Clash Of Clan Tips – Part 2
COC Gameplay Tips
Clan Wars
Views: 0
Views: 0
PPU
Aih, ramai yang merengus marah dalam isu Pay-Per-Use atau singkatannya PPU. Ramai sebenarnya yang tidak kisah akan PPU sehinggalah Celcom melaksanakan ia beberapa bulan yang lepas. Kenapa? Kerana PPU dibuat meskipun pengguna masih lagi dalam langganan pelan internet.
PPU seperti ini telah pun terlebih dahulu dibuat oleh Altel (Al-Bukhary Telecommunication?) dan nampaknya pelan ini juga diminati oleh Celcom. Jadi apa sebenarnya PPU itu?
Saya enggan menerangkan atau mengulas dalam istilah yang sebenar. Bagi saya, cukuplah anda faham PPU itu adalah had data pada waktu dan ketikanya telco masing-masing akan menepuk bahu anda seraya berkata “Ini adalah masa untuk kamu membayar lagi kepada kami..”.
Tahun 2014 telah membawakan kepada kita pelbagai suka-duka dalam episod ‘mencari unlimited’. Tapi yang pasti dukanya memang lebih lah lagi. Celcom adalah telco yang paling teruk dikecam pengguna dek kerana sistem yang teruk, Celcom Centre yang tidak membantu, serta PPU yang tidak munasabah.
Eat-All-You-Can Data
Sekatan kelajuan juga perkara yang paling mendukacitakan pengguna. Adakah tahun 2015 kita bakal melihat lagi perkara yang sama diulang-ulang? Adakah anda masih ‘sudi’ menggunakan internet berkelajuan 64kbps dimana-mana anda berada? Kelajuan jika pada kenderaan sememangnya boleh membunuh jika tersilap langkah, namun kelajuan pada internet adalah sangat membantu.
Bayangkan nasib semua pelajar-pelajar yang memerlukan ia, bayangkan pula nasib peniaga-peniaga dalam talian, serta bayangkan juga nasib ibu-ibu yang tidak beberapa mampu untuk membayar kos internet tetapi masih teringin untuk berhubung dengan anak-anak tersayang melalui WhatsApp?
Itu belum dikira lagi nasib makcik-pakcik di luar sana yang hanya tahu ‘on dan guna’, yang tahu-tahu saja habis duit baki kredit dicaj kepada PPU. Tidakkah anda pernah terfikir akan perkara ini? Kalau pelan data tanpa had ini ada juga yang tidak menyokong dek alasan ‘tengok blue’, saya mohon anda yang mengutarakan pandangan seperti ini lenyap saja dari dunia.
Apa yang pasti telco akan terus membuat untung. Tetapi sejauh mana situasinya akan membawa kepada menang-menang adalah masih samar. Tahun 2015 sudah tiba, namun saya tidak nampak lagi sinar disebalik kabus PPU dan data capped ini.
Pada saya jika saya dapat menggunakan 3.6Mbps untuk data mobil tanpa had, itu sudah mencukupi. Asal saja bayarannya juga berpatutan. Bagaimana dengan bermula pada RM28? Hmmm..
Alasan ianya tidak dapat dilakukan kerana ‘internet congestion’ adalah sudah lapuk, begitu juga dengan pendapat data mobil tidak boleh murah kerana adanya Unifi pada harga sekian-sekian.
Fiber Internet dan data mobil adalah dua kategori berbeza, juga digunakan oleh dua kategori pengguna yang berbeza. Saya masih akan menggunakan Fiber Internet meskipun telco membuat pelan berdasarkan kelajuan dan bukan kuota. Kenapa? Kerana ianya lebih stabil, lebih boleh diharapkan, dan ianya tidak bergantung kepada liputan. Asal saja ada infrastruktur kabel fiber internet, maka adalah ia di situ.
Apa pun, jika ini adalah artikel saya yang terakhir dalam perjuangan saya untuk membantu rakyat yang tertindas akibat ketamakan telco, anggaplah ini bukan ‘batu nisan’ kepada setiap kata-kata saya. Saya akan terus perjuangkan hak ini, hak rakyat untuk mendapat apa yang patut daripada telco, sehinggalah suatu hari nanti semua keyboard-keyboard warrior yang beria-ia menyokong telco akan menjilat semula ludah mereka.
Mr. Hac : Malaysia Darul Kapitalis, Telco Darul Machai.
Views: 2
Saya tak tahu sampai bila promosi ini akan berakhir, tetapi sementara promosi ini masih ada, saya cadangkan anda cepat-cepat isikan duit anda ke dalam bank penuh-penuh, siap-siapkan debit card anda untuk membeli kesemua apps atau games yang anda minati selama ini.
