[Android Malware] Is This Your Photo?

Sangkaan saya ancaman malware untuk telefon bimbit pintar sudah semakin ‘tidak nampak’ dek mata, namun baru-baru ini saya didatangi oleh beberapa orang kawan yang mengadu bahawa mereka telah secara tidak sengaja mengklik pada pautan yang mempunyai mesej lebih kurang begini:

Is this your photo? http://url7.me/

Mesej tersebut akan dihantar secara rawak dari kenalan-kenalan yang telah terlebih dahulu dijangkiti malware tersebut, bersama dengan nama mangsa untuk meyakinkan mereka. Pautan yang disertakan dalam mesej itu ‘disembunyikan’ dengan menggunakan URL Shortening Service tertentu, yang mana ianya akan dihalakan kepada pelayan kawalan.

Apabila pengguna klik pada pautan yang telah dipendekkan tersebut, secara automatik data-data penting sebagai contoh ‘contacts’ akan dimuat naik ke dalam pelayan. Apa faedahnya kepada mereka yang melakukan ‘kerja-kerja’ ini?

Sejauh pengetahuan saya, data ini akan dikumpulkan, seterusnya akan digunakan pula untuk mengumpul data dari pengguna lain. Dari blog McAfee, ada kes yang menunjukkan pemasangan aplikasi ‘Photo Viewer’. Aplikasi ini jika diklik sesudah pemasangannya akan memaparkan iklan-iklan yang memenuhi ruang skrin telefon.

Iklan inilah merupakan sumber pendapatan pasif kepada mereka yang bertindak disebalik malware ini. Senang buat duit bukan?

Apa yang boleh anda lakukan buat masa ini jika anda telah terjangkit, cuba imbas peranti anda dengan menggunakan mana-mana antivirus dari Google Play Store. Dikhuatiri terdapat aplikasi yang dipasang secara senyap terutama mereka yang telah pun root peranti masing-masing.

Jika ianya berjaya dijumpai, sila nyahpasang dengan segera, kerana selagi ianya tidak dinyahpasang, selagi itulah mesej-mesej akan terus dihantar. Jika anda terlalu panik, sila lakukan Factory data reset dan berdoalah semoga telefon anda boleh membantu anda untuk selfie semula.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img