OxygenOS Beta, Android Oreo Tiris Pada OnePlus 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Bukan nak cerita pasal peranti baru dia, tapi ROM OxygenOS.
Tahukah anda, versi tiris OxygenOS telah terlepas dan ia Android Oreo!

Saya rasa ini mungkin Closed Beta punya binaan (Open Beta merupakan binaan umum seperti OxygenOS Open Beta OnePlus 3/3T) yang tertiris sebab ada tangan gatal yang tiriskan dia. ehh berapa banyak kali tiris daa hahaha. ?
Terima kasih juga kepada mereka kerana tiriskan binaan ni, ini menunjukkan bahawa OnePlus tidak cakap kosong. (Sila tunaikan janji ampa pada pengguna OnePlus 2, mana Nougat depa ?)

Seperti biasa, ini binaan Beta tau, Beta. So kebarangkalian ralat yang ada tu tinggi dan bagi kaki layan binaan Beta ni, makanan depa la ni. ? Saya nak tekankan kat sini, saya tak tanggungjawab sekiranya peranti ampa tu meletup ke, atau kena pengsan seperti Beerus pukul leher Goku semasa dia bertukar menjadi Super Saiyan 3 (ala yang rambut panjang tu).

Apa yang baru dalam ROM OxygenOS Beta Oreo ni?

  • Semestinya Android Oreo.
  • Kamera baru, versi aplikasi 2.0.25.
  • Gallery baru, versi aplikasi 2.4.17.
  • OnePlus Launcher baru, versi aplikasi 2.1.6.
  • PIP (Picture-in-Picture).
  • Parallel Apps.
  • Ambient Display menarik.
  • Terokailah sendiri hahaha ?

Benda yang ampa perlukan :

Cara pemasangan dia pula :
  1. Pasang dahulu ROM OxygenOS 4.5.14 pada peranti ampa. Pastikan ampa backup dulu semua data (WhatsApp sila backup dekat Google Drive, jika tidak jadi macam saya chat hilang hahaha)
  2. Pindahkan fail OxygenOS Beta Oreo tu dekat root folder. (Root folder tu yang luar folder, jangan letak dalam folder)
  3. Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS Beta Oreo tu.
  4. Selesai sahaja proses dia tu, dia akan reboot dan keluar tulisan kuning satgi tekan butang volume dan masuk Recovery.
  5. Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal2 ?)
  6. Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS Beta Oreo versi tiris.
Ini pula pemasangan versi TWRP dan Root dengan Magisk v14.3.