Potongan harga sehingga 90% diberikan dan harga apps/games paling rendah yang saya pernah lihat adalah sehingga RM1.75 setakat ini.
Buat mereka yang masih belum tahu cara untuk membeli apps dan games melalui Google Play Store, sila baca artikel saya sebelum ini di sini : Cara Membeli Aplikasi Di Google Play Store
Berikut adalah senarai apps dan games yang saya ambil dari laman Android Police. Jika anda ada tambahan, mohon senaraikan di ruang komen, terima kasih. Nak Bahasa Melayu, saya tuliskan dalam Bahasa Melayu, tapi mana-mana yang saya malas nak terjemah tu macam perkataan ‘from’ tu guna Google Translate lah ye. Heh!
Apps
Tornado 3D – $0.99 from $1.95
Asteroids Pack – $0.99 from $1.95
Christmas Tree 3D – $0.99 from $1.95
Space Colony – $0.99 from $1.95
Planets Pack – $0.99 from $1.95
My 3D Fish II – $0.99 from $1.95
Galaxy Pack – $0.99 from $1.95
Touch Calendar – $0.99 from $3.95
SafeInCloud Password Manager – $3.99 from $7.99
PlayerPro Music Player – $1.95 from $3.95
Moon+ Reader Pro – $2.49 from $4.99
Solid Explorer Unlocker – $0.99 from $1.99
System Monitor – $1.99 from $3.99
Silence Premium – $1.50 from $2.95
Internet Speed Meter – $1.25 from $2.50
GPS Status PRO – $1.69 from $3.49
Genius Scan+ – $2.99 from $6.99
Lightning Launcher eXtreme – $1.49 from $2.99
HIIT – interval workout PRO – $0.99 from $1.49
Alarm clock PRO – $0.99 from $1.49
Abs workout PRO – $0.99 from $1.49
Locus Map Pro – $3.87 from $8.27
Flashify – $1.99 from $3.99 (IAP)
Mobile Observatory – $2.55 from $4.99
Facetune – $0.99 from $2.99
ElectroDroid Pro – $1.82 from $2.79
Mobi Calculator PRO – $1.60 from $3.40
Maverick Pro – $3.24 from $6.99
GeoTask Pro – $0.99 from $2.75
Mumble! – Smart Notifications – $0.99 from $1.99
GoneMAD Music Player Unlocker – $1.99 from $3.99
Games
Modern Combat 5: Blackout – $0.75 from $6.99
Magicka – $2.00 from $3.99
QuestLord – $0.99 from $1.99
Knights of Pen & Paper +1 – $2.50 from $4.99
Karl’s Castle – $0.98 from $3.99
The Shadow Sun – $0.99 from $4.99
Leviathan: Warships – $2.50 from $4.99
Pixel Defenders Puzzle – $1.25 from $1.99
Game Dev Story – $0.99 from $2.50
GTA: Chinatown Wars – $2.99 from $4.99
DRAGON QUEST – $0.99 from $2.99
Zombie City Defense – $0.25 from $2.49
Rayman Jungle Run – $0.10 from $2.99
Rayman Fiesta Run – $0.50 from $2.99
Spirit Walkers – $0.99 from $2.99
Mickey’s Wildlife Count Along – $0.99 from $2.99
Disney Princess: Story Theater – $0.99 from $2.99
Mickey’s Color and Play – $0.99 from $3.99
Minnie Bow Maker – $0.99 from $2.99
Flick Golf Extreme – $0.99 from $1.99
Flick Soccer – $0.99 from $1.99
Flick Golf – $0.99 from $1.99
Riptide GP2 – $0.99 from $1.99
Machinarium – $0.99 from $4.99
The World II Hunting BOSS – $0.49 from $0.99
Anomaly Warzone Earth HD – $0.99 from $3.99
Anomaly 2 – $0.99 from $4.99
Anomaly Korea – $0.99 from $3.99
Anomaly Defenders – $0.50 from $3.99
Goat Simulator – $0.95 from $4.99
Leo’s Fortune – $0.99 from $4.99
Hitman GO – $0.99 from $4.99
THE KING OF FIGHTERS ’98 – $0.99 from $2.99
Worms 3 – $0.99 from $1.99
Kiwanuka – $1.29 from $1.99
Castle of Illusion – $0.79 from $9.99
Terraria – $0.98 from $4.99
Skulls of the Shogun – $0.49 from $4.99
Vector – $0.49 from $0.99
The Amazing Spider-Man 2 – $0.99 from $6.99
Modern Combat 4: Zero Hour – $2.99 from $6.99
Temple Run: Oz – $0.49 from $1.99
Shadowrun Returns – $0.99 from $2.99
Threes! – $0.99 from $1.99
Zombonic – $0.99 from $1.89
Need for Speed Most Wanted – $0.75 from $4.99
