Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Mungkin ramai yang telah tahu tentang akta pindaan 2012, tetapi ramai juga yang tidak tahu. Jadi ada baiknya kalau aku share kat sni.
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan
Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih
bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah
pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal
dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak
ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana
para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan
yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.
Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada
blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter
anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan
melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana
sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun
sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan
kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah
seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu
membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda
    mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar
    komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap
    sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau
    telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda
    akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan
    komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet,
    maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh
    ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan
    dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke
    atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Dalam
arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara
ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi
memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh
menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai
contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis
mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk
mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar
perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian,
secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan
beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya
sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau
membuktikan sebaliknya.
Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti
dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai
perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan
anda di kemudian hari.

P/S: Dimanakah yang dikatakan ” Dunia Tanpa Sempadan ” . Yang tidak bersalah menjadi mangsa juga ke ?? Hak kebebasan berinternet kita dirampas LOL!!!!