Ya, Facebook Memang Merakam Percakapan Anda Dengan Mikrofon Telefon

Dulu Dikatakan Hanya Sekadar Teori Konspirasi, Kini Mereka Mengaku Secara Terang-terangan!

Cox Media Group (CMG), sebuah syarikat gergasi TV dan berita radio telah melakukan satu pendedahan mengejutkan baru-baru ini. CMG mendakwa, mereka mempunyai sebuah program yang diberi nama “Active Listening”, sebuah perisian yang membolehkan mereka mendengar percakapan pengguna telefon pintar dalam masa sebenar untuk menyasarkan iklan yang lebih tepat dan terarah.
Cox Media Group, syarikat gergasi TV dan berita radio.
Dalam persembahan CMG kepada pelanggan mereka, CMG dipetik sebagai berkata,
“Pengiklan boleh padankan data suara ini dengan data tingkahlaku untuk menyasarkan pengguna dalam pasaran.” -CMG
Dalam slideshow yang sama juga, CMG telah menyenaraikan nama-nama besar yang lain sebagai rakan kongsi dan klien mereka. Antaranya, Facebook, Google, dan Amazon. Apabila dihubungi media, Google bertindak membuang CMG daripada senarai “Rakan Kongsi” mereka di laman rasmi mereka. Amazon pula bertindak menafikan dakwaan ini dan mengatakan mereka tidak pernah bekerjasama dengan CMG.
Google, Amazon dan Facebook didakwa jadi rakan kongsi dan pengguna Active Listening.
Lain pula ceritanya dengan Meta, ibu syarikat Facebook. Meta dalam jawapan balasnya kepada media 404 hanya sekadar berkata yang mereka akan ‘menilai semula’ hubungan mereka dengan CMG. Ini bukan kali pertama CMG begitu bangga dan berlagak dengan perisian mereka. Dalam audio siar mereka sebelum ini juga, seorang jurucakap CMG tanpa segan silu mengaku dan berbangga dengan data suara yang mereka ada. CMG tidak malu mengaku memilik “Active Listening” dan bercerita dengan kemampuan ‘hebat’ perisian mereka yang dikuasakan oleh A.I.
Sesi audio siar oleh jurucakap Cox Media Group (CMG).
Active Listening ini akan sentiasa aktif dalam proses latar belakang dan menggunakan mikrofon pada peranti sasaran untuk mendengar percakapan dalam masa sebenar. A.I akan memilih dan mendengar perkataan-perkataan yang penting untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan.
Tak mustahil perisian ini juga boleh digunakan untuk menjejak mana-mana individu.
Walaupun hanya digembar-gemburkan sebagai perisian untuk pengiklanan terarah, siapa tahu apa lagu tujuan dan kegunaan lain “Active Listening” ini? Dengan kemajuan A.I, tidak mustahil jika fungsi sama juga digunakan untuk menjejak individu sasaran pengesanan manusia. Mana tahu, mungkin penangkapan Pavel Durov di Perancis bulan lepas juga ada kaitan dengan perisian ini. Mungkin juga lokasi dan kedudukan Pavel Durov dapat dikesan melalui telefon pintar gadis eskot yang menemani Pavel Durov ke Paris.
Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img