  1. Sama macam cara di atas tu, cuma buat sampai No.4, cuma kena masuk Fastboot Mode, bukan Recovery Mode.
  2. Jika anda guna Windows 7, boleh abaikan langkah ini. Untuk yang guna Windows 8-10, sila ikut langkah² di sini untuk masuk mod Disable Driver Signature Enforcement. (Ini untuk kita gantikan driver yang dah ada dalam komputer kita. Windows 7 ke bawah ia termasuk dalam mod lalai, tapi bila keluarnya Windows 8 dan ke atas, mod ini dipindah ke tempat lain. Sebab tu kena buat macam tu.)
  3. Sila extract fail platform-tools dan Driver tu dekat desktop dan letak TWRP dalam folder platform-tools.
  4. Sila pasang Driver, kalau keluar overwrite (warna merah warning tu, dengan poyo tekan Install this driver software anyway)
  5. Sila buka Command Prompt (cmd), buka folder platform-tools tu, copy lokasi dia dan dekat cmd letak cd dan klik kanan dalam cmd tu dan Enter (contoh cd C:UsersAmirAppDataLocalAndroidsdkplatform-tools)bagi pengguna Windows 8-10 manakala Windows 7 hanya tekan Shift+Klik Kanan dekat folder platform-tools tu dan ambil Open command window here.
  6. Sila sambungkan peranti ampa pada komputer dan taip perintah fastboot devices dan Enter. Kalau keluar kod tu kira sambungan tersebut cemerlang, tapi kalau takda, periksa semula driver ye.
  7. Bila dah keluar code tu, boleh teruskan dengan taip fastboot flash recovery xxx.img dan Enter. Ini contoh perintah dia fastboot flash recovery twrp-3.1.1-0-cheeseburger.img (ampa boleh menamakan semula TWRP tu, copy nama dia lalu lepas perintah recovery tu klik kanan saja serta jangan lupa letak .img belakang dia. Satgi dia tak kenai lak hahaha)
  8. Cabut kabel tu dan dekat peranti tu tekan butang Volume sampai jumpa Recovery Mode lalu tekan butang Power untuk masuk.
  9. Sudah masuk TWRP tu (leret ke tepi untuk membenarkan modifikasi) dan terus pi Wipe>Format Data dan taip yes dan tekan tanda ✔.
  10. Sila periksa partition data pada lokasi Wipe>Advance Wipe>tick partition data dan tekan change file system. Kalau EXT4 abaikan langkah ini, tapi kalau F2FS, jangan getaq, hanya tukar semula dengan tekan EXT4 dan leret ke tepi untuk tukar.
  11. Dekat sini, jangan sesekali reboot tau. Sebab kalau silap kat sini, kena ulang semula langkah No. 9. Sambung semula peranti pada komputer lalu pindahkan fail Magisk tu dan tulisan. (kalau nak tukar tulisan, boleh balaih kat sini)
  12. Cabut kabel tu dan pasang fail zip tadi tu kemudian Wipe Cache/Dalvik (kalau pasang tulisan la) lalu Reboot System.
  13. Tahniah, ampa dah guna OxygenOS Beta Oreo yang dah root. (dan tukar tulisan jika tukar tulisan)
Diingatkan bahawa TWRP tu pening kalau ampa pasang ia semula, hanya kerja sia² ja melainkan lakukan Format Data untuk mewaraskan semula TWRP tu. Tapi data habih hilang la. ?
Dah nama pun Beta kan, tipu la kalau takda ralat. Jadi ralat yang saya perasan, lalui dan alami ialah :
  • Rakaman video terhenti, dan rakaman video untuk WhatsApp juga sama (untuk penyelesaian, sila pasang aplikasi ini Footej Camera).
  • Tiada watermark pada Gambar.
  • Tiada pemain muzik.
  • Masalah mic tak berfungsi (Masuk Tetapan Panggilan, dan tutup Noise Cancellation).
  • Masalah tidak boleh menerima panggilan selepas panggilan pertama (ini pun beberapa orang sahaja yang alami).
  • Bila anda tekan lama² untuk guna app shortcut tu, ada Bahasa Melayu (padahal bahasa peranti, English hihihi).
  • TWRP kosong, jika tekan pemilihan stor penyimpanan, 0MB (mungkin TWRP tak serasi lagi dengan OxygenOS Beta Oreo ni).
  • OnePlus Launcher mereng sikit, tiap kali kita pasang aplikasi dia akan letak shorcut sendiri dia dekat homescreen. haih.
Ok, cara pemasangan pun dah bagi tahu, ralat pun dah dimaklumkan pada ampa. Jom layan screenshot kat bawah ni. ?
4.5.2? versi stabil 4.5.14 hmm?

Lihat ikon notifikasi aplikasi, comel kan? 
Jika ampa scroll atas bawah perlahan²,
 ikon tu menolak sesama depa untuk berada dalam satu barisan.

Ni pula Quick Settings Tiles serta notifikasi Spotify bila anda mainkan muzik, lawa tak?
Jangan kecewa, memang beginilah rupabentuk Settings ni. 
Tak nampak macam Oreo kan?

Tapi bila masuk sini, baru la ada nampak Oreo tu. Alahai.

Tetapan Bluetooth Audio boleh cari dekat Developer Options 
(kena tekan banyak kali dekat Build Number di About Phone).

Lihatlah, PIP (Picture-in-Picture) boleh cari dekat Apps>Special access.

Autofill with Google, tak perlu dah ampa nak taip kata laluan bagai. 

Benda ni ada dekat OnePlus 3/3T dan kini ada dekat OnePlus 5. 
Benda ni bagi aplikasi ada dua, boleh la log masuk dua akaun sekali. (saya tak cuba pun ni hahaah)

Antaramuka pengguna yang baru pada aplikasi Kamera

Tetapan kamera pun ada la lain sikit.

Antaramuka pengguna baru pada aplikasi Gallery.
Ada gambar terpaksa tutup takut kena bahan lagi hahaha.

Bahagian collections ni macam biasa la.

Bukan tu saja, siap ada tunjuk dekat peta gambar yang kita ambil berdasarkan lokasi GPS kita.

Salah satu fungsi PIP (picture-in-picture) pada Google Maps.

Ini pula launcher OnePlus.

Stor penyimpanan dan Memori.

Ambient Display yang simple.
Ramai yang suka tengok skor penanda aras kan? Ni saya belanja. ?

Ni skor dari aplikasi Geekbench 4.

Masih lagi aplikasi Geekbench 4, tapi ujian Compute.

Ini pula skor dari aplikasi Antutu Benchmark.

Bonus, saya belanja jangka hayat bateri pada ROM ni. Diingatkan lain orang, lain ketahanan bateri tau hahaha.
 Apa pendapat ampa? 
Saya buka Spotify dan biarkan screen tutup lalu terlelap hahaha.

Sampai di sini saja saya taip pasal ROM ni. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah ni. Ingat tau ni BETA tau. Kalau ada ralat tu BIASA la, Alpha lagi teruk hihihi.
Selamat memasang, dan moga berjaya ya ?
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x