Aplikasi Ringkas : Safety Folder Version 1.0 dari MYHAC

Salam semua pengunjung, pelawat, pembaca, khususnya kepada follower tegar blog Mr.Hac ni..

Hari ni Hac nak bagi korang semua sebuah application (aplikasi) yang telah direka, dan dibuat oleh 2nd Admin My Hackers Are Here a.k.a MyHac iaitu Bro juaratempur..
Mr.Hac cuma tolong ubah coding sikit-sikit untuk nampak lebih kemas dan Mr.Hac telah compilekan ia menjadi aplikasi exe.

Ok..aplikasi ni memang ringkas..mudah untuk digunakan..ianya berfungsi sebagai sebuah folder, yang selamat dari ancaman virus yang merebak melalui pendrive..

Cara menggunakannya:

1. Muat turun aplikasi Safety Folder di sini —>
Safety Folder Version 1.0 by MyHackersAreHere @ MyHac

2. Ekstrak fail rar tersebut dan korang akan jumpa satu fail exe yang bernama ‘Safety Folder’.

3. Klik dua kali pada fail Safety Folder.exe, dan sebuah folder bernama MYHAC akan muncul.

4. Masukkan semua fail penting korang ke dalam folder MYHAC.

5. Sekali lagi klik dua kali pada fail Safety Folder.exe

6. Korang akan diminta untuk memasukkan huruf ‘Y’ atau ‘y’..Jadi sila masukkan huruf Y atau y..

7. Folder MYHAC tadi akan di-hidden-kan. apabila ia telah hidden, secara automatik folder MYHAC tadi telah selamat dari ancaman virus yang cara perebakannya adalah melalui pendrive..jadi korang tak perlu risau lagi tentang fail-fail penting yang korang bimbang akan dijangkiti oleh virus..bagaimana cara ia berfungsi? itu jangan tanya..istimewa punya kitorang (Mr.Hac & juaratempur) cipta..hehehe..

8. Untuk menampilkan kembali folder MYHAC, klik dua kali pada Safety Folder.exe, dan korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan iaitu : mrhac

9. Folder MYHAC tadi akan muncul kembali..

Ini ialah Give Away Mr.Hac dan Team MyHac yang pertama..korang tak payah la nak tayang banner ke, nak itu ini ke..tak payah..
PERCUMA aje kami bagi..cuma…(ada ‘cuma’ ye Mr.Hac?)..heheh..
cuma korang sebar-sebarkan la mengenai aplikasi ini kepada rakan-rakan yang lain..biar semua orang dapat manfaatnya..ok?
kalau nak copy entry ni pun boleh..takde masalah..

Sebarang komen dan cadangan, sila masukkan kat bawah..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

13 Comments

13 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rie

aku dah download, jap lg aku try
pastu aku update kat blog ek

thanks for sharing, beb!

Mr.Hac

No hal bro Rie..dah jadi tanggungjawab aku tolong kawan2..

selepas ni akan menyusul versi 1.1 pula..tunggguuuuu..

cuma penambahbaikan tu, korang kena bagi cadangan sikit la nohhh..

Inspirationalefeks

dlod terus … hehe lepas aku try aku bg comment yg selanjut nyer .. hehe

Mr.Hac

Orait bro..aplikasi tu simple je..
kitorang buat masa keadaan terluang je..jadi pasti ada kekurangan..biasa la tu..hehehe..

Jangan aspect something yang dahsyat ye..ape-ape pun thanks ek..

Haw

aku guna ubuntu.. boleh ke?

Mr.Hac

Kena cuba dulu la bro..Hac tak pernah pakai aplikasi ni dekat Ubuntu jadi tak tau..

try n error dulu lah ye bro Haw.. 🙂

Nanti kalau tak boleh kasik inform dengan kitorang..

DJB

Mr Hack,
aplikasi nie sama kan dengan entri nie? http://www.myhackersarehere.com/2011/01/mengunci-folder-tanpa-menggunakan.html

walaupun folder tue sudah di kunci..tapi fail yang ada di dalamnya masih boleh search di start menu & boleh open…

Mr.Hac

Aplikasi ni bukan untuk sorokkan fail..nak sorokkan fail secara berkesan, sila gunakan perisian My Lock Box Pro..

Aplikasi yang kami buat ni hanya bertujuan untuk melindungi fail penting dari dijangkiti virus..jelas? =)

Kata Aku

Aku nk copy n pamer kat blog jugak ya..

Mr.Hac

Silakan lah wahai sahabat.. 🙂

dgodam

password tu ko hardcoded ker..kasi ler user masukkan password sendiri..just cadangan jer..huhuhu

Mr.Hac

Yup..hardcoded..payah dowh nak buat bagi ada ruang untuk masukkan password sendiri..tapi kalau nak, aku tengok la caranya nanti..

Anonymous

Terima kasih, sangat sangat membantu dan semoga Tuhan memberkati kamu.

spot_imgspot_img