Tips Muat Turun Fail Torrent (Kelajuan Maksima)

Ini adalah tahun 2013. Tahun di mana kemodenan akan mula menunjukkan kematangannya. Dalam meniti arus kemodenan yang pesat, saya pasti kebanyakan perkara asas tidak lagi diceritakan kepada kalangan marhain sekalian.

Namun bukan itu tujuan blog ini wujud. Atas dasar kesedaran kepada hal yang demikian, saya terpanggil untuk berkongsi beberapa tips yang telah saya kumpul, uji, rumus, dan simpulkan menjadi satu. Tips memuat torrent yang berguna untuk para peminat setianya. Katakan ya kepada The Pirate Bay!

Torrent adalah kaedah perkongsian fail P2P yang boleh dianggap sebagai paling luas penggunaannya, paling ramai pengguna dan boleh dikatakan paling tertua. Jadi adalah amat sayang sekali andai anda tidak memanfaatkan teknologi ini, tidak kisahlah atas apa tujuan sekalipun, kerana ia dicipta sememangnya untuk memudahkan para penggunanya.

Tips Muat Turun Fail Dari Laman Torrent

Iklan Google

1. Kelajuan Muat Turun dan Muat Naik Dari Penyedia Servis Internet

Anda perlu faham, perlu tahu, yang teknologi P2P tidak akan melakukan apa-apa bentuk ‘bypass’ terhadap kelajuan yang telah ditentukan oleh Penyedia Servis Internet anda (ISP). Jadi sebelum merungut, anda langganlah kelajuan internet yang sepadan dengan kehendak anda. Janganlah kelajuan internet anda cuma 1Mbps, anda hendak ia menjadi seperti 20Mbps pula. Memang tak padan der!

2. Seeder dan Peers

Ini adalah faktor utama kejayaan teknologi ini. Kerana itulah ia dinamakan sebagai Peer-to-Peer (P2P), iaitu perkongsian dari seorang peer kepada peers yang lainnya. Jika anda ingin kelajuan muat turun maksima, sebaiknya pilihlah jumlah seeders yang melebihi 20 orang, lebih ramai lebih bagus, lebihlah kelajuan  muat turun yang akan anda nikmati.

3. Pemuat Naik Berwibawa

Ya, bukan saya kata pemuat naik fail-fail torrent yang baru itu tidak bagus. Tidak. Cuma apabila kita ada peluang untuk memuat turun fail dari pemuat naik yang sememangnya sudah pun ‘dikenali’ ramai, seperti YIFY, maka peluang untuk anda mendapat jumlah seeders yang ramai juga adalah tinggi.

4. Klien Torrent Yang Serasi

Carilah klien torrent yang paling serasi dengan anda, klien yang boleh anda harapkan, yang boleh anda lakukan ‘tweaking’ padanya sehingga maksima. Senang cerita, klien yang paling anda faham kaedah menggunakannya. Kerana inilah dia medium pemuat turun fail torrent anda. Jika anda sendiri tidak faham selok-belok penggunaannya, bagaimana anda hendak mendapatkan kelajuan maksima? Tentu sekali tidak akan diperoleh sampai bila-bila. Anda boleh lihat senarai klien-klien di sini : Comparison of BitTorrent clients

Iklan Google

5. Windows Firewall

Kalau anda pengguna Linux, ini mungkin tidak perlu lagi anda fikirkan. Namun sebagai pengguna Windows, terdapat 3 pilihan iaitu mematikan fungsi Firewall, menambahkan ‘exception’ dalam tetapan klien (µTorrent), atau menggunakan servis VPN.

6. Pilih Waktu Muat Turun Ideal

Yeap. Ramai yang tidak perasan perkara ini. Ramai yang tidak mengkajinya kerana menyangka semua orang  tidur pada waktu yang sama. Kerana itu anda tidak mendapat kelajuan yang sepatutnya, disebabkan waktu muat turun yang tidak ideal. Pertama sekali, lihat pada fail yang ingin anda muat turun, contohnya video (filem). Jika ia bersifat antarabangsa, contohnya filem The Avengers, The Hobbit: An Unexpected Journey dan sebagainya lagi, pilihlah muat turun pada waktu siang. (Ini bukan tutorial cetak rompak!)

Iklan Google

Perkara ini masih lagi dalam ‘kajian’ saya, masih lagi dalam pemerhatian. Namun dari apa yang saya lihat, jika ia dimuat turun pada waktu malam, kelajuan turun dengan mendadak. Mungkinkah kerana para seeders dan peersnya adalah majoriti rakyat US, maka ketika kita sedang memuat turun, mereka pula sedang bekerja?

Cuba anda juga sama-sama kaji perkara ini dan kongsikan pendapat anda.

7. Hadkan Kelajuan Muat Naik

Kelajuan muat naik jika ia tidak melebihi 80% dari kelajuan yang diberikan oleh ISP, ia tidak akan menjejaskan kelajuan muat turun anda. Jadi sebaiknya cubalah ‘bermain’ dengan tetapan yang ada dalam klien torrent. Cuba dapatkan kelajuan yang anda inginkan dengan melakukan ‘tweaking’ pada klien torrent. Caranya? Google saja.

Iklan Google
Iklan Google

8. Ubah Port

Nombor port 10000 ke atas adalah port yang paling sesuai untuk P2P. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai port dan port forwarding, namun untuk senangkan kerja anda, cuma tandakan sahaja pada tetapan untuk menjadikan port klien anda kepada nombor-nombor rawak (random) setiap kali ia dimulakan.

9. Windows Tweaking

Sekali lagi jika anda pengguna Linux, anda tidak perlu lakukan apa-apa ‘tweaking’ pada sistem operasi anda untuk mendapatkan kelajuan internet maksima. Namun jika anda menggunakan Windows, sedikit-sebanyak anda perlu juga lakukan ‘tweaking’ bagi memperoleh kelajuan memuaskan. Ya, sekali lagi, Google saja caranya. Blog ini juga pernah berkongsi sedikit-sebanyak tips yang boleh anda gunakan. Cuma pada Windows 8, anda tidak perlu lakukan banyak tweaking kerana ia sudah pun dalam ‘keadaan yang memuaskan’.

10. Seed dan Jangan Jadi Leecher!

Seperti yang sama sebutkan tadi, P2P adalah mengenai perkongsian. Jika anda adalah seorang yang suka muat turun fail dari laman torrent, maka jangan teragak-agak untuk seed, sekurang-kurangnya saiz muat naik sama dengan saiz fail yang telah anda muat turun. Kalau lebih lagi bagus! Dengan cara inilah kita mampu menghidupkan rangkaian P2P tanpa perlu bergantung harap kepada pelayan. Jika anda seed dengan baik, tidak mustahil tracker akan membantu anda dengan memberikan kelajuan yang sepatutnya (walaupun teori ini masih lagi boleh disanggah).

Setakat ini sahaja perkongsian saya buat masa ini. Jika ada lagi tips-tips, saya akan cuba tambahkan ke dalam entri ini. Kita jumpa lagi di lain entri.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img