NBA JAM – $0.75 from $4.99
XCOM: Enemy Within – $6.99 from $12.99
King of Dragon Pass – $5.99 from $9.99
Civilization Revolution 2 – $7.99 from $14.99
The Tiny Bang Story – $0.99 from $3.00
Ice Rage: Hockey – $0.99 from $2.00
Majesty: Fantasy Kingdom Sim – $0.99 from $1.99
Majesty: Northern Expansion – $0.99 from $2.99
Tiny Token Empires – $0.99 from $3.00
Star Horizon – $1.99 from $3.99
Kingdom Rush Frontiers – $0.99 from $1.99
Kingdom Rush Origins – $0.99 from $2.99
F-Sim Space Shuttle – $0.99 from $4.99
Autumn Dynasty – $2.99 from $4.99
Views: 0
Sangkaan saya ancaman malware untuk telefon bimbit pintar sudah semakin ‘tidak nampak’ dek mata, namun baru-baru ini saya didatangi oleh beberapa orang kawan yang mengadu bahawa mereka telah secara tidak sengaja mengklik pada pautan yang mempunyai mesej lebih kurang begini:
Is this your photo? http://url7.me/
Mesej tersebut akan dihantar secara rawak dari kenalan-kenalan yang telah terlebih dahulu dijangkiti malware tersebut, bersama dengan nama mangsa untuk meyakinkan mereka. Pautan yang disertakan dalam mesej itu ‘disembunyikan’ dengan menggunakan URL Shortening Service tertentu, yang mana ianya akan dihalakan kepada pelayan kawalan.
Apabila pengguna klik pada pautan yang telah dipendekkan tersebut, secara automatik data-data penting sebagai contoh ‘contacts’ akan dimuat naik ke dalam pelayan. Apa faedahnya kepada mereka yang melakukan ‘kerja-kerja’ ini?
Sejauh pengetahuan saya, data ini akan dikumpulkan, seterusnya akan digunakan pula untuk mengumpul data dari pengguna lain. Dari blog McAfee, ada kes yang menunjukkan pemasangan aplikasi ‘Photo Viewer’. Aplikasi ini jika diklik sesudah pemasangannya akan memaparkan iklan-iklan yang memenuhi ruang skrin telefon.
Iklan inilah merupakan sumber pendapatan pasif kepada mereka yang bertindak disebalik malware ini. Senang buat duit bukan?
Apa yang boleh anda lakukan buat masa ini jika anda telah terjangkit, cuba imbas peranti anda dengan menggunakan mana-mana antivirus dari Google Play Store. Dikhuatiri terdapat aplikasi yang dipasang secara senyap terutama mereka yang telah pun root peranti masing-masing.
Jika ianya berjaya dijumpai, sila nyahpasang dengan segera, kerana selagi ianya tidak dinyahpasang, selagi itulah mesej-mesej akan terus dihantar. Jika anda terlalu panik, sila lakukan Factory data reset dan berdoalah semoga telefon anda boleh membantu anda untuk selfie semula.
Views: 1
Pernah terfikir tak untuk mempunyai sebuah skateboard? Kalau skateboard yang boleh terapung a.k.a Hoverboard pula macam mana?
Ahaaa.. idea itu telahpun ‘diterjemahkan’ ke dunia nyata oleh seorang manusia dari Barat yang bernama Ryan Craven. Biasanya benda-benda macam ni kita cuma dapat lihat dalam filem-filem sahaja. Tetapai beliau berjaya mencipta sebuah Hoverboard yang katanya mampu untuk dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Ianya dinamakan sebagai Mr Hoverboard Kacak. Ok, yang kacak tu takde, saya memandai tambah. Keh keh keh..
Idea beliau adalah dengan menggunakan sebuah papan skateboard dan 4 buah Leaf Blower (dalam bahasa Melayunya apa ya?).
Lihat gambar Mr Hoverboard di bawah:
Klik saya kalau anda kacak atau comel —> Build Your Mr Hoverboard
Maaf lah saya letih nak terjemahkan tutorial itu ke dalam Bahasa Melayu. Panjang sangat. Lagipun blog ni jadi terlalu ‘overly technical’ bak kata founder Drippler (masih tak habis lagi isu Drippler ni, geram betul rasanya..).
Baiklah. Apa pandangan anda? Rasanya di masa akan datang dapat tak kita merasa bermain dengan Hoverboard ni? Saya rasa mungkin, tapi berat badan nak kena turunkan dulu la. Errr..
Ye lah kalau naik atas Hoverboard ia tak nak terapung tak ke malu? Tak pun tiba-tiba dengar bunyi ‘prappp’. Jangan cakap saya tak ingatkan anda pula. Hehehe..
Views: 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Keyboard — komponen paling penting bagi sesebuah smartphone. Hari ini saya ingin bercerita tentang Fleksy.
Fleksy ialah 3rd party keyboard extension dan input method untuk peranti touchscreen yang memperbaiki kelajuan dan ketepatan traditional tap-typing input melalui enhanced autocorrect dan gesture control.
Fleksy hadir dengan dua versi — Percuma dan Pro (RM6.91). Lebih murah dari sekotak rokok John Dunhill.
Didatangkan dengan lebih 30 bahasa dan lebih 700 emoji, Fleksy amat mudah untuk dioperasikan oleh pengguna yang baru mencubanya. Apabila anda menggunakan Fleksy untuk pertama kali, anda akan dipandu oleh tutorial yang mengajar anda bagaimana untuk menggunakannya.
Salah satu ciri utama Fleksy ialah gesture — dari auto-correct scrolling, memasukkan space, menggunakan titik dan koma, memadam, memadam space, sehingga mengaktifkan fungsi extension — number pad, invisible keyboard, Rainbow Pops semuanya boleh dibuat dengan hanya beberapa swipe mudah.
Bagi mereka yang bukan peminat gesture, ia bukanlah satu masalah, tetapi anda akan terlepas semua keseronokan menggunakan Fleksy.
Fleksy boleh personalised dari SMS, Device Dictionary, Facebook, Gmail mahupun Twitter. Setiap daftar kata baru, anda boleh memasukkannya ke dalam dictionary mengikut kehendak anda.
Badges and Stats — anda boleh menyemak tahap kecekapan Fleksy dan mengumpul badges setelah anda mencapai sesuatu task yang disediakan.
Extension — anda boleh memilih bagaimana untuk anda ingin menyesuaikan keyboard anda. Terdapat beberapa extension yang boleh anda pilih antaranya;
Invisible Keyboard — boleh diaktifkan keyboard lutsinar dengan hanya dengan swipe kebawah dan hold serta swipe keatas dan hold untuk menyahaktifkannya.
Rainbow Pops — setiap tapping akan menghasilkan effect pelangi yang menarik.
Launcher — menjalankan aplikasi pilihan anda dari extension row yang disediakan. Sangat berguna bagi seseorang yang multitasking.
Dan beberapa extension lain yang tidak kurang menarik untuk dicuba.
Apa yang paling menarik perhatian mengenaik Fleksy ialah reka bentuk yang menarik, auto-correct engine serta handy gesture support. Go grab your Fleksy now.
Views: 1
Apa Itu Shellshock?
Rujuk di sini : Shellshock
Anda boleh menguji sistem anda dengan menggunakan baris perintah berikut pada Terminal:
curl https://shellshocker.net/shellshock_test.sh | bash
Jika sistem anda tidak terancam kepada kelemahan Shellshock, anda akan mendapat keputusan seperti berikut:
Jika anda ingin melakukan ujian-ujian secara satu demi satu, anda boleh juga semak cara pengujian yang lain di Shellschock BASH Vulnerability Test.
Jika sistem anda terdedah kepada ancaman Shellshock, saya sarankan agar anda segera mengemaskini sistem anda supaya ia dapat tampalan untuk Bash yang terkini.
Views: 0
Mungkin ada antara pengikut lama blog ini yang tiba-tiba terkejut, tercangak-bangak, atau tertanjat boboi akibat angin perubahan yang melanda. Bukan sengaja untuk saya menukar dari bahasa ibunda kepada bahasa penjajah, tapi semuanya dilakukan atas usaha untuk memperkenalkan blog ni di persada antarabangsa.
Tapi dek kerana ramai juga yang mahukan saya menulis dalam bahasa Melayu, maka setelah lama saya berfikir dalam satu bilik gelap di pejabat, saya pun mengalah lah jua.
