan sebaliknya bertindak mengikut otak emosi dan tindakbalas mereka.

Menariknya, otak tengah manusia pula berfungsi untuk berikan rasa gembira apabila mendapat ganjaran. Ini mendorong remaja yang mempunyai otak tengah yang lebih besar kerana korteks prefrontal mereka belum terbentuk sepenuhnya lebih cenderung untuk terlibat dalam aktiviti berisiko. Aktiviti berisiko seperti sukan ekstrem, berikan rasa pencapaian apabila dibuat dan ini memberikan satu sensasi yang sangat menggembirakan untuk remaja. Jika tidak disalurkan ke tempat yang betul, tidak hairanlah ramai remaja memilih untuk mencari risiko di tempat lain seperti lumba haram, penyalahgunaan bahan terlarang, pergaulan tanpa batasan dan malah aktiviti jenayah.

Sekiranya ada kenalan anda yang sudah dewasa dan masih lagi mudah koyak, mungkin kerana otak mereka belum berkembang sepenuhnya.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline