Ayamas (QSR) Yang Lemas!

Saya bukan nak kata lah. Tapi orang-orang atas ni kalau masa dia berceramah dekat kita, macam-macam nasihat dia. Kena berani ambil risiko lah, jangan berputus asa lah, jangan harapkan orang sokong kita lah, kena berdikari lah. Penuh buku kalau kita suruh tulis. Idea bisnes berderet sampai tak sempat nak salin. Tapi bila kena tang dia, serupa tu juga.

Mi Sedap tu, kalau bahasa pasarnya kita sebut makanan bodo. Tapi dengan usaha dan idea, boleh jadi satu bisnes baru. Saya tengok dah ramai buat jualan mi sedap segera. Modal? Air panas, besen dan telur. Sampai beratur orang menunggu! Itu baru dalam skala kecil.

 

Ayamas pula, bukannya perniagaan tepi jalan. Dah lama bertapak dan produk pun berderet-deret sampai dah boleh buka kedai sendiri. Kalau setakat nak ganti menu kedai ayam goreng terkemuka tu boleh sangat. Tapi, ada tak kita nampak kedai Ayamas ni serata Malaysia?

Ya, kita semua tahu Ayamas ni milik QSR. QSR juga pemilik KFC Malaysia. Lagilah kita boleh kata, mereka sebenarnya dah ada cukup pengalaman dan pengetahuan pun sebenarnya kalau nak buka perniagaan kedua seiring dengan KFC.

Ok lah, orang kata nak buka kedai ni tinggi kos. Jadi kenapa tak tukar model francais? Zaman sekarang ni niche kedai serbaneka dengan makanan segera tumbuh macam cendawan. Mana tidaknya, sampai kedai dari Korea Selatan sana boleh berduyun-duyun buka kedai di negara kita. Padahal, apa saja yang dia jual? Makanan segera juga. Modal cuma mesin goreng, dan goreng makanan sejuk beku dia.

Ayamas tak ada makanan sejuk beku ke? Tak kan tak boleh buat juga? Kalau tak nak bersaing dalam model restoran, kenapa tak nak cuba dulu dalam model kiosk kecil sebegini? Stesen minyak pun dah mula buat kafe sendiri tau?

Tapi itulah, saya hanya mampu bersembang. Sama macam orang-orang atas bersembanh bila dia ajar kita bisnes. Pucuk pangkalnya, tuan badan tu sendiri. Nak ke tak nak? Berani ke tak berani? Berhenti buat cerita sedih minta orang membeli. Siapa yang main sentimen sebenarnya ni?

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x