A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Nampaknya ura-ura mengenai versi Android 5.0 dengan kod nama Jelly Bean menjadi ‘kurang tepat’ apabila Google telah melancarkan lebih awal dengan versi 4.1.

Android 4.1 Jelly Bean tentunya membawakan pembaharuan kepada ciri-ciri Android sedia ada, dan ia dapat dilihat pada model tablet terbaru iaitu Google Nexus 7.

Berikut merupakan video yang menerangkan serba-sedikit ciri-ciri baru atau perubahan yang dapat dilihat pada Android 4.1 Jelly Bean:

Android 4.1 juga dapat dilihat sedang rancak digunakan pada HTC One X:


Anda boleh membaca ciri-ciri baharunya pada laman Android Authority.

Apa yang boleh dikatakan, pembaharuan yang dibuat oleh Google sememangnya ditunggu-tunggu. Android kelihatan lebih kemas, prestasi meningkat dengan interaksi pantas dan paparan antaramuka pengguna grafik juga diperhalusi.

Google Play pada versi 4.1 JB kini lebih pintar apabila memuat turun kemas kini hanya fail kemaskinian sahaja, tanpa memuat turun keseluruhan APK. Ini membantu menjimatkan masa, dan yang paling penting bandwidth!

Project Butter pula memberikan sentuhan kepada kepantasannya. Lagging, pada sistem operasi dapat dilihat minimal dengan penggunaan CPU yang lebih efisien. Sesuai dengan temanya ‘as smooth as butter’.