Bagaimana Untuk Mencari Files Windows Yang Hilang Di Internet

Hello, selamat datang dan selamat kembali bersama saya pada kali ini untuk tutorial komputer anda yang di luar sana. Hekhek! Ok, nampaknya saya sudah lama tidak membuat tutorial (walaupun beberapa hari sahaja) kerana busy sana sini dengan itu dengan ini dan macam-macam lagi. Ok, apakah tutorial pada kali ini? Tutorial kali ini ialah bagaimana untuk mencari files windows yang hilang di internet. Ok, selalunya anda kadang-kadang nak Add printer, nak Add scaner dan macam-macam. Bila nak Add tak boleh, kerana file windows yang anda nak masukkan tak ada. Jadinya anda kena cari dalam internet. Mungkin anda tiada CD Windows masa itu, mungkin hanya ada internet sahaja masa itu yang boleh digunakan. Selalunya files yang banyak hilang berlaku di dalam Windows XP, macam Windows 7 tak banyak sangat kut. Jadi, apakah website yang anda harus gunakan ialah www.filediag.com.

Okay, web filediag ini adalah dalam berbahasa chinese. Tak perlu pening-pening, saya akan tunjuk macam mana hendak download menggunakan filediag.com ini. Ada banyak lagi sebenarnya website untuk download files Windows. Sebelum ini saya ada guna dua tiga web yang macam ini untuk files Windows, tapi macam tak banyak isinya. So, filediag.com ini saya guna, rasanya banyaklah benda yang hendak dicari.

Ok, seperti paparan yang ditunjukkan di atas adalah web tersebut. Anak panah warna merah no.1 itu adalah untuk melakukan pencarian (search). Anak panah warna merah no.2 itu pula adalah untuk Upload file Windows. Sekiranya anda pemurah ingin berkongsi, bolehlah upload di situ.

Okay, bila anda scroll ke bawah di web itu, anda akan nampak seperti inilah. Anak panah warna merah no.3 yang ditunjukkan itu adalah fail-fail yang selalu orang cari, dan anak panah warna merah no.4 itu pula Top Searching punya (yang paling orang banyak download).

Ok, kita mula dengan pencarian. Anda boleh search di ruang kotak search seperti gambar di bawah ini. Contoh saya inginkan fail tty. Jadi saya taip tty dan tekan Search.

Ok, setelah itu akan keluar yang kita cari itu seperti yang ditunjukkan gambar rajah di bawah ini. Banyak fail yang akan keluar seperti .dll, .exe, .ini dan macam-macamlah. Dan pilih file yang anda inginkan itu. Seperti saya, saya klik pada fail tty.dll kerana saya inginkannya.

Kemudian, keluar seperti paparan di bawah ini. Seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu, itu adalah tempat file yang sepatutnya berada di komputer anda. Selepas anda download, di situlah tempatnya yang perlu diletakkan di komputer anda.

Ok, di mana pula untuk mendownloadnya? Ok, anda scroll hingga ke bawah sekali. Dan klik pada link download yang ditunjukkan anak panah warna merah seperti di dalam gambar rajah di bawah ini.

Kemudian setelah klik link download tadi, akan terus ke Tab baru dan akan memaparkan seperti di dalam gambar rajah di bawah ini. Anda lihat di bahagian kiri atas, klik Download seperti yang ditunjukkan anak panah warna merah itu.

Okay, itu sahaja tutorial saya pada kali ini. Amat mudah sangat, tak perlu berbahasa chinese sangat, tak perlu baca sangat bahasa chinese anda. Saya sudah tunjukkan, dan anda ikut sahaja. Tak perlu pening untuk translatekannya. Huhuhu!

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img