Asalnya saya hendak masukkan artikel dalam aplikasi/web Drippler. Tetapi admin app/web tersebut telah menolak secara baik blog ini atas alasan artikel di sini terlalu teknikal. Heh, ye ke? Rasa macam tak je. Tapi tak mengapalah, barulah saya tahu artikel dalam Drippler semuanya noob-proof belaka. Kan…
Nak menulis blog IT dalam Bahasa Melayu adalah sangat sukar sebenarnya, disebabkan istilah-istilah yang digunakan dalam dunia IT perlu diterjemahkan. Apa yang menjadi kesukaran ialah bagaimana cara untuk kami di sini cuba buatkan pembaca untuk faham isi kandungan sesebuah entri.
Apa Itu Shellshock?
Serius, artikel ini agak susah untuk ditulis meskipun dalam bahasa Inggeris kerana ia sememangnya teknikal. Buat yang baru hendak berjinak dalam dunia IT, Mr. Hac sarankan agar anda cuba untuk buka mana-mana blog, laman web, atau forum yang ada menjelaskan secara teperinci mengenai kelemahan (vulnerability) ini.
Shellshock, secara terma mudah fahamnya ialah kelemahan dalam Bash. Perisian sistem yang telah digunakan oleh berjuta-juta mesin/PC/Mac/Bla-Bla-Bla yang akan memberi jalan kepada penggodam untuk menjalankan perintah (command) dengan sewenang-wenangnya.
Masalahnya ialah terdapat kelemahan utama yang berlaku apabila karakter-karakter tertentu dimasukkan sebagai sebahagian daripada definisi pembolehubah.
Jika karakter “{:;};” dimasukkan sebagai definisi fungsi, mana-mana kod yang dimasukkan selepas definisi tersebut akan terus diproses. Ini tidak sepatutnya berlaku.
Dalam bahasa mudah, jika seseorang penyerang dapat membuat mana-mana karakter tampil seperti fungsi normal dan kemudian menambah beberapa baris berintah di akhir definisi, diakhirnya Bash akan terus menjalankan baris perintah tersebut.
Ini bermakna mana-mana pelayan yang terdedah kepada kelemahan ini tidak memerlukan kepada penggodam untuk memasukkan kod injeksi ke dalam baris perintah. Seseorang hanya perlu mencipta skrip yang akan menggunakan baris perintah Bash untuk dapat menjalankan kod tersebut.
Mendapat akses kepada baris perintah adalah apa yang penggodam sentiasa mahu lakukan kerana ia boleh memberikan mereka akses kepada persekitaran sistem operasi secara keseluruhan. Dengan cara itu, mereka boleh mencipta dan menjalankan kod-kod berniat jahat mereka sendiri, mula mengakses data dalaman, menyusun semula persekitaran bagi kes-kes penggunaan mereka sendiri dan banyak lagi.
Shellshock akan menjadi lebih buruk lagi sekiranya ia bertukar menjadi worm. Apa itu Worm? Worms atau cecacing adalah hampir serupa dengan virus komputer cuma satu-satunya perbezaan jika hendak dibandingkan dengan virus komputer ialah ia tidak memerlukan perumah lain untuk melampirkan dirinya bagi menjangkiti komputer. Sekali worm menginfeksi komputer itu ia akan melakukan ulangan dan menyalin dirinya itu sendiri. Cecacing komputer adalah ancaman utama untuk rangkaian besar.
Sebuah Ancaman Besar
Walaupun Microsoft Windows tidak menyediakan Bash, tetapi anda perlu tahu Bash selalunya dipasang bersama dengan program lain, jadi Windows juga adalah terdedah kepada ancaman ini. Sasaran utama buat masa sekarang ialah pelayan-pelayan web.
Bagi pengguna sistem operasi Windows, sila kemaskini sistem operasi anda untuk mendapatkan tampalan lebih awal. Pengguna Linux, anda boleh semak kemaskini melalui system updater untuk sebarang tampalan pada Bash. Juga sama buat pengguna Apple OS X, anda boleh nantikan kemaskini sekuriti dari Apple.
Apa yang menjadi kebimbangan pada waktu ini ialah, cuba kita jujur dengan diri sendiri, ada berapa banyak sistem operasi, pelayan-pelayan yang mungkin tidak dikemaskini buat suatu waktu yang lama. Ambil contoh pejabat-pejabat kerajaan. Bukan semua staf adalah ‘Techsavvy’ seperti anda yang sedang membaca artikel ini. Mereka pengguna akhir ini kebiasaannya hanya bergantung kepada ‘apa yang mereka dapat’ sahaja, dan tidak pernah mengambil tahu soal lain.
Bayangkan dalam skala yang besar, apa yang mampu Shellshock lakukan. System Admin, mohon lakukan kerja anda.
Views: 1
Views: 0