Ditayangkan pada awal minggu lepas, filem ini kini telah dilabel sebagai generasi baru filem seram!. Kenapa?
Filem ini adalah berkaitan dengan kebiasaan kita mewarisi tabiat buruk ibu dan bapa kita. Filem seram baru ini yang bertajuk Hereditary, mengambil idea ini untuk segala kesimpulan yang paling melampau, paling mengerikan, dan apa yang paling penting trailler telah pun keluar di semua laman sosial internet.
Dibintangi Toni Collette, Gabriel Byrne dan Ann Dowd, mengisahkan bahawa keluarga Graham mengalami peristiwa pelik dan aneh setelah kematian nenek mereka. Ditayangkan pada festival Sundance pada minggu lepas, filem ini dipanggil sebagai filem seram paling gila tahun ini dengan penuh dengan kejutan yang menakutkan sepanjang masa.
Filem ini cuba membongkarkan misteri menakutkan keluarga mereka, dan akhirnya menemui satu titik hitam yang penah terjadi pada keluarga mereka. Semakin mereka menemui sesuatu benda buruk, dan semakin jugalah mereka nampak sebenarnya mereka mewarisi pekara yang sangat jahat.
Ia menerima beberapa ulasan paling bagus pada festival filem Sundance tahun ini dan dalam masa sebulan, pengkritik telah mengisytiharkan bahawa filem ini sudah menjadi filem yang paling menakutkan untuk tahun ini. Seperti mana mungkin anda tahu, Festival Sundance selalunya menjadi tempat terkenal pelancaran filem.
Filem seram iaitu Saw, The Witch dan Get Out pada tahun lalu telah ditayangkan di festival ini. Filem Hereditary menerima pujian untuk tahun ini dengan skala 100% pada laman Rotten Tomatoes.
Filem ini akan ditayangkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada 8 Jun ini. Jika anda seorang peminat filem seram, filem ini sepatutnya anda nantikan!