Bagaimana Memuat Turun Buku Dari Google Books

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis berbesar hati untuk kongsikan kepada anda panduan untuk memuat turun buku dari Google Books. Sebenarnya tidak perlu panduan pun tidak mengapa kerana anda akan menggunakan bantuan sebuah perisian yang diberi nama Google Books Downloader

Google Books merupakan hasil daripada Google. Untuk menggunakan perkhidmataan Google Books anda memerlukan sambungan internet. Bayangkan anda tiada masa untuk menggunakan internet sepanjang hari? Ini akan menjadikan proses membaca dan mengkaji sumber ilmiah menjadi terbantut. Tapi,bayangkan pula apabila anda dapat memanfaatkan sumber ilmiah daripada Google Books di merata tempat tanpa sebarang sambungan internet. Sudah tentu ini akan menjadi satu kelebihan bagi anda. Untuk memanfaatkan semua ini. Anda memerlukan perisian Google Books Downloader.
Google Books dibina bertujuan untuk memudahkan anda membuat pratonton kepada pengguna sebelum pengguna membeli buku yang diterbitkan oleh anda. Google Books menyediakan dua perkhidmatan untuk anda mendapatkan buku daripada halaman Google Books itu sendiri. Perkhidmatan pertama ialah ‘Preview‘ atau pratonton. Apabila anda menggunakan fungsi ini terdapat beberapa halaman yang telah dihilangkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sesebuah buku dari Google Books dicetak rompak. Bagi anda yang ingin mendapatkan versi penuh bagi buku tersebut anda perlu membelinya. Perkhidmatan kedua pula ialah ‘Full View‘. ‘Full view’ adalah sebuah buku yang diterbitkan secara penuh tanpa menghilangkan sebarang kandungan. Jika,anda ingin mendapatkan bahan bacaan dari Google Books anda mesti memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini. Meskipun terdapat kekurangan pada perkhidmatan ‘preview’ kerana telah dibuang beberapa kandungan padanya. Tapi,masih terdapat kandungan yang masih bermanfaat yang mungkin berguna pada anda. Sila rujuk video dibawah untuk pengenalan selanjutnya.

Selesai sudah sedikit pengenalan tentang Google Books. Kita beralih pula kepada perisian yang akan digunakan untuk memuat turun buku dari Google Books. Perisian Google Books Downloader telah memasuki versi 2.3. Perisian ini dapat dijalankan pada sistem operasi Windows dan Mac OSX. Perisian ini memiliki saiz yang kecil. Jadi,tidak akan membebankan anda untuk menjalankannya. Perisian ini dapat memuat turun buku daripada halaman Google Books dan menyimpannya dalam format PDF,JPEG dan PNG pada sistem operasi Windows dan hanya format PNG yang dibenarkan pada sistem operasi Mac OSX. Perisian ini memiliki antaramuka yang mudah dan menyenangkan pengguna. Anda hanya perlu pilih dan tetapkan. Semudah ABC. Jadi,jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya perisian ini.

Selesai sudah pengenalan tentang Google Books dan perisian Google Books Downloader versi 2.3. Sekarang kita teruskan kepada kaedah menggunakan perisian Google Books Downloader.

Kaedah memuat turun buku dari Google Books.

1. Dapatkan dahulu perisian Google Books Downloader 2.3 [disini]

Iklan Google

2. Muat turun,pasang dan jalankannya.

1. Ruang untuk anda letakkan pautan bagi buku yang anda ingin muat turun.
2. Butang untuk anda lakukan proses muat turun apabila selesai membuat  tetapan.
3. Tetapan pertama: Jenis format fail bagi buku yang akan dimuat turun oleh anda.
4. Tetapan kedua: Resolusi skrin anda atau resolusi bagi paparan fail anda. 
5. Tetapan ketiaga: Ruang dimana fail anda akan diletakkan.


Tonton video dibawah ini untuk memuat turun buku dari halaman Google Books:

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img