Belajar WordPress 2: Membina Blog Dengan Hosting.

Assamulaikum dan selamat sejahtera.

Bahagian kedua dalam perbincangan “Belajar WordPress”. Tak perlu cerita panjang. Kita teruskan kepada tujuan kita. Sebelum ini kita dah membincangkan tentang domain. Entri kali ini pula membincangkan tentang hosting. Bermula dari pendaftaran sehingga selesai perbincangan mengenai hosting. Tapi sebelum itu mari kita berkenalan dengan apa yang dimaksudkan dengan hosting. Segala tutorial mengenai “Belajar WordPress” ini akan menggunakan 2freehosting sebagai hos kepada pemberlajaran dan pengajaran kita.

Definisi/Apa itu hosting?
Hosting atau dikenali juga sebagai web hosting adalah satu keperluan bagi mereka yang mahukan laman/blog mereka nampak profesional. Jika menggunakan blogger.com ataupun wordpress.com sesuatu laman itu kurang professional kerana tertakluk dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penggunanya.
Hosting juga boleh diibaratkan sebagai tapak perumahan. Jika domain adalah rumah maka hosting adalah tapak. Masakan pula,bina rumah tanpa tapak. Rumah angkasawan Malaysia pun bertapak.

Kaedah pendaftaran.
Langkah 1: Kunjungi laman 2freehosting disini untuk melakukan pendaftaran.

Langkah 2: Masukkan butir-butir pengenalan diri anda pada ruangan yang disediakan. Lakukan pendaftaran seperti biasa.


Langkah 3: Selepas sahaja anda klik Signup Now! anda akan dibawa ke halaman muka depan cPanel 2freehosting.com seperti cpanel.2freehosting.com/switcher. Tapi anda masih belum dapat menggunakan hosting sepenuhnya. Jadi kunjungi e-mail,log masuk dan lakukan pengaktifan pada link yang diberikan.

Langkah 4: Selepas klik link tersebut anda akan dibenarkan untuk buat satu akaun baru bagi domain anda.

Sub-point.

  1. Pilih Free Hosting atau Premium. Disarankan agar memilih yang percuma.
  2. Disebabkan pada entri Belajar WordPress 1 anda buat domain. Jadi,gunakan domain luar. Klik I want to host my domain. Untuk sepanjang tutorial ini domainnya ialah belajarzwordpress.tk.
  3. Jika anda klik I want to host my domain perkataan subdomain www berubah ke domain www. Ini yang dimaksudkan subdomain boleh jadi dua situasi pada pengenalan cPanel dahulu. Jika anda klik I want…….. maka kotak .3eeweb.com tu akan hilang. (Benda tak penting pun nak bagitahu. Huh!)
  4. Password dan Password again disekalikan/digabungkan/dirapatkan/disendatkan. Masukkanlah apa-apa karakter bagi kata laluan anda disertai dengan huruf kecil dan besar,simbol dan angka. Jika malas klik je Generate password. Pastikan juga kata laluan hosting anda berbeza dengan katalaluan e-mail anda sebagai keselamatan.
  5. dan 6. digabungkan. Masukkan captcha yang tertera. Jika sukar untuk melihat klik Get new words.
  6. Klik Create.
Langkah 5: Selepas anda klik anda sekumpulan ayat yang menyuruh anda menunggu selama 12 jam atau lebih. Jangan percaya itu semua konspirasi. Tunggu beberapa minit lalu kunjungi laman/klik link laman anda anda. untuk mengesahkan link anda sudah boleh digunakan atau tidak. Jika keluar gambar ini atau lain maknanya anda sudah berjaya menggunakan perkhidmatan mereka. (index.html)


Langkah 6: Klik Switch untuk ke muka depan cPanel 2freehosting.com.

Untuk memasang wordpress cara manual akan bersambung pada edisi/versi/bahagian tiga. Sila tunggu dalam slot “Belajar WordPress” yang akan datang.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img