Apabila Mark Zuckerberg Pun Gunakan Signal

Data lebih daripada 533 juta pengguna Facebook telah didedahkan di forum popular dalam aktiviti penjualan data.

Data berkenaan yang dikatakan telah dikumpul daripada tahun 2019 lagi kali terakhir dikemaskini di forum berkenaan pada Jun 2020 yang lalu.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di sini: https://omghackers.com/data-lebih-daripada-533-juta-pengguna-facebook-dijual/

Tetapi, dalam tak sedar rupa-rupanya data Mark Zuckerberg sendiri ada dalam senarai bocor tersebut.

Seorang penyelidik keselamatan telah mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook itu juga menggunakan aplikasi Signal.

“Mark Zuckerberg juga menghormati privasinya sendiri, dengan menggunakan aplikasi chat yang mempunyai enkripsi end-to-end dan tidak dimiliki oleh Facebook,” tulis Dave Walker di Twitter.

Pengasas Facebook, Chris Hughes dan Dustin Moskovitz juga antara pengguna yang terjejas dengan data bocor dalam kes penyebaran data pengguna Facebook.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x