Apa Itu Cookies?

Apa itu cookies dan jenis-jenisnya:

Cookie ialah satu siri atau rentetan informasi/maklumat teks-sahaja yang dipindahkan oleh laman web melalui pelayar web ke cakera keras komputer anda supaya laman tersebut dapat ‘mengingati’ siapakah anda.

Setiap kali anda membuka laman-laman yang menggunakan cookie, ia akan memeriksa terlebih dahulu sama ada adakah terdapat cookie yang sudah sedia tersimpan pada komputer anda. Jika ada, ia akan menggunakan cookies tersebut untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat mengenai diri anda.

Cookie kebiasaannya mengandungi nama dari domain ianya berasal, tempoh jangka hayat, dan juga satu nilai yang kebiasaannya nombor unik yang dijana secara rawak. Terdapat dua jenis cookie yang biasa digunakan iaitu ‘session cookies’, iaitu cookie sementara yang akan berada dalam pelayar web anda hingga anda meninggalkan laman tersebut. Satu lagi iaitu ‘persistent cookies’, yang akan berada dalam pelayar web anda untuk tempoh masa yang lebih lama.

Bilakah ‘session cookies’ dan ‘persistent cookies’ digunakan?

Mana-mana laman web tidak akan menyimpan informasi pengguna-penggunanya di dalam pengkala data kerana ianya hanya akan melambatkan prestasi serta melibatkan bajet yang besar.

Tanpa cookies laman-laman web tiada storan informasi mengenai anda. Tanpa cookies juga, setiap kali anda membuka sesebuah laman, ianya akan melayan anda seperti seorang pelawat yang baru.

Laman-laman web kebiasaannya akan menggunakan session cookies untuk memastikan anda di-cam setiap kali anda beralih dari satu halaman ke halaman yang lainnya. Contoh paling mudah sewaktu anda membeli tiket wayang melalui laman web GSC atau TGV. Tanpa cookies anda tidak dapat membelinya kerana laman web akan hilang pengecaman terhadap anda.

Persistent cookies pula akan membolehkan laman-laman web mengingati anda pada sesi atau lawatan seterusnya, mempercepatkan serta meningkatkan pengalaman anda bagi fungsi atau servis yang ditawarkan.

Contoh untuk cookies dari jenis ini ialah pemilihan bahasa pada sesebuah laman web, pilihan utama menu, plihan utama tema, dan tak lupa juga pengesahan diri.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img