Telefon Dwikamera : Mahu Pilih Lensa Telephoto, Wide Angle, Atau Monochrome?

Kosakata :

  1. Kanta = lens
  2. Telefoto = telephoto
  3. Sudut luas = wide angle
  4. Kroma tunggal = monochrome
  5. Jarak fokus = focal length
  6. Foto ramai = wefie

Tidak dapat dinafikan, dwikamera sudah menjadi trend di dalam pengeluaran telefon pintar sejak kebelakangan ini. Para pengeluar besar telefon pintar seperti Apple, Samsung, Oppo dan LG juga tidak terlepas dalam mengeluarkan peranti pintar mereka sendiri dengan binaan dwikamera baik di bahagian belakang, mahupun bahagian hadapan. Malahan, pengeluar telefon pintar bajet seperti Xiaomi juga tidak terlepas dalam mengeluarkan model telefon dengan binaan dua kamera ini. Tidak kurang juga pengeluar ataupun muka-muka baharu dalam arena telefon pintar sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan telefon pintar dengan binaan dwikamera palsu yang hanya sekadar gimik pengeluaran seperti yang pernah dibincangkan dalam artikel Dual Scamera : Lensa Berkembar Palsu Pada Telefon Pintar.

Untuk itu, mari kita kenali jenis-jenis kanta yang dipadankan dengan binaan dwikamera pada kamera telefon pintar ini. Apabila kita lebih mengenali jenis dan fungsi kanta -kanta ini, maka risiko untuk kita ditipu dengan gimik pemasaran murahan akan lebih berkurang. Di samping itu, kita juga akan lebih mengetahui apa yang perlu dijangkakan dengan kualiti dan jenis gambar yang bakal diperolehi dengan setiap pembelian peranti baru kita.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah jenis-jenis kanta yang berada di dalam pasaran pada masa ini. Seperti yang tertulis pada tajuk artikel pada kali ini, apa yang patut kita ketahui adalah kanta pada dwikamera biasanya dipadankan dengan 3 jenis kanta iaitu :

Iklan Google

  1. Kanta Telefoto (Telepotrait)
  2. Kanta Sudut Luas
  3. Kanta Kroma Tunggal

1. Kanta Telefoto (Telepotrait)

Kanta telefoto ataupun biasanya dikenali juga sebagai kanta telepotrait berfungsi dengan menangkap gambar jarak jauh dan kemudiannya membuatkan ia kelihatan lebih besar. Ia memberikan kesan yang lebih hidup dengan kesan kedalaman dalam setiap gambar yang diambil. Ia berfungsi dengan memfokuskan objek pada jarak jauh dan kemudiannya membesarkannya tanpa mengurangkan kualiti imej yang dihasilkan.

Untuk mengenalpasti kanta telefoto ini, ia biasanya hadir dengan jarak fokus yang besar pada sensor kantanya. Biasanya , mereka hadir dalam julat angka melebihi f/2.2. OnePlus 5 contohnya, hadir dengan sensor kanta telefoto sebesar f/2.6.

Ciri istimewa yang ditawarkan oleh peranti dengan kanta telefoto ialah mod gambar bokeh dan juga 2X Zoom. Bokeh ialah kesan gambar di mana kanta mengaburkan gambar latar belakang untuk memberikan fokus pada satu subjek di dalam satu ambilan. 2X Zoom pula ialah keupayaan untuk melakukan zum pada gambar  dengan nisbah 2:1 tanpa mengurangkan kualiti gambar seperti mana yang terjadi pada kanta biasa di mana gambar zum akan kelihatan pecah berbanding dengan gambar tanpa zum. Antara peranti yang terkenal dengan kanta ini ialah iPhone 8. Berikut antara contoh gambar yang diambil menggunakan kanta telefoto pada iPhone 8 :

Mod potret diaktifkan untuk memberikan kesan bokeh ke atas subjek

Kanta telefoto memberikan perincian yang lebih baik pada ambilan gambar pemandangan jauh

2. Kanta Sudut Luas


Kanta sudut luas berfungsi untuk meluaskan medan pandangan kamera berbanding dengan kanta tunggal tradisional. Ini bermakna, lebih ramai orang boleh dimasukkan dalam satu ambilan gambar ketika foto ramai. Bagi mereka yang gemar melancong juga, anda boleh kelihatan lebih bersopan dan boleh mengambil gambar pemandagan dengan lebih mudah menggunakan kanta ini. Tidak perlu lagi untuk berdiri di tengah jalan untuk mengambil gambar keseluruhan bangunan atau menggunakan monopod yang sangat panjang dan menjengkelkan ramai hanya semata-mata untuk memastikan semua rakan-rakan anda masuk ke dalam gambar yang ingin diambil.

Untuk menghasilkan kesan sudut luas, kanta bagi peranti biasanya dipadankan dengan kanta fokus yang lebih kecil. LG G6 contohnya mempunyai dua kanta iaitu satu dengan f/1.8 dan satu lagi kanta dengan f/2.4.

Iklan Google

Contoh lain peranti dengan kanta ini adalah LG G5. Berikut antara contoh gambar yang diambil menggunakan LG G5 :

3. Kanta Kroma Tunggal


Jika kanta telefoto lebih baik dipadankan dengan mod potret untuk menghasilkan kesan bokeh dengan bantuan pemprosesan perisian, dan kanta sudut luas lebih sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan dengan sudut pandangan yang luas, kanta kroma tunggal pula lebih menekankan perincian pada gambar yang diambil. Kanta kroma tunggal boleh menerima 3X kali ganda lebih banyak cahaya berbanding kanta berwarna biasa.

Iklan Google

Untuk pemahaman mudah, bayangkan partikel cahaya diperumpakan seperti titisan hujan dan sensor seperti baldi. Kanta mempunyai banyak tapak pengumpulan cahaya yang dikenali sebagai photosite yang boleh diperumpakan seperti baldi. Kanta biasa akan menerima dan memproses cahaya Merah, Hijau dan Biru (RGB). Partikel ini kemudianya akan diproses dan cuma satu partikel daripada tiga partikel ini akan “dipilih” untuk masuk dan menghasilkan gambar pada photosite.

Cuma 1 daripada 3 partikel cahaya dipilih pada photosite warna

Berbeza dengan kanta kroma tunggal, semua partikel cahaya pada photosite kroma tunggal akan diterima lantas menghasilkan gambar yang lebih jitu dan tajam dengan perincian yang lebih tinggi.

Semua partikel cahaya diterima masuk ke photosite dan menghasilkan imej yang lebih terperinci

Kanta kroma tunggal tidak semestinya hanya sesuai untuk gambar dalam keadaan gelap atau gambar hitam-putih sahaja. Kanta kroma tunggal akan membantu kanta berwarna untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dan tajam. Samada gambar berwarna, hitam-putih atau mod bokeh, memilih peranti dengan kanta kroma tunggal berupaya menghasilkan gambar dengan resolusi yang lebih tinggi.

Antara peranti dengan kanta kroma tunggal adalah Huawei Honor 9. Berikut adalah contoh gambar yang diambil oleh Huawei Honor 9 dengan kanta kroma tunggal :

Iklan Google
Mod kroma tunggal pada Honor 9

Kanta kroma tunggal membantu memberi lebih perincian pada gambar berwarna

Sekian sahaja buat kali ini. Jangan lupa, Like, Comment dan Share artikel ini untuk lebih banyak artikel di masa akan datang.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img