Gamesir Wireless Controller Kini Dilengkapi Dengan Hall Effect Sensor!
Gamesir baru sahaja melancarkan wireless controller mereka yang baru iaitu Gamesir Cyclone. Terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Cyclone Midnight yang berwarna hitam dan Cyclone Daybreak yang berwarna putih. Ia dibina dalam bentuk ergonomik dan layout seakan-akan controller Xbox.
Apa yang menarik? Ia kini dilengkapi dengan hall effect sensor pada butang trigger dan analognya. Hall effect sensor memang menjadi pilihan utama dalam dunia sekarang ini bagi penggemar controller kerana ia lebih sensitif, tahan lama, tepat dan tiada risiko stick drift. Tolok analog pada Gamesir Cyclone T4 Pro juga diberikan tekstur kasar dan permukan cembung untuk lebih genggaman ketika menggunakan ibu jari anda.
Stick drift adalah keadaan di mana joystick berfungsi seolah-olah sedang ditekan walaupun ia tidak ditekan. Ini adalah kerana, sistem joystick tadi telah haus dan sensornya sudah terganggu. Dengan hall effect sensor, keadaan ini tidak akan terjadi kerana tiada mekanisma yang akan bergeser dalam joystick.
Butang aksi pula jenis tactile micro switch untuk versi Pro berwarna hitam dan menggunakan plastik berkilat seperti akrilik untuk meliputinya. Untuk versi T4 yang berwarna putih, butang aksi dan arah menggunakan suis membran. Ada tekstur kasar untuk genggaman pada kesemua bahagian penting seperti joystick dan bahagian genggaman tangan, termasuklah di belakang. Butang makro tambahan juga ada di belakang, mudah dicapai dan agak berat. Jadi, sentuhan tidak sengaja agak minima untuk butang makro belakang.
Ia boleh berfungsi sebagai controller wireless dan juga berwayar dengan sambungan USB-C. Turut datang dengan dongle 2.4ghz untuk sambungan tanpa wayar latensi rendah. Dari segi keseluruhan binaan dan pandangan pertama, Gamesir Cyclone tampak dan rasa premium. Warna hitam sangat menggoda.
Saya akan cuba gunakannya untuk bermain permainan video seberapa ketika lagi sebelum memberi review prestasinya. Apa pun, Gamesir Cyclone memang mengancam!
Dapatkannya di gedung rasmi Gamesir Malaysia: