Kita harus akui, kita mempunyai pelbagai pilihan plan data internet yang sudah tepu. Kerana apa? Kerana itu sahaja yang kita ada.
Hendak lebih liputan? Gunakan saja Maxis, cuma plan datanya agak menghampakan. Kuotanya sedikit, harganya mahal.
Hendak lebih data? Gunakan webe, tetapi liputannya pula boleh buat pengguna geleng kepala.
Hendak kedua-duanya? Sukar sekali nak dicanang sesuatu telco sebagai terbaik bagi segala segi.
Digi? Ada tempat yang liputannya bagus sekali, ada tempat lain pula bar liputan tak nampak langsung.
U Mobile? Pun lebih kurang juga.
Oleh itu dengan hadirnya satu lagi penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang baru, harapannya agar wujud lebih lagi daya saing yang akan menyemarakkan semangat para pentadbir serta stafnya untuk menjadi lebih baik dan terbaik antara kesemuanya.
CONNECTme adalah ‘pemain’ terbaru dalam padang ini.
Tidak seperti ‘pemain’ yang lain, CONNECTme menggunakan akses satelit untuk menghubungkan penggunanya dengan internet.
Para pelanggan perlu memasang piring khas di dinding atau bumbung rumah dan dua kabel yang akan menghubungkan piring tersebut dengan sebuah modem di dalam rumah.
Namun, disebabkan itu, hujan yang lebat boleh mengganggu kelajuan internet pelanggannya.
Macam Astro
Apa pun, mari kita tonton dahulu video di bawah, pengenalan kepada CONNECTme.
Berikut adalah antara plan yang ditawarkan.
Secara ringkas, kadarnya adalah seperti berikut:
RM450 sebulan untuk 25GB, manakala kelajuan pula sehingga 15Mbps, yang sudah tentu pasti akan terjejas andainya hujan turun dengan lebat. Pelanggan akan perlu menandatangani kontrak selama 6 bulan.
Tidak lupa juga pakej ‘on-demand’, yang tidak terikat dengan mana-mana kontrak, namun pelanggan perlu membayar sebanyak RM25/GB, juga hadir dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM2500 dan bayaran yuran tahunan sebanyak RM500. Kuota percuma 25GB diberikan selama 6 bulan pertama.
Selain itu, pelanggan mempunyai pilihan CONNECTme@COMMUNITY yang memberikan kebolehan untuk bersambung kepada rangkaian hotspot WiFi – pada kadar RM10/GB.
CONNECTme akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mac 2018.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman mereka di sini: CONNECTme