Lagi Universiti Digodam? Data Didakwa Dari UTM Pula Dijual

Bulan lalu kita melihat dakwaan data daripada universiti tempatan, UniKL telah dijual di dalam forum. Kita juga telah melihat satu hantaran di laman Facebook seorang individu yang mendakwa bertindak sebagai pengguji tembus bebas sistem tidak dilayan apabila melaporkan masalah sekuriti UniKL.

Kini, penjualan data universiti lain pula didakwa dijual di forum. Kali ini, data daripada UTM pula yang didakwa dijual. Lebih mendatangkan persoalan lagi, individu yang menjual data UTM didapati merupakan individu yang sama dengan penjual data UniKL di forum tersebut.

Penjualan data UTM tersebut diiklankan lengkap dengan tangkap layar dokumen yang kelihatan seperti dokumen UTM sendiri. 50GB data daripada UTM didakwa dimiliki oleh individu ini. Pada iklan penjualan data tersebut uga, beberapa pengguna forum dilihat menunjukkan minat untuk membeli data tersebut.

Masih tiada kenyataan daripada pihak UTM mengenai perkara ini. Penjualan data secara haram adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman. Setiap pihak diharapkan agar sentiasa menjaga keselamatan data peribadi masing-masing pada setiap masa.

Iklan Google
